Assalamualaikum....

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk meraikan ulangtahun kelahiran tahun ini.. 
Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat dan barakahNya aminnnnnnn

Tahun ni hari lahirku jatuh hari kerja... kena pulak Dania ada kelas kumon hari ni..
tapi gigih jugak Abang nak ajak makan kat luar.
Makanya Dania dihantar awal ke kumonn..
tak dan pukul 8 dah pick up dia terus kami bertolak ke ... mana lagi..
D'Pulze Cyberjaya .. belakang rumah ajerrr kekekke.
Makin lama makin sayang aku dengan Cyber ni... walopon dulu masa baru pindah kerja
ada yg tanya pasal Cyber ni kan macam padang tinggal tak de papa ..
tapi makin hari makin berkembang.. restoran arab ... dan lagi best restoran Jepun
kegemaran aku macam cendawan tumbuh gak kat Cyber ni.. I very the loike hokeyy!
Eh... jauh melalut.. anyway hari ni nak ke FMH...
sebab ada menu yang dah lama giler aku tak makan !!
TARABAGANI aka KING CRAB!!
Kalau pernah tengok kat deadliest catch ni la ketam nyerr...
kali ni  The Manhattan Fish Market buat special promo!
layari LINK untuk detaill yek.

So tanpa membuang masa.. menempah menu yg best ini..!
Dan .. nilah rupanya King Crab ni sebelum di masakkk yer



Sambil2 tunggu.. the DECO


Wah muka dah lapor memasing... budak kenit 2 orang tu jap lagi
hilang ler tuu.. jenuh weyy


Sempat lagi 'berperang' sempena menunggu hidangan sampaii



Macam biasa.. air sampai dulu


 Dan .. taraaaaaaaaa


 Actually sos dia boleh pilihh... lepas depa rebus (kot) ketam ni...
dia akan tuang sos dan 'bakar' depan kiter.. baunyer peh!


Actually ni utk 4 org punya serving. Bawah tu ada herb rice.. sedap gakkk!
Licin beb!


Sempat lagi pose sebelum 'meratah'


So tunggu apa lagiiii.. 
ngapppp!!!


Berselera jugak budak2 makan... 


Tolong potongkan kaki ketam
 . 

Desert penutupp... sizling brownise....
ada eskrem plak.. lepas tu dia tuang kuah caramel
yg tengah panas tuh!
peh takut2 aku nak makan.. sejuk campur panas! ahahha
tapi too sweett!!

Kalau time belajar dulu mmg ni antara menu mewahhh!
Lagi2 lepas dapat duit scholar or gaji part time.
Kat Kagoshima tempat ku belajar dulu ada restoran 
king crab yg sekali konsep "eat as much as you can"..
sekali set dengan sushi, sup ketamm... tak silap rega masa tu dalam Yen 3,980 which is
equal to RM120 kot lebih kurang tapi kalau duk Jepun waktu tu rasa macam RM39 laa gitu..
murah giler kannn.. boleh makan sampai lebammmmmmmmm...
memang puassssssssss makannn!!!! How I missed the moment!
tapi at least dapat jugak la lepaskan rindu dendammm walopon sekor kongsi 6 orang..
merasa sikit sorang ekkekekkekekek


Sekian alkisahh...
Anyway terima kasih pd En Suami & anak2 Muahhhhhhhh!

Assalamualaikum...

Aha lama tak bersiaran... terlalu banyak cerita sampai tak tau nak citer mana satu.. last2 lansung tak citer. Dipendekkan cerita... blogger mobilephone version corrupt.. last2 lansung tak hapdet wahahaha.

Actually nak citer pasal digital sketch yg sangat cool nih!!
Giler aaa... boleh lukis pakai digital pen je... bukan pakai berus dan warna air tauu...
guna S-Pen Samsung Note 5! Terkagum aku dibuatnya. Lepas dilukis ni terus aku rasa gambar sketch ni lagi cantek dari gambar family potrait asal wahahaha.


Actually dapat kupon utk digital sketch ni lepas menyambar 
Note 5 di roadshow yg berlansung di Alamanda Putrajaya baru2 nih.
Di atas sebab2 yg tak dapat dielakkan terpaksa ku upgrade HP ku dari Note 3 ke Note 5 walopon hakikat nya Note 3 tu masih sangat elok lagi ..... so Note 3 aku ni aku trade in je pada orang..
actually kalau under program samsung masa roadshow N5 ni boleh ke trade in mana2 model Note..
Note 3 punya trade in price @ value Rm800 tau!


Anyway back to the story... sebenarnya kalau rajin duk tadah duduk depan pelukis selamba je dia boleh lukis karikatur kita dengan menggunakan S-Pen N5 tuh... mmg rare sangat pada aku.
Kartunis jemputan adalah Oly Lukis yg kalau tengok website dia ni mmg dasat2 la
hasil lukisan2nya iteww... tak caya try jejak :-
http://www.olylukis.com/

Tapi disebab aku tak mampu nak duduk tadah muka so kitaorg bagi je gambar studio 
then dia lukis kan... hasilnya mmg terkagum sambil ternganga aku tengok wahahhaha.
Ohsem sangattttt!!!


So dari lukisan ni dia printkan T-Shirt (rasa macam nak framekan)
and print to mug... and dapat softcopy yg mana dah selamat jadi gambar profile FB ku ahahahha.


 Road show yg sedang berlansung.... I LOVE NOTE 5 gitewww!!!


Ada event Upin & Ipin



Actully pagi sampai tengahari tu ada concert and graduation day Dhiya.. habis tu terus 
jejak alamanda. Aku sibuk tunggu data migration N3 to N5...
siap service tu yg paling suka... meaning staff samsung tolong aku 
migrate kan contents dari N3 ke N5.. seemless migrationn! 
so whatever dlm N3 selamber je migrate dan terus ready utk aku pakai.



Layan budak2 bergambar dengan maskot...


Balik tu sampai rumah tak dan berapa minit... sedar2 Delisha dah terlentuk .. tertidur kat sofa.
Yang bestnya dalam keadaan BERDIRI hokey!!!!
tu nak menunjukkan tahap kepenatan dia main kat luar satu hari ahahhaha.
Desliha owh Delishaa...... *geleng kepala*

Assalamualaikum.... 
Genap usia Dania 8 tahun 1 sept lepas. Tahun ni lagi best tuan punya badan pun tak ingat hari jadi dia. Mungkin sbb dah 3 ari cuti seronok berjalan or bercuti dia pun lupa padahal sebelumnyer kemain tanyaa kekekekek



Anyway just simple celebration sebelum Dania pergi Kumon malam tu. 8:30 malam dah start kelas ....  Mama pun sempat masak bihun je *menu kegemaran Dania* and Papa tapaukan satay and ayam goreng sket..



Anyway Selamat Hari Lahir Dania... semoga terus berada dibawah lindungan rahmat dan kasihNya. Semoga terus membesar dan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. We love you!!!



Assalammmm...
Rutin pagi.... bangun sediakan sarapan Danish Dania sebelum ke sekolah pagi. Danish SRK, Dania SRA. Pagi biasa masak simple2 je. Danish Dania kena ready  siap sarap by 7 AM. Abang hantar. Kalau ada yg boleh di goreng, goreng saja. Time rajin sikit bleh la buat nasi goreng, mee goreng, omelete.... sandwich kalau ada bahan.
Dhiya biasa kejut lambat sket sbb aku yg hantar. Kena keluar rumah paling lewat jam 8 pagi tu pun dah kira lambat sbb Dhiya ada reading session pagi sebelum start kelas.
Breakfast kalau ada lebih aku tapau le jadi Bentou gi ofis... kalau habis aku  sarap kat cafe ofis je ekkekee
Hari ni nak jadi cerita bleh plak masa otw nak hantar Dhiya ada dengar bunyi kucing..... memula ingat suara Dhiya. Rupa2 mmg suara kucing betul. Dah la masa tu berenti kat Traffic Light. Suspen jap... teringat pasal kucing yg "masak" dalam enjin keta yg viral bebaru ni... haishhh
Sampai je Qdees , terus cari parking tepi... cek bonet belakang... try bukan cover enjin depan.. dengar lagi suara kucing mengiau... tapi tak nampak plak bayang kucing..  aduh suspen! Aku bukan tau sangat isi dalam enjin2 keta ni weyyyy.. terus tepon Abang!
Last2 cek bawah keta seb baik kucing tu dah turun sendiri. Panas haba enjin gaknyer kan. Terus bawak kucing tu jejauh sket cek balik bunyi kucing kat keta tak de dahh.... seb baik la bernyawa lagi... selamat dan tak cedera. Aku tak tau dia menyelit kat ne...
Btw... mintak mahap banyak.. aku tinggalkan dia kat situ. Sorry ye dia yg nak ikut... esok lusa kalau hantar Dhiya dia ada aku bawak balik semula yekk.. aku dah le mengejar meeting kul 9 pagi uhuhuuu.
Apapun syukur kucing tu selamatttttt
Al kisah

Assalamualaikumm..

Wahhhhh kelewatannn!!! Dah habis raya baru nak post! Kikikiki

Apapun nak mengucapkan salam aidilfitri buat semua kenalan dan rakan pembaca blog. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat  semua. Mohon ampun dan maaf jika ada sebarang kesilapan or terlebih gurau or komen  yekk. 0 - 0 okeh!

Tahun ni kami beraya di Pahang dahulu... raya ke-3 baru pusing Johor. Dan buat julung2 kalinya Abang ajak bertemakan jubah raya tahun nih! Katanya masa gi Dubai tempohari rasa seronok dan tertarik pulak tengok mens berjubah putih and ladies berjubah hitam walaupun finally bila cari baju Abang pun kensel nak berjubah putih sebab takut over transparent kekeke


Salam Aidilfitri sekali buat semua. Jemput mai beraya dirumah no!!! Roger I okeyyyy.
Muahhhh!!!

Assalamualaikum...

Wah kemeriahan Aidilfitri semakin terasa. Budak2 pun dah cuti sekolah.. highway sana sini dah mula sesakkkk. Korang pun mesti salah sorang dalam tu kan hehe.

Anyway dah hujung Ramadhan ni baru la berpeluang berbuka kat luar. Actually dah hold few weekend gara2 kakiku yang injured nih dan akhirnya last week baru la Abang buat booking dan kami berpeluang iftar di Shangrila Putrajaya.  Kira gantung kuali lah hari tu hehehe.

Tahun ni actually tema dia menu2 gril especially lamb siap buka booth asing outdoor. Aku macam biasa kalau berbuka kat tempat2 cam ni mmg kurang nak makan nasi sikit .. terus bertukar jadi karnivor kejap hihihi

So far Alhamdulillah kenyang and hampir seeh perut. Ada persembahan nyanyian juga.. lagu kun anta pun turut didendangkan gitewwww.

Anyway terima kasih En Suami atas treat iftar kali ni alhamdulillahh 😉

Assalamualaikum....
Sekejap sungguh masa berlalu. Esok last day kerja sudahhh....sedar2 dah nak raya eh.
Sepanjang puasa ni almost every day jugak aku memasak... tahun ni lansung tak jejak bazar.. malas nak jalan jejauh. Mostly masak sendiri kat rumah... kurang2 ada kerusi, penat bleh duduk huhu. Posa kali ni rasa ramai sungguh pos resepi kat FB.. dah la autofeed kan tu yg buat rajin je nak menerai.

Dan kali ni juga ada 2 gadjet baru masuk dapur hihi. Cam ni lagi cepat la den memasak hehe. Hand blender... ringkas dan mudah digunakan yang penting senang nak basuh!  Kalau guna blender biasa kadang2 ada masa nak blen bawang sikit je.. tak buh air kang tak jalan.. buh air kang terlebih basah plak lambat bila ditumis. So kalau utk kuantiti sikit tu mmg pakai hand blender la senang giler!


Anyway resepi yg sempat aku masak dengan bantuan hand blender ni Nasi Arab!! Nasi tu masak macam biasaaa.. tapi part sambal lada dia tu, bahan2 potong dadu dan terus tekan blender... peh memang senang giler lahh. Best!!!


Lepas2 tu ada try buat laksa penang. En Suami memang pengemar tegar laksa Penang. Tapi aku jarang plak buat... rasanya 8 tahun lepas sudah! Haha ! yg jenuhnya part nak asing isi dengan tulang ikan ni aduh mmg lemau dibuatnyee. Aku lak sambil masak sambil share la ngan bff menu berbuka hari2 kan... tetiba keluar citer pasal NOXXA! Eh... la aku tak pernah tau citer pasal ni.... depa citer kalau guna Noxxa tulang ikan tak yah buang pun tak pa.. blender dan masak guna high pressure Noxxa je settle! Pehhhhhh teruja mak dengar!


So pada hari kejadian... sambil berbuka laksa penang iolls sembang2 ngan En Suami pasal kehebatan Noxxa. Last2 En Suami kata... okay boleh beli Noxxa.. advance birthday present tahun ni. Waaaaaahhhh seriusly????? *sambil terus buat mata kucing kelip2* hehehe. So finally sampai lah ketangan Noxxa ni. Terima kasih En Suami muahhhh muahhhhhh!!!! Kalau tak plan nak main kutu je dgn bff ojos sebenarnya... tapi since En Suami dah bagi green light terus dan2 tu jugak order almaklum nak raya pulak lagi hihi.so inilah rupa periuk Tekanan Tinggi Noxxa tu.


Kebetulan bulan ni free gift tempat bekas kaler hijau aka tema dapur iollll... wahhh double happpinesss hokeyyy.So tanpa membuang masa.... hari  Noxxa tu sampai ke rumahh... terus test power! Dah la terkial2 jugak fikir nak masak apa last2 kul 6:30 ptg baru decide menu dah terkial2 baca buku manual... hasilnya tadaaaaaa!!!


Nasi hujan panas! Amekk... 1st time seumur hidup baru nak buat ni uhuhuhu.
Yang bestnya nasi hujan panas ni 10 minit je dah masak! Pehhhhhhhhh mmg terbaekkk!!!



Dan macam2 lagi kelebihan NOXXA ni. katarnyer masak bihun or spagethi pun tak perlu 
nak rebus or dendam dulu.. terus je masuk periukk warghhhh .. tak ke teruja tu namanya ekkekke

Anyway aku pun tak master lagi cara2 nak guna ni. Dah la hari dapat terus excited nak guna memang  masa tu terkial2 juga nak tekan menu dan nak buka penutup.
apapun selamat dah dirasmikan baby baru NOXXA ku inihh.. moge hari lebaran dan 
semakin berseri...  happy face, happy heart, happy tummy!! heheheh
Terima kasih En Suami sekali lagi muahhh!