This weekend melepek kat rumah je. Cuma sabtu Malam tu aku attend Annual Dinner ALEPS and the next night Abang plak attend Dinner Amal dgn Sultan Perak (of course together dgn office-mate & boss Abang lah). Dania plak demam so aku & Abang pergi pun on single basis je la.. huhuhu!. Dinner dah la aku sampai sedikit lewat duk mencari lokasi hotel sampai2 terus la kena paksa rela duduk kat meja VIP maka dengan segan silu malu2 kucing aku pun duk gak la kat meja VIP sambil dengan terpaksa rela jugak melayan tetamu2 dimeja tuh hu hu. Yang menarik masa dinner ialah persembahan koir dari sekumpulan warga Jepun yang menetap di Malaysia dibawah program - Malaysia my second home yang mana kebanyakannya dah retire plus few teahers. Yang lebih menariknya lagi ialah kebanyakan lagu koir yang disampaikan ialah didalam bahasa Malaysia! Memang dapat tepukan gemuruh dari penonton! Acara-acara menarik lain antaranya persembahan dari ALEPS idol, lucky draw & Jan ken!

Anyway hari minggu cam biasa, masak for my hubby & kids.. tengok kerja sekolah Danish.. layan Danish & Dania main kat umah balas utang few last weekends yg duk kena kerja jek. Cuma on Monday since aku mmg cuti, Abang pun ambik cuti and we all out for a date!
Tempat yang di tuju.. One Utama! (lepas ni tak leh pergi selalu2 dah public area lah since virus khinzir dah detect kat Mesia arrghhh tidakk!!!). Agenda.. lunchh, dating-dating, tengok Movie - Wolverine. Pas tu ronda2 kids branded boutique Oshkosh, Guess, GAP, mother care - checking cam biasalah he he he. Lepas tu lepak kat secret recipe minum2 makan2 and terus balik rumahh..Wolverine best gak jalan citer dia.. kira ada gak lah sene yg buat aku mengalir air mata.. tapi aku bagi 3.5/5 bintang jek sebab banyak sangat unsur2 science fiction.. bila banyak sangat science fiction kekadang citer tu jadik cam tak real kan! huhuhu. Nampak gaya aku pun dah terikut2 selera Abang yang gemarkan action movie untuk rate 5 bintang! jeng jeng jeng! Last but not least, terima kaseh bebanyak Abang sbb sudi luangkan masa celebrate mothers day dengan mama... muaaaahhh!!!



Malamnya Abang dah kekenyangan, so masak ikut selera aku laaahh.. entah apa la yang aku capai sedar2 yang siap dalam mangkuk.... taraaaaa!! Ala-ala oyakodon - ekspress tapi tak buh ayam. Tak tengok resepi dan tak pernah buat pun. Main campak-campak je ikut apa bahan yg ada kat dapur. Yang pasti - Danish paling berselera makann.. licin tak tinggal sebutir nasi pun! Komen Danish - Sedaaaapp betulll la mama masakkk! *He he he (wink!)*

2 sweet comments:

fazlynn said...

salam akak
thanks sbb post pix danish kt blog..he remind me of my late baby..
ske tgk gelagat n expression wajah danish,sooooo cute
kalau akak dont mind post la pix danish lg.ske dpt tgk dia~
till then take care n god bless.

bwassalam

IZAN said...

Hi Fazlynn..
Apa saja yang pernah Fazlynn lalui moga Fazlynn sentiasa tabah ya. Ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebalinya. Anyway, dont worry. This blog memang created dedicated to Danish, Dania & family. Rasanya label cerita Danish yg duduk tangga teratas hu hu.. Rajin2 lah singgah kiranya blog ni boleh mengubat duka lara.. :). You`re most welcome!