Assalamualaikum....

Wah pantas masa berlalu. Sekejap je cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya uhu. Welll... kalau dah nama dibagi 'cuti', sebulan pun rasa
Sekelip mata ye dak? Ekekekeke

Ok,  cuti sekolah kali  ni kami menuju ke Johor. Actually julung2 kali buat family day dgn family terchenta di Johor. Tapi entry tu next post la up yek hihi.

Selain dari family day, tak lupa juga activity JJCM versi Johor okey. Menu2 yg sukar dijumpai di Selangor gitew. Sempat juga bawak kawan lama yg mengidam  nak makan  belangkas. Seb baik 1st trial bleh masuk tekak phewww. Maklumla tak semua org leh masuk tekak makanan2 exotic ni cuma I je yg memang jenis tolak batu kayu  yang lain InsyaAllah ditanggung licin! Hehe

So 2 tempat le jejak... 2nd day tu pekena laksa johor, rojak, cendol kampung *mmg spesel*, pepes etc dekat dgn Kg Sungai Mj.j3rd day pulak bawak kawan mak buyung JJCM ke teluk sengat pekena menu2 exotic - belangkas, siput gongong dan kupang. Memang terbaekk lahhh

Sekian al kisahhhhz


Assalamualaikum....

Ya Allah sememangnya sungguh pantas masa berlalu..... rasa baru je habis pantanggg...
sedar2 hari ni Delisha dan pun menginjak usaha setahun ! 

Sesungguhnya fasa ini anak2 memang tengah comellll.... buat apa pun comell.. hatta menangis pun 
nampak comell!! ke'comel'an2 ini lah yang membuatkan penat mana pun urusan sehariann
bila balik menatap wajah2 kesayangan Mama Papa ni hilang semua penat lelah...
kadang2 Mama berharap biar la korang manten comel2 macam ni kann..
tak yah besar2 hua hua hua.
aci takk ? hihihi

So balik kerja semalam Mama and Papa buat preparation sikit...
small celebration untuk meraikan hari istimewa Delisha ni.
Nak ajak makan kat luar pun Delisha pun bukan nyer 
bleh nak makan apa sangat pun kan hihihi.
Penyudahnya Mama tapau  KFC dengan harapan 
Delisha boleh la 'rasa' cheezy wedges dan Kentang putar kononnya

Lepas Isyak baru la wat acara potong kek dan doa selamat sikitt.
Since abang kakak pun dah besar kali ni Mama tak yah la 
interpreme pegang Delisha.. biar Abang kakak je yg handle okehhh 


Wajah bufday girl


Kek Chocolate Moist beli kat Kedai Kek Chocolate Mansion
milik bumiputera kita.


Okey cam biasa.. havoc2 nyanyi lagu bufday sket hihihi


Korang perasaan tak Dhiya... dia dengar org nyanyi lagu happy bufday dia 
yang pakat nanges kekekek. Ini bukan kali pertama yer hihihi

         

Aksi bufday girl nak potong kek chewah chewahh 


Lepas potong kek Papa baca doa selamat sikit.
Mudah mudahan semua anak2 Mama dan Papa sentiasa diberi perlindungan,
dan dilimpahkan dengan rahmat dan kasih sayang olehNya selalu.
Moga menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat kelakk... aminnnn
Mama Papa sayanggg kamu semuaa tauuuuu


Lepas jamahkan sket kek bufday, wedges and ketang putarr...
kasi upah 'bubur' yang di bancuh dalam susu...
Delisha pun dah ngantuk sebenarnyaaa..
Tengok Dhiya yg sibuk dok belek2 'bunga-bunga' kat dress Delisha..
nampak aje matanyer kan kikikiki 


Untuk rekod... Delisha ni sebenarnya selama ni 
tak nak makan bubur bersuap!!!
Berapa kali ntah bersilat sampai tercampak sudu dibuatnya.
Tak tau la apa yg digelinyaa.. tapi bab 'mengutip' masuk mulut
mak oiii kemain laju.... serammm Mama dibuattnyerrrr uhuuu.


Akhirnya malam sebelum 1st bufday ni lah baru Delisha nak makan bubur!!!
Ni lah 1st bowl bubur dia yg habis makan bersuap.. 
kalo tak mmg kena masuk dalam susu uhu.
Nak makan bubur pun nak tunggu bufday ye nak... hihihi.

Ok Mama dah lega dahh.. lepas ni Mama leh buatkan bubur Delisha pulak okeyyyy

Sekian... al kisahhh



 Assalamualaikum...

Ahaa tahun ni julung2 kali nya ALEPS dengan usahasama Majlis Perbandaran Subang Jaya 
melancarkan Mini Malaysia Japan Festival 2014. 


Sabtu tu sempat la bawak anak2 pergi jengah.
Tu pun lepas lunch @ Zuhur baru gerak. 
Danish dah 2-3 hari request masak Tomyam...
so lunch tu masak dulu Tomyam baru la gerak..
tu pun nasib baik Jerebu agak pulih time ni.
dah 4 org ni biasa la.. gitu gini gitu gini akhirnya 2:30 baru 
keluar rumah wahhahahah.
Dalam kul 3 ptg baru sampai ke lokasi festival.
Nak ikutkan dah agak terlewat la jugak sebab acara bermula 9 pagi huhu
naseb baik sempat la jugak tengok acara pentass sebelum penutup event uhuhu


Ada macam2 aktiviti actually..


Selain berjumpa geng2 sama batch yg buka gerai..
ada jugak gerai2 jualan makan yg dimasak oleh
native japanese sendiri.


Ni member Mama, Ila.. lecturer kat Japan Malaysia Institute.
Antara tokey gerai hari ni.


Sempat la rasa Kitsune Soba.. sedap!


Takoyaki! Beli sampai 3 bungkus hihihi tu pun nyaris tak cukup!


Kakigori *ABC Japanese style*
cuaca panas2 ni mmg sedap la kat tekak


Sempat la budak2 ni try aktiviti "Kingyou Sukui".
acara menangkap ikan emas pakai penangkap yg 
diperbuat dari kertas.
Acara ni mmg acara tradisi setiap kali ada festival di Jepun.
Mmg jadi kenangan zaman kanak2 la orang kata.
Danish, Dania & Papa berjaya !!! tu diaa.
Naib Presiden ALEPS pun tumpang sekaki hihih


2 beradik yg masih gigih menangkap ikan emas


Habis jengah Festival sempat bergegas ke HKL untuk penghantaran 
MFS pada customer yang masih warded di HKL.
Sempat buat hands on training 1to 1 dengan customer.
Semoga Pn Khadijah segera pulih dan dapat full breastfeed baby sepenuhnya
dan juga dapat buat stock EBM banyak2 sepanjang tempoh berpantangg.. aminnnn


Balik dari HKL jejak Jusco... Dinner makan kat luar hari ni... Danish request nak makan Pizza... okey jom kita gi makan Pizza.. Mama pun dah lama tak makan Pizza hehe

 Delisha... 2 hari sebelum 1st Bufday.
Delisha ni susah nak makan tauu... benda lembik2 macam bubur dia tak mo makan!!
Puas suap sampai terpelanting sudu dibuatnya dia punya bersilat menepis..
kalau masuk mulut terus buat macam muka gelii... so terpaksa la bancuh dalam susu utk bagi dia makan..
TAPI!!!
Kalau benda keras2 sket dia sukaa.. cuma mama takut dia tercekikkk.. 
DAN bab pungut benda masuk mulut memang laju..huwaaaaaaaaaaa!!
Nak nangess Mama... benda yg suh makan susah nak makan.. yg tak suh makan 
pandai plak kutip sendiri masuk mulut uhuk!


Dhiya mama suker!!!
Memang independenttt... cerdikkk...
Dhiya ni kadang2 kita mintak 
tolong dengan orang lain tengok2 dia dulu berkejar buat
apa yg kita mintak tolong tuu... good job gegirll Mama.
mungkin ciri2 anak ke-3 macam mama!! haha!! *opss sorry papa*


Ok masih menunggu menu sampai. 
Penuh Pizza Hut.. siap kena queue lagi nak masuk tadik


Anak manja Papa ni... 



Antara menu.. sesame bread stick! Baru dan SEDAPPP okeh!
*Mama dan Danish hantu Sesame*


Chicken BBQ Pizza pun menu baru... SEDAPPP !!!

Menu Papa.. Platter apa ntah.. Saturday WOW promo 50% off.. terbaekkk!


Menu Danish... Sesame Spagethi... Udang dah kena rembat 1 tinggal 2 hehe.
See Danishh.. sesame jugak pilihannya hihi


Tempura Prawn Menu Daniaa...
asalkan bahagia hihihi


Air yg besttt...!



Seterusnya acara makan bersungguh2 hihihi.


 Alhamdulillahh... dah kenyang.. cari keperluan sikit then terus gerak balik rumahhh...
Al-kisahhh










Assalamualaikummm

Rasa macam baru pejam mata 2 kali dah Isnin balik.. huwaaaaaaa.
Akhirnyaa.. setelah bertahun ber~streamyx akhirnya
kami bertukar jugak ke UniFi

Mesti ramai blogger yg dah upgrade kitaorg je baru terhegeh2 nak upgrade.
Sebelum ni Abang dah propose tapi ingatkan nak reno rumah 
and nak kena pindah keluar... tapi plan A dah tertukar ke Plan B... 
so boleh la proceed upgrade internet ke Fiber.

Mula2 jenuh jugak survey antara 
tanya kawan2 ngan FB... survey kat Forum Lowyat
tak lupa rakan2 yg pernah menggunakan 
both service ni...
dah akhirnya kami memilih
untuk mengekalkan Astro + Unify uhuhuhu.

Lama gak nak tunggu installation ni ..
naseb baik tak urgent sebab ada Streamyx..
cuma excited nak pakai fibre cable nak tengok speed dia ni.
Mula2 installer datang nak install kebetulan 2 rumah serentak,
rumah kitaorg ngan rumah jiran sebelah...
cek2 line kat tiang terdekat ngan rumah tu belum activate
so terpaksa la tunggu another week dan akhirnya last week lah baru siap pasanng.


Package Unifi ni dah termasuk HyppTV moralnya
makin bertambah2 la channel TV.. yg sedia ada Astro Super Pack pun tak tertengok kannn...
yg bestnya selain dari Rancangan2 menarik kat TV
boleh juga tengok youtube di TV dengan menggunakan fungsi 'applikasi internet'
menggunakan Unifi ni...
 

You Tube pun boleh browse dari TV tanpa perlu guna Smart TV heheeh.
Tapi slow la sket movement nak play around dgn remote nyer tu kann..
maklumla bukan ada keyboard.. kena tekan arrow kiri kanan atas bawah nak 'taip'.
Tapi selamat laa jugak duit.. Kebetulan Dania mintak DVD citer barbie kat Jusco bebaru ni,
balik rumah Papa search ke kat 'TV' haaa ada pun! haha


Tengok Upin dan Upon dari You Tube jugak.
Siap letak kerusi meja makan depan TV.. ingat pawagam ke hehe


Al-kisahhhh

NOTA KAKI: Sejak kejadian MH370, nampaknya citer2 anak bujang dah bertukar.
Baru2 ni masa dinner Danish mengatakan citer2 no.1 dia dah bertukar daripada 
nak menjadi PILOT ke cita2 untuk menjadi ASKAR.
Bila tanya kenapa... sebabnya MH370 uhuhuh.

Apapun doakan yang terbaik semoga MH370 akan ditemui dan semua 
penumpang akan selamat kembali pada keluarga masing2.. aminnn

Assalamualaikum...

Ahaaa... nak citer satu tempat makan  menu Western 
yang besttt terletak di Taman Putra Perdana.
Ni kali ke-2 jejak ke kedai ni.
Hak milik bumiputera dan dijamin Halal... itu part 
yang paling bestttt lagi pun dekat je ngan rumah.
Sementelah hujung minggu lepas Mama on standby...
so memang tak kemana laa.. nama pun standby mmg duk rumah je..
Ahad petang tu ajak Papa gi makan kat luarrr..
lagipun ada Rest Western yang best ni kann!


Ok nama kedai ni Pasta Ekspress.
Actually kedai shoplot.
Suka fuinki *suasana* kedai tu..
kira open air jugak la and tak beraircond since kedai cornet lot kann..


Nampak tak menu2 yg tertera... sedap2 okehh..
harga pun ok ok laaa


Ha itu kaunter dapur diaa


Ada juga deserttt ... omggg rasa semua nak tryyy!


Ok back to menu..
Ini Menu Mama.. ~ Prawn Aglio Olio Spagethi.


Dann... 1 lagi menu mama order! Chicken grill! ahahhah.. giler tamak ok.
Mama order 2 menu sekaligus.. siap cakap ngan Papa.. Papa order lain tau.. 
Mama tak cukup ni kekekekek
Maklum la weekend dah bekerja keras attend on call kannn..
nak keluar cuci mata pun tak sempat jadi lepas 'penat'  makan banyak2 kekekekke

Ok. Ni Menu Papa order. Mixed Grill plate
Dalam ni semua ada, chicken + Beef + Lamb
Server dengan sayur & Mashed potato... sedap gak okeh!
Actully Pak Achik pun ada ikut masa ni  sebab malamnya
ada meeting 'besar'.  Kali ni Pak Achik pun order menu yang sama jugak.


Menu anak2 pulak Fish and Chip RM8.90. Murah kannn!


So order 2 set sorang satu.


Yang best lagi ada menu "KIDS EAT FOR FREE~"
So dapat 2 set jugak utk Dhiya & Delisha.
Tapi sebab Desliha belum nak makan.. so Abang Danish 
tolong 'settle'kan  hihihi
Ada 2 menu Free ~ Bolognese Spagethi dengan 1 lagi lupa nama uhuh


Dhiya yg bersungguh2 makan


Menu memang sedappp..
nak tengok buktinyer ??

Tu dia 2 pinggan Mama punya order LICIN!! Di ulangii.. LICINN okeh! hihih


Alhamdulillahh dah kenyangg.. balik rumah
dengan senang hatii ... hari ni boleh gantung kuali hihihii