Salam..
.
Hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Kepada yang berkesempatan dan punya kelapangan, rasanya tak terlambat lagi nak share Panduan menunaikan solat sunat tarawih untuk rujukan rakan-rakan dan diri sendiri.


Sumber rujukan : Wikipedia

KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Untuk panduan lengkap layari MAJLISILMU di sediakan oleh
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (klik gambar).


Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dari-Nya.. aminnn....
Salam...
Pejam celik pejam celik Ramadhan dah pun masuk minggu ke-2. Sepanjang minggu pertama puas berbuka dengan kuih muih dan lauk pauk 'tunjuk' pasar Ramadhan... kalau sekali pergi tu semua nak di borongnye kann...kata je berpuasa tapi bab jaga nafsu 'nak' makan tu tak berapa nak kuat gakk isk isk iskk..

Masuk minggu ke-2 ni dah kurang ler sket  kadar ke-excited'an nyerr ha ha. Kadang kalau beli lauk kat Bazaar, bring foward untuk Sahur pun tak habis. Kuih muih plak kadang leh 2-3 hari punya ada dalam peti walaupun tau sekali masuk peti tak makan dah.

Lagi satu, sahur ni mesti nak kena ada hidangan panas yang masin, kering & pedas.. betul takk..? kalau kat rumah aku bulan posa wajib la ada ikan kering/masin, cili padi, kicap, bawang besar & ikan bilis banyak-banyak. Kadang duk perangat lauk semalam, ikan bilis & bawang goreng, hatta telur mata kicap panas-panas tu jugak yang lagi sodapp ha ha.Kalau tak, ada la aksi tenung-menenung lauk perangat hu hu hu.

\
So masuk minggu ke-2 ni dah start masak sendiri.. especially untuk sahur. Kalau aku kira masih bernasib baik sebab masih ada Bibik untuk membantu. Tak masak pun at least tolong-tolong sediakan bahan-bahan. 

Biasanya malam sebelum tidur tu aku dah asingkan siap-siap apa yang nak di masak utk keesokan pagi. Sambil tu tinggalkan NOTA UNTUK BIBIK kat fridge tu sekali. Bibik pulak akan bangun lebih awal, sahur dan sediakan barang sebelum naik semula kebilik. Kitaorang pun jarang berselisih ngan Bibik time sahur. 

Dengan bantuan Bibik, kalau aku bangun pukul 4:30 pagi pun masih sempat aku  nak masak yang ringkas-ringkas. Biasa pukul 5 pagi tu dah duduk makan sambil layan NUR KASIH kat TV3 sampai kul 6:00 ! 
Dulu tak follow betul-betul... masa nak catch up pun banyak baca dari foward mail ni. 
Kira bulan Posa ni baru leh katam drama tuh.. hik hik hik
*eh.. aku citer pasal apa tadi nih?!*
Salam... Sabtu lepas hisashiburi join Sempai Taiken wo Kikukai event 
@Hari mendengar pengalaman senior. Objektif event ni ialah untuk para senior berkongsi pengalaman dan TIPS masing-masing bersama junior-junior RPKJ (Rancangan Persediaan Khas Jepun) tahun 2 yang akan menginjakkan kaki ke bumi sakura dan meneruskan perjalanan sebagai perantau di bumi asing jauh dari keluarga dan sanak saudara. Tahun ni batch ke 29 dah dan di jangkakan berangkat ke Jepun bulan 3 2011 nanti.
Kohai-kohai RPKJ batch 29.

Aku pernah beberapa kali join event ni especially masa single mingle dulu.. dan masa jadi AJK dulu pun pernah tolong coordinate. Tapi lepas ada family semuanya telah aku lepaskan di atas sebab-sebab komitment kepada keluarga tercinta. Tahun ni Alhamdulillah... dapat join gak tu pun setelah di ajak oleh member satu batch yang organize kan event ni tahun ni hu hu.


 Sessi bertukar-tukar pengalaman dan pendapat di dalam kelas. Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Banyak yang dikongsikan.. dari segi menjaga kewangan, pelajaran, keagamaan, pemakanan halal, part time, bercuti@melancong, AP bawak balik kereta dan tak lupa yang penting bagaimana membina hubungan silaturrahim dengan masyarakat Jepun itu sendiri.

 Tu dia.. semua kohai-kohai nampaknya betul-betul menumpukan perhatian..

 Antara sempai@senior dan sensei@guru yang hadir 

Geng-geng satu batch ~ RPKJ 14

 Ahaa.. member aku sorang ni memang baru balik dari Night shift...kerja kat HP. Tau la mengantukk... snap gambar pun sempat tertidur kee.. isk isk iskk


Free discussion and Q&A with kohai@junior. Banyak gak yang di tanya oleh adik-adik kita ni. Especially tentang course yang hendak di pilih dan bidang kerja dan market yang ada di Malaysia. Tak lupa juga tentang kehidupan especially bab pemakaian tudung di negara bukan Islam, berpuasa dan menyambut Aidilfitri di perantauan... memang agak sadiss you... bersedialah..ha ha!
Contohnya dulu masa aku kat sana, Ramadhan ketika musim sejuk. Makanya pukul 5:30ptg tu dah maghrib sedangkan kelas pun tak habis lagi. Moralnya selalu jugak la berbuka makan gula-gula je dalam kelas.. ha ha.

 Posing lagi.. semua wajah-wajah suci yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi.

 Landmark AAJ (Ambang Asuhan Jepun). Model mana plak sesat nih.. 

 Aha... sebenarnya Photo ngan senior atas kitaorang yg baju kuning tu.. duk sama kolej dulu@Fifth college. Sekarang dah jadi GM di salah sebuah agensi kerajaan di usia belum pun cecah 35 tahun... caya laa..!

Landmark AAJ.

Banyak kenangan 2 tahun kat sini...teringat memang tahap air mata darah la nak hafal semua kanji-kanji@tulisan Jepun  tu masa buat preparation. Dah la test kanji hari-hari. Basuh baju (pakai tangan) pun siap tampal dulu kertas kanji kat dinding depan... boleh plak basuh baju sambil hafal kanji.. Kalau pergi surau ngan member2 pun buku kanji tu tak lepas kat tangan.. memang bawak ke hulur ke hilirr....haru biru wehh...hu hu

Anyway, event tamat kira-kira pukul 1 tengahari. Buat kohai-kohai ku, merantau ke negara orang seorang diri memang besar cabarannya. Maka persiapkanlah diri dari segi rohani, mental dan fizikal.Yang penting ingat matlamat utama ke sana dan pastikan matlamat itu tercapai bila balik nanti okeh...!

Ganbatte kudasai..!!!

 Salam..

Tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramdhan yang mulia ini. Alhamdulillah.... syukurrrr dengan nikmatNya. Barangkali bulan Ramadhan juga bulan yang di limpahkan dengan kurniaan rezeki yang melimpah. Peniaga-peniaga di Bazaar Ramadhan, rumah-rumah anak yatim dan kebajikan contohnya. Di samping tu rasanya para blogger pun mungkin akan dapat melihat peningkatan UV di blog masing-masing. Al-maklumlah bulan Ramadhan ni ramai yang mengantikan acara 'makan tengahari' kepada acara 'melayari internet'. Even blog aku pun selalunya average dalam 80 UV sehari tapi masuk Ramadhan ni Alhamdulillah... setakat seminggu pertama ni boleh konsisten atas 100 UV. Alhamdulillahhh..................!! Terima kasih kepada semua yang sudi menjengah ke sini ! Peace....!!


Jadi kepada para blogger yang ada pasang iklan Nuffnang dan tak pernah merasa Nuffnang Buffered Earning, maka inilah masanya untuk mencuba 3 TIPS mudah cap TIGA Ayam di bawah hu hu. Maklumlah... aku pun blogger golongan marhain jugak. Masih kategori saya budak baru belajar.. so sekadar berkongsi TIPS yang menjadi amalan... nak ikutkan ramai lagi blogger tegar yang bagi banyak TIPS tapi cukuplah aku kongsikan 3 TIPS je supaya korang tak pening. 

BE untuk Ramadhan. Ada 5 setakat ni. Alhamdulillah....

3 TIPS MENAMBAH UV BLOG ANDA :

1. KERAP : Kerap mengupdate blog. Ahaaa... ada blogger yang update berkali-kali dalam sehari. Tapi kalau dapat update sehari sekali pun dah cukup bagus tu. Cuba amalkan sampai ada pembaca yang tau anda akan update topik hari-hari. InsyaAllah... bila blogger buka je blog dia, tengok ada update terus la dia jengahh..

2. VARIASI : Variasikan topik anda antara personal topik dengan topik-topik berunsur fakta atau topik semasa. Biasanya anda ada pengunjung setia yang selalu ingin tahu perkembangan kehidupan peribadi anda terutamanya di kalangan teman-teman blogger rapat, rakan-rakan atau ahli keluarga. Tapi selangselikan juga dengan topik berunsur fakta dan isu semasa. Topik-topik begini akan membantu menambahkan UV anda berdasarkan carian di google sementelah topik berunsur fakta selalunya tidak ada expiry date so sekali anda blog topik begini, bila-bila masa bila ada orang perlukan data untuk di cari, InsyaAllah akan sampai ke blog anda.


3. PING BLOG. Haaa... banyak site yang menawarkan fungsi PING BLOG ni tetapi yang selalu aku layari ialah GENGBLOGGER. Senang je.Register jadi ahli menggunakan login facebook anda. Then setiap kali anda publish topik baru, login ke Geng Blogger dan ping blog anda di sana.

Sebenarnya banyak lagi TIPS-TIPS lain, ada bermacam-macam cara lagi.Awal-awal dulu banyak gak baca tips2 dari GTO, Joegrimjow & Ben Ashaari. Terima kasih gak gak diarorang sbb sudi share tips2 berguna tu. Di samping tu rajin-rajin la promote blog. Ada macam-macam cara. Ada yang rajin buat contest, giveaway... tak pun rajin-rajin la blogwalking tinggalkan komen kat blog orang lain. InsyaAllah pengunjung akan ziarah blog anda juga. Dan bila UV meningkat dan konsisten, InsyaAllah BE pun akan appear kat Nuffnang Dashboard tu.. hu hu

Apapun... Selamat berblogging dan terus mencuba..! hik hik
Danish dah start ber'Iqra'.Setakat ni ajar sendiri je kat rumah. 

 Bila Danish ber'Iqra', masuk Iqra' 2 dah start baca tulisan jawi yang bersambung. Makanya setiap sebutan yang bergabung jika menjadi perkataan yang di fahami contoh ba di atas bertemu shad di atas = BA SO = perkataan rumi terdekat = BASAH then mulalah Danish tokok tambah cerita berdasarkan perkataan tuh. Moralnya nak habis kan satu page tu jadi lama sebab melayankan Danish yang suka sambung-sambung cerita hu hu..
Ikut mood kekadang Dania pun sibuk nak ikut beriqra' macam Abangnye. Semalam bila baca Alid Ba Ta, sampai huruf Dhad Dania teringat kat 'DOLL' dia. Terus bangun cari doll dia... dah dapat letak kat pangku baru sambung baca balik... ada je acara-acara 'selingan'nyer tu ha ha

Alahaiii anak Mama.. tak kisah le tu janji ngaji hu hu hu
Salam...
Satu lagi berita gembira buat umat Islam di Ramadhan yang mulia ini apabila akhirnya Obama meluluskan pembinaan Masjis di Manhattan bernilai 100 juta USD di atas tanah persendirian. Bangunan itu akan menempatkan tempat beribadah dan pusat kegiatan umat Islam.


Ikuti video ucapan beliau :


Sumber dari :usposttoday

While celebrating Ramadan with Muslims at the White House, President Obama says that while we need to be sensitive about the events of 9/11, there is no reason the goverment should stop Muslims from building a Mosque in lower Manhattan on private property. ; Doing so would violate the First Amendment


Ikuti lagi berita dari : hariansib
Salam..
Terbaca kat Utusan Malaysia kisah Era Fazira yang menunaikan Umrah bersama suami dan puteri tercinta, Aleesya ke Mekah. Wahh.. beruntungnyaaa Aleesya. Kecil-kecil lagi dah dapat menjijakkan kaki ke tanah suci Mekah. Mudah-mudahan membesar menjadi permata hati yang soleh....

Ikuti berita selanjutnya :

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY


Kenangan Erra dan Aleesya di hadapan kaabah sewaktu mengerjakan umrah, empat bulan yang lalu.




PENGALAMAN menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada awal April tahun lalu nyata mencatatkan banyak memori indah buat wanita yang seorang ini.
Pun begitu, ini bukan bermaksud ia merupakan kali pertama primadona filem tanah air ini menjejaki bumi Arab itu yang terkenal sarat dengan kisah-kisah agung tamadun Islam.
Apa yang menyebabkan pemilik nama Erra Fazira Wan Chek tersenyum bahagia adalah kerana umrahnya ke Mekah yang terbaru sekitar April lalu ditemani suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Lebih manis lagi, buah hati mereka, Engku Aleesya yang berusia setahun juga dibawa bersama-sama.
Cerita Erra, ini adalah kali pertama dia menunaikan umrah selepas memegang status isteri dan ibu. Justeru , pastinya pengalaman Erra lebih bermakna kerana kehadiran Aleesya melengkapi roda kehidupannya kini.
Bagaimanapun, bagi sesetengah orang, membawa anak kecil semasa menunaikan umrah atau haji akan hanya mengundang banyak masalah.
Lebih-lebih lagi jika si anak mula membuat ragam sehingga menganggu tumpuan ibu bapa terhadap ibadah yang dijalankan.
Bagaimanapun, Erra menolak tanggapan itu. Bahkan, bekas ratu cantik Malaysia tahun 1992 ini turut membuktikan bahawa dia mampu mengimbangkan antara ibadah dan dalam masa yang sama tugas rasminya sebagai ibu kepada Aleesya tidak terabai sepanjang seminggu berada di Mekah.
“Sebenarnya saya langsung tidak berasa tertekan membawa Aleesya bersama-sama semasa menunaikan umrah pada waktu itu walaupun tanpa pembantu di sisi. Malah, saya rasa tenang kerana dapat menjaga dan melihatnya di depan mata sentiasa.
“Keputusan untuk membawanya ke Mekah pun dibuat pada saat-saat akhir memandangkan keluarga saya dan Emran secara kebetulan ada urusan masing-masing yang tidak dapat dielakkan.
“Saya juga melihat perkara ini dari sudut positif bukan kepayahan. Bahkan saya fikir, mungkin sudah tercatat rezeki Aleesya untuk ke Mekah bersama-sama ibu dan ayahnya pada usia yang muda, rezeki Tuhan siapa yang mampu menolak bukan?” katanya.
Memikirkan bagaimana mungkin anak kecil itu langsung tidak membuat ragam, penulis mengaju pertanyaan apa rahsia Erra memantau pergerakan puteri kesayangannya itu ketika dia menunaikan ibadah.
Dalam nada teruja untuk berkongsi, Erra memberitahu, strateginya adalah dengan mengikat Aleesya menggunakan tali pengikat khas kanak-kanak yang disambung dan diikat pada kakinya.
“Faham-faham sahajalah, budak kecil mana mahu duduk diam. Jadi, saya ikat badan Aleesya dengan alat tersebut. Dengan cara itu, saya boleh menunaikan solat dan dalam masa yang sama dapat memastikan Aleesya sentiasa di sisi,” ujarnya.

Yang menariknya, menurut Erra, sebelum berangkat ke Mekah, dia telah pun bereksperimen dengan Aleesya menggunakan kaedah itu selama sebulan di rumah bagi memastikan anaknya itu tidak terkejut apabila berhadapan dengan keadaan itu ketika berada di Tanah Suci.
“Sebab itulah saya katakan bahawa saya tidak merasai tekanan kerana membawa Aleesya bersama tempoh hari. Semuanya kerana segala persiapan telah saya buat sebelum pergi sama ada dari segi mental dan fizikal.
“Mujurlah dia tidak banyak kerenah sangat. Paling teruk pun dia meragam dan menangis sebab mengantuk. Pada waktu itu, terpaksalah saya berhenti sekejap solat dan menidurkannya dahulu.

“Penat memang penat, tetapi itu bukan penghalang untuk saya mengimbangi tugas seorang ibu dan pada masa yang sama dapat memberikan 100 peratus tumpuan terhadap ibadah saya,” katanya lagi.
Mekah yang dirindui
Kata Erra, April lalu merupakan kunjungannya yang pertama ke Tanah Suci dalam tempoh tiga tahun.
Enggan menyatakan angka keberangkatan ke sana sebelum ini, Erra bagaimanapun tidak dapat lari daripada terus merasa rindu untuk menjejakkan kakinya ke Tanah Suci tanpa rasa jemu.
Anak kelahiran Rawang, Selangor ini juga mengakui, Mekah adalah lokasi di mana dia mampu menemui ketenangan selain dapat menghambakan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.
“Perasaannya lain, ketika di sana, perasaannya bercampur baur. Seronok ada, syahdu ada. Tetapi biarlah perasaan itu saya yang simpan sendiri. Ia antara saya dan Dia.

“Tetapi kalau ditanya sama ada saya menikmati kepuasan di sana, tidak adalah jawapannya. Saya tidak pernah berasa puas hanya dengan sekali melangkah ke sana. Kalau ada rezeki dan peluang, Mekah akan saya jejaki lagi,” ujarnya.
Malah, Erra yang pernah merasai suasana Ramadan ketika mengerjakan umrah sebelum ini mengakui masih terkenang saat-saat manis itu yang dikatakan sangat berbeza dan tidak mungkin dapat dirasai di tempat lain.
Sempat penulis mengusik Erra dengan pertanyaan adakah dia serik untuk membawa Aleesya sekiranya berkesempatan ke Mekah lagi. Pantas Erra menjawab “InsyaAllah, dia akan saya bawa juga.”
Jelas Erra, memandangkan dia sudah berpengalaman, maka untuk membawa Aleesya sekali lagi mengunjungi Tanah Suci bukanlah merupakan satu masalah besar.
Katanya, setidak-tidaknya, Aleesya juga terdidik untuk berasa dekat dengan Maha Penciptanya sedari kecil selain sentiasa berada dekat dengan keluarga tersayang.
Salamm..

Rata-rata blogger dah update aktiviti hari pertama posa.. aku ni dah masuk hari ke-4 baru nak update yg hari pertama isk isk isk..
1st day Puasa, bunyi loceng jam 5:30 ptg je semua dah berterabur untuk finger print keluar. Lepas tu beli juadah berbuka kat kantin - Kuih muih dan lauk pauk. Biasanya aku beli kat ofis je, Abang yang singgah Bazaar Ramadhan. Balik plak takut jammed ikut Elite Highway keluar susur Putrajaya. Dari rate RM1.60 ikut LDP jadi RM 3.90 one way ikut Elite.
Tak kisah la.. janji sampai sebelum matahari terbenamm hu hu

First day Puasa adik Ipar ku hubby & Wife ada kat rumah. So meriah la sikit bersahur dan berbuka hu hu.
Petang tu sampai masih bleh lagi main ngan budak-budak depan rumah.Tapi cuaca agak mendung.. so gambar pun teserlah ke'mendung'annyerr he he
Abang layan budak-budak main bola.

Dania dengan wajah ceria

Pak Lang (my BIL) dgn hobbynya  ~ main remote helicopter

Tak dapat snap sharpp.. maklum le camera HP hu hu. 

Tu dia dah keluar tiang gol dahh





P/S : Aku tengah kumpul tin susu. Berangan nak ajar Danish & geng main baling tin kat depan rumah tu macam kita kecik-kecik dulu.
Aaaa.... rindunyaa zaman kanak-kanakk.....! hu huhu
Korang pernah main tak ? Baling selipar/baling tin... memang saiko laa..!
credit google 
Salam...
Ramadhan dah pun masuk hari ke-3. Macamana pengalaman hari pertama ramadhan kalian..? pasti ada je peristiwa yang menggembirakan dan melucukan. Kalau dengar kat radio ada yg kata masih terminum & termakan lagi gara-gara terlupa tengah berpuasa. Balik kerja macam biasalah, bunyi loceng je jangan kata highway jammed, finger print/punch card pun dah panjang beratur ! Ha ha.

Anyway aku perasan sejak hari pertama Ramadhan statistik UV blog ni meningkat. Mungkin kerana lunch hour kalau dulu semua keluar gi lunch tapi la ni semua 'lunch' mata depan PC je layan internet. Jadi sementelah tu juga aku pun nak sharekan sesuatu yang sangat istimewa dengan korang. Ni pun dapat dari sorang member, Aleyn. Ma kaseh Aleyn kerana rajin foward mail2 yang berguna. Kalau nak harap aku foward memang sampai ke sudah la. So aku tepek je kat sini, kita bleh tengok dan kongsi ramai-ramai okeh..!

Masuk bulan puasa ni mungkin ada antara rakan yang dah mula bertadarus. Yang dah ada anak mungkin tak sempat nak katam sebab maklum je lah kat rumah schedule penuh bulan2 posa ni.. nak layan anak lagi, nak settle lauk berbuka, bersahur.. mana yang nak pergi tarawih dan sebagainya. So kalau tak sempat bertadarus kat rumah bleh jugak bertadarus kat Ofis. Time lunch hour tu kan.. Maklum je la di zaman serba canggih ni semuanya berada di hujung jari. Siapa yang nak bertadarus versi silent mode kat ofis bleh lah layari




Memang feel macam buka Al-Quran manual.


 Sangat-sangat berguna dan mesra pengguna. Boleh selak setiap helaian macam selak Al-Quran tapi guna mouselah.


Selain tu macam-macam function lain boleh diguna pakai.

Siap boleh pilih versi Quran yang kita nak, sekali dengan tafsir ke, nak tengok tajwid ke.

Okeh.. sekian saja... salam berkat di hari Jumaat..! Ahlan Ramadhan!

Salam...
Air Asia cipta rekod dunia tempahan setengah juta tempat duduk dalam masa 24 jam..!! Perrghhh... dasat-dasatttt. Dengan motto 'kini sesiapa pun boleh terbang', Air Asia sudah pun meraih jualan RM20 juta dengan promosi tiket RM1 untuk penerbang tahun 2011 walaupun kita masih berada pada suku tahun ke-3 2010. Dan untuk rekod jugak... kitaorang pun termasuk jugak dalam senarai pelanggan yang mencipta rekod dunia ni! ha ha. Terima kasih Abangg...! Masa tempahan di buat aku pun tengah cuti jaga Dania yang demam dek cerai susu badan. Sedar-sedar Abang call kata tiket dah 'selamat' di tempah he he.
Memang tiket pergi balik RM2 je.. tapi macam biasalah dah di campur kos itu dan ini total cecah jugak 3 angka jugak untuk 4 orang tapi still pada rate yang cukup berbaloi. Oh kemana destinasinya...? Tunggguu...!! Lagipun lama lagi... setahun lagii.. tahun depannn baru bleh guna tiket tu. Nak excited cerita kang penattt je menahan perasaan menunggu hari ha ha ha. 

Apapun untuk baca berita penuh  dan boleh juga layari airasia.com jika berminat untuk membuat tempahan!

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — AirAsia Bhd telah mencapai rekod dunia dengan menjual lebih daripada 500,000 tempat duduk pada hari pertama kempen “Mind Blowing Fare”nya.
Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu berkata yang ia telah menjual 538,000 tempat duduk pada hari pertama kempen, yang menawarkan tambang  RM1 untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Promosi kempen “Mind Blowing Fare” yang sedang berlangsung menawarkan RM1 untuk tempahan dari 10 hingga 15 Ogos, 2010, bagi perjalanan antara 1 April dan 11 Ogos, 2011.
Promosi itu ditawarkan secara eksklusif di www.airasia.com dan mobile.airasia.com.
AirAsia turut mencatatkan jumlah jualan tempat duduk tertinggi dalam tempoh sejam dengan menjual 36,871 tempat duduk, naik 47.5 peratus berbanding rekod sebelumnya iaitu 25,000 tempat duduk.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata kempen  “Mind Blowing Fare” adalah promosi penting pertama di bawah sistem tempahan “New Skies”nya.
Ketua pegawai eksekutif Datuk Seri Tony Fernandes berkata kejayaan menjual lebih daripada setengah juta tempat duduk dalam promosi yang sedang berlangsung itu menunjukkan sistem baharu itu stabil dan mampu mengendalikan jualan besar-besaran dengan cekap.
Beliau berkata yang pelaburan AirAsia dalam enjin tempahan baharu itu jelas berbaloi dan “New Skies”nya telah berjaya merevolusasikan tempahan Internet. — Bernama
Salam...
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Ni nak share
  jadual berbuka puasa dan imsak bagi Wilayah Persekutuan dan Putrajaya 
bagi tahun 1431 H bersamaan 2010 M.


Kepada rakan-rakan dari negeri-negeri lain boleh juga layari ISLAM.GOV dan MUFTI WP untuk maklumat lanjut.Semoga kita semua sentiasa diberikan kemudahan dan kesihatan yang baik di sepanjang bulan Ramadhan ini untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna yek..!

Salam semua..

Akhirnya bulan Ramadhan yang di nantikan oleh seluruh umat islam membuka tirainya. Di kesempatan ini juga kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan taulan, semua pengunjung setia blog dan kepada semua yang mengenali kami.


Selamat menunaikan ibadah puasa. 
Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua...!


Ikhlas : 
~ Izan, Sham, Danish & Dania ~

Salam..
Haaa.. ni nak share sikit satu Games show yang aku 'TER'tonton weekend lepas. 
Kira first time tertengok rancangan ni masa tukar-tukar siaran. Tak tau la kalau ada yang dah follow lama..
aku memang first time tengok. Dah first impression " Kalau sape nak tengok Mamat-mamat/minah-minah salleh 'di buli secara halus' dek Jepun haaa.. sila-silalah usha rancangan Majide @ I survived a Japanese Game Show di TV8, setiap hari Sabtu pukul 10:00 malam..!


Game show ni dalam bahasa Inggeris. Kesemua peserta terdiri dari rakyat America dan game shownya di rakamkan di Toho Studio, Jepun. Tapi seriussslyyy.... memang jenuh aku gelak tengok mamat/minah2 mat salleh ni kena buli kaw kaw dalam show ni..! Har har har..!! Memula memang ingatkan Jepun aaa punya idea buat game show ni memang pueh hati tengok mat saleh2 tu kena buli. Tapi bila search kat Internet, origin Game show ni dari US la plakk.. kemudian di ubahsuai ikut game show ala Jepun dan di sasarkan kepada Mat/Minah saleh ni. .moralnya diaorang yg buat rancangan buli diri sendiri.. hua hua huaa.. memang sengaaalll!

Apalagi.. kalau rajin tengok aaa Game Show ni. Memang tahap POYO terlampau..!
Maklumat lanjut leh layari wikipedia.


Apapun cam biasa, rancangan ni hanyalah sekadar hiburan terlampau biasa.... hu hu huh. Nak tengok online, leh search je kat You Tube or click je gambar kat atas neh... Ceria ceriakan hari anda...!  he he
Salam..

Lagi  2 hari umat Islam di jangka akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Masuk bulan Ramadhan tahun bermakna usia Dania akan menginjak  ke angka 3 tahun..! Yaa.. tak sampai sebulan lagi, 1st September tarikh hari lahir Dania. Banyak betul Dania simpan kenangan bulan Ramadhan untuk Mamanya. Tahun pertama... Dania lahir ketika nak masuk bulan Ramadhan. Makanya sebulan penuh Mama tak puasa gara-gara berpantang..! ha ha. Teringat lagi.. sebulan duk kampung, time buka puasa dengan Mama sekali 'pantang' nampakk..! Taufu fa (tahu panas) memang  hari-hari atuk belikan 2-3 mangkuk untuk Mama sorang. Lepas tu murtabak ke.. kuih-kuih kee.. bila dah lebih 3 minggu berpantang ngan Mama pun tumpang sekaki orang berbuka..! Bak kata neneknya... 'tak pe la.. buat 'ubat'..! Ha ha.. ayat tak dapek nak nolong bila tengok Mamanya makan juadah berbuka.. ha ha.

Gambar hiasan 

Tahun ke-2 pulak... sebulan sebelum Ramadhan Mama dah start berpuasa.. ye la dok menganti puasa 'sebulan' bersih dalam pantang tuh... 2 bulan straight puasa...!! Memang masa tu berat turun gila-gilaa.. pinggang pun rasa semaking ramping.. cewahhh..! Sebelum raya siap bleh gi kebaya pendekk.. longgar plak bila di pakai. Tapi malangnya masuk raya ke-3 bila nak pakai dah 'sendat' balik...! huhhhh...! Nyammpah betulll..!!
Gambar hiasan

Tahun ni, masuk tahun ke-3.... Ahaaaa... bulan Puasa kali ni Mama ambil keputusan nak stop Breast Feeding Dania. Untuk rekod,  6 bulan Mama dapat Full Breast Feeding Dania lepas tu campur FM. Siang Dania FM, malam Dania BF. Memang bila tengok tahap kesihatan Dania, jauh lebih baik dari Abangnye, Dania. Kurang kena Demam, batuk & selsema. Sebenarnya dah 2 kali cubaa.. nak minta orang yang pandai 'sapir'kan kat kampung tapi tak jadi sebab kesian kat Dania. Papa pun kata biar dulu. Tapi kali ni nekad kot... lagipun Dania pun dah 3 tahun....dah besar kannn. Gigi pun dah tumbuh semuaaa.. ohok..!

So Sabtu lepas dah diskas ngan Papa dan Papa pun agree.. maka Mama pun mulakan 'projek'. Alaa.. guna asam jawa pure je. Paham-paham je la kan buat camner. So malam tu bila Dania 'landing' je... tak lama terus buat muka kelat-kelat masamm... Sebenarnya Mama tengok pun tergelak dah tapi cuba cover laaa tunjuk kat Dania pasal cerita kat TV yang kelakar takut Dania tau plak kita sengaja buh 'Asam Jawa' pure tuh... ha ha ha. Lama gak Dania melayan tekaknya.. terkulat-kulat muka Dania. Bila hilang rasa tu dan dia nak landing lagi sekali terus Mamanya sebutt.. 'Masam kann.. tak sedapp..!' Dania terus tak jadi dahh...

Malam tu terus bancuh susu FM je. Sebenarnya berat hati gak nak stop BF. Sebab bila BF paling senang Dania nak lena.. lagipun Mama suka manjakan Dania time BF.. suka peluk & belai Dania time BF... suka cium dahi Dania yang bau masam-masam peluh... BF ni jugak penawar rajuk Dania yang paling mujarab. Asal nangis ke mengamuk ke, dudukkan kat pangku kasi BF je terus senyapp... selesa & nyaman betul dia di peluk di manja ngan Mamanye walaupun dah nak 3 tahun..! Besarr dah tu.. tak muat dah pangku Mama ni bila Dania landing...

so Malam tu bila nak tidur Dania gelisahhh je.. di peluk Mamanya.. raba-raba tapi tak jadi nak nenen.. kejap pusing sana, kejap pusing sini. Kejap-kejap macam nak muntah.. mula la merengek... kejap-kejap minta susu... bila bagi minum sikit letak... kejap lagi minta nak minum air pulakk... Malam tu memang kesian jugak tengok Dania. Dia tak mintak dah nak BF tapi serba gelisah je macam ada benda tak kena.. last-last tertidur juga. Esok paginya bila tersedar tengok-tengok badan Dania dah panas...! Siap batuk kering yang tak berkahak..!!



Aduhaiii.. siannya anak Mama... terkejut sampai demam terus padahal nak ikutkan Dania ni susah nak demam.. isk isk isk.

Hari Ahad tu dah bangun lepas mandi semua tengok Dania dah OK sikit. Sempat ajak gi jalan-jalan keluar. Tapi di sebabkan dia pun tak berapa sihat memang duk dalam stoller je... suara pun tak berapa nak ada tapi 'menjeng'nya boleh tahan sepanjang hari. Petang sampai rumah melalak pulak ajak gi kedai nak main mainan berbunyi yang masuk duit. Puas main mintak mainan pulakk.. Abang pun geleng kepala.. aduhai anak dara sorang ni.. jarang sakit tapi sekali sakittt...hmmmmm. mantenance tinggi..! ha ha.

So Malam tadi kira Malam ke-2 Dania tak ber-BF. Sama gak macam malam semalam. Meragam sepanjang Malam.. nak tidur suruh bacakan buku cerita.. kejap bangun nak minum air... kejap nak minum susu.. Malam tadi kul 2 pagi pun Dania terjaga merengek lagi.... tak nak tidur kat bilik pulak.. ajak tidur kat bawah... layan la sampai dia tertidur. Pukul 5 pagi aku terjaga tengok badannya dah panas balik..! Jelum dengan air asam jawa. Pukul 6 Dania terjaga pulak.. merengek lagi ajak tidur kat bilik pulak.... hmmmmmmmmmmm.. macam-macam peelnya nak mengayakan serba 'tak kena' tu... tak sangka sampai macam tu sekali  penangan Dania yang baru nak bercerai susu badan... payah juga cenggini.. yang paling Mamanye risau, dah la susah nak makan... nak di suruh makan ubat pun payah.... meraung-raung tahap hilang suara.. isk isk isk. Moralnya Mama pun mula 'bengkak susu' ni... jangan sampai Mama plak demam sudahh... isk isk iskk


Apapun.. buat Dania Aliesya, semoga cepat sembuh.. ! Mama & Papa risau tengok Dania macam ni. Dania kena kuat semangat okeh..! Walaupun jauh kat sudut hati sebenarnya berat hati Mama nak stopkan Dania BF sebab Mama suka saat-saat Dania bermanja ngan Mama... tapi lambat laun Dania kena stop jugak... Lagipun Dania pun dah besar kann... semoga terus membesar dengan ceriaa...! Good girl anak Mama...!
Salam pagi Ahadd...

Pagi ni sebenarnya nak update pasal satu rancangan realiti TV tapi terjumpa plak video di yg di upload sorang member ke FB terus kansel pasal Rancangan realiti TV .

Moh la dengor tazkirah Ustaz Azhar Idrus ni buat tambah2 ilmu.. he he.
Banyak lagi koleksi dia bila surf kat You tube. Pilih je mana yang nak di dengarrr okehh..!
Salam hujung minggu...
Wah wah wah.. hujung minggu ni ramai yang tak melekat kat rumah. Maklumla minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan. Ada yang ambil kesempatan hujung minggu ni shopping raya.. ada yang ambil kesempatan gi makan-makan kat luar..

Aku hari ni lepak kat rumah je. Cuaca pun mendung sepanjang hari.. sejukkk je. Sambil masak-masak kat rumah... layan TV.. layan Danish buat homework. moralnya melepekkk sepanjang hari ha ha. Ehh... jauh plak melerett..  ni sebenar nak share, sekarang ni kan kerajaan tengah buat Banci Penduduk 2010. Korang dah di banci ke belum..? Kitaorang dah settle la sebulan lepas rasanya. Tu pun akak yang duk buat banci tu 3 kali datang rumah kitaorang. Kali ke-3 baru lah kitaorang ada kat rumah. Kalau tak dia datang bibik je yg sambut. Ye la.. masing-masing kerja kan.


Banci penduduk kali ni makin advance soalan-soalan nya. Soalan-soalan lazim tu macam biasalah, berapa orang anak, rumah beli ke sewa, pendapatan isi rumah, berapa kereta pakai and so on.

Soalan-soalan yang terlebih dari lazim termasuk lah - ada subscribe kemudahan jalur lebar ? Memiliki digital kamera ? Memiliki iPod? Mempunyai pembantu rumah ? Mempunyai water filter kat rumah ? Haaa.. cam tu la lebih kurang.

So lepas ni kerajaan boleh buat lebih banyak statistik tentang keadaan sosio ekonomi masyarakat di Malaysia ni sambil untuk mengetahui tahap pencapaian ICT di negara kita.

Apapun kepada yang belum berkesempatan menjayakan Banci Penduduk 2010 ni sila lah luang-luangkan masa yek demi faedah bersama. Biasanya kalau tukang banci tu dah datang tapi kita tiada di rumah, mungkin ada nota untuk tuan rumah. Kalau tak boleh nak attend onsite boleh jugak buat online melalui e-cencus. Kalau nak tahu lebih detail boleh layari laman rasminya di


Akhir kata, selamat berhujung minggu semua...!!!
 Salam...

HOT FM Masyuk dan sampai ke penghujungnya. Bermaksud RM 130 000 tu hampir semua dah ada pemilik dahh..!! Tadi balik kerja pun dengar kat radio ada sorang mamat ni dapat RM 6000! Perrrgghhh.... berpinar mata dengarr..! Murah sungguh rezeki diaorang.

Aku pun sebenarnya rajin gak hantar SMS 'masyuk' HotFM ni. Kekadang kalo sempat catit gak le lagu bila masuk Zon FM sambil2 drive tu isk iskk.. ada masa dapat catit.. ada masa lompat2 tajuk & penyanyi lagu yg aku dengar. Petang tadi pun aku dah dapat kelima-lima lagu..! Tapi apakan daya so far belum ada rezeki lagi nak dapat panggilan Masyuk dari Hot FM uhukkk! Kalau dapat tu bleh gak le top up2 belanja nak raya nih.. hu hu hu

credit : fbinet

Apapun... tak pe laa.. belum ada rezeki lagi nampaknyer. Tapi walaupun hari ni tak dapat lagi panggilan masyuk Hot FM.. ada gak sumber lain yang masyuk...! Siapa lagi kalau bukan En 'Nuffnang Masyuk'..!!! Yeaaa haaa...!! Alhamdulillah... setelah 3 bulan mula mengaktifkan diri ala-ala suam kuku berblogging...akhirnyaa tabung Nuffnang ku mencecah jugak paras minimaaa utk layak di cash outt..!! YeaaahoooOooOoOoooo.....!!!!! Seriusss rasa besttt gillerrr... walaupun tahap terkedekss kedekkksss.. a ha ha ha. 


Itu dia jumlah terkumpul, RM 36.05 bermula dari tarikh 9th May sampai iklan tarikh 31 July.. *perantara tu aku dah buangg.. panjang sangatt tak muat*

Tambah plak sekarang tengah buffer earning RM14.53 so total dah
RM 50.58. dah cecah RM 50 !!! Walaupun belum leh cash out sebab buffer earning belum tamat promote tapi melihat angka2 tu dah cukupp mengumbirakan dan menceriakan hari ku...!!! Yess yess yess...!!

Apapun terima kasih En Nuffnang kerana sudi mengizinkan aku mengekspirasikan diri ku.. he he he. Cayalah Nuffnangg..!! Go go Nuffnang...!! Muuuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!! Opsss... tak lupa terima kasih gak kepada semua pembaca & pengunjung setia sweet@omoide. Korang memangg cooolllllllllll...! Mudah2an korang pun di murahkan rezeki juga... aminnnnnnnnnnnnnnnnn