Hari ni pagi2 aku dah bangun, buat sarapan - Roti jala! *kisah roti jala aku nak story entry akan datang*. Seawal pukul 8 pagi kami dah bersarapan... sebab..? Hari ni Abang ajak pergi cyberjaya sempena Ulangtahun ke-12 Cyberjaya! Agenda yg sangat2 nak participate ialah - naik belon panass!! Last time dapat tengok dari jauh je kat Putrajaya so hari ni simpan angan nak naik sendiri belon panas tuh!!!Kitaorang sampai dalam pukul 9:30 pagi.. makk aiii parkingggg penuhh!! Banyak gak acara yang dijalankan hari ni antaranya - coloring contest, pertandingan memancing, night drift, rawatan reflexologi, pemeriksaan kesihatan etc

Sampai2 geng2 ofis Abang pun dah ada kat sana.. *ya diaorang la pemangkin kitaorag datang kot* .Dimulakan dgn acara pertandingan mewarna, Dini, anak ofis mate Abang masuk bertanding. Lepas tengok acara bermula kitaorang terus pergi ke tapak belon panas.. bayaran RM5/dewasa. Naik2 je bila PIC duk lepas gas/api ke belon Dania dah mula meraunggggg! Terasa gak bahangnya atas kepala setiap kali gas/api dilepaskan ke belon tuh. Teruslah pas balik Dania kat bibik.. so yang terbang bersama belon panas aku, Abang dan Danish je laa.. disebabkan angin kuat cepat je belon tu naik seb baik berikat so tak gi jauh laaa. Tapi sempat gak la tengok permandangan cyberjaya dari atas udara. Dania bila tengok aku & Abang jauh ke langit apalagi meraunggg lagi laa.. iskk iskk iskkk
Kitaorang yg sedang 'terbang bertali' he he he

Dari dalam belon panas

Lepas merasa naik belon panas kitaorang gi lepak kat tempat Reflexologi by the blind area dekat dengan playground. Kira-kira ada 12 orang buta/penglihatan terhad dari Persatuan Orang2 Buta Malaysia memberikan urutan reflexology secara percuma. Kalau nak hulur pun apa salahnya. So aku & Abang tak lepaskan peluang keemasan ni since Abang tu mmg tengah sakit urat2 sendi huhuhuhu. Lama gak satu rawatan tuhh.. ada nak dekat setengah jam gak aku rasa. For me this is my first experience lahh.. Orang yg mengurut ni bleh tau body condition base on urat2 kaki yekk Lepas urutan reflexology Abang gi tgk magic show dgn Danish. Sambil2 tu ada byk acara2 lain utk ditonton-futsal, baling Dat, go kart etc. Dania masih ralit main kat playground dan aku plak sambung service urutan bahu hu hu. Settle pergi ke lobby utama dan masa tu ada acara untuk kanak2 di hostkan oleh Adi-DJ ERA. Aku sampai tengok Danish dah duk kat saf pertama depan stage. Lepas acara kanak2 persembahan 3 buah lagi oleh Imran Ajmain.. semua lagu2 hittt. Then continue dgn acara penyampaian hadiah acara pagi - pertanding mewarna & memancing. Hadiah utama Rm10,000! Usai majlis penyampaian Farah Diya pulak naik ke pentas dengan 3 buah lagi lagu termasuk lagu tema drama ku milikmu. Boleh tahan sedap gak diaorang ni nyanyi life! Tu pun sedar2 dah pukul 1 lebih.. cuacaa panas terikk.. Abang yg masih sakit2 sendi pun tak larat dah so terus balik rumahh. Petang tu sepatutnya ada agenda kat PWTC tapi nampak gayanya aku tak dapek la nak gi sbb sampai2 rumah Abang terus gi klinik, balik makan ubat terus tertidurrr....

Sekian hujung minggu kami...

4 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

wah beraninye izan naik belon tuh, lieya ni penggayat...tinggi2 ni mmg fail....naik kapalterbang pun bace doa kemain lagi, inikan nak naik belon panas ni ....takuuuut!!! he he he he

rajinnye wat roti jala...nanti tepek resepi sekali yak...leh cube...

Aleyn said...

Wargghh...merasa jugak Izan naik hot air baloon ek...mesti best ..tapi tak mabuk ker?

Tak tahu pun ader event cam tuh kat cyberjaya last week...kita yang berulang tiap ari kat cyber nih tak dengar citer pun..ni yang tak puas hati nih...

Ciklinn said...

haiyoo tak gayat ker... huhuhuh kalu linn mau kecut badan gayat,,, hhahahha

aku said...

wahh
best nye
murah je yea naik..rm5
bukan yg ari tu kan
sapai RM500 tu...