Yeeaaahaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!! 
Akhirnya tandukan 'maut' PUYOL telah berjaya membawa SPAIN ke peringkat AKHIR PIALA DUNIA 2010  dengan kemenangan 1-0 ke atas Germany. Dan nyaris-nyaris Spain merembat gol ke-2 jika PEDRO tak 'tamak' nak konker bola dgn TORRES! Dan tindakan itu juga menyebabkan PEDRO di gantikan DAVID SILVA pada minit ke 86. 

credit : FIFA.COM

Ini bermakna Netherlands akan bertemu Spain untuk menentukan 
JUARA PIALA DUNIA 2010 
11 Julai nanti!

Apapun nampaknya secara 'kebetulan' lagi ramalan Paul Octopus tepat lagi malam ini!
 Salamm....

Good nite semuaaa....... Malam ni tidur awal sebab *konon-kononnye* nak 
BANGUN PUKUL 2:00 PAGI NANTI tengok perlawanan SEMI-FINAL Germany menentang Spain. Mungkin ramai yang menjangkakan kemenangan akan menjadi milik SPAIN melihatkan barisan pemain yang kebanyakannya bertaraf 'bintang'..!
Manakala Germany pula telah memberi aksi pertunjukan yang agak mengejutkan sepanjang FIFA 2010 sehingga berjaya menundukkan Argentina 4-0 !!


Apapun.. kita saksikan pagi nanti... siapakan yang akhirnya akan menentang Netherlands bagi merebut PIALA DUNIA 2010 11th July nanti !!


PERLAWANAN GERMANY VS SPAIN , 8TH JULY (THU), 2:30 AM (waktu Malaysia)


Jom sorak ramai-ramai..!! Siapa pasukan pilihan anda...?!!!

Ingin tahu lebih lanjut  layari :
FIFA.COM

Tata titi tutuuuuuuuuuuuuu...!!!


p/s : Terlepas nak menonton FIFA dgn B-yond gara-gara hujan petang tadi... installer kater esok baru boleh pasang... uhukkk!
*Inilah perbuatan binatang yang bertopengkan 'manusia'. Bukan setakat hasil keindahan dan khazanah alam semulajadi alam je yg di ratah rakus... malah gadis-gadis Penan yang tak berdosa turut menjadi bahan 'ratahan' pembalak2 di Baram. Memang betul-betul berhati bina***g!!*



PETIKAN DARI : MALAYSIA KINI
Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. 
Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.


Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.


Me
nurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.


Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.


PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.
Diperkosa pembalak



Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum pernah membuat laporan sebelum ini.


Gadis paling muda daripada tujuh mangsa itu berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.


Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberi amaran: ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”.


Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalangan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.


Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.
“Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”.


Cerita dirogol
Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.


Cerita J



Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar memburu.
Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.
J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an.
Pembalak itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan lelaki itu pergi ke rumahnya dan merogolnya.
J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.


Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.


Kata J, dia didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.


Cerita A
A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan. 
A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula.
A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.


Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.


Cerita E


E ditangkap ketika membonceng motosikal dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.


Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka.


Cerita selanjutnya : 

Salam..
Akhir-akhir ni mata selalu ternampak Restoran Ayam Penyet. Tapi tak de la sampai nak masuk & test rasa.
Sampai la minggu lepas dengar member citer pergi makan ngan family... memang puas hati katanyer.
Kebetulan plak Hari Sabtu pergi IOI Puchong *lagi!* nampak plak banner Restoran Ayam Penyet kat tepi Machine Auto Pay..!

 Ayam penyet + Ulam

 Udang Penyet + Ulam

Pucuk paku lemak cili padi 

So keesokan harinya lepas attend Hari Sukan Danish terus ajak Abang singgah Restoran Ayam Penyet... dah terbayang2 kat kepala nih. Sampai kat sana antara menu yang di order - Ayam Penyet, Udang Penyet, Pucuk paku masak lemak cili padi, Milo Ais & Ice blended tembikai susu + pelam...

Suasana dlm kedai yang agak cozy... location dekat dengan Pintu Masuk Jusco bahagian pasaraya kat IOI.

 Lauknya walaupun simple memang sedappp gillerr...!! Danish pun suka betul 'crumb' *kriuk kriuk bak kata Mee Sedap!*. Memang licin makan...! Tapi belum pun licin pinggan dah berangan nak datang lagi !!! Ha ha ha!

Next time nak try order menu lain plakkk.. tapi Ayam Penyet & Udang Penyet tu memang TERBAEK aaahh!
Ni lagi satu aku musykill.. apsal di panggil 'Penyet' ? Aku tengok elok je ayam/udangnyer tak cacat cela macam di penyet pun!

Nak tau lebih lanjut ? Layari : Restoran Ayam Penyet
p/s : Ada can buat entry asal usul ayam 'penyet' lepas ni karang.. ha ha ha
Hari ni julung-julung kalinya Krista Nusaputra mengadakan Annual Sport's Day. Event bermula jam 9:30 pagi bertempat di Kompleks Sukan Rakan Muda, Puchong. Nasib baik juga buat dalam dewan... cuaca mendung dan hujan kat luarr... hu hu


Acara bermula dengan acara perbarisan, di ikuti dengan Nyanyian Krista, Ikrar sukan dan opening dancing. 


Abang di jemput jadi Judge untuk perbarisan! Masa Teacher dia offer aku tanya ' Danish pun masuk.. tak bias ke nanti ?' ha ha. Seb baik memang bukan kelas Danish menang wahahaha




 Acara sukan Danish join 3 acara.. dapat 1 Gangsa & 2 Perak.. hu hu

Acara bawak guli dalam sudu


 Dapat 2nd place gara-gara 'silap teknik' wakakakaka.. ade ke gi dudukk he he

Main supporter

Seterusnya acara penyampaian Hadiah. Abang di jemput gak jadi 'tukang bagi hadiah'. Yang bestnya sarung medal kat anak sendiri... hu hu hu
Dapat hadiah dari bapak sendiri.. kui kui kui



Tukang jaga garisan ke nih?  

Geng-geng kelas Danish ~ Ant Hill

 Dania yang dengan selambanya 'menyibuk' kat kelas Abang dia. Bleh plak  cari 'member'.


Danish ngan Teacher kesayangan nyer..

Acara bersurai kira-kira pukul 1:00 tengahari


Salam...

1st batch InsyaAllah akan di pos pagi-pagi limun esok... Bak kata Pos Ekpress..
 DI JAMIN SAMPAI ESOK (nya)!!
 Kita tengok bila sampaii he he he.. 
tungguuuuuuu................!!!!!



P/S : Hadiah TOP WINNERS dalam progress... harap bersabar lagi skett.. he he he
Salam..

Ahaaa.. weekend ni baru dapat settle packing prizees utk Winners of 
My Family's Sweetest Moment @ Sweet Omoide Contest.

Tak sabar nak gi pos esok he he.. opsss.. TOP Winners pon on the way gak...!!
Don't worry he he

P/S : Hari ni Hari Sukan sekolah Danish la la la


Salah sebuah lagu nyanyian Aizdean yang menjadi soundtrack salah sebuah Anime Jepun.

Nak dengar yang lain ?



もう一度・・・One more time


Aha... tiba-tiba rasa semua orang mula memperkatakan tentang Aizdean, seorang graduan di bidang kejuruteraan dari salah sebuah University di Tokyo, Jepun tajaan JPA yang menceburi bidang nyayian dan telah berjaya menghasilkan album di negara matahari terbit tersebut.

 Aku tahu pasal mamat ni 3 bulan lepas masa salah sorang ex-office mate aku tgh buat preparation nak gi further study ke Tokyo gak. Then since last week, terbaca entry pasal Aizdean ni dari Beautiful Nara dan minggu ni geng-geng batch aku pun sibuk memperkatakan pasal Aizdean nih. Masing-masing selidik kohai (junior) siapa, U mana kat Jepun nu.? Macam tu laa.. bila dah mula terkenal semua orang cari 'link' asal-usul he he he.

Okeh kat sini aku cuma nak share few links yang memperkatakan pasal Aizdean. Boleh dengar preview album dia dari official website & blog dia sendiri.


Official Website : 


Official Blog



Antara pencapaian beliau yang memberansangkan bak kata Mama Murai :

Buktinya album terbaru beliau, “I Need You Baby / One” pernah menduduki tangga ke-7 dan ke-14 dalam carta Rekochoku. Dan latest, lagunya menjadi lagu tema salah satu anime terkenal Jepun. Superb.. Sesuatu yang luar biasa untuk artis baru sepertinya. 


Nak tahu lebih lanjut boleh layari link-link di bawah :


Caya laa..!
Baru tahun lepas aku sambar sebijik 1 TERABYTE External HDD.
Sampai hari ni belum luak 30% pun lagi space external HDD aku tu... Rupanya sekarang kat pasaran dah keluar 1 PETA Byte iaitu bersamaan 1024 TERA Byte !! Perrghhhh!!! Kalau dapat kat aku ni ntah tahun bila nak khatam..!

kesimpulannyer :

1 GB = 1024 MB
1 TB = 1024 GB
1 PB = 1024 TB

Layan visual di bawah

credit : moxy




Perrghhhh....!! Baca tu.. 1 PETABYTE consist of MILLION GIGABYTES! Lebih best lagi kalau dengan kehadiran PETA bytes HDD kat pasaran, google inc pun offer FREE account limit dari 1 GB kepada 1 TB kat blog account nih..! Tak yah la susah2 aku resize gambar lagi nak jimat space... memang bestt! he he he
Search lagi kat internet hari ni baru tau asal usul American Fried Rice. Sumber dari Wikipedia. Mengikut Wikipedia, Nasi Goreng USA ni diperkenalkan semasa Perang Vietnam. Hidangan ini di sajikan kepada Tentera Marin & Udara Amerik@ di Thailand. Asalnya Nasi Goreng USA ni ialah Nasi Goreng yang di hidangkan dengan hidangan sampingan barat seperti sosej, ham, telur goreng, ayam goreng etc.

Cuba perhatikan beberapa gambar di bawah

Credit : Wikipedia

 credit : Thai Airways

Credit : Thai Recipes

Kalau nak di bandingkan dengan gambar kat bawah ni.. sama kerr..?

credit : Air tangan mak cik

Credit : Hana Memories
Lagi jauh beza bila taiko masak yang masak!

Jauh beza kan kan kan.....!! 
Tengok gambar ketiga tu lagi la ...  sempoi giler!
Gambar2 yang bawah tu aku rasa lebih terserlah 'kasih sayang' air tangan tukang masak.

Moralnya aku rasa tak patut Nasi Goreng di kekalkan dengan nama USA. Kenapa tak letak nama lain sebab di Malaysia rasanya hidangan ni dah pun di Inovasikan.. contohnya boleh je nak letak nama Nasi Goreng DMC aka Daging Masak Campur? atau  Nasi Goreng Kito (US)..? Nasi Goreng 1 Malaysia ke ? *kenyit kat Tiefa*. Atau apa-apa nama lah yang tak mengagungkan Americ@ yang bekas presidennya telah memusnahkan sebuah negara Islam Arab dan membunuh kejam Presiden Iraq pada Hari Raya Korban..? Sejak Perang US ke atas Iraq tu lah aku dah berhenti beli minyak Shell & Esso/Mobil atau mana-mana pengeluar lain melainkan emergency minyak abis dan petrol station diaorang yg terdekat. Sejak perang tu jugak terus aku jadi pengguna setia Petronas. Busuk-busuk pun hak milik negara sendiri...

Menu yang aku masak hari ni setelah 3 hari tak mengasap dapur. Dapat ilham menu dari dari blog K.Hana.. ma kasehhh K.Hana he he he! First time buat resepi nih. Kalau nak tengok resepi penuh blek KLIK SINI.

Aku nak citer sket satu kesah pasal Nasi Goreng USA nih. Tak silap dalam tahun 2008. Balik Charity Dinner kat Shangrila KL. Perut masih terasa lapar walaupun baru balik dinner. Maklumla makan dinner formal ni kekadang decoration memang melotop! Tapi dari segi kuantiti tu kadang ikut sunah betull.. belum sempat kenyang dah berenti makan hu hu hu. Anyway sebab layan Charity Dinner company Abang so tak kisah la kan.

Balik tu kitaorang singgah le kedai makan kat sekitar Bandar Puteri (Depan Giant), Puchong. Waktu tu aku yang order Nasi Goreng USA nih. Tak lama menu yang di order pun sampai. Yang hairannyer, selalu aku makan Nasi Goreng USA ni lauknya DAGING kan ? Tapi yang di hidang waktu tu AYAM ???!! Iskk ... heran plak aku. So dengan ringan mulutnya aku pun tanya la kat macha yang hantar menu tu tadi.

Aku : Saya order Nasi Goreng USA tadi. Biasanya saya makan, lauknya DAGING tapi ni kenapa AYAM ?
Macha : Termenung sekejap. Oh.... memang la Kak. Nasi Goreng USA - A for Ayam !
Aku : Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ??!! Ternganga dengar jawapan tu. Dalam hati dah tergelak kah  kah kah...! Sabor je la kasi jawapan emergency ceh! Ohh!.. habis kalau yang lauk daging tu kira Nasi Goreng USD la yerr..? Perli aku.
Macha : Tersengih dengan air muka menjawab 'lebih kurang cam tu la kak"

Saborrr je laaa... sah sah kena tipu hidup hidup jek. kui kui kui

Ada sesiapa ke yang tahu asal usul nama Nasi Goreng USA ni..? aku pun tak paham tang mana yang di katakan 'USA' nyer tuh..? Google pun tak dapat gak jawapann...  Tukang masak mana la yang sesuka hati kasi nama ni hu hu.