Assalamualaikum....

Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Rata2 ramai yg dah ambil cuti balik kampung. 
Kan. Actually tahun ni turn beraya di Pahang tapi tahun ni tak cukup korum jugak ada yg kena bertugas sepanjang raya menjaga keselamatan negara, 
ada yg pergi belayar , ada yg beraya rumah mertua akhirnya Abang offer beraya ke Johor tahun ni.... apa lagi nenek Johor lah yg paling gembira. Almaklum adik yg bongsu baru bersalin kat utara nu... abang turn rumah mertua... jadi kalau kami balik Johor meriah la sikit hihihi.

Anyway disebabkan plan asal nak beraya ke Pahang makanya minggu ke-2 puasa hari tu dah balik Johor sambut puasa dgn nenek. 
Kalau sambut puasa ramai2 confirm lah meriah kan. Kebetulan hari tu
kakak ipar sambut adik iparnya berbuka sekali kat rumah nenek mmg 
meriah lah senang citer hihihi. Jom tengok kemeriahan menunya pulak hihi


Roti Jala tak tinggal.. ni anak dara yg request


Mee sup


Ni Menu biras bawak dari JB. Bihun berkuah giteww.. 1st time makan style macam nihuhu

Siap ada ayam percik JB hihi


Ni Burung puyuh nenek.. goreng berempah... 12 ekorrr licin wehhh!!
NI nyaris2 tak sempat amek gambarr.. mmg laris!


Ni pulak macam guratan ke apa ntah namanya. Anak sedara teruna ku yg minat
sangat kurinari yg masakk.. ada2 je kann.. siap bakar dan letak cheese tuh!
sedap gakk.. 2 loyang licin!


OK ni menu keesokan harinya..
sempatlah 2 kali berbuka kat kampung.
Menu hari ni Pecal.. mmg favourite nih!


close up sket sambal pecal power nenek hihi


sempat aku buat koktail sumi dan buah-buahann.. makan sejuk2 mmg sedappp!


Sambal telur puyuh!! 
ni pun menu wajib gak ni...  kompem Danish request!
Maklum la burung puyuh dan telur burung puyuh stok nenek belakang rumah jee..
memang puas makan!

Aha... kambing masak kurma. Kakak ipar yg masakk..
memang sedappppp wehhh especially bahagian rib dia tuuuu.. sedap bangett!!



Samosa daging.. ni beli frozen je... 10pcs RM3.90 mrah ehh.
Isi dia pun penuh.. sedap!


Tak lupa menziarahi kubur arwah abah...
semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh yg Maha Esa.. aminnnn


Al-kisahhh...

2 sweet comments:

Nad MamaZN said...

kak
famili akak kat johot tu ada buat burasak tak?

Cho Zila said...

bestnyer... nampak sedap2 belaka .. rasa teringin pulakkan... memang orang johor masakananyer hebat2kan...