Assalamualaikum....
Ahaa.. hari ni genap 30 hari aku menjalani process berpantang.
Alhamdulillahh... di beri kemudahan untuk berpantang kat rumah
sendiri kali ini walaupun aku tak balik kampung...
Dua kali bersalin sebelum ni pantang kat kampung.
Pertamanya dapat pembantu rumah beberapa hari sebelum bersalin.
Bersalin pulak sehari selepas Atuk, Nenek & Mak Long sampai dari
Johor. Dapat pulak Bidan yang memberikan perkhidmatan yang
memuaskan... Tak lupa Abang yang sentiasa bersedia terima 'order'
24 jam sehari kalau ada apa2 yang di perlukan dan mencukupkan
apa yang tak cukup...
Terima kasih banyak semua..!! muah muahhhh!!
Okeh entry kali ni aku nak share process berpantang yang
aku lalui kali ni. Berbeza sedikit dengan process yang aku lalui sebelum.
Maklumla, lain padang lain belalangkan...
Ahaa... aku ambik Bidan yang memang dah aku kenal. Bidan ni
berasal dari Acheh. Sebelum ni kalau ada kes2 tersalah urat,
aku ke anak-anak ke memang pergi rumah Bidan ni lah berurut.
berasal dari Acheh. Sebelum ni kalau ada kes2 tersalah urat,
aku ke anak-anak ke memang pergi rumah Bidan ni lah berurut.
Sementelah aku bersalin, kiranya Bidan tu lah yang
datang ke rumah pula.
Biasanya Urutan 3 + 1. 3 sessi awal dan 1 sessi sengkak peranakan.
Biasanya Urutan 3 + 1. 3 sessi awal dan 1 sessi sengkak peranakan.
Tapi aku add in 2 sessi lagi menjadikan 5 + 1.
5 sessi selepas bersalin + 1 sessi hari ke 40 untuk naikkan peranakan.
Setiap kali sessi urutan akan di sertai dengan aktiviti
1. Berurut (1 jam - 1 jam 30 min)
2. Lulur ( 20 min)
3. Mandi herba (20 min)
4. Bersauna ( 30 min) ATAU
5. Bertungku (30 min)
6. Berbengkung + Pilis + Param
7. Mandikan Baby
Semuanya homemade. Tapi tak semua bahan Bidan sediakan.
Ada yang pakai bahan2 yang memang aku dah sedia ada dan
Bidan cuma tolong handlekan.
Ada yang pakai bahan2 yang memang aku dah sedia ada dan
Bidan cuma tolong handlekan.
BERURUT
Ahaa... ni tempat berurut. Minyak urut Bidan bawak. Siap bentang toto
bawah tikar.. sakit pinggang kalau kena baring telentang.
Maklum laa.. 9 bulan tulang belakang nak melengkung tanggung baby..
lepas bersalin tak le tegak terus tulang belakang tu ye dakk.
LULUR
Biasanya Urutan akan bermula seawal jam 9 pagi. Selesai berurut
aku akan di lulur oleh bidan. Bahan2 handmade.
korang bleh buat sendiri jugak.
Bahan-bahan :
Beras yang di rendam semalaman di blender kasar bersama
kunyit hidup & limau nipis.
Lulur rata seluruh badan dan biarkan kering.
Bidan tolong lulur kat tempat2 yang patut.
Tempat2 yg tak patut lulur sendiri he he.
TANGAS/SAUNA
Lepas lulur ada 2 pilihan. Samaada continue sauna atau terus
mandi kalau nak request bertungku.
Sauna pun handmade gak.. Kebetulan ada periuk letrik pencen kat rumah.
Sauna handmade : Bahan-Bahan
Periuk Letrik + Kerusi/bangku berlubang + Kain tutup badan & kepala
Kain Sauna tu bidan kasi pinjam. Memang letak kat rumah aku uhuhuh.
So kalau Bidan tak datang pun aku buat sendiri.
Biasanya 20-30 min setiap sessi huhu.
MANDI HERBA
Aku memang ada beli pek herba mandi Mak Dara.
Masa Mak datang Mak ada bawak daun-daun herba
dari kampung. Jadi seminggu pertama tu guna air rebusan daun herba.
Habis wangi herba tu baru start guna pek herba Mak Dara
yang aku dah beli. Kalau bidan dia potong2 kan limau nipis.
Memang sepanjang pantang ni banyak sungguh guna limau nipis.
Baunya pun wangi, bak kata Bidan & yg pernah aku tengok
kat TV rancangan2 ilmu agama pun kata limau nipis ni 'Anti makhluk halus'
especially untuk ibu2 berpantang yang tak berasa dalam keadaan suci ni kan.
BERTUNGKU
Ahaa... lepas mandi Bidan akan pakaikan bengkung, param + pilis siap!.
Yang best Bidan ni lepas pakai pilis dia akan ikat dahi dengan
kain supaya pilis tu tak kering dan jatuh berterabur. Macam pendekar
plak aku rasa.. ngahahahaha. Layan je lahh
Lepas siap pakai bengkung semua baru lah Bidan akan tungkukan
perut. Tungku Bidan pakai batu sungai. Yang ni Bidan akan bawak
setiap kali datang. Kalau bukan sessi berurut ngan bidan
aku akan bertungku sendiri pakai tungku herba Leesa Formula.
Lagi pun ringan.. larat la aku tungku sendirikan. Bau herbanya pun sedap.
Hampir setiap hari jugak aku bertungku sendiri ni.
Siap tungku perut.. bila tungku dah suam-suam kuku aku rajin gak tekap
kat kelopak mata.. atas kening.. sedap je hehehehe.
MANDIKAN BABY
Biasanya masa tunggu aku lulur & mandi,
Bidan akan mandikan Baby pulak. Untuk minggu2 pertama
ni kalau Bidan tak datang mandikan, kiranya Emak lah
yang mandikan Baby. Pusat baby hari ke-7 baru luruh.
Emak pun ngeri2 je nak mandikan baby kalau pusat tak jatuh lagi kan
apatah lagi aku.. he he. Bila Emak dah balik Johor
baru aku take over mandikan Baby. Bibik
tolong settle segala persiapan dan kerja2 rumah huhu.
Last but not least, lepas siap semua Bidan akan suruh minum air kunyit..!!
Uwaaa....! Bak kata Abang, menu ala-ala fear factor gituhh!!!
AIR KUNYIT
Bahan-bahan :
Ibu kunyit hidup + madu asli + air asam jawa.
Kisar dan tapis. Sedia untuk di minum.
Selalu kalau dia buatkan memang sebotol lah.
Boleh minum berkali2. Dan secara atomatik Emak akan jadi
tukang reminder.... macam alarmm..
suh minum minum dan minumm! ngahahahah.
Menurut bidan, banyak khasiat minum air kunyit ni.
Bagus untuk cepat buang darah kotor, kecutkan peranakan
supaya mudah dia nak urut masa urutan 40 hari nanti.
Selain tu cepat sembuhkan luka-luka dalaman.
Biasanya tengahari baru settle semua proces....
Dalam pukul 12 ke pukul 1 tengahari jugak lerr.. uhuhuhuh
Hari ni dah masuk ke-30. Pagi-pagi dah bersiap
ke Hospital bawak Dhiya 'dating' ngan Doktor uhuhuhu.
Kalau nak nengok model mak budak tak semengah nak
kuar gi dating ngan Doktor...
jeng jeng jengggg....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
belum belumm....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sket lagii he he
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Muahahahahhaah.. ! Dushh....!!
*sila jangan muntahhhh *
Berat naik 16 kg sebelum bersalin..
Setakat ni baru berjaya turunkan 13 kg jekk..
itu pun masa 10 hari pertama dah turun 10 kg.. tapi lepas tu
nak turun lagi 3 kg tu mak aiiiiiiiii... slow melow nyerrrrrrrrr...!!
So ni ada 3kg lagi 'tersembunyi' uhuk uhukk!!
Ada 2 minggu lagi sebelum
'tamat tempoh' nihh.. harus berusaha gigih lagi!
Yeahhh yeahhh...!!!
Al-kisahhh.....
13 sweet comments:
wahh,slim mcm anak dara gitu walaupun br lepas beranak...hehe..
apepon udah slim...
tukang urut tuh dok ane yeh??
wah slim melim tuuuu..cepat betul turun!!!!! jeles jeles.....
sedap tak air kunyit tu??? aduhs........hehhehee
kak.....
cam anak dara!!
tak mcm mak anak 3 pun!
jeles2, haha!
complicatednya akak berpantang...tu sbb bdn cepat turun ek..
sy adalah seorang yg mls jg bdn dan jg makan masa pantang..*menyesal*
kali ni saya nak pantang betul2..takmo main2 sbb dah rs bdn tak best lepas pantang main2 dulu2..sob..sob..
pheewit! slim melim dah tu...
nampak renyah kan semua tu tp bia diamalkan,akan dpt kebaikan utk kesan jangka pjg yg baik utk kita pompuan ni =)
perghhhh.....tak muntah pun aku tengok. huhuhuhuhu.....
wah..tabik toing toing lah kt akak!
mcm2 akk blh hadapi dgn minum air kunyit semua..sy dlu teh herba pon tkleh msuk lgsg..hihihi..
tangas tu mmg bt jgk haitu 2x..bidan tu bwk semua brg2..sy duduk kangkang je..hihi..
uwaaa pengsan... macam bukan mak budak, padahal anak dah 3, hebatnya kak! kena berguru ni...
memang x sama pantang dulu dan skrg .. sbb dah banyak bahan payah nak jumpe dan org2 skrg lebih percayakan ubat2 hsp huhuh
akak masih merasa stail kg , bersalai .. cuma akak x benkung semua bagai sbb operate tapi still urut kg tuu yg paling penting .. ;)
Salam, Bidan yg akak panggil ni area mana? Ada contact tak. Terima kasih
salam.boleh saya tahu mengenai bidan ini?terima kasih.diana.
Salam sis.. Sis bidan aceh tu stay mana sis? Sis pantang kat jb ke or cyberjaya? Sy tgh nk cari bidan yg betol2 traditional ni.
Post a Comment