Salam,
Seperti yang telah di janjikan, atas permintaan seorang teman entry kali ni Izan nak share 'Cara-cara nak berkenalan dengan En. Nuffnang' he he. Scope ini di tujukan khas untuk para blogger yang masih belum ada akaun Nuffnang okay.

Apa itu Nuffnang ? Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan secara online melalui blog komuniti. Secara amnya, blogger yang meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing akan menerima komisen/bonus mengikut kaedah yang telah di tetapkan. Walaupun anda mungkin bukan blogger tegar, tapi dah alang-alang berblog apa kata daftar akaun dan 'gantung' banner iklan Nuffnang di blog anda. Mana tau ada rezeki sambil berblog sambil boleh masyukkkk...!!!

Bagaimana Nuffnang berfungsi ?
Flow :

Cara-cara daftar account Nuffnang
1. Layari Nuffnang official website KLIK SINI

2. Klik 'SIGN UP' icon seperti di bawah. Then select 'Sign Up as Blogger'


3. Isikan Blogger Registration Form. Pastikan semua maklumat yang di isikan tepat dan benar.  


4. Baca terma dan syarat dengan teliti. Pilih option yang berkenaan dan hantarkan registration form anda.
Anda akan di minta untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda melalui E-mail yang telah di daftarkan.


5. Login ke akaun E-mail yang di daftarkan dan klik pada link yang dihantar oleh Nuffnang. Anda akan di bawa terus ke web Nuffnang. Pendaftaran dan pengaktifan akaun Nuffnang anda kini selesai!


Cara-cara memasang widget iklan nuffnang di blog anda
1. Login ke Nuffnang menggunakan username (e-mail address) & password seperti yang telah didaftarkan.

2. Anda akan dapati ada 6 ikon di dashboard anda = Analysis, Earning, Add Ads, Blog Manager, Polls and Nuffnang exchangeJawab Blogger Profile Survey. Ini bertujuan agar pihak Nuffang memahami personaliti dan back ground anda.


3. Seterusnya pergi ke Blog Manager dan tambahkan blog anda kedalam senarai blog.

4. Jawab survey mengenai latar belakang blog anda yang baru sahaja anda daftarkan. Ini bertujuan agar iklan yang di tawarkan bersesuaian dengan tema dan target audience blog anda.



5. Seteruskan pergi ke Add Ads dan dapatkan kod html iklan Nuffnang untuk di masukkan ke dalam layout blog anda.  Terdapat 3 pilihan :-

i ) Header 

 ii) Side bar

 iii) Between content

6.  Login ke akaun blog anda. Pergi ke DESIGN -> LAYOUT -> PAGE ELEMENT. Add gadget dan pilih 'HTML/Java Script'


7. Copy mana-mana html code di langkah 5 dan pastekan ke dalam gadget box.



8. SAVE and VIEW blog anda. Perhatikan perbezaan  sebelum dan selepas seperti di bawah 

Sebelum 

selepas


Apabila badge 'I serve Nuffnang ads' sudah terpapar di blog anda, bermakna iklan Nuffnang akan bersedia untuk keluar pada bila-bila masa yang bersesuaian!

Amacam senang tak ? Good luck to you guys..! :D

Assalamualaikum semua..
Alhamdullillah My Family's Sweetest Moment @ Sweet Omoide Contest dah pun selamat berakhir semalam. Terima kasih kepada semua peserta yang telah sudi menghantarkan penyertaan untuk contest ini. Berikut adalah gambar-gambar para peserta yang telah selamat sampai ke PC penganjur termasuk gambar penganjur sendiri yang sibuk nak tumpang sekaki he he. Nampaknya semua gambar yang di hantar punya 1001 satu cerita dan kenangan terindah yang tersendiri..! Sebenarnya saat paling indah ialah saat bila dapat berkumpul dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang tak kira pada apa suasana sekalipun. Memang seronok meneliti kenangan yang terabdi dalam setiap gambar yang di hantar dan haruslah juling biji mata penganjur nak pilih pemenang nih! Ohhoohoho baru tau bukan mudah nak pilih pemenang. Besar tanggungjawab tuhh! Hu hu hu!

Walaubagaimana pun penganjur akan melantik juri-juri separa professional cap Tiga Ayam dan cap Tiga Bintang untuk menentukan pemenang yang mungkin terdiri dari ahli keluarga penganjur dan teman-teman rapat penganjur. 

Sila berikan masa selewat-lewatnya 10 hari untuk menentukan pemenang. Apa.. ? Lambat sangat yekk..? he he. Harap semua boleh bersabar ya. Saje je nak dera perasaan korang sket.. ha ha ha.

Kepada yang berminat nak buat collage photo macam kat atas ni boleh download dari

*ada watermark tapi pandai2 la nak cover yek*

Anyway in between harap-harap lepas ni boleh lah kita keep in touch each other yek. Lebih dari segalanya, masih tak lari dari niat asal untuk menjalin persahabatan dengan lebih ramai blogger ; ).

Apa pun... stay tune for more update...! Salam sayang untuk semua..... muaaahhhhhhhhhhhhhh!!!
UuuuUUUuuuWWWWWWWWwaaAaaAaaaaaaaaaaa..............!!!!
Natsukashi gillerrrrrrrrrrrrrrrrrr...........................! (so nostalgic!) Seriously rasa nak nangesss.. dah bergenang air mate nehh. Last mengadap tahun 2006 masa attend South Asia Japan U former student reunion.4 tahun lepas dah.. hari ni, BARU JE tadi dapat kiriman FRESHH dari Japan ~ my always peberet food...!! Kafe au late, Purin & Onigiri..! UUwaaaaaaaAaAaAaA  cho nastukashii...!! 



Sorry yek.. over excited plus terharu tahap dewa nehh.. Actualy my ex-office mate dapat further buat Master kat TOKYO Uni last April. BARU je 2 bulan pun. Kebetulan ada family matter dan dia balik ke Mesia. Tau-tau malam semalam baru dia call tanya ada apa-apa nak kirim tak. Alamakk.. paniccc tak sempat pikir dah nak kirim apa.. terus terhingat kat 'my always peberet food' yang tah pa pe tuh .. hu hu. Actually ni la sebahagian dari makanan ruji aku hari-hari masa further dulu. Hari-hari nak pergi kelas mesti singgah Lawson connvenient store depan apartment beli Onigiri + Kafe au late. Kadang-kadang tambah ngan Glico Puchi Pudding.. memang saiko (besttttt) gillerrrrrrrrrrrrrrrrr!!


Peberet Glico Petite Pudding

Rupa bentuk bila dah di keluarkan dari packing dia. Kalau lagi best nak tengok dia punya 'adegan'

  Yang original pudding ni dengan caramel. Rupanyer lately dah ada perasa lain. Contoh perasa stawberry. Bila plak nak test yang nih.. hu hu hu

 credit google


Anyway, many thanks to Fazrul 

P/S : Apsal ada orang lain yang TERLEBEY lagi excited nehh ??