Weekend datang lagi.. yeaaayyy!!! So apa beza weekend ni ngan weekend last week..? Yaaa... Hujung bulan vs Awal bulan he he hee..

So sempena awal bulan - tengah tahun plak.. ialah masa mengePAU sapa yg dapat kenaikan lebih tinggii.. almaklum aku dan Abang berkongsi tarikh hari pertama masuk kerja 12hb June .. hehehe
Kali ni Alhamdulillah rezeki Abang lebih skettt (dari aku) .. sebelum hilang entah kemana baik kami ramai2 (Danish & Dania) pau Abang heheheh.. Terima kasih banyak-banyak yek Abanggg sudi belanja Mama & anak2...muaahhh muaahhhhh!!.

Lama tak gi makan Japanese food. Kali ni nak test kat Sushi Zanmai. Lokasinya :

First Floor, Japanese Street,Oasis Boulevard
2, Sunway Pyramid,46150 Bandar Sunway,Petaling Jaya, Selangor.
Tel 03 - 7492 3080 Fax 03 - 7492 3090
*masuk ikut parkson pun boleh*


Ni kira first time makan kat Sushi Zanmaii.. menunya agak berbeza dengan Sushi King.. of course konsep & harga yang sedikit berbezalah. Utk menerangkan menunya seperti dlm gambar2 kat bawah nilahh..

Itadakimasuuu!!

Salmon don *SUPER Best best bestttt gillerrrrrrrrr!!*


Ten don
Kaki Age don
Chawan Mushi (Egg custard)

So yummyy...!
Danish punya la excited bila masuk je Sushi Zanmaii.. Riuh mulutnya minta nak makan.. Bagi sushi sepinggan kejap je ngap pas tu mintak lagii.. Aku rasa ada gak 4-5 pinggan Danish makan huhuhhuuh. Dania pun nyelit2 jugak le sket makan.. Danish nyer peberet tamago maki sushi.. 3 pinggan di bantai nyerrr!
Salmon Sushi

Tuna Inari Sushi


Lepas makan ronda-ronda kat Sunway Pyramid. Ada kids corner siap dengan playground. Seronok habis la Danish & Dania main sampai tak nak balik....


Sempat lagi sewa Push Trolley car.. dah ada 2 beradik terpaksalah sewa 2 keter plakk.. Location nyer dekat dgn escalator kat McD sebelah Ice scatting area tuh. Deposit RM15 dan sewa RM3 per hour! Memula aku ingatkan RM3 per usage.. kebetulan adalah sorang visitor dari timur tengah tanya mana kitaorg duk sewa trolley car nih.. sedap je aku bagitau RM3 per usage sekali nak bayar baru tau rupanya RM3 per hour! hahahaha.. Sorry la wrong info. Almaklum kitaorg pun first time gak sewa huhuhuh



P/S : Tanya Abang

Aku : 2 beradik 2 troli, kalau 3 beradik camne nih..?

Abang : Bibik tolak la troli lagi satu

He he he he

****************************************************************************************

NOTE : Sweetomoide mencecah angka HIT 5555 isnin lepas. Terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi berkunjung ke teratak ini.. Sudi-sudikan juga meninggalkan komentar anda, InsyaAllah anda akan saya jejaki.. Salam ukhwah!

Di satu maghrib minggu lepas..Azan baru lepas berkumandang dan aku baru lepas berbuka puasa sambil BF Dania depan TV.. Tiba-tiba bunyi bising macam benda berlanggar kat laman rumah. Aku terus kelam kabut buka pintu. Serasa mcm ada bendalah terlajak masuk porch rumah kott..

Bukak bukak pintu tgk anak jiran aku dengan motornyer dah tergolek depan keta aku yg parking depan rumah. Selalu balik kerja memang aku parking kat luar sebab biar Danish & Dania bleh main kat porch tu. Malam nak tidur dalam kul 10 tu baru la park masuk kereta dan time tu biasanya Danish & Dania akan ikut jalan seround dulu barulah bleh park kereta masukkk... dah sejak bertahun mmg kereta tu akan park kat luar lepas kerja mcm tu jugak jiran sebelah umah aku..

So berbalik pada cerita tadi, aku pun terus la panggil (aka jerit) Abang keluar..! Panik panikk...Memula risau gak tengok anak jiran aku yg dah tergolek depan rumah. kebetulan maknya pun mmg seiring dgn motor anaknyer tadi so maknyer pun nampakla apa yang berlaku. Menurut anaknya - si bujang 15 tahun, ada serangga masuk mata tu yang buat dia terbabas langgar keter kitaorang..

Tengok la luka ke tak.. Abang lak dirikan balik motor.. luka sket kat kaki pastu budak tu dok menahan senak kat dada..sebab rempuh side mirror kottt. Kakak sebelah tu pun duk tanya alamak camne kereta.. kalau ada apa2 bagitau tau lahh tapi since maghrib tak pe lah aku terus la suh akak jiran sebelah rumah aku tu balik dulu..tengok2 anaknya kalau teruk kena bawak gi klinikk..tak teringat pulak nak tengok keta cam ne cuma masa kakak tu nak balik baru perasan rupanya side mirror aku dah bersepai..tu pun kakak tu pungut buh dalam bakul motor pastu baru perasannn... lor rerupa side mirror yg dah bersepaii.. iskk iskk iskk

Anyway malam sket baru teringat nak tengok keta... sekali tengok....tu diaaa
i) Side mirror patah
ii) Skirting pintu bawah bergarittt.. dalam gakkk
iii) Pintu penumpang belakang calar
iv) Logo Proton kat sport rim pecah

Moralnya malam tu aku panggil gak la kakak sebelah tengok..
ingatkan tak apa2 rupanya apa-apa jugakkk huhuh.. apo nak buekkk

So isnin lepas hantar pi kedai sebab akak tu nak cover repair cost. Total kalau nak repair RM560! Sebab nak kena ketuk & sembur cat balikk...gullpppppp!!!Nak seminggu gak aku & Abang drive tanpa side mirror! Sengetkan back mirror ke tepi je utk gantikan fungsi side mirror tapi payah gak la sebab tak biasa kan apa2 nak tukar line mesti nak tengok side mirror. Moralnya Khamis lepas Abang beli side mirror dan jadi pomen pasang sendiri sebab kalau buat kat kedai RM150! Beli spare part pasang sendiri baru RM115...Dah jimat RM35..caya la Abang.. Ada bakat terpendam rupernyer huhuh
Moral of the story :
Anak lelaki memang mantenance tinggi...!!! huhuhuhu
P/S: Aku pun pernah experience 'sondol manja' keta bos aku masa nak masuk parking kat ofis. Camna tah bleh plak pagi yg sama ada gak keter lain 'sondol manja' gak keter bos aku nihh sebab bila pergi check, apsal jumpa cat keta color lain pun lekat gak kat body keter dia.. penyudahnye tong2 gak bayar repair cost yg berjumlah RM450.. hua hua huaa..
Setelah beberapa tahun tak menjejakkan kaki ke Bon Odori ni akhirnya tahun ni terpanggil juga nak pergi atas beberapa sebab/motivasi :

  1. Dapat parking pass masuk dan disambut plak oleh bos2 company aku yg jadi volunteer jadi parking attendance !!! Best bestt bestt!
  2. Ada satu set yukata & jinbei utk satu family
  3. Tahun ni rasa bleh pakai lagi yukata tu, tahun depan belum tentu lagiii.. hua hua hua
Kalau masa bujang dulu memang tiap2 tahun aku jadi volunteer utk Bon Odori under ALEPS. Biasanya tukang distribute Uchiwa. Makanya selepas diperkenankan oleh Abang *yg tak berapa kaki crowd* akhirnya alhamdulillah Abang pun bagi green light & akulah yg paling happyy heheheheh. Terima kasih banyak-banyak pada Abanggg... ! Muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Terserempak dgn Ila - 3 nen buri!
Bon Odori ni sebenarnya pesta ketika musim panas atau erti kata lain Natsu Matsuri.. Di Jepun kalau masuk musim panas mesti ada Hanabi taikai *pertunjukan bunga api* dan bila ada pertunjukan bunga api akan ada gerai2 jualan *macam pasar malam* yang semacam ada satu sentimental value yg kita rasa sesetengah jualan tu ada masa musim panas je mcm contoh kat Mesia nak dapat kuih pelita & murtabak dengan mudah biasanya time bulan puasa kat bazar ramadhann..Selain tu bergantung kepada size event, kalau yang besar tu kadang-kadang ada persembahan, paluan gamat gendang (TAIKO), perarakan(MIKOSHI), tarian kebudayaan dan sebagainya. Aku sendiri pun pernah join dgn geng2 Shiga University (Zalie & Ujen) buat persembahan tarian kebudayaan dgn berpakaian yukata & Hachimaki *lilit kepala* utk Shiga University pd musim panas 1999! *Dah sepuluh tahun lepas!!*

Yang uniknya kalau kat Jepun, time Natsu Matsuri ni diorang akan pakai Yukata - salah satu pakaian tradisi masyarakat Jepun. Kalau kanak2 yang pakai tu memang comelllllllllllllllllllll sangattt.. & cute! Dan selain ada jualan gerai utk pelbagai jenis makanan akan ada juga pelbagai jenis permainan contoh nyer sauk ikan emas!


Dan tahun since dapat green light dari Abang , kami tak lepaskan peluang untuk turut serta. Terima kasih banyak-banyak Abang!Tapi di Malaysia sambutannya mungkin sedikit agak berbeza... masih mengekalkan Tarian kebudayaan, paluan gendang (TAIKO), jualan makanan Jepun yang super crowded! dan aku pun tak sempat nak ronda semua gerai sebab memang tahap sesak yg agak terlampau!!So malam tu kitaorang pun cuma lepak2 je and bagi Danish & Dania main disekeliling. Dania yang asyik main pasir.. meniru 2 kanak2 jepun lainn

Menonton persembahan tarian kebudayaan kebangsaan. Si kenit 2 orang ni sibuk nak tengok jugak.. seb baik Papanyer Hero! huhuhu
Yang kesiannya aku tak dapat nak belikan belon besar yg boleh terapung sebab dah kehabisann dan cuma dapat belikan yoyo ball je...Nangis Danish tak dapat terima kenyataan huhuuh! Dania pulak berapa kali ntah org datang dan bergambar sebelah dia huhuhuhuh. Kitaorang balik awal sebelum jalan mula jammed. Nak balik tu jumpa lagi balik bos-bos jepun yg jadi volunteer termasuk la MD. Yang bagusnyer diaorg ni bila ada activity luar ofis hour semua jadi normal citizen dan tak bawak pun title 'MD/Manager/Advisor/Director' tu sekali.. bagus kan! Tak macam kita, sekali jadi bos sampai mati la bawak title tu kemana-manaa.. iskk iskk iskk

Moral of the story :
1. Men's Yukata Abang aku beli di Tokyo awal 2001 ketika hati aku kosong tak punya siapa. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada seorang lelaki bergelar suami suatu hari nanti.. dan akhirnya 3 tahun kemudian aku temui lelaki itu...
2. Kids's Yukata Dania aku beli di Tokyo juga Jun 2006 ketika Dania belum lahir hatta 'terbentuk' pun di dunia fana ini.. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada si puteri permata hati kami.. sepasang pula dengan baju Abangnya nanti. Alhamdulillah.. puteri kami lahir setahun kemudian dan hari ini Dania memakai Yukata tu untuk pertama kalinya!

Aku bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh yang ESA..
Sesungguhnya DIA Maha mendengar, Maha pemurah lagi Maha mengetahui.. Kehadiran Abang, Danish & Dania benar-benar menyempurnakan hidup aku. Lantas apa lagi yang aku mahu..?
weekend datang lagii. hari yang sentiasa dinanti-nanti oleh semuaa.. yeahoooo!!Dan aktiviti bersantai & melepak dirumah pada hari hujung minggu juga antara aktiviti yang paling aku tungu-tungu especially hujung2 bulan ni..h ahahahhaha

So entry kali ni aku just story aktivity Danish & Dania hujung minggu kat rumah je lahh... huhuh
Pagi-pagi 2-2 bangun awal hari ni walopon malam semalam dah keletihan pi Bon Odori *aku citer next entry*. Bangun pagi je Abang dah offer nak beli breakfast Nasi lemak sambil bawak diorang ronda2 naik motor pepagi nih..
Since cuaca pun nyaman2 sejuk je pagi ni boleh lah breakfast kat luar sambil ambik anginnn. Cam biasa sambil breakfast sambil main si Danish & Dania

*Bila aeroplane lalu...*
Lepas breakfast Abang pulak dengan penuh bersemangat nyer tengok la pokok2 kat keliling rumah yg tak berapa nak banyak punn...hua hua hua. Danish & Dania pun excited la nak 'tolong' *dibaca sebagai menyibukk hehehhehe*Lepas tu aku layan je la 2 beradik ni main kat keliling rumahhhh... sambil tolong Abang cabut2 rumput. Dah penat main & berpeluh-peluh.. Danish plak request nak mandi pooll.... Berendam dalam air plakkk...Lepas berendam dlm pool, mandi salin baju. Danish plak sambung buat Homework & di pantau oleh Abang sementara aku dah start meyinsing tangan kat dapur dengan beberapa menu dalam kepala.. Hmmm... *tengok apa ada dalam freezer*

Dalam masa beberapa minit je Danish dah siap buat homework!! Brilliant!! Wahhh kira antara yg tercepat dalam sejarah gak la berbanding kalau aku yg monitor.. mesti dah nak masuk unit 'jam' baru nak siap!!! Moralnya lain kali bleh la mintak tolong Papanya yg tengok2kan Danish buat homework... lagi makan saman ngan Papanya nampakkk.. hehehe


For lunch siap lah 3 hidangan.. lama tak masak lemak cili padi.. nyumm nyummm!

Lepas makan melepak.. tengok TV & ZZZZZzzzzzz..

Petang ronda2 naik motor kat taman & sempat lagi pi bufday party jiran belakang rumah. Ad-hoc schedule last minit... huhuhu

Sekian berakhirnya hujung minggu...

Setiap pagi bila aku keluar bekerja, aku akan melalui 'jalan dalam' dan cuba mengelak untuk lalu LDP-Hicom apatah lagi jalan depan proton yang sememanggnya terkenal dengan tahap kesesakan lalulintas terlampau! Entah berapa kali aku menanggung rasa geram dan terkilan bila ada polis2 traffic yang tak mampu nak mengawal lalulintas dpn proton - shortcut ke Sharp dengan lancar dan aku sedia maklum semuanya pun gara2 kesesakan terlampau dekat flyover masuk shah alam dari KESAS tu. Jalan short cut ke SHARP tu pun dah berapa kali di tutup supaya traffic dari simpang 3 Hicom boleh terus je masuk ke Sri Muda-Bulatan JVC tapi cubaan ntah berapa kali tu pun tetap GAGAL dan itu tak termasuk pulak traffic jam kalau ada accident dan sebagainya pendek kata memang tertekan jiwa ragalahhh!!. Makanya sebagai alternatif aku memilih 'jalan dalam' demi memastikan aku boleh sampai office sebelum jam 8:30 pagi!
Jalan dalam yang aku lalui ni pun berkat info dari ex-ofis mate lama aku yg duk setaman dulu. Jalannya melalui kawasan kampung.... kebun-kebun.... menyusuri sungai Klangggg.. jeng jeng jenggg... melalui bawah Highway Elite... dan akan keluar ke Sri Muda... Jalan memang tak berapa elok.. ada jugak kena merentas jalan tidak bertar. Dan yang bagusnya tidak perlu melalui tol tapi sebagai timbal balikk.. mantenance kereta aku pun naik la skettt.. huhuh. Tapi jauh berbaloi dengan ketenangan minda yang aku perolehi kerana jalan ini jauhhhhhhhhhhhhhhhh dari kesesakan lalu lintassss sewaktu peak hour pagi hatta hujan sekalipun... cuma kalau hujan memang berdebu tepu lah kereta aku tuhh.. uhuk!. Balik kerja petang baru aku ikut jalan biasa Hicom-LDP dan terpaksa kebalkan diri juga merempuh kesesakan. Kalau nak tau 'jalan dalam tu'.. cuba2lah cari di google mapp ya.. heheheheh
Anyway apa yang nak aku ceritakan ialah... sepanjang aku melalui jalan ni yang entah dah berapa bulan nak dekat setahun pun.. aku selalu terserempak dengan seorang pakcik menunggang basikal tua...

Pak cik ni akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan. Kadang2 aku terserempak dia mengusung basikal sambil berjalan.. kadang2 dia mengayuh basikal.. dan aku sempat kira jarak terdekat dan terjauh pakcik ni pernah pergi..
3.5 KM! Jauh tuu utk menunggang dan berbasikalll untuk seorang yang dah berumur! Dan berbulan jugak la sampai aku dapat snap 2 foto ni pada arah yang berbeza sebab kekadang aku lalu terlupa nak ready camera lah, kekadang aku snap ada kereta lain lalu lah al maklum aku pun tengah drive!

Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah... pakcik ni .. setiap kali aku terserempak walaupun sejak berbulan yang lalu...akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan.
Setiap kali!!!
Tak pernah walau sekali pun aku jumpa pakcik ni dengan pakaian lain!!!

Dan itu membuatkan aku sering tertanya-tanya...

Siapakah pakcik ni
Dimanakah dia tinggal
Siapakah keluarganya
Siapakah anak-anaknya
Kemanakah dia hendak pergi setiap hari.....
Kenapakah aku tak pernah nampak dia dengan pakaian lain setiap kali aku terserempak..?

Dan persoalan masih dan sentiasa terus berlegar dalam minda aku....
Agaknya siapa pakcik ni ya....?

Namun, walau siapapun Pakcik ni aku doakan semoga dia sentiasa diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menempuh sisa-sisa kehidupannya..
22nd June 09 adalah hari pertama Danish menduduki peperiksaan dalam seumur hidupnya. Disebabkan umur Danish yang baru 4 tahun makanya aku & Abang tak lah pressure sangat Danish untuk ulangkaji ke lalu mengandaikan peperiksaan kali pertama ini biarlah menjadi kayu ukur sejauhmana tahap pencapaian akedemik Danish di tadika sementelah antara tujuan aku & Abang hantar Danish ke tadika, selain dari faktor akademi ialah untuk memperluaskan komunikasi Danish berkawan since duduk rumah pun cuma ada Dania & bibik je setiap hari takut tak berkembang pulak PR Danish yg memang suka main dengan budak2 besarr. Dan sepanjang minggu exam, setiap hari pada waktu malam mesti aku & Abang akan tanya Danish macamana exam, boleh jawab ke tidak. Itu pun Danish iya tak iye je jawab dan aku fikir agaknya Danish pun tak faham lagi apa erti 'exam' huhuhuh.
Khamis minggu lepas seperti biasa Abang check beg sekolah Danish sebab biasanya Danish akan dapat homework hari Khamis & Jumaat (utk weekend). Balik hari tu Danish tak ada pulak inform apa-apa cuma kata abang bila Abang keluarkan kertas exam tu barulah Danish bersuara 'Papa, Danish dapat hundredd!'
Aku yang tak tahu & tak diberitahu pun malamnyer lepas selesai makan malam check beg sekolah Danish. Demi melihat markah yang tertera dekat kertas peksa Danish aku pun ikut sama terkejut & teruja.. Danish dapat 100% untuk semua paper! Biar betul nii.. Macam tak caya je.. ni Danish buat sendiri ke cikgunye ajar...? hmmm... aku check tiap2 paper tengok ada kesan padam ke tidakk.. iskk iskk iskkk.. Bak kata Abang.. ntah2 budak2 lain pun semua dapat 100% gakk.. heheheh. Anyway tahniah untuk Danish.. dah tentulah aku & Abang yang paling gembira dengan result Danish tu dan Danish la yang paling kembang kuncup di puji2 aku & Abang ha ha ha!Semalam Tadika Danish mengadakan sessi perjumpaan ibu bapa dan jamuan makan. Sebagai 'ibu bapa', aku dan Abang tak melepaskan tanggungjawab sekaligus pengalaman pertama untuk pergi jumpa guru dan ambil report card pertama anak - Danish! *cepatnye masa berlalu..*
Pelajar kelas Danish ( 4 Tahun) tak ramai... cuma 5 orang je. Masa jumpa guru kelas kami diberikan sedikit sebanyak feedback tengan attitude Danish dalam kelas... dalam pada tu kami ditunjukkan jugak dengan prestasi keseluruhan pelajar dalam kelas dan ternyata Danish duduk diranking no. 1! Dan Danishlah satu-satunya pelajar yang dapat perfect 100% untuk semua subjek hu hu hu! Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada guru yang telah memberi tunjuk ajar... Moral of the story :
Catatan ni bukanlah bermaksud utk nak membangga diri sebab aku tau ramai lagi ibu bapa lain yang ada anak2 yang jauh lagi cemerlang. Cuma utk Danish.. Mama coretkan result exam Danish disini adalah semata-mata untuk rujukan Danish satu hari ni... di masa akan datang apabila Danish mula mengerti erti sebenar kehidupan.... Semoga catatan ini akan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Danish untuk terus berjaya di masa2 akan datang... Danish sayang, Mama & Papa percaya Danish sudah pun memulakannya dengan begitu baik dan sempurna.. Mama & Papa doakan semoga kejayaan akan terus mengiringi setiap langkah Danish dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Semoga Danish sentiasa cekal kerana mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dari mencapai kejayaan itu sendiri...
Buat permata hati - Danish Aiman, Mama, Papa & Dania sayanggggggggggkan Danish sangat sangattt dan akan sentiasa berada di belakang Danish memberi sokongan! We loves you so much! Muaaahhhhhhhhhhh!!!!

NOTE :
Teringat sewaktu kecil Emak pernah berpesan...
'Kalau nak Mak datang hari penyampaian Hadiah Izan mesti naik pentas ambil hadiah!'
Dan kata2 itulah pendorong & semangat untuk aku terus 'mendapatkan nombor' setiap kali menduduki peperiksaan... Sayanggg Emak dan Abah jugakk!!