Assalamualaikum...

Alhamdulillahh.. usai sudah tempoh pengajian Pak Usu (adik ABang yg bongsu)
dari Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Sabtu lepas kami sekeluarga menghadiri upacara Konvokesyen Pak Usu.
Sunggu smart and hensem Pak Usu dengan uniform convo nyer itew.
Tahniah Pak Usu.. ! Semoga terus cemerlang dalam karier Pak Usu.


Aku dan Abang


Mak Teh & Pak Teh


Pak Chik


Keluarga Ibu Angkat Pak Usu


ALAM dari depan


Bergambar dengan keluarga Ibu angkat Pak Usu


Danish pun verangan pinjam topi Pak Usu ngeh ngeh


Yang bestnya ada disediakan balai untuk keluarga para graduan.
Siap Lunch sponsored by their shipping company.
Company kaya raya kannnn... syokkk aaaaaaaaa


Julung2 kali attend majlis convo ada sediakan lunch siap.
Dah la menu sedappp.. Nasi berianiii... kambing kurma..
sirap lemon lagii slurppp!

siap pasan water dispenser Coway bawah balaii.. tak gigih ke nama
nak tarik paip air bagai ke water filter tu kann.. memang bagus la.
Kaum keluarga pun selesa menunggu majlis usai
since hanya 2 penjaga yg dibenarkan masuk.


Menjamu selera..


Aku dan Mak Long. Penuh pinggan wohh!


Al kisah sementelah dah sampai Melaka, gigih aku & Mak Long berganding bahu
masak bekal untuk acara 'piknik' di tepi pantai


Sempat singgah kat pantai Port Dickson usai majlis.
Gambar pantai tak sempat ambik.. bateri habis sudaaa.... hihi


Pak Usu masih tinggal di ALam.
Selamat memulakan karier sebagai 'Sea Man' kepada Pak Usu..!
Tahniah sekali lagi dari kami!!

p/s: masih belum berjaya nak singgah Pantai Klebang + Coconut Shake.. huwaaaaaaaaaaaaa!!!

Assalamualaikumm...

Wow wow wowww!!!!
Kali ni nak share tentang satu Online Fashion Outlet yang sedia terkenal iaitu 
ZALORA !


Sure semua mesti dah pernah dengar tentang online fashion outlet ni kan!
ZALORA adalah salah satu online fashion outlet yang menyediakan 
pelbagai fesyen pilihan dari pereka-pereka yang terkenal
termasuk Rizalman, Jovian Mandagie dan ramai lagi !

Ok, Zalora kini turut menyedia pelbagai pilihan busana muslimah yang super gojes 
untuk fashionista diluar sana.
Pilih je nak konsep macamana.. rangi, ayu, casual... 
pelbagai pilihan dan citarasa tersedia untuk dipilih!

Kalian boleh layari website Zalora untuk pilihan pelbagai busana muslimah :

ZALORA BUSANA MUSLIMAH


Antara yang menarik perhatian :

ZALORA MUSLIMAH DRESSES


ZALORA MUSLIMAH JUBAH/KAFTAN


                                                               ZALORA MUSLIMAH TOP



 Atau terus layari ZALORA.COM dan browse Menu Tab MUSLIM WEAR :
Harga pun sangat berpatutan dan kualiti memang dari jenama yang terkenal
dan diyakini *thumbs up*


Baca sedikit tips dan ulasan berikut :-


 BERGAYA DENGAN BLOUSE MUSLIMAH



Let’s ROARRRRR with this tiger print blouse from Rayhanah!

Jika anda tertanya-tanya apakah blouse ini boleh dipakai oleh wanita Muslim jawapannya sudah tentu boleh!. Kini terdapat banyak Muslimah tops dan blouse Muslimah yang ada dalam pasaran. Kewujudan dan penglibatan hijabista dalam industry fesyen Malaysia mmeberikan impak yang cukup besar namun positif ke atas fesyen pakaian Muslimah.

Blouse untuk wanita Muslim kini semakin stylish dengan rekaan yang moden. Walaupun begitu, dalam masa yang sama ianya kekal sopan untuk dipakai menepati ciri-ciri panduan pemakaian baju Muslimah yang sedia ada. Kini terdapat lebih banyak pilihan untuk dipilih dengan adanya rekaan-rekaan segar bersama seleksi warna yang menggoda anda untuk beli.



 Menggayakan pakaian Muslimah sebenarnya mudah jika anda faham dan tahu stail apa yang sesuai untuk diri anda sendiri. Jangan meniru atau menggayakan sesuatu stail secara membuta-tuli tanpa mengetahui sama ada ianya sesuai ke atas anda atau tidak. Harus diingatkan, kewujudan stail yang berbeza adalah untuk orang yang berbeza. Ada kalanya ia nampak cantik untuk orang lain tetapi tidak untuk anda dan sebaliknya.

Antara tips paling mudah dalam berpakaian adalah pakai sesuatu yang selesa buat anda. Jika ianya memberikan keselesaan buat anda pasti tidak akan kekok untuk digayakan. Selain itu anda boleh sahaja berikan sentuhan tersendiri untuk disesuaikan dengan gaya dan personaliti anda.





Untuk gaya yang anggun dan sopan, padankan blouse Muslimah anda dengan sehelai skirt labuh manakala untuk gaya yang lebih ranggi dan stylish pakai skinny jeans. Selain itu bagi yang berhijab boleh sahaja sarungkan tudung atau shawl dengan padanan warna dan corak yang sesuai. Mudah sahaja bukan?

Beli blouse Muslimah moden melalui online shop Malaysia yang terdapat banyak di internet. Zalora sebagai salah satu contoh terbaik menawarkan koleksi blouse bermutu tinggi daripada jenama-jenama terkenal dengan harga yang cukup berpatutan.


Assalamualaikumm..

Ahaaaa.. dalam kesibukan tugas hari ni akhirnya berjaya juga merembat 
4 biji HP Slate 6 Voice Tab
yang dah macam goreng pisang panas nihhh!
Office buat promo hari ni . Punya panjang queue uhuuuu
Opsss tapi bukan I punya.. no no no! Semuanya belikan utk kawan2
yang kirim once publish kat FB tadi heheheh.
Tu pun 2 je dapat stockk.. 2 lagi dah kena pre-order.
Next week pulak baru dapat baranggg.
Mana taknya... normal price RM999
hari ni RM699 sahaja uolsss!!!
Sangat2 berbaloi gituuuu


Memang ohsemm okeh. Yang paling best dia boleh dual sim means katalah nak 
pakai maxis untuk voice and U-mobile untuk data sebab coverage or promo price ke
so boleh combine pakai service dari 2 provider yg berbeza dalam 1 Hand phone yang sama.
Ohsemm sangat kann!

Nak tau detail spesifikasi boleh juga layari ulasan dari 



kalau nak tau lebih lanjut promo ni boleh juga layari 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
Balik kampung cuti sekolah baru2 ni Emak buat kenduri doa selamat sempena balik dari umrah. Sekaligus buat doa selamat untuk adik ku yang kini mengandung 7 bulan dan juga doa selamat untuk kami yang baru sahaja memulakan kerja2 renovation rumah. Akhirnya kami proceed plan B.


Antara Jemaah yang hadir.. orang block dan BFF emak hihih


Acara menjamu selera usai majlis bacaan tahlil dan doa selamat


Bubur Merah... terima kasih emakk.... muahh muahhhh!!


Antara kuih muih dan juga kurma dari mekah.
Cakir air zam zam tak sempat snap hihihi


Gambar bawah, keadaan rumah yang masih 'suci' sehari sebelum kerja2 renovation bermula.


Perbincangan terakhir petang sebelum kerja2 ubah suai bermula..


Gambar garaj kereta yg masih suci hihih.. petang sebelum kejadian jugak 


Gambar keadaan rumah setelah renovation seminggu berjalan. 
Sekelip mata je laman rumah sebelah penuh dengan barang2 binaan uhuhu


Baru naik tiang dapur. 
Tak sabar Mama nak pasang Kitchen Cabinet.. dah 10 tahun kahwin sewa dan beli rumah 
belum pun sekali merasa pakai KC.. sadis jek ehh hihihihi


Habis di kembur garaj kereta semua huhuhu. Balik rumah memang budak2 especially Dhiya and Delisha kena berkurung dalam rumah bahaya pulak kalau jatuh dalam lubang2 yg dah di korek.


Nak masuk rumah pun lintas papan je. Keta mama pun kemain jauh nun parking.
Papa seriau nak parking situ sbb 'jambatan' nipis katanya.
Mmg Mama mintak contractor yg buatkan supaya boleh parking kat
seberang jalan sebab kalau parking tepi jalan makin sempit plak jalan 
dengan baru pasir pun dah terkeluar huhu.


ALkisah.. moga segala urusan berjalan lancar seperti yang dirancanggg... aminnn

Assalamualaikum....

Wah pantas masa berlalu. Sekejap je cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya uhu. Welll... kalau dah nama dibagi 'cuti', sebulan pun rasa
Sekelip mata ye dak? Ekekekeke

Ok,  cuti sekolah kali  ni kami menuju ke Johor. Actually julung2 kali buat family day dgn family terchenta di Johor. Tapi entry tu next post la up yek hihi.

Selain dari family day, tak lupa juga activity JJCM versi Johor okey. Menu2 yg sukar dijumpai di Selangor gitew. Sempat juga bawak kawan lama yg mengidam  nak makan  belangkas. Seb baik 1st trial bleh masuk tekak phewww. Maklumla tak semua org leh masuk tekak makanan2 exotic ni cuma I je yg memang jenis tolak batu kayu  yang lain InsyaAllah ditanggung licin! Hehe

So 2 tempat le jejak... 2nd day tu pekena laksa johor, rojak, cendol kampung *mmg spesel*, pepes etc dekat dgn Kg Sungai Mj.j3rd day pulak bawak kawan mak buyung JJCM ke teluk sengat pekena menu2 exotic - belangkas, siput gongong dan kupang. Memang terbaekk lahhh

Sekian al kisahhhhz


Assalamualaikum....

Ya Allah sememangnya sungguh pantas masa berlalu..... rasa baru je habis pantanggg...
sedar2 hari ni Delisha dan pun menginjak usaha setahun ! 

Sesungguhnya fasa ini anak2 memang tengah comellll.... buat apa pun comell.. hatta menangis pun 
nampak comell!! ke'comel'an2 ini lah yang membuatkan penat mana pun urusan sehariann
bila balik menatap wajah2 kesayangan Mama Papa ni hilang semua penat lelah...
kadang2 Mama berharap biar la korang manten comel2 macam ni kann..
tak yah besar2 hua hua hua.
aci takk ? hihihi

So balik kerja semalam Mama and Papa buat preparation sikit...
small celebration untuk meraikan hari istimewa Delisha ni.
Nak ajak makan kat luar pun Delisha pun bukan nyer 
bleh nak makan apa sangat pun kan hihihi.
Penyudahnya Mama tapau  KFC dengan harapan 
Delisha boleh la 'rasa' cheezy wedges dan Kentang putar kononnya

Lepas Isyak baru la wat acara potong kek dan doa selamat sikitt.
Since abang kakak pun dah besar kali ni Mama tak yah la 
interpreme pegang Delisha.. biar Abang kakak je yg handle okehhh 


Wajah bufday girl


Kek Chocolate Moist beli kat Kedai Kek Chocolate Mansion
milik bumiputera kita.


Okey cam biasa.. havoc2 nyanyi lagu bufday sket hihihi


Korang perasaan tak Dhiya... dia dengar org nyanyi lagu happy bufday dia 
yang pakat nanges kekekek. Ini bukan kali pertama yer hihihi

         

Aksi bufday girl nak potong kek chewah chewahh 


Lepas potong kek Papa baca doa selamat sikit.
Mudah mudahan semua anak2 Mama dan Papa sentiasa diberi perlindungan,
dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang olehNya selalu.
Moga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat kelakk... aminnnn
Mama Papa sayanggg kamu semuaa tauuuuu


Lepas jamahkan sket kek bufday, wedges and ketang putarr...
kasi upah 'bubur' yang di bancuh dalam susu...
Delisha pun dah ngantuk sebenarnyaaa..
Tengok Dhiya yg sibuk dok belek2 'bunga-bunga' kat dress Delisha..
nampak aje matanyer kan kikikiki 


Untuk rekod... Delisha ni sebenarnya selama ni 
tak nak makan bubur bersuap!!!
Berapa kali ntah bersilat sampai tercampak sudu dibuatnya.
Tak tau la apa yg digelinyaa.. tapi bab 'mengutip' masuk mulut
mak oiii kemain laju.... serammm Mama dibuattnyerrrr uhuuu.


Akhirnya malam sebelum 1st bufday ni lah baru Delisha nak makan bubur!!!
Ni lah 1st bowl bubur dia yg habis makan bersuap.. 
kalo tak mmg kena masuk dalam susu uhu.
Nak makan bubur pun nak tunggu bufday ye nak... hihihi.

Ok Mama dah lega dahh.. lepas ni Mama leh buatkan bubur Delisha pulak okeyyyy

Sekian... al kisahhh