Assalamualaikummm!!

Alhamdulillahh.. berakhir suda standby 2 minggu berturut2 yg agak memenatkan 
mental dan fizikal. Hari ni masuk office kena bagi training sempena Mentor Day.
Sambil melayan Monday bluess setelah berakhir tempoh 'standby' yg panjanggg
tetiba company buat supprise gift sempena Mother's Day !!


Majlis berlansung di E-Club... tempat kami lepak2 tea break- or any 'break' time kerja.
Boleh mengeteh, berekspresso, teh tarik, mocca, cappucino macam2 ada tinggal 
picit je and FREE hehe.

Hari ni bos2 besar yg turun menyampaikan suprise gift utk para SUPERMOMS di HP
giteww!! sungguh vangga okehhhhh!!

Dan inilah small gift tapi cukup makes my heart warm okeh....
tenkiuuu sangat sangatttt!!!!


Alkisah hari Ibu yg lepas, since Mama masih dalam 'standby mode'
so bawak budak2 beriadah dekat2 ngan rumah aje.
Lagi pun minggu tu revision week sebab Danish & Dania mula exam 
tengah tahun.


Kemain seronok & meriah.. team Sabah menggegar Taman Tasik Cyberjaya hihihi



Lepas maghrib Abang ajak dinner kat satu Restoran Chinese Muslim sebelah 
restoran Nasi Arab SABA tu... memang dah lama teringin makan kat situu.
Pergi2 tengok alahaiii.. tutuppppp... uhuk uhuk. 
tak de rezeki nak merasa ari nih.
So bila tanya budak2.. apa lagi memang Nasi Arab la pilihan merekaaa...
tapi ABang pun tak nak ajak gi SABA dah walopon sebelah jee...
akhirnya pusing ke Mr Kabab & Beriani juga hahahha.
Reasonnya satu je.. selesa.. tak crowded... ada playground untuk budak2..
makan pun boleh tahan sedappp.. hihihih


Hari ni order Chicken Kabsha (Wajibbb.. memang feveret menu aku gi mana2 Rest Arab pun).
Ayam dia lembutt sangatt.. kalau masuk mulut tinggal tarik keluar tulang je .. sedappnyerrr
dan Naan Cheesee!! (err tak leh lawan Naan Cheese RM5 yg glamer sangat kat KL tu kannn)
Sempat lagi tapau Roasted Milk Tea with Grass Jelly@Chatime feverett aku gak ni wehhh!
lately dah tak ambik pearl dah.. kalo tak confirm kena 'sound' ngan Danish..
Not good for health katanya uhuuuu


Danish pun ada bagi Mama bunga mawar kaler biruu...
terima kasih terima kasih Abang... Anak2 Mama...
sayangg semuaaa... muaahhh muahhhh!!

P/S: Buat anak2 Mama yg  menduduki peperiksaan Sumatif sekolah 
rendah kebangsaaan dan sekolah rendah agama minggu ni
Mama doakan semoa Danish & Dania dapat menjawab soalan dengan 
tenang okeh.. semoga dapat buat dengan baikk.. aminn

Assalam. Cuti hari wesak semalam ada jemputan ke kenduri aqiqah cucu Bos Abang di Putrajaya. Majlis makan ditepi swimming pool gitu... best gilerr kan 
*terus berkumandang lagu 'kalau aku kaya!' Wahahaha.

Usai majlis kami bertolak ke Jusco Seri kembangan. Lalu sebelah Sushi king ternampak
 promo RICE BURGER!

Apalagi selesai cari barang terus ajak singgah. Feveret aku beef teriyaki tapi kali  ni nak cuba Salmon plak. Nasi burger dia hmmmm... kalau kat jepun garing sket lagi tapi ok ok jugak laaaa. 
Promosi hingga akhir Jun tak silap. So sape yg berminat boleh terjah yek!






Best sangat rumah Bos Abang ni.. besarrr.. cantekkkk... 
tumpang verangann je la hihi


Water feature yg menggoda kalbu lagi mendamaikannn

Assalamualaikum..

Nilah akibat semua di hujung jari. Lain nak beli lain yg TERbeli.. Alat pelipat baju atau nama omputehnya "folding board". Asal2 org buat pakai kotak je la ni dah dikomersialkan tu yg gatal mengorder hihihi.
yg bestnya sampai2 rumah Dania paling excited nak test drive. 
Tak dan salin baju sekolah dah tanya 
" Mama bila nak lipat kain ni?? Cepatlah Dania dah tak sabar!" 

Wahahaha lebar sengih mama dengar sambil terbayang 'mentol' lampu menyala 
kat tepi telinga. Taktik menjadi hihihi  !

Assalamualaikum....
Wah dah Jumaat hari ni. Esok dah Sabtu Ahad balik. Kalau dapat sambung cuti kan besttt kannnn.
Sekarang ni bermula 1-4 May ada HOMEDEC exhibition berlansung di Exhibition center KLCC. Semalam dah terlanjur cuti Abang panggil kontraktor utk review progress sekali gus confirmkan exterior layout! Hahaha  berani betul kan. Layout tak confirm boleh kerja jalan dulu gara2 kontraktor dah terlebih excited nak start kerja  uhuuuuu.
Tapi interior layout dah handover awal la cuma yg luaran ni...
jenuh pikiorr idea tersekat2... nak lukis sendiri 3D tak pandaii haishhh..
dok belek magazinee je kan huhuh...  tu la bila engineer cabuk verangan nak jadi arkitekkk
camtu la gayanyaa arkitek sendiripikir sendirian berhad hihihihi.


Apapun dah lega lah interior and exterior layout dah handover. Hopefull kerja2 pengubahsuaian terus berjalan lancar. Untuk rekod dah 5 minggu proses ubahsuai ni berlansung.


Settle review meeting kami bersiap2 untuk ke Homedec. Kali last pergi tahun lepas bibik ada lagi.... so aku ngan Abang je yg pergi. Kali ni sebab bibik dah takde alamat hangkut la semua askar sebatalion. Paham2 je la waktu nak 'bersiap'. Last2 kul 4 petang baru sampai KLCC !! 
Hahaha *gelakkan diri sendiri*.


Cuci2 mata... haish sempat jejak 2 hall je. Boleh pulak terserempak dgn member ofis-mate Abang merangkap kami wife2 yg sokmo kena tinggal BILA Abang & husband dia kena gi outstation. Time2 tu  sokmo la berinteraksi kalo Encik2 somi ke outstation. Maklum la sitting in the same boat! Kalo tgk bilangan askar kami dan 'patern' pun sama... 4 askar, HeRO sulung! Hehe

Progress terkini proses pengubahsuaiannn rumah


Baru siap tanam bim dan piling


Gigih panjat ke tingkat 2.. gayatttt errrr

Okey... tak sempat round semua. Memang kena jejak lagi ni.... banyak benda nak kena survey harga. Weekend ni pulak kot part 2 kalau berkesempatan. Dah terlanjur masuk KL otw balik tu dinner kat KL terus.. Abang ajak gi makan nasi Arab kat Wadi Hadramawt. Wah lately tgh selera makan nasi Arab jekk.....Layannnnn


Tapi fail sket laaa... konon2 tempat baru try menu baru.. dah la tak paham kan nama menu tu... order2 haishh tak kena lak dgn selera tekak. Siap order salah hantar...teringat citer Mr Bean yg salah order makan kat restoran France tu. akinat order tak paham makna haha.
Kena plak air Teh herba Adani dia pun termanis....
haishhh mmg lambat lagi la nak jejak sini lagi gaknyaa...
masa makan tu tengok kat meja sebelah YB dan org2 kuat PAS
pun tengah menjamu selera...

Ok dah kenyang balik.... settle2 persiapan sekolah hari Jumaat plak.. alkisahhh
Assalamualaikum...

Esok cuti 1 May ada feeling2 ala monday blues tak hari ni? Hehehe.
Kena siapkan keja2 hari ni cepat supaya esok leh bercuti dengan senang hati.
Tak de plan lagi esok nak kemana ni huhu. Kalau Jumaat budak2 sekolah 
cuti kompem dah cabut balik Johor ni uhuk!

Ok melayan wednesday blues sebelum cuti umum labour day esok..
sila jangan muntahh
ari tu ada yg tanya nak tengok hihihi

Tema "Melaram sponsored by Zalora" hehe. Semua top adalah koleksi yang redeem 
dgn Voucher Zalora hari tu. Dipadankan dengan tudung dan skirt labuh/skirt kembang 
dan palazo sedia ada...
Layannnnnn



Tema colourfull...
 masuk ofis 2-3 orang tegur amboiii kemain kalerful ari ni hihihihi.
kasi ceria sket gitewww


Huwaaaa lama giler peram tudung ni sebab tak jumpa baju yg matchhh...
akhirnyaaa keluar juga dari lemari hihihi




Tema : Greennn..


Tema : BlueSSSsss..


sekiann.. alkisahhh..
*sila jangan muntah wahahahhaha*
Assalamualaikum...

Ahaa... ni kisah minggu lepas....
antara penyebab Mama lansung tak sempat pun nak hapdet blog uhuh.
Alkisah Papa kena gi outstation dari 12~18 April lepas.. seminggu lebih gak tu uhuhuhu.


Kali ni Papa diarahkan ke Dubai, UAE sempena WETEX Exhibition 
bersama2 delegasi yg dihantar oleh MATRADE.

Sepanjang tempoh perkahwinan 10 tahun ni seminggu ni lah Mama rasa
paling mencabar!! Almaklum laa askar dah makin ramai.. dengan 2 orang askar kenitt...
dengan Mama kerja... standby... ambik hantar anak2...oo semua kena handle sensorangg.. 
tak lupa entertain customer2 tersayang...
ulalala kalau selalu ala supermom
kali ni betul2 bertukar jadi SuperMAN! uhuuuuuuuuuu
Memang dari pagi sampai mata terpejamm macam lipas kudungg 

Selalu everytime Papa gi outstation Mama memang akan hantar sampai KLIA.
tapi kali ni memikirkan askar2 yg sebatalion ni 
kali ni hantar Papa sampai Putrajaya Sentral je.. Papa naik ERL ke KLIA.


Papa menyampaikan amanat pada Abang dan Kakak sebelum berlepass..

Paling sadis si Dhiya... Dhiya ni paling manja dengan Papa dia.
Jenuh la dah berpisah kat kaunter berlepas tuu..
Papa duk pujuk2 bagi duit suh beli jajan pun tak mo...
duk ulang2 cakap "Nak Papa... Nak Papa..!"
sayu sungguhhh uhukkk

 
waktu berlepas memang keriauuu terusss laaaa huwaaaaaaaaaaaa. 
jenuh puhukkk Dhiyaa!
Babai Papa.. semoga selamat pergi dan kembaliiii... dan dilindugi sepanjang perjalanann..
aminnnnn


Sempat la layan budak2 ni makan jap kat Putrajaya Sentral tu..
tapi jenuh laaa... si Dhiya bila tanya nak air tak.. nak makan takk?
jawabnya tetap jugak "Nak Papa... Nak Papa.. Nak Papa !"
sambil keriau uhukk uhukk!!


Nak drive balik pun mencabar... Delisha la keriauu nak duk ngan Mama..
padahal sebelum gerak balik tu dah BF dulu... tapi bila tengok mama drive still keriau nak duduk ngan mama diaa uhuuu

Aktiviti hujung minggu masa ketiadaan Papa.
Confirm la tak kemana kann...
seminggu suntukk duk kat umah uhuhuhu.
Buat kraf Pupumon dengan Dania.. kena jahit2, gunting2... tampal2...



Almost tiap2 malam Papa call tanya khabar anak2.
Selalu pakai Skype.. kali ni call pakai Viber pulakk.. 
line pun clearr.. jimat pun jimat 



Yang kelakarnya sepanjang ketiadaan Papa, Mama suruh Danish & Dania 
pilih 'adik' sorang satu untuk in charge jadi bodyguard.
2-2 tak mo Dhiya ... sebabb..? Dhiya garang! ahahhah
sabor je la kan..
Penyudahnya Danish jaga Delisha, Dania jaga Dhiya..
jadi assistnat tolong mama jaga adik2...
ma kasehhh Abang & Kakak sebab tolong
Mama jaga adik2.. sayang kamu2 semuaaa muahhhhh.!


Gambar Papa dengan salah satu mercu tanda terkenal
di Dubai , Burj Al Arab Hotel.
Apapun syukur Papa dah selamat kembali ke pangkuan kami...
sungguh terasa bila Papa tiada disisi sob sob sob!!
Half of my soul gone....

p/s : tahun ni Papa kata bos ada ura2 nak hantar staff business trip
Dubai - Slovakia - China - India
Huwaaaaaaaaa!!! Nangessss... 
Mama cakap kalau Papa pergi 2 trip...
silalah izinkan Mama buat rombongan cik kiah shopping 
trip 3D2N jugakk. okeyy tak?? hihihihi


Assalamualaikumm.....

Ahaaaa.... mode excited hihihi. Semalam parcel dari ZALORA sampai suda...
baru2 ni ada dapat sponsored post offer dari Zalora.. then dapat la token Voucher Shopping ZALORA.
Expire 31 May 2014... tapi dok peram2 takut terlupa karangg. so kelmarin terus la 'shopping'
di ZALORA.COM. Submit dalam pukul 6 petangg.. 
the next day parcel dah sampai via GDEX delivery!
Walla sungguh pantasss dan efficient!!!!!


p/s: Masih dalam mode happy hihihi
Assalamualaikummm
Ahhhaaa post pasal makan lagii hihihihi.
Ahad lepas JJCM ke Restoran Baser yang terletak di Bandar Puteri Puchong.
Restoran Baser asalnya di Kota Tinggi kira cawangan 
pertama di luar Johor kat Puchong ni lah.

Menu yang special sangat kat sini Nasi Beriani, Nasi Ayam,
Mee Bandung dan juga kerabu mangga.
Hari kitaorg pergi tu order Nasi Beriani dan aku teringin sangat
makan Mee Bandung. Pernah juga buka posa makan nasi beriani kat sini.
Kalau rindu2 nak makan menu Johor leh la gi sini hihi


Danish & Dania memang suka. Derang memang hantu makan nasi arab.. 
so nasi beriani pun lebih kurang je kan cuma lagi berempah kan.
Mee Bandung Abang komen bau udang kering kuatt.. tapi aku suka rasa 'kacang' dia nyummmm

Air yang di order Jus Tembikai & Jus Asam Boi.. masam kaww jus asam boi diaa..
aku siap suh add air gula ahahhahah

Masa datang tak putus jugak customer walaupun dah pukul 2 petangg..
lain kali boleh singgah sini lagi try menu lain pulakkkkk

Ok nak tengok detail menu boleh layari

Blog Restoran Baser 



Assalamualaikum....
Aha kalau korang nak tau Cyberjaya adalah salah satu syurga makanan Arab di Malaysia. Tak pasti kenapa, adakah atas fakto ada nya MMU (MultiMedia University) yg ramai student dari luar negara membuatkan Cyber begitu terkenal dengan restoran nasi Arabnya ? Aku pun tak tau kenapa tapi yg pasti ada lebih dari 10 buah restoran masakan Arab di Cyberjaya dan antara yg terkenal dan sesal sokmo ialah SABA.


Ok tapi kali ni nak share pasal Restoran Makanan Arab dan Pakistan iaitu 
Mr KB @ Mr Kabab & Biryani. 
Terletak di area Neo Cyber atau ada yg panggil domain. Restoran dia terdiri dr 2 buah kedai corner lot sebelah menyebelah sederet dengan Frutti Tutti dan yg paling best masa datang kali ni ada kids playground!! Mak pak hepi anak2 lagiiiiila heppi! Wahahhaha. Mana taknya, turun2 keta derang yg spot dulu area playground tu! Mmg mata derang ni cepat je detect benda2 yg kalerful ehhh! Hihihi




Ok... cam biasa kalau datang rest arab tak sah kalau tak order Chicken Kabsah or Lamb Kabshah. Memang feveret tu. Budak2 pun suka sangat nasi arab yg lembut dan sedap di tekak tuh. Memang kali ni aman damai Mama and Papa makan.. budak2 bila makanan sampai duk kejap kat meja, settle terus sambung main... nyaris2 tak ko balik wahahaha.
al-kisahh....