Assalam...

Tahun ni hari ni pertama kali jejak bazaar Ramadhan... macam tak caya je haha. 
Tahun ni paling sempoi berbuka rasanya.. almaklum askar dah 4 tak dan nak berkejar ke param nak hangkut semua pun tak lalu. Tahun lepas ada bibik.... ooo patut la leh lari2 singgah param hari hari eh hihihi. Ni dah la hantar taska, taska pun tutup cepat mmg kena hantar wakil je la kalau nak rasa juadah param which is Abang huhuhu


So hari ni sementelah aku WFH (jaga Dhiya yg kena sakit mata kali ke-2... boleh ? Hisk) balik kerja terus Abang ajak singah param. Apa lagi zassssss laju je lah terima pelawaan... bila lagi kann....


Pengunjung baru nak ramai.. dah la panjangggg berderet gerai2nya.. jenuh menapak nak intai menu huhuh


Hasilnyaaaaa.... ni lah yg sempat di rembat.  Air je 2 jenis. Padahal kat umah ada twister orange and kordial magga siap bancuh dalam peti tambah lagi Air tebu dan cendol durian... tamakk amekkau kikikiki
Anyway selamat berbuka semua!


6 sweet comments:

Mona Lea said...

kat Taman Putra Perdana ni kan? Saya pun baru sekali je pergi hari tu. Tu pun beli nasi ambeng je. Dah anyak sangat sampai tak tahu nak beli apa

lieyalatif said...

uihh aku kalo prgi param ni sure mcm2 aku nak hahaahahah...dasar tak kuat iman...aku biase gi kat param presint 2 tu dulu tapi penah tekene beli murtabak basi terus tak pegi dah....

skrang ni aku suke gi param kat uniten tu....tak byk tapi mknn in sha Allah okey...so far murtabak die sedap...mee rebus ari tu beli pun sedap.....

*∽ IZAN ∽* said...

Exactly Mona. Tu la pusing2 cari makanan yg susah jumpa or khas bulan ramadhan. Tapi tengok air je dah rasa nak beli semua wahahahha

*∽ IZAN ∽* said...

Ooooo Uniten tu dekat ngan tempat nko eh Lieya. Husband aku pun kadang singgah situ jugak. Tu la sekali sekala keluar gi param tengok semua meleleh air liurrr... semua nak! Mmg spesis tak kuat iman jugak kekek

Tapi tula... pusing2 mesti nak beli murtabak ngan tepung pelita. Tahun ni harga up lagi... dah RM3 6pcs means satu 50 sen sudaaaah... haiyaaa

LYAfrina said...

lya la setakat ni x jejak lg kak ke param.. x saggup nk bersesak.. sbb lya bru j blh bjln smula x smpai sebulan.. blum bkeyakinan nk bjln kt tmpat ramai org..

eelobor said...

saya tahun nie dah masuk 3x.... nak dikira lebih suka wife masak sebab kena ngan selera. tapi kekadang kesian kat dia bila penat2 balik opis kena masuk dapur lak...