Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Cyberjaya. Show all posts
Assalamualaikumm..

ahaaa semalam menjejakkan kaki dgn ofis mate lunch di Hotodogu Shaftbury Cyberjaya.
menu kegemaran Beef Yakiniku Rice Burger. Dah berapa kali datang memamg menu ni je yg aku paling suker hehe.

Rice burger ni sebenarnya dari Zaman belajar kat Jepun dulu suka makan. Dihidangkan oleh Mos Burger. Memang sedap!!
ingat lagi ada sebuah Mos Burger terletak depan Kagoshima Sun Royal Hotel tempat aku  kerja part time 4 tahun masa belajar dulu.
nak makan kalu call je order, lepas 15minit lintas jalan depan hotel pergi collect siap dapat refund 10 yen duit tepon. 10 yen pun terharu beb! Memang service diaorg *orang jepun* ni excellent kan!
Assalamm..

dah berapa kali cuba nak pergi asyik ada aral je.. semalam balik kerja singgah pun  dah habis !!
akhirnya hari ni berjaya jejakk!


Kalau nak rasa lokasinya kat tepi Bus Stop depan Streetmall Cyberjaya ya. 
Boleh buat bulk order... delivery pun di sediakan dengan minimum order 5 boxes.
anyway 
Business hour weekdays 12:00pm ~ 9:00 pm, call 011 2628 3213 for bulk order/detail



Zoom mini stall My Takoyaki.
Booth pertama di Malaysia yg menggunakan tenaga solar
utk generate power source dlm  mini stall tu. Smart okeh!



Lokasi dekat ngan bus stop depan Streetmall / Terminal Bas Cyberjaya


Comeyy je mini stall ni


Ini hasilnya

 4 pieces RM4.50
6 pieces RM 6.00
10 pieces RM 9.00

 sedapppp!! bauu pun harummmmmmmm


Makan takoyaki dengan Pokka Premium Milk tea / Coffee.. memang sangat heavennn okehhh!!

Aha... NEW UPDATE on the next day ya.

Testimoni dari sorang akak ofis yg test My Takoyaki.
Kakak senior yang sama2 belajar kat Jepun 4 tahun dan dah rasa 
original Takoyaki kat Jepun okehhh




Moralnya memang puashati lah. Kakak senior ku pun komen SEDAPP!!!
So kalau ada teringin nak try tu cepat2 la gi hihihihi
Assalamualaikum...

Salam pagi Isnin.. selamat melayan Monday Blues... hihihi
Semalam sempat celebrate last minit kat KR Shaftbury Square Cyberjaya.
Untung sekarang dah ada new attraction kat Cyberjaya nu dekat je ngan umah uhuhuh
Sementelah Papa tak berapa sihat.. diarhea sejak hari Khamis tapi 
berlanjutan sampai ari ni.. kesian Papa uhuhuhuh


Happy Fathers Day to our beloved hero, Papa@Abang.
Semoga memperoleh kesejahteraan serta sentiasa dilindungi 
dan dirahmatii olehNya selalu.

We love you so much Papa !!!


Turut tidak dilupakan,
Al-Fatihah buat Allahyarham Hj Mohamed Darom bin Ridwan yg kembali ke rahmatullah
awal tahun ini. Gambar kenangan Aidilfitri tahun 2012 yg lepas...
rindu mengamit arwah abah..................
semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat oleh Nya.


Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah




Assalamualaikum..

Sejak permbukaan Shaftsbury Square di Cyberjaya makin bertambah lah 
port makan luar kalau boring makan kat cafe.
So Khamis lepas sementelah Chatime buat promo 50% for 2nd purchase
kitaorg kuar la gi lunch kat Shaftsbury ni.

Team mate ajak makan nak KIRAKU Japanese Restaurant yg terletak 
di aras 3 Shaftsbury Square.


Antara 'DAILY SPECIAL' menu yang di tawarkan pada hari kitaorg pergi tu.


Bila masuk dalam rasa suasananya agak 'kokyu' or berprestij la..
ramai gak yg tengah lunch waktu tu tapi entah kenapa terasa 'bising' plak dalam tu huhuh


Belek2 buku menu bleh tahan jugak reganya..! Last2 decide dan cuba Bento Set dari Daily Special menu


Ini dia 'Special Bento' yg kitaorg order. 2-2 order set yg sama. Komen 
ok jugak laaa rasanya. Miso Soup dia sedappp.. aku bayangkan macam miso soup tu di masak ngan periuk belanga trasional jepun atas arang sebab ada rasa macam 'terbakar' sket tapi sedapp!


Ni Salmon Sushi... semua habis di makan sekelip mata sementelah teammate ku kena balik ada meeting huhuhu. Desert dapat Honewdew dgn anggur 2 biji. Tapi anggur dia sedap okehh.. manis dan lembut gitu. 
Selalunya kalau gi jap res pencuci mulut dia bagi buah tembikai potong je kann


So sebelum balik sempat singgah Chatime sempena ThirstTea PROMO 50%.
Apply Members card sbb nak dapat 50% disc punya pasal hihi.
OK member card ni RM10 ya tapi dapat regular drink FREE 1 !


So ini dia sambaran berjemaah dari teammate. Amekauuuu !!


Ni tuan tanah punyaa... Matcha Latte FREE sbb buat membership + Cocoa Smoothie Oreo.
Mode TAMAK okehh! hihihih

Balik-balik lepas lunch macam biasa pump susu.
Alhamdulillah dapat 10 Oz sekali pumpp.. syukur rezeki untuk Baby hari ni ;)


OK tu je entry makan2 utk kali ni ;)







Assalamualaikumm...


Kepada penggemar Chatime.. jom terjah..!! 

credit : Freebies

Chatime Matcha Thirstdays Promotion

Thirstea members get to enjoy second drink at 50% off
with any purchase from Chatime Matcha series
on every Thursday in the month of June
Chatime Matcha Series range are
Uji Matcha Milk Tea, Matcha Tea Latte and Matcha Red Bean Smoothie
Terms and Conditions 
  • Applicable for Thirstea Members ONLY
  • Thirstea Card MUST be presented to be entitled for this offer
  • Valid on EVERY THURSDAY of June (6th, 13th, 20th and 27th)
  • Not applicable for delivery services
  • Excluding Chatime Queensbay Mall & Gurney Plaza

Aku pun memang tengah kemaruk 
minum bubble/pearl tea ni.
Pantang nampak mesti nak terjahh walaupun ada 
dengar desus desan kata pearl tea ni jelly pearl tu 
tak elok untuk kesihatan kannn uhuhuhu.

P/S: Kalau kat Cyberjaya ni ada satu branch Chatime di Shaftsbury Square.
Malam tadi pun baru sambar Chatime Pearl Tea kat Tesco Extra Puchong hohoho
Assalamualaikum..

Selamat hari Khamis ehehheh
Sekejap je dah nak hujung minggu. 
Esok ada Hari Jalinan Mesra sekolah Rendah kebangsaan
dan sekolah Rendah Agama Danish.. harus la pergii.

Nak update aktiviti beriadah hujung minggu 
sempena Father's Day hari Ahad yang lepas.
Malam sebelumnya Abang ajak pergi
Taman Rekreasi Cyberjaya pagi esoknya.
So the next morning tu aku pagi2 limun dah bangun 
masak sarapan dengan penuh semangat ekekek
Pukul 7:30 pagi dah gerak dari rumahhh! ahahahha


Tengok la kakak Dania punya kerjaa..
tak pasal2 Dhiya jadi ala-ala lady gaga ahahha.
Dah la bawak DLSR tapi SD-card tak bawakk! adehh laaaa
so bersabar dengan HP je lah uhuhuh


Sampai-sampai gerimis mengundannggg.. 
So sementara tunggu gerimis reda sempat la breakfast dulu.


Masak pun simple jekk.. Mee goreng & Sambal Sardin
untuk cecah Roti or self service buat sandwich sendiri ahahahha.
Budak2 gorengkan crab stick untuk diaorangg
Plus NESLO Panasss ! 


Isi perut dulu..


 Dania dah 5 tahun masih manjer terlebih.. makan mesti nak suh orang suappkann..!
kalo tak memang  payah nak suh dia makan habiss uhuhuhu


Baby Dhiya pun pagi-pagi limun dah bangun!! eheheheh


Habis makan ber-roller blade. Selamat sket main kat sini, tapak lembut.


Aku bawak Dhiya jalan-jalan ambik angin tepi tasikk..
sungguh mendamaikannnnn


Bapak & Anak main badmintonn!
Jap-jap tukar reguu..  aku pun sempat le main seround dua
ngan Abang wat keluar2 peluh uhuhuh


Orang pun tak ramai sangat pagi ni.. mungkin sebab 
cuaca kottt. Selalu aku sampai penuh dah la meja2 kat tepi tasikk

  
Puas main play ground & badminton, ajak budak2 ni round tamannn  



Masing2 excited nak excersice!




Baby Dhiya pun nak excersice!! ahahah. 
budak2 ni yg sibuk suh letak Dhiya kat situ adoyaiii


Like father like daughter ?

  Jalan-jalan ambik angin


Tengok la kakak, sibuk nak duduk dalam stoller baby jugakk! aishhhh!


Satu lagi aktiviti wajib, kasik makan ikan dengan roti!


Roti gardenia lagikk!! sedap la korang breakfast pagi2 ni yerrrr!
Banyak ikan lampan & Patin



Gemuk-gemuk ikan kat sini! banyak plak tuhhh


Lama gak lepak kat sini.. cuaca ala2 mendung & redupp..
tak sedar dah nak pukul 11:00 !!
Balik masing2 kepenatann ....
apa lagi layan golek-golek sampai petangg ahahahahh

P/S: Projek dari masa berpantang nak tukar layout blog tertangguh.. adehhhlaaa.
Gambar header pun tak tukar2 lagi nihh.. bila la bilaa.. lalalalalala
     Assalamualaikumm..

Ahaaa.. last week office mate ku Zalina ajak pi lunch kat
satu restoran yang terletak di area2 bank Maybank & CIMB bank
berdekatan dengan Old Town Kopitiam. 
First time masuk kedai nih.. sampai aku pun tak hingat nama kedai dia ahahah.
Tapi bersebelah dengan Little Village.

Yang best kedai ni landskap yang menarik dan mendamaikan.
Dapat plak table sebelah Kolam Ikan Koi.. memang 
bleh bersantai-santai lah makan.


Posing sambil tunggu order


Kolam Ikan Koi.. sungguh menyejukkan mata...


Ahaa... aku sebenarnya FIRST TIME dapat try SNOW ICE nih.
Tengok2 ada plak dalam menu. 
Sebenarnya SNOW ICE ni di edarkan oleh 100 Yen Shop.
So kalau pergi mana2 cawangan 100 Yen Shop
memang ada kaunter SNOW ICE ni walopon
100 Yen shop sebenarnya menjual barangan keperluan.


First time makan memang rasa sangat2 marvellous..!!
Rasanya just nice, tak terlalu maniss.. teksturnya sangat2 halus..
lebih halus dari ABC tuh. Sedapp jek masuk tekakk! Memang BESTT!! 
Yang aku order ni Peanut Snow Ice.
Harganya RM4.90. Next time bleh try perasa lain plak ;)   


Menu lunch aku order Cantonese Fried Yee Mee. Sedapp jugakk.. 
Yee mee dia halus dan kuahnya sangat gravy..!

Lupa plak nak snap menu yg ofis mate aku, Zalina makan uhuhuh.
Next time kalo pergi lagi tempat makan yg best aku snap lagik okehh !