Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita yang bergelar IBU diseluruh dunia! Terutama sekali buat Ibu yang dikasihi - Hajah Kutip bt Sulaiman diatas segala kesabaran, kasih sayang, bakti dan pengorbanan yang tidak ternilai ertinya. Juga yang sentiasa dalam ingatan, Allahyarhamah ibu mertuaku, Hamidah Md Jadi diatas jasa dan pengorbanann melahirkan, membesarkan dan mendidik dengan sempurna suami yang aku kasihi. Semua roh beliau sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beruntung. Al-fatihah.
http://sweetomoide.blogspot.com/2007/01/hilangnya-sebutir-berlian.html



Tentang Emak :-


+ Ketika aku disekolah tadika, Emak yang pernah berjalan kaki sejauh 20 minit perjalanan sehala dibawah panas terik semata2 kerana mengambil aku pulang dari tadika kalau Abah sibuk berniaga atau ke kebun.
+ Masakan special Emak yang aku hampir tak pernah jumpa orang lain masak
- Kulit ayam sira sambal
- Lempuk durian
+ Yang paling aku suka dan WAJIB emak buatkan ketika hari lebaran
- Lepat (Beras yg sicampur kelapa parut, udang kering & kacang).
- Even masa aku further ke Japan pun Emak tak pernah miss hantar!
+ Dari aku Form 1 masuk asrama diKuantan, hinggalah ke AAJ-UM dan ke Japan, Emak tak pernah gagal hantar 'parcel' untuk aku hampir setiap bulan selama lebih 10 tahun lamanya... Dalam parcel tu biasanya akan terkandung makanan kegemaran aku disertai ingatan dan kasih sayang Emak...
Banyak lagi jasa dan pengorbanan emak yang tak mampu nak aku huraikan disini sebab terlalu banyak. Yang pasti Emak sentiasa ada ketika aku memerlukan.. Emak sentiasa disisi tanpa jemu mendidik dan memberi pesanan. Jasa dan pergobanan emak tak mungkin dapat aku balas.. Terima kasih emakk....

Untuk diriku sendiri, aku berdoa semoga aku sentiasa diberikan hidayah dan pedoman agar sentiasa dapat menjadi ibu/isteri yang sentiasa mengasihi dan dikasihi oleh suami dan anak-anak tercinta. Aminn....

5 sweet comments:

Aleyn said...

Happy Mothers Day to you! Semoga sentiasa cekal dan tabah membesarkan anak2.

IZAN said...

Samer la kiterr Aleynnn huhuuhu!

ibu 2AZ said...

selamat hari ibu gak buat Izan..

☆ lieya latif ☆ said...

jauh tu mak izan berjalan amik izan kat sekolah kan....terharu lieya bace.....sob sob sob....

tang kulit ayam sira tu pun menarik....mmg semate2 kulit ayam ke...lieya ni walau kaki diet tapi tang kulit ayam pantang jumpe...lieya suke kulit ayam he hehe

fiziskandarz said...

1. 1st and foremost, HAPPY BELATED MOTHER'S DAY KAK EZAN!! [ haa bagaimanakah celebration mother's day? ].

2. sorry to hear about ur mother's in law.. semoga rohnya di tempat dikalangan di kalangan org2 yg beriman.. amin :)

3. haaaaa mengenai gamba.. haaaaaaa kata ada jutta2.. mana?? mana?? nak tgk!! nak!! nak!! :D