Minggu terakhir cuti persekolahan bulan Disember... ada seminggu lagi sebelum sessi persekolahan bermula.. hu hu. Betapa tak bestnyer time2 cuti sekolah, lepas pay day Papa tak dekk..uhuk uhuk! Asal-asalnya 25hb tu plan nak gi mandi kat desa water park KL dengan Mak Long, Mak usu & cousin2 Danish yang nak turun KL tapi ada 'aral melintang' dan plan tu TERkansell sudah. Makanyer untuk mengubati kerinduan & kesunyian Danish pada Papanyer dan mengelakkan keboringan Danish & Dania duk umah.. maka semalam bawak la Danish gi jenjalan.. Di sebabkan Abang takde, aku bawak jenjalan dekat-dekat je lahh.. ajak bibik sekali.

Seperti yang pernah di angan-angankan, kali ni aku cuba bawak Danish & Dania pergi library for the
first time. Saje nak expose & tengok reaksi diaorangg.. suker ke tak hu hu. Almaklum lerr... Danish pun baru kenal hurufff.. boleh mengeja pun yang mudah-mudah je. Dania pun baru nak reti baca ABC.. so tengok gambar je laaa.... Lepas lunch kitaorang terus bertolak ke
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Shah Alam. Orang tak ramai hari ni... parking kosong banyak tak macam selalu. Masuk-masuk Danish pun ala-ala excited juga la memula tuu..

Lepak ngan Danish & Dania.. bacakan sebuah buku
'Sayangkan Ibu'. Berkisar tengan Afif yang menjaga Ibunya demam ketika Ayahnyer pergi outstation. Kebetulan pulak macam citer Danish. Buku tu mengisahkan Afif yang jaga Ibunya ketika demam. Siap call nenek untuk datang bawa mamanyer ke hospital dan tolong jaga dirumah. Afiflah yang suapkan Ibunya ubat dan makan. Sampailah Ayahnya pulang dari kerja.. aku bacakan tu aku tukar watak menjadi Danish , papa & mama hu hu!



Lebih sejam gak lepak kat library... abes belek buku Danish pun dah start main tolak pemijak rak beroda tu usung buku sane sini dengan sorang awek.. (sempat lagii...). Dania plak sempat tertidur lepas BF.. (anak dara sorang ni memang pantang aku peluk.. itu je yg di ingatnyerrr). Dah nak pukul 3 ptg aku pun ajak keluar.. gi makan kat cafe. Perut pun dah lapar duk dalam aircond.

Lepas makan terus masuk
Muzium Sultan Alam Shah yang terletak depan library tu je.
Masuk percuma *wink!*.
Dania tengok perkampungan zaman neolitikMasa sembang ngan Papanyer tau Danish cakap apa...
"Papa.. nanti papa balik, Danish suap Papa ngan Mama makan ubat...!"
Lantas aku pun ceritakan kisah buku cerita yang aku bacakan kat library petang tadi. Rupanyer buku cerita tu berkesan di hati Danish... Terharu dengar Danish cakap macam tu. Sedar yang Danish cakap sebab dia sayangkan Papa & Mamanyer..
Anyway tak sabar tunggu Papa balikk.. lama betul rasernyerr.... adoiiiiiiii. Malam esok Papa dah dalam flight dan dijangkakan tiba pagi Isnin. Semoga Papa selamat kembali ke tanah airr..
We really misss youuuu souuuuuu muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!