Happy Birthday Papa..!!
Hari ni bufday Abang, esok lak aku exam. Study tak habis lagi.. tak cecah pun 40% uhuk uhuk! TAPI hari ni hari istimewa Abang! So Pagi-pagi lagi dah bangun buat sarapan - Mee goreng!
Siap masak mee goreng terus prepare masak Nasi Ayam. Resepi pun dah tak berapa ingat since dah lama tak buat..hhuhuhu!. Dalam pukul 10 lebih dah siap masak. Hari ni celebrate bufday Abang awal sket since aku kena gi gak Library... gomenne papa, tanjoubi na noni, yasumi dashi, zutto soba ni itteagerarenakute..ashta oishi mono wo tabeni ikuzo! Siap prepare everything suh papa tukar baju (saje je), Papa turun bawah terus nyanyikan lagu Happy Bufday kat Papa... !



Cam biasa orang lain punya bufday orang lain yg 'lebih-lebih'. Danish & Dania masing2 bagi hadiah kat papa tapi si Danish sempat lagi merungut 'Alaaa.. kenapa semua hadiah untuk papa je? Untuk Danish tak ada ke?'

Opsss! tersensored lakk huhu

Penyudahnya hadiah yang Danish bagi Danish plak buka sendiri.. pastu dia lak excited terlebihhh bila buka.. seb baik dia tau hadiah tu memang tak sesuai untuk dia.. so dapat la kat papa jugakkk heheheh.
Dania plak pagi-pagi lagi dah nyanyikan lagu Happy bufday kat papa.. pas tu gi dapur nyanyikan kat mamanye lakk.. jap lagi gi kat bibik nyanyikan kat bibik pulak! Habis satu rumah dia dendangkan lagi happy bufday! huhuhu
Settle everything terus la aku ca alif but gi library ikut pintu belakang.. tu pun Dania TERperasan... bila kereta dah gerak dari jauh aku nampak dia meraunggg kat tepi kaki kima dapurr..! Ciannyerrr... esok baru kiter gi jalan yekkk cayanngggg..
*
*
*
Anyway, Selamat Hari Ulangtahun Abang/Papa. Semoga sentiasa di rahmati Allah dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi dunia & akhirat. We always by your side honeyy! andd...
We loveeeeeeeeeeee youuuuu so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk hujung tahun! Masuk bulan DEC bermakna JLPT(Japanese Language Proficiency Test) Exam semakin hampir! Yaa... setiap tahun JLPT exam (Nihongo nouryoku shiken) akan berlangsung pada Hari Ahad minggu pertama bulan Disember ini bermakna tinggal 4 hari (je lagii...???!!! arrrgggghhh!!!!) sebelum JLPT 2009 iaitu pada 6hb Dis 09'! Dan seperti biasa, dek kekangan masa dengan tugas dan rutin seharian sebagai pekerja, isteri & ibu... maka bila exam dah depan mata baru la kelam kabut nak study... study last minutee! Secara jujurnya persiapan aku kali ni baru sekitar 30% sahaja... Ohokk! ohokkk!! Dan port aku study seperti tahun lepas jugak, Perpustakaan Raja Run Uda, Shah Alam huhuhuh.Disember tahun lepas kali pertama aku masuk library buat kesekian kalinya setelah meninggalkan dunia pengajian kira-kira 8 tahun sebelumnyer. Musim ke-2, tahun ni sebaik saja menjejakkan kaki ke pintu masuk PPAS, aku terpegun! Begitu banyak perubahan yang telah di lakukan sepanjang setahun aku tak ke sini! Jadi biar aku ceritakan serba sedikit mana tahun musim-musim cuti sekolah ni ada yg bertukar fikiran untuk membawa anak-anak ke perpustakaan!

Pertamanya, PPAS kini sudah menyediakan kemudahan Wi-Fi PERCUMA! Ini sudah cukup baik (di baca sebagai boleh la aku memblogging bila mata dah hampir nak tertutup mengadap buku)!! Ada Cafeteria untuk mengisi perut pada bila-bila masa. Unit bacaan kanak-kanak dan remaja juga sudah diperbaharui! Kalau dulu unit ini terbuka maka suara riuh rendah kanak2 (maklum je lah) memang boleh kedengaran dari aras lain. Tapi kali ini semuanya sudah ditutup rapi dengan dinding kaca. Kemudahan bilik Multimedia dan internet PERCUMA! Kalau dulu rasanya berbayar... Ada kemudahan surau di Tingkat 2. Kemudahan menonton TV, ASTRO lagi berhadapan dengan unit kanak-kanak dan remaja!

Ruangan membaca akhbar.. para bapa boleh lepak disini sementara menunggu anak menelaah bahan bacaan. Kafeteria yang baru di wujudkan dengan kemudahan Wi-Fi PERCUMA!

Ha.. ni PORT aku study. Amannn..... Di aras lobi yang sama bersebelahan PPAS ialah Muzium Sultan Alam Shah. Masuk juga PERCUMA!

Antara bahan bacaan yang di sediakan diunit kanak2 & remaja.

Antara pengunjung
Kaunter pinjaman buku.
Penat membaca boleh juga menonton TV

Boleh study sambil lepak-lepak macam kat rumah pula! Ruangan group study...
Ruangan Audio dan study yang lebih privacy.


Pendek kata banyak kemudahan yang disediakan disini dan sangat sesuai jika ingin bawa seluruh ahli keluarga 'lepak-lepak' di library sambil memupuk minat membaca di kalangan anak-anak!
Insya-Allah cuti sekolah ni pun nak bawa both kiddies to PPAS!
Cerita balik cuti Raya Haji arituhh.. Kalau masih ingat previously aku pernah buat entry masa Raya Puasa pasal Dania yang suka sangat main 'anak ayam' bila balik kampung...
So balik raya haji hari tu, pagi-pagi raya (kitaorang sampai kampung malam raya) tu bangun je Dania dah merengek nak tengok 'chicken' kat belakang rumah Atukk... dia masih ingat ada satu reban untuk anak-anak ayam yang di sangkut kat tepi dinding stor belakang. So bangun pagi je dah tarik tangan aku ajak tengok 'chicken' kat tepi tu.. Sayang nyer bila aku bawak ke tepi rumah dah tentu lah anak ayam tu dah tak de! Mak kata dah besar dan dah ada yang di sembelih pun!
Makanyer neneknyer pun pi lah reban ayam belakang rumah pulak, ambik 2 ekor anak ayam. Kalau dulu anak ayam nyer kecik sket, duk puk dalam 'bakul' yang rendah je tapi disebabkan kali ni anak ayamnyer saiz besar sket, dah pandai keluar bakul maka nenek pun letak la dalam 'bakul' yang panjang sket supaya anak ayam tu tak melompat keluar. Dania punya la exited tengok anak ayam tu 'cip cap cip cap..!'. Tak cukup dia tengok, mintak nak pegang anak ayam tu sebab dia nak ambik tak sampai, bakul nyer tinggi...
Makanya aku pun ambikkan sekor anak ayam letak kat riba dia.. dah la pagi tu dah cantik-cantik pakai baju kurungg. Dania memang excited abes la dapat pegang anak ayam tu... suker sangat dia tiru bunyi anak ayam tu.. "cippp cippp cippp!". Dia usap2 kepala anak ayam tu.. siap nak di ciummnyerrr!
Jap lagi tengah dok syookkk Dania main anak ayam tu.... sedar-sedarrrr..
'preettttt...!' *bunyi sengaja dibesarkan*
Haaaa... anak ayam tu dah 'melepasssss' kat pangku Daniaa... meaning kat baju kurung raya Daniaa...!!!!!!!!!!!!
Aiyakkkkkkkkkkkkkkkkk.....!!!!
Aku pun terus la panggil bibik mintak tolong bersihkannn.
Yang kelakar nyer Dania pun terus mencemikkkk buat muka gelii....
'Eeeeeeiiiieeeee................!!'
Lepas tu terus la salin baju dan tak nak dah main anak ayam tuhhh hu hu!
****************************************
Keesokan paginya, macam biasa bangun pagi je cari aku terus la nak BF...
Sambil dia BF tu aku tanya la
Aku : Dania lapar tak ..?
Dania : Geleng kepala (tak ...)
Aku : Dania nak makan mee tak..?
Dania : Geleng kepala (tak nak)
Aku : Dania nak tengok chicken ...?
Dania : Terus angguk kepalaaa..
Tapi jap lagi terus geleng kepala jugakkkk..! (Aiiikk..? tak nak jugak?? Heran!!)
Dania : 'Uchukkkk...! Uchukkkkk!!! ( Busukkkk!) sambil jarinya kibas kat hidung dengan mulut muncunggg!
Ha ha haaa.... tau pulakkkkk trauma kena berak ngan anak ayam semalam...!!!! Lepas tu memang kalau aku offer nak main chicken tak memang dia tak nakkkk dahh... siap cakap 'uchukkkk!!!'.
Padahal kalau tak bangun tidur celik mata je terus tarik aku gi belakang rumah nak tengok anak ayam!!!
Ni gambar 2 hari selepas tragedi Dania di' berak ' anak ayam... dah nak main dah ngan anak ayam tuuu.. tapi kalau suh peganggg mati-mati dia tak nakk... 'uchukkkk!' katernyerr sambil kibas tangan kat hidungg! Paling-paling pun dia buat-buat kasi makan ayam jee.. tau pulak serik anak dara sorang nih! ha ha ha!
Anak-anak ku tengah dilanda demam Upin & Ipin! Last month Abang dengan murah hatinya belikan DVD Geng the Movie ORIGINAL untuk Danish & Dania..! Almaklum, beli yang pirate pun kejap je calar dek asyik ulang tayang sampai aku pun naik mabuk tengok... Anyway demi menyokong Filem Animasi Tempatan *chewahh!* Abang pun sanggup beli DVD ORI - yang gambar je jauhhhh lebih terang, berkualiti & lebih tahan lasak di samping Misi lainAbang - memberi peluang pada diri sendiri (Abang) untuk menonton TV sebab kalau tak TV pun 2 beradik tu yang konker tengok PHDC or Astro Ceria! Sejak demam tengok Upin & Ipin, Dania sekarang ni suka sangat tiru aksi Opet dalam Geng the Movie tuh! Muka Opet menyinga!!! Kang tetiba Dania suka sergah kita sambil menyinga macam Opet! Siap dengan sound Grrrrrr....!!!!!!!!!!!!!!! Hahahahah! Kekadang aku tengah masak kat dapur pun sempat lagi dia sergah mamanye sambil 'gggrrrrrr...!!!' saborr je lahh.. hahahahha. Gambar macam kat bawah ni dah berapa kali aku nak ambik tak berjaya.. susah betul! Kalau dah melayan Citer Upin & Ipin, dah macam2 style dah aku tengok! Kejap elok duduk, kejap tergolek, kejap menonggengg.. kejap dah terbaring.. pas tu ntah berapa kali rewind tah! huhuhuh! Aku pun dah naik pening dan tahap dah nak hafal dah skripnyerrr...huhuhu!
Balik kerja semalam, since kelmarin balik kerja aku dah singgah kedai beli bahan2 utk nak masak hari ni maka hari ni balik terus ke rumah tak singgah mana2. Sampai rumah je Danish tanya
Danish : Mama tak beli apa-apa ke hari ni ?
Aku : Ha ah laa.. hari ni mama tak sempat beli la. Kenapa ? Danish nak apa-apa ke?
Danish : Danish nak ayam gorengggg!!!!
Dania pulak nampak muka aku je macam biasa dah merengek nak 'nenen'... Masuk rumah aku tengok Laptop kat coffe table tengah terpasang dengan citer Upin & Ipin..
'Patut la teringat nak makan Ayam Gorengg.. Ipin la ni' bisik hati
Sambil Dania nenen terus aku dial HP Abang. Bila connected, on speaker pas terus HP tu pada Danish
Danish : Helo Papa... Papa kat mana? Papa work balik lambat ee'...
Abang : Helo... Danish. Ha ah.. Danish kat mana tu? Pergi taman ke?
Danish : Tak.. Danish kat rumah je
Abang : Danish kat rumah dengan mama ke?
Danish : Ha.. Papa Danish nak ayam goreng
dengan sebutan laju malu-malu kucing..
Abang : Apa..? tak dengar
Danish : Danish nak ayam gorenggg...!
ujar Danish lagi
Aku : Danish nak Ayam gorenggg... al maklum la tengah tengok Upin & Ipin! sampuk aku menerangkan.

Lalu balik tu Abang pun singgah pasaraya berdekatan belikan ayam. Abang kata beli drumet Ayamas 850gram dah RM14++. Lantas Abang beli kepak ayam segar, 5 baru berharga RM5.50!Balik tu terus potong 2 kepak ayam jadi mini drumet. Satu perap sos BBQ dan satu lagi guna tepung segera Adabi. Abang goreng Ayam dan aku plak masak mee kuah.. huhuhuh
Pukul 8:30pm dah siap masak. Simple je juadah hari ni. Aku dah berapa hari teringin nak makan mee berkuah cuaca sejuk2 cam nih.. huhuhuhu. Hasilllnyerr....Sambil makan tetap layan Upin & Ipin gakk... kalau takdalam bilik, kat PC depan TV luar. Pandai dah On PC, cari file Upin & Ipin (yg Abang download) and runkan kat Windows Media Player. Siap boleh fast foward atau buat slow motion sendiri lagi padahal tu PC Japanese version (yang bos aku sedekah dulu)! Pas tu pakat ketawa berdekah2 2 beradik tu depan PC...! Memang sah dah demam Upin & Ipin anak aku dua orang nih!!!! huhuhuh
******************************************************************************
P/S: Kami akan bertolak ke Johor esok. Kami mengucapkan
selamat menyambut Aidil Adha kepada semua pembaca budiman sekelian!
Selamat balik kampung, pandu cermat jiwa selamat !

Last Saturday hari ambil report card Danish sekaligus dibuat upacara Hari Anugerah Cemerlang kat Tadika Danish. Kira-kira pukul 9 ++ kitaorang dah sampai kat Tadika Danish. Danish baru berumur 4 tahun dan kami hantar Danish ke Tadika supaya Danish boleh develop social-friendship skill since kalau duk rumah ada Bibik & Dania je. Rakan sekelas Danish pun tak ramai.. cuma 5 orang. Baru-baru ni Danish ada exam... dah keputusan examnye Alhamdulillah Danish masih mengekalkan prestasi seperti Mid-year exam hari tu.. 100% untuk semua paper sekaligus mengekalkan kedudukan No.1 dalam kelas cuma kali ni berkongsi kedudukan dengan sorang lagi class-matenya, Farah. Teringat masa mula2 tengok result Danish mid year dulu kitaorang pernah tanya cikgu dia, Danish buat sendiri ke exam tu ? *Tak sangka punya pasall...sungguh kurang asemm kui kui kui*. So Ambik result kali ni beriya-iya Cikgu dia suh tengok kertas peksa Danish.. tak ada padam2.. semua buat sendiri dengan confidentnyerr.. kater cik gu Danish ekekekek. Anyway Congrate sayanggg...!

Ni antara persembahan yang Danish masuk...
Nyanyian dan Fashion Show He he he... Bab Fashion Show tu yang tak berapa nak 'FASHION show' pun si Danish gara-gara ada mis-communication... tanya cikgu katernya pakai je baju apa-apa.. biasa2 pun tak perr... so kitaorang pun pakaikan kemeja je laa... ruper2 nak kena naik pentasss... saborr je laa... wakakakakakak!

Antara persembahan yang mendapat sorakan gemuruh.. tarian Hindi lagu 'chori choria' tu..huhuhu! Acara kemuncak, majlis penyampaian Hadiah..


Tu dia senyuman lebar Danish lepas ambil hadiah..!

Lepas usai acara kami di jamu dengan juadah tengahari - Nasi Minyak berlaukkan ayam masak merah, kari daging dan popadom berserta Air Asam boi & buahan... Perut pun dah kenyang, lepas acara terus balik rumah sebab Danish pun dah tak sabar-sabar nak buka hadiahhh!
Hadiah berupa Math workbook, Buku bergambar, Buku cerita & stationary set. Balik rumah terus excited nak buat 'homework' baru!!!

Anyway, tahniah Mama dan Papa ucapkan buat permata hati tersayang, Danish Aiman. Semoga kejayaan akan terus mengiringi perjalanan hidup Danish Aiman.. aminnnnnnnnnnnn.......

Haaa.. ni sebenarnye citer sebelum raya.. tapi pas tu tak jumpa lak gambar save kat manerr (saborrr je laaaa......) so la ni baru nak hapdet.. kui kui kui!Anyway kalau ada yg masih ingat, bloggers Yatie chomely pernah anjurkan contest dan antara hadiah grand prizenyer - Yukata for kids! Walaupun tak menang tapi sebab sukerrr sangat dengan Yukata yg di offer dek Yatie, aku pun turut kirim kat Yatie untuk belikan yukata tu. Dan dengan murah hatinya Yatie pun telah sudi tolong belikan Yukata tu masa Yatie balik raya ke Malaysia syawal lepas... Yukata yang aku order utk Danish & Dania seperti di bawah....Aku kirim 2 set Yukata, satu untuk Danish & satu untuk Dania.. sengaja ambil saiz besar sikit biar boleh pakai lama. Few weeks later Yatie kirimkan both Yukata to office... thank you so much dear!

Balik rumah bila tunjuk je 'baju baru' kat both Danish & Dania... terus dua-dua excited nak pakaiii!!
Danish : 'Woww..! baju apa ni Mama? Baju baru ke..? cantikkknyerrrrrrrrrr!!"
Danish lagi la over excitedd! Memang terus pakaikan to both kiddies. Cantik sangat bajunyer, material yang sangat bagus dan berkualiti dan aku suka sangat cutting yukata ni berbeza dengan yang pernah aku beli dulu.. Memang berbaloi sangat kirim kat Yatie hari tuh!Both kiddies pulak nyaris-nyaris tak nak bukakkk baju ni..! Aku sarungkan je baju ni kat luar. Since diaorang pun dah pakai baju tidur kat dalam so kejap2 berpeluh tu aku suh la bukak.. (takut pakai lelamer kang berpeluh masam plakkk baju baruuu huhuh). Tapi baru nak sidai kat kerusi kejap2 merengek nak pakai balik.. posing satu rumah.. Senang citer nyaris-nyaris nak buat tidur terusss! saborr je laa

Anyway, to Yatie Chomely, terima kasih banyak-banyak, susah-susah je surveykan sampai 2-3 kali saiz baju tu hari tu. K.Izan memang puas hati sangat-sangat dengan materialnyaaa... hontou ni arigatou ne!!!

First time baru perasan dah ada jual packed onigiri kat Mesia nih!
Kalau kat Japanese Restaurant tu memang la ada kan ala-carte onigiri tapi yang dah packed and ready to eat Onigiri ni (atau nama manjanyer 'nasi kepal').. memang first time aku jumpa lahh...! Kat mana..? kat mana lagi kalau bukan kat Jusco! Atau lebih tepat lagi Jusco Bukit Tingi, Klang. Huhuhu
Anyway teringat zaman2 belajar dulu... Apartment aku tu dekat je ngan 'sekolah'. Kira berbasikal seberang jalan terus masuk pintu gate sekolah. Depan apartment aku tu pulak ada sebuah karaoke box (baru tau naper dulu leh jadi 'antu' karaoke. Dah la depan umah... hari biasa rate cuma 200 yen/hour. Kalau tengahari tak ada kelas sempat lagi melayan karaoke ngan classmate sementara menunggu kelas petang!) dan sebelahnyer ada 24 hours convenient store - Lawson. Memang aku akan lalu untuk pergi kelas. So almost every morning ni lah sarapan aku, singgah beli kat Lawson. Biasa aku beli sandwich atau onigiri bersama Cafe-ore!(Cafe au lait) . Suka sangat makan onigiri sebab ianya simple, sempoi, mobile dan yang paling penting mengenyangkan!Nanka hisashiburi naa makan onigiri nihh.. huhuh.
Anyway kat Jusco ada 4 perasa. Unagi, tuna mayo, salmon mayo & tak ingat lagi satu. Harga RM2.50 satu.... so sesaper yang teringin tu bleh la gi terjah Jusco.. he he he. Dari segi rasa aku bagi 3.5 out of 5.0 star (^o^;)/
Gambar ni di uploadkan oleh salah seorang rakan ke FB baru-baru ini.. gambar yang pernah aku selitkan didalam sebuah diari dan hilang ketika bag baju aku 'dicuri' di hentian bas Larkin, JB sekembalinya dari Kem Motivasi pemegang biasiswa Telekom, Bukit Beruang Melaka tahun 1994 .. tu dah 13 tahun yang lepas.. Dan sejak itu jugakk.. nilah kali pertama aku tengok balik gambar nih!! Nostalgia sungguhh!! huhuhuhuh!Gambar Pasukan Kadet Laut Bersatu Malaysia, PKBM-L ni di ambil tahun pada 1994 untuk dimuatkan didalam majalah sekolah. Ketika itu, cuma ada 4 buah sekolah di Malaysia ni yang ada Pasukan Kadet Laut terdiri dari pelajar perempuan, yang selebihnya terdiri dari pelajar lelaki dan salah sebuah sekolah tu ialah sekolah aku... huhuhuh.
Dari mula nak masuk jadi anggota kadet ni pun kira tough jugak sebab ada saring ujian kecerdasan (fizikal).. kalau lulus baru akan terpilih.

2 tahun jadi ahli Kadet Laut memang satu pengalaman yang sangat berharga. Pernah berpeluang mengikuti kem selama 2 minggu kat Wilayah Markas Laut, TLDM Tanjung Gelang Kuantan termasuk mengikuti perbarisan bersama-sama dengan anggota Tentera Laut di Raja Malaysia. Duduk di berek TLDM, makan ala TLDM, latihan kawat dan survivor ala TLDM dan dah tentu jugak segala jenis denda ala TLDM jugak! (bumping, starjump etc..) huhuhuhu. Yang tak akan dilupakan *walaupun tak ada gambar* ialah turut berpeluang belayar bersama-sama anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia menaiki KD Musytari ke Laut China Selatan Ini gambar yang diambil ketika selesai latihan menembak menggunakan Rifle M-16 di lapang sasar. Masih aku ingat, ketika latihan menembak.. 1 kelopak mengandungi 20 butir peluru..
satu sessi tembakan terdiri dari 8 orang kadet yang meniarap atas rumput kat lapang sasar tu bermakna satu tembakan akan dengar 8 das bunyi tembakan dari rakan kadet yang lain...
Aku berpeluang menembak 4 kelopak! Bermakna... Credit CtAnna

1 kelopak = 20 peluru
1 das tembakan = 8 bunyi das peluru
= 20 x 8 bunyi das peluru

4 kelopak = 160 x 4
= 640 bunyi das tembakan

Lepas latihan tu memang telinga aku 'weng' 2-3 hari.. berdengung2 dengan bunyi das tembakan... bunyi dengung tu tak ubah macam bunyi flight yang nak berlepas dari airport! Aku ingat telinga aku lepas tu dah pekak dahhh.. seb baik lepas seminggu 2 tu dah OK dahh... huhuhuh... Dan malam tu jugak kaw-kaw kitaorang kena denda sebab kantoi ada orang jumpa kelonsong peluru kosong kat berek... sape punye keja laa tuuu adoiii yaiiiii memang tahap putus urat aaa kena denda time tuh! huhuhuhu