Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts
Salam... 
Maaf kengkawann.. .dah beberapa hari tak berblog walking. Baru balik dari kampung.. offline 4 hari. Usai sudah wedding adik ipar ku.. 3 hb Nikah, 4hb Majlis rumah perempuan, 5hb Majlis rumah lelaki...
penanyer boleh tahann... fuhhhhhhhhhhhhhhh.


Hari ni separuh masa pertama basuh baju..Kat kampung dah ramai2 + sibuk2 tu tak dah dah nak basuh baju bagai.  Pas tu rasa tak sedap badan he.. penat sangat kot. Badan pun rasa panas + seram sejuk (?)... siap muntah2 lagi.. separuh masa ke-2 telan panadol dan tidur sampai petanggg... tak sempat langsung nak online.. hu  hu  hu

Doakan aku cepat sihat yekk.. tak selesa la kalau tak sihat cam ni... hmmmmmmmm
Salam..

Rentetan dari peristiwa maid ku yang tak balik semalam seperti yang di jadualkan. Mengikut 'surat perjanjian' antara aku dan dia ada 2 minggu lagi sebelum aku buat police report bawah kes 'maid lari'. 
Nampaknya buat masa ni kena proceed Plan B dulu laa.. hu hu

Anyway.. serentak ngan tu jugak semalam washing machince aku meragamm...
pulak dahhhhhhhhhhhhhhh.......
pandaiiii je dia pilih time-time kritikal cam nihhh isk isk isk.
Washing machine lama aku tu beli masa memula kawen dulu.. dah nak 7 tahun pun pakaii..warranty motor 5 years pun dah expired. Dalam keadaan cam ni nampak nya aku & Abang cuma ada satu pilihann..
BELI BARU..!! Isk isk iskkk

So pagi tadi dah siap-siap gi SenQ. Haaaa.. memang ni la kedai letrik kegemaran aku dari dulu hingga kini.. aku suka service nyaa yang ada 1 + 1 + 2 years warranty dan ada one to one replacement warranty jugak.
Anyway tadi gi la SenQ area Puchongg.. tak sampai sejam dah decide model mana nak beli.. InsyaAllah esok petang sampaii.. hu hu hu


So sambil-sambil berlegar2 kat SenQ tu aku tertarik dengan produk kat bawah ni. Nama manja nya
NAVIBOT!

Nak tau apa Navibot ni..? pembersih rumah automatic..!!!  Ada 38 sensor yg boleh detect which area nak kena 'sapu', which area nak kena 'vacum'... kalau ada permukaan yang tak rata dia bleh detect jugak supaya dia tak jatuh ke permukaan lain yg lebih rendah..!



Ni description pasal NAVIBOT ni.. apa yang dia bleh buat.. bleh la korang surf2 skett..
Aku tengok kagum siyutt!!


Pas tu apa lagi.. DEMO aaa skettt kan hebat tak hebattt NAVIBOT nihh


Tengok la area demo tu.. tak de pagar keliling pun atas both wooden surface & carpet tuh..


 Pas tu kitaorang pun tabur sampah skettt tengok leh bersih ke takk..

 Masa lalu kat tebing tu Danish siap berlari nak tangkap NAVIBOT tu takut jatuh! Tapi..opsss! jangan risauu..dah ada sensorrr.. dia pandai undur sendiri he he

Dah settle 'kerja'.. pandai dia balik ke station diaa..

Ni NAVIBOT tengah dok cari angle nak masuk balik dalam station dia

Dan kembali 'parking' dengan selamat...


WhoaaaaAAAaaaAaa...............!! Aku kagum siyutttttttttttt..!! Berguna betul time-time tak de bibik nih.. he he he. Nak amek Bibik baru sekarang ni paling kurang RM5000 gakk..

Kalau la harga NAvibot ni RM 229 gagah gak le aku nak sambarr...

TAPI

Harga dia RM 2299 beb...!!!!!!!!!!!!!!

Lupakan je laaa.. ha ha ha


Bibik sepatutnya balik ke Malaysia hari ni.. tempoh cuti 2 minggu sudah pun berakhir hari ini. 


Dalam 'keresahan' kitaorang menunggu panggilan bibik yg dah terputus hubungan ni tiba tiba Danish berkata-kata 
" Papa..! Pagi tadi Danish Mimpi.. Bibik dah balik " 


..........?


NOTE : Tak pernah-pernah Danish share mimpi dia ngan kitaorangg... mimpi apa Danish nih..? isk isk isk
 Alhamdulillah Syukur ke hadrat yang Maha Esa...!
Perasaan yang cukup bercampur baur..... terharu.. gembira.. sedih.. tak percaya...??

Balik kampung minggu lepas Emak buatkan bubur pulut merah sebagai tanda kesyukuran..
Terima kasih tak terhingga pada insan-insan tersayang yang mendoakan terutamanya Emak & Abang.
Walaupun nervous pergi 'interview' setelah sekian lama... memang rasa cam nak pengsann..! ha ha

Air tangan Emak


Tempat baru nanti dekat dengan rumah dan di lengkapkan pula dengan 'Day Care'. Walaupun aku tak tahu lagi sejauh mana facility baru ni memberi manfaat untuk aku dan anak-anak. Tapi sekurang-kurangnya kalau2 lah aku tak berBibik dah lepas ni.. kot-kot emergency mungkin anak-anak boleh aku tempatkan disini.

Tatkala ini aku masih menghitung hari...di tempat kerja sekarang yang dah hampir 10 tahun aku berkhidmat.. tempat jatuh bangun aku.. tempat yang begitu banyak memberi pengajaran dan pelajaran. Tempat yang dah menjadi sebahagian dari hidup aku sekian lamanya... rakan sepejabat yang dah macam ahli keluarga.. tempat jatuh lagikan di kenang.. tak akan aku lupakan... *uhuk!*

Perasaan masih terus bercampur baurr... sedih nak meninggalkan.. berdebar nak melangkah ke tempat baru...
10 tahun.... bukan satu jangkasamasa singkat.. dan bukan satu keputusan yang mudahh..
semoga segalanya berjalan lancar dan memberi sinar baru dalam hidupku..
Ya Allah.. permudahkanlah segala-galanya.. aminnnnnnnnnn..!
 Salam..
Baru buat entry pasal aku tambah supplementary line untuk Abah. Dah hantar ke kampung pun.. sepatutnya tak esok, lusa sampai lah dan Abah boleh mula pakai nombor baru!

Kat rumah Abang dah pasang Web Cam untuk monitor Bibik. Ahaa.. sejak dari hari Kaunseling hari tu aku & Abang lebih berhati-hati. Kebetulan pulak hari Khamis tu check2 Web Cam kantoi tengok Bibik keluar naik Basikal...!. sebelum ni dah dengar katanya dia beli Pre-paid HP. Kali ni memang confirm la bila tengok kat Web Cam..! Aku berdebar bila tengok detik2 Bibik keluar dari rumah waktu  tengahari.... Danish belum balik school.. habis Dania sapa jaga..???!! Aduhaiiiiiiiiiii...........!!


So the next morning tu pagi-pagi buta aku tanya Bibik betul-betull.. dia keluar gi basikal tu pergi mana..
Nasib baik dia mengaku pergi beli Pre-paid. Mati-mati dia kata Dania tengah tidur.. dia pun keluar cepat-cepat pergi beli terus balik sampai berpeluh2 kayuh basikal..! Arrghhhhhhhhh...!!


Terus aku cakap kat Bibik.. aku dari dulu tak suka dia pakai HP. Dia beli HP pun pembantu rumah lain yg supply. So terus aku bagi syarat. Kalau nak pakai HP jugak guna post paid. tak boleh pakai Pre-Paid!
Jangan gatal-gatal nak keluar pergi top up lagi.. tanggungjawab dia jaga rumah & anak-anak bila aku & Abang tak ada di rumah!


Jumaat pagi, 21/10/10 tu jugak aku call Maxis suh tambah line. Sabtu pagi balik dari Low Yat tengok dah sampai dah SIM Card Post Paid baru untuk Bibik..!! CEPAT GILERR.!!! 24 jamm jekk!

Terus tengahari tu aku suh Bibik tukar SIM Card dan aku simpan SIM Card lama Bibik.. lepas ni senang aku nak monitor.. siapa dia call.. bila dan berapa lama. Bill sendiri mau ingat..

Moralnya :
Dalam dilema betul nak bagi Bibik balik ke tak Raya Haji ni...
Tak ada maid susah.. kitaorang ambil maid pun bersebab. Ada maid macam ni laa risikonya.
Nak terminate macam tu aja pun tak boleh.. dia masih dalam kontrak.
Tak aku nafikan Bibik ni dari bab kerja tak ada masalah. 
Tapi bab-bab lain ni bila dah ada pengaruh luar dah mula nampak kenakalan nya..
Aku tak nampak langsung kebaikan membenarkan Pembantu rumah cuti sehari seminggu/sebulan keluarr.. aku dah uji dan dah dapat pun 'result' okeh! Baru aku bagi berapa bulan dah makin panjang akall..... 
So cuti 'Ehsan' yang
aku kasi untuk keluar dah pun kitaorang BEKUkan.
So Kerajaan, lupakan lah soal cuti sehari seminggu kasi can pembantu rumah keluarr...
lagi bawak masalah lagi ada..! isk isk isk
Salam..
Ahaaa.. semalam Aku & Abang pagi-pagi lagi dah sampai kat Plaza Low Yat, KL.
Balik dengan Wireless Modem & Router baru... beserta Wireless internet camera.


Sebelum ni dah pasang web cam kat rumah... ni tambah satu lagi wireless kamera.....
Semuanya gara-gara kepercayaan kami yang tercalar kepada pembantu rumah.

Kita ni sebagai Manusia .. siapa-siapa pun,
kepercayaan tu adalah sesuatu yang tidak boleh di jual beli.
Sekali kita kehilangannya.. sampai mati pun belum tentu kita dapat tebus kembali.


Moralnya :
Peliharalah kepercayaan orang kepada kita.. kalau tak macam nilah jadinya *contoh*...
Lepas ni segala gerak-geri kami perati... tahu atau tidak, suka atau tidakk..
bukan lagi pilihan. Itulah padah bila kata-kata tidak lagi bermakna....
walaupun aku tahu semuanya berpunca dari
pengaruh dari pembantu lain yang dah jadi 'taiko' di sekitar taman perumahan.
Apapun kina hanya 'VIDEO' pembukti bicara...! Huh!
Salam..

Lagi malam tadi tak leh nak alih siaran kat Astro Byond. Dia dok tunjuk message 
"Recording software has been downloaded to your box".



Restart device sama gakk.. Remote control dah tukar bateri baru... 
LED kat remote blink blink dengan jelas nya bila tekan any button.

Anyone face the same problem ? Care to share...??

UPDATE :
Esok pagi baru Technician Astro akan datang buat onsite checking hu hu
 credit : google

Still in PENANG. ME REALLY FEEL like the lady in the picture.
Sepatutnya balik semalam tapi TERextend sehari lagi.
Dah tahap makan tak lalu mandi tak basah dah nih.
Slept worked untill at 12:00 am yesterday and 4:30 am today.
And really need SUPER EXTRA energy to settle down everything.
Somebody helppppppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!