Salam..

Ni satu lagi berita-berita pelik dalam negara... 
Tak tau nak kata apa... sedih,, kesiann... 
Anak comel, Ibunya pun ada rupa...
camna la perasaan si IBU masa humbang & tengok anak tu terhempas ke lantai 
dari tingkat 6...? Tak sedih ke..? 
Lepas tu boleh pula pergi tingkat 10 terjun pulakk..
Orang-orang yg terjun bangunan ni, apa yang diaorang rasa dalam beberapa saat masa
sebelum terhempas tu..?
Aduhaiii... kenapa la makin banyak kes2 pelik cam ni... 
Dalam kes ni rasanya rajuk bukan punca utama...
tak tau la apa masalah diaorang ni sampai si Isteri 
boleh nekad bunuh diri... dan bunuh anak sekali..???

Teringat aku statistik bunuh diri di Jepun tahun 2000, 32 000 orang setahun..?!
sekarang ni tak tau la berapa.
Nasib baik la kita ni ada agama, ada pegangan... mudah-mudahan saudara semuslim kita
tak ambil jalan singkat macam ni untuk selesaikan masalah. Apa-apa pun kita masih
ada DIA untuk mengadu.. yang Maha mendengar lagi Maha Penyayang....


SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.



Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.



Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.


“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Salam...
Ni baru nak publish entry dalam draft yg hampir2 jadi pekasamm huhu.
Eceli event masa bufday aku last yearr.. Annual gathering ngan rakan2 BFF ku huhu.
Member2 masa zaman2 belajar dulu.. kenal sejak 16 tahun lepas..!
Alhamdulillahh... tali persahabatan tu tetap terjalin erattt...!
Eceli ni kira annual event kitaorang gak le.. cumanya tiap-tiap tahun
jatuh dekat ngan bufday aku jadi nya hampir tiap2 tahun gak le di celebratekan oleh
diaorang nihh... he he he.. 
Thanksss ladiess..!!



Selalunya tiap-tiap tahun 'mommies club' ni bergathering kat
Red Box Sogo.. tahun 2010 tukar agenda.... bergumbira di Times Square KL
Agenda ~ Bowling , theme park, movie, chatting & Hi-tea.. konon!
Tahun ni peserta ialah Zalie, Ujen, Rusma, aku & Wah


Ni memang tiap-tiap tahun tempat breakfast wajib.. Subwayyy KL central..!
Biasanya seawal pukul sembilan dah berkumpul kat KL central.. masing2 naik public transport jee ikut office hour ha ha. Dalam ni semua mak-mak orang. Rata-rata dah ada 2 ~ 4 kids huhu. Hari ni kids2 semer gi skool yek.. mommy2 nak bersuka ria.. he he he

Makan agak  berat sebab skip lunch hari ni.. terus ke Hi-tea je nanti 



1st acara main Bowling...!!



Me highest scorer...?? ha ha.. sah score2 yg tak di sengajakan nihha... kua kua kau



Lepas game bowling gi tengok Movie dulu.. 


Beli snack skettt....POP CORN jgn lupaa.. nyumm nyumm!!


Bleh plak dia tayang salah movie...????? lain nak tengok lain yg di tayangg.. ada sorang foreigner naik hangin ha ha. nasib laaa.. so terpaksa tunggu another 15 min utk di tukar ke movie yg sepatutnya. tu yg sempat posing tuh hahahaha


Lepas tengok Movie terus gi surau reramai....habis solat  berbelah bagi lak nak masuk Kosmo world..! 
Masa limited dahhh... nak masuk RM32 sorang.. tapi sempat main setengah jam je kott..
 iskkkk rugi la plakkkk


last-last posing gediks je laaaa ha ha.  Sebab apaa.. ada satu agenda lagiii..


Antara yg paling kecewa terpaksa batal 1 agenda.. uhukkk!!

Ni agenda terpenting gak ni... Hi-tea sambil chit chat & gosip-gosipp!! ha ha.
Last-last masuk secret recepi



Opss cam biasa.. sokmo je aku yg bernasib baik kerana di raikan oleh rakan2 BFF aku ni..
thanksss ladies.. sayang korangg...! muah muahhhhhh!!




Happy bufday to mee..! terasa makin muda lakk.. ha ha


Order tak hingat-hingatt...!! isk isk iskkk...!



Kul 4:30 ptg dah bersurai dahh.. masing2 kena kejar train nak balik ikut office hour gakk.. cam tak de 
apa2 berlaku jeekk...kih kih kihhh

Anwayyy enjoy sangat sekali sekala habiskan masa ngan korang2 nih.. 
ma kaseh banyak2 kat korang!!
hopefully tahun 2011 pun leh organize lagi annual gathering ni yekk..!!
Again, gazillion thanks to all mommiess..!!!

Salam..

Akhirnyaa...  ku jejak jua Gym yg sejengkal je kat ofis tuh.. yah yah yahhh..!! he he.
Maklumla bulan ni dapat FREE membership masa Wellness day launching tempohari
so lenjan je la


Antara yg menarik perhatian. Mesin daki bukit..? hah..? ntah apa kebenda nama diaa..
redah je laa......


opss..  yg ni macam bike. Tengah slow down sebab baru 30 min 
turun dari machine kayuh kat depan nuuu

  
Yg ni next time plak try.. huhu

Dah nak kul 7, dah ramai yang beransur balik..

Hari tu bet ngan Abang... kalau aku leh turun 7 kg dari yg aku timbang 
kat Petrosains tuh.??!!! ohokkk ohokkk..!!
setakat ni baru turun 3 kg ngeh ngeh ngehhh... 
apa pun... adakah dgn facilities ni aku dapat kalahkan bet papa
semudah petik jari jer..?????

*
*
*
*
*
*
*
Opssss... mungkin tidakk...!!. ngeeeeeeeeeeeeeeee...!!
ingat senanggg kerr... uhuk uhukkk...!
TAPI kalau dapatt.. Papa sila lah stanby apa-apa yg patut.. hi hi hi.
Apapun jejak pun semata-mata gunakan peluang sebulan FREE ni kui kui kuii
apapun *lagi*..... jom sihattt.....!!