Rentetan dari previous entry 'say NO! to cholesthrol!!' he he
SABTU
PAGI:
Hari minggu.. pagi-pagi limun lagi Abang dah ajak
'Jom kita pergi jogging pagi ni..?'
Matahari yang baru je nak bersinar.. pagi yang masih sejuk2 nyaman berembunn..
Danish & Dania yang masih lena diulit mimpi
Aku & Abang segera bersiap bertrack suit & berkasut sukan..
Mula berjogging keliling kawasan perumahan. Dapat jugak la kitaorang seround - satu cluster.Abang dapat le top-up round tapi aku yang dah lama tak berjogging ni ala-ala pancit jugak lerr.. huhuhuh
Sejam jugak le berjogging...Balik rumah Danish & Dania dah bangun!
Layan jap diaorang main beskal depan rumahh..
Puas layan diaorang main aku pun terus la ke dapur buat sarapan -
kuew teow gorenggg kurang minyakk he he. *Tak sempat snap dah licin*
Lepas sarapan kena pergi workshop plak nak repair kereta-ketuk & cat yg kena rempuh dek anak jiran sebelah ari tuh. Pergi pun kena 2 keter sbb Waja tu nak tinggal kat Workshop.. tak kan Abang larat nak jogging balik dari workshop plak? Tak mungkinnnn.. huhu

TENGAHARI:
Wah nak masak masakan yang rendah lemak & kolestrol nih! Aku cam biasalah, akan olah menu nak masak berdasarkan 'bahan2' yg ada kat dapur. Danish pulak aku nak masak tu sempat lagi jengah dapur dengan kata-kata hikmat:
'Mama masak sedap-sedapp tauu.. okayyy!'
Amboiiii ... huhuhu
So utk tengahari ni aku sediakan
=i) Tomyam ayam - tanpa minyak
ii) Sup cendawan - tumis kering bawang & toskan bawang goreng. Minyak lebih simpan balik
iii) Kerisi goreng & sambal kicap lada potong - Goreng minyak panas & garing. Ditoskan minyak
PETANG:
Cam biasa waktu beristirehattt... ZZzzzzzzzZzzZz. Nak keluar pun tak ada mood sebab kereta masuk workshop. Malam ni plak ada wedding kat KL...nak kena gi ambik kereta & bersiap gi wedding plak.
Danish bangun2 tidur petang tu aku tengah suapkan Dania makan nasi.. Danish tengok Dania makan nasi di requestnyer pulak nak makan Mee.. seb baik la ada belen mee kuning dlm freezer...
Dengan sekali 'jampi' maka siaplahhh... taraaaaaaaaaaa...!
Mee Goreng basahhh..
Tu dia rupa Danish belasah mee gorenggg... bersungguh-sungguh sekali!
MALAM:
Bersiap utk pergi Majlis Perkahwinan - anak sulung kepada Dato' Rumai, GM TNB Pahang didewan Sivik MPPJ. Majlis sambut menantu dan bermenantukan anak kepada Duta Malaysia ke Bosnia Herzegovina. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai - Azharul & Emi. Semoga kekal berbahagia keakhir hayat. Malam tu Abang tibai jugak le lauk kenduri.. darurat!! burrppp! Oppssss! Hehehhehe
AHAD
PAGI:
Wah.. pagi ahad pun pagi-pagi lagi Abang dah keluar pergi jogging.. Aku? Mak aii... baru jogging semalam dah sakit urat2 kaki aku.. nak turun naik tangga pun teraso sekso dennn.. terkejut urat2 kot sekali jongging satu cluster taman tu non-stop..! makanye tak dapek aku nak temankan Abang pagi nih...kekekekeke.

So pagi tu aku siapkan la budak2 mandii.. walopon ada bibik, Sabtu & Ahad dua beradik ni memang carik mama papanyer jee..
Sarapan pagi ni.. emmmmm... aku buatkan
i) Untuk Abang : Segelas quaker oat & lempeng cecah sambal kurang minyak.
ii) Untuk Danish : Nasi lemak tanpa santan
Sebenarnye mencabar kalau nak masak sambal kurang minyak ni sebab lambat nak tunggu lada kisar yang ditumis tu kering & naik minyakk! Tak garing tak sedap plakkk huhuhu
Danish plak sejak umur 2 tahun lebih sampai sekarang makanan kegemarannyer nasi lemak.. 24 jam makan nasi lemak pun tak jemu! Janji sambal nak lebeyyy.. iskk iskk iskk
TENGAHARI:
Jenuh gak googling carik resepi masakan stim/kukus dengan rumah aku yg tak ada periuk stim/kukus! Setelah mengoogle 2-3 resepi yg kemudiannya aku gabung2.. berdasarkan bahan2 kat dapur maka utk tengahari
i) Ikan kerisi masak stim
ii) Sup sayur enoki
iii) Ulam-ulaman cecah sambal belacan
iv) Sambal ikan bilis *pagi tadi*
Kerisi masak stim nyumm nyummm
Abang yg gemarkan masakan kampung memang makan bertambah-tambah pekena sambal belacan ngan kuah kerisi masak stimm..! Pedas masam masin.. Perrggghhhh..!!!
Aku pulak naik seramm.. kata nak jaga makan, kurangkan kolestrol tapi kalau makan sampai 3 pinggan.. bahye gak nihh! Takut tak achieve target plak karang! hehehehehhe

PETANG:
Petang tu monitor Danish buat homework. Abang lak keluar gi beli barang dapur kat kedai berdekatan.. termasuk la sebungkus Quaker Oat & susu Anlene! Tak sangka dah habis sebungkus dah Quaker Oat yg Abang beli baru2 nih.. gigih jugak Abang nak jaga kesihatan rupanyerr.. heheeh. Masa aku kemas barang2 yang Abang beli tu baru aku perasan, ada satu tin Quaker Oat 1Kg lain yg beli tahun lepas dah expired dahhh.. banyak lagi isi rupernyerr.. baru aku ingat masa tu aku beli sebab nak dapatkan mangkuk cantik dia percuma! Patut la tak habis isinya, nawaitu beli pun dah salah! Ha ha ha!!!!
Penyudahnya aku panggil Danish & Dania.. suh diorang bagi makan kat ikan-ikan yang idup dalam longkang depan rumahhh huhuhuhuh! Excited habis la 2 beradik nih.. padahal ikannyer kecik2 jekk.. aku pun tak tau ikan apa.. tapi mmg confirm ada ikan!
Komen Abang : 'lorrr.. camne ikan nak makan jentik2, dah kenyang makan quaker oat! Kalau minggu lepas ke shopping complex, minggu ni sempena minggu 'menjaga kecergasan', kitaorang pergi Taman Rekreasi Bukit Jalil.. ni baru kali ke-2 aku kesini.. Kali pertama pergi dulu mendung nak hujan, Danish & Dania tak puas main dah nak balik..

Abang gi jogging.. aku masih rasa sakit2 urat lagikk.. so jadi body guard je tengok Danish & Dania main aka cameran man sambil pekena kuih kat tepi playground. Best gak taman rekreasi nih.. playground dia pun besar & banyak choice. Ada route berjogging keliling tasik.. ditambah pulak dengan kedudukannya atas bukit. Memang udara segar la jugakkk... best best besttt.. lain kali boleh datang sini lagii!
hari beransur gelapp.. sempat pulak budak2 ni pau papanyer Ais krim.. lepas makan ais krim balikk.. Sekian....
Moralnya, 2 hari ni duk rumah mengasap dapur melayan tekak insan-insan tersayang jekk.. kekekeke!
Kelmarin aku temankan Abang pi ambik result medical check up.. sebab Abang duk
mengadu sakit kepala sampai dapat MC minggu lepas.. naik risau aku dibuatnyaa.
Daripada result tu alhamdulillah..... tak ada menunjukkan penyakit kronik CUMA!
kandungan kolesterol termasuk kolestrol tidak baik yang agak tinggi...! Jeng! Jeng! Jenggg!
So nampak gayanya lepas ni kena tukar sedikit corak pemakanan kat rumah termasuk
gaya hidup kott..? Gaya hidup ni maksud aku dari segi kecergasan fizikal, bukan material ya..

Sejak tu jugak balik kerja Abang pun dah mula join jiran2 main takraw kat Taman..
Termasuk 'aktif semula' main badminton 2 kali seminggu kat ofiss.. huhuhuh.
So sehari lepas dapat result tu jugak Abang pun dah beli Quaker Oat.. dan dah 2 pagi
aku masakkan Quaker Oat Abang sebelum pergi kerja. Itupun baru masuk hari ke-3
muka Abang dah kelat-kelat tawar nak telan Quaker Oat tuh..hehehhehe
*nak kena carik juga resepi nak buat Oat sedap.. ada cadangan?*

Lagi satu dah terbiasa sejak mula kahwin dulu, malam mesti Abang nak makan NASI BERLAUK. Tak kisah kalau masak yg simple2 pun asalkan makan dengan NASI. Moralnya memang almost setiap hari, *kalau aku tak balik lewat sangat* aku akan masak makan malam - Nasi berlauk dan secara purata kitaorang akan start dinner pukul 8:45 - 9 malam.. Agak lewat kan! Jadual makan tu payah sket aku nak cepatkan sebab balik kerja pun sampai dah nak maghrib.. lepas tu kena layan Dania BF dulu.. minum2 petang kalau sempat beli kuih ke tepi jalan...

Biasa lepas maghrib, pukul 8 malam baru aku start masakkk.. kalau cepat aku masak kul 8:30 tu dah boleh la makannn.. tapiiii.. boleh kira ngan jari kot berapa kali je leh dinner kul 8:30mlm!
Moralnya nampak gaya aku pun kena tukar sket menu makan malam.. kena banyakkan sajian bersup, stim... bakar..? Tak banyak resepi2 tuh dalam kepala lagi nih.. nak kena googling la jawabnyerrr.. kalau ada yg nak bagi kat luar sana dialu2kan yekk!

Malam semalam aku dah start dengan Mee sup.. request dari Abang jugak...
Masak sempoi je lahh.. buatkan supnyer & celur mee kuning pastu buat sambal kicap & bahan tabur. Danish makan sampai tambah 4 kali = 5 mangkuk!!! Tu diaaa penangan sekali sekala masak mee sup utk makan malamm..hu hu.Habis mintak lagii.. habis mintak lagii.. sampai dah last mangkuk ke-4 aku tanya nak lagi ke.. katanya tak nak.. jap lagi aku kemas pinggan dia & Dania dah duduk mengadap mangkuk kuah atas mejaa.. Pas tu tanyaa Mama ada lagi tak kuah mee sup..? "Mama masakk sedapppplahhhh" *hehehe!*. Seronok betul tengok Danish makan bertambah-tambahh.. TAPI Dania...???!Anak dara sorang ni memanggg.. kalau makan bukan suka suap kat mulutt.. suka tuang sana, tuang sini.. cedok sanerr cedokkk sinih... tak bagi meraungg. Malam tadi, memula dia masukkan mee & sayur dlm sup tu dalam gelas air oren dia.. jap lagi di tuangnya bahan2 campuran dlm gelas tu dlm mangkuk sup besar pulakk!! Dah bercamput air oren & sup! Dush dushhh dush!! Bertuahh punya anak dara!P/S: *Teringat masa makan char Kuew Teow kat Penang.. sedap kitaorg bersembangg sambil makan. Dania kejap2 mintak 'prawn'.. sedar2 tengok dah ada udang timbul dalam gelas sirap limau!!! Pas tu jap lagi dengan muka tak ada perasaan... slurttttttttttt! Dania sedut air sirap limau 'Udang terapung' tuh!!! ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!


Weekend datang lagi.. yeaaayyy!!! So apa beza weekend ni ngan weekend last week..? Yaaa... Hujung bulan vs Awal bulan he he hee..

So sempena awal bulan - tengah tahun plak.. ialah masa mengePAU sapa yg dapat kenaikan lebih tinggii.. almaklum aku dan Abang berkongsi tarikh hari pertama masuk kerja 12hb June .. hehehe
Kali ni Alhamdulillah rezeki Abang lebih skettt (dari aku) .. sebelum hilang entah kemana baik kami ramai2 (Danish & Dania) pau Abang heheheh.. Terima kasih banyak-banyak yek Abanggg sudi belanja Mama & anak2...muaahhh muaahhhhh!!.

Lama tak gi makan Japanese food. Kali ni nak test kat Sushi Zanmai. Lokasinya :

First Floor, Japanese Street,Oasis Boulevard
2, Sunway Pyramid,46150 Bandar Sunway,Petaling Jaya, Selangor.
Tel 03 - 7492 3080 Fax 03 - 7492 3090
*masuk ikut parkson pun boleh*


Ni kira first time makan kat Sushi Zanmaii.. menunya agak berbeza dengan Sushi King.. of course konsep & harga yang sedikit berbezalah. Utk menerangkan menunya seperti dlm gambar2 kat bawah nilahh..

Itadakimasuuu!!

Salmon don *SUPER Best best bestttt gillerrrrrrrrr!!*


Ten don
Kaki Age don
Chawan Mushi (Egg custard)

So yummyy...!
Danish punya la excited bila masuk je Sushi Zanmaii.. Riuh mulutnya minta nak makan.. Bagi sushi sepinggan kejap je ngap pas tu mintak lagii.. Aku rasa ada gak 4-5 pinggan Danish makan huhuhhuuh. Dania pun nyelit2 jugak le sket makan.. Danish nyer peberet tamago maki sushi.. 3 pinggan di bantai nyerrr!
Salmon Sushi

Tuna Inari Sushi


Lepas makan ronda-ronda kat Sunway Pyramid. Ada kids corner siap dengan playground. Seronok habis la Danish & Dania main sampai tak nak balik....


Sempat lagi sewa Push Trolley car.. dah ada 2 beradik terpaksalah sewa 2 keter plakk.. Location nyer dekat dgn escalator kat McD sebelah Ice scatting area tuh. Deposit RM15 dan sewa RM3 per hour! Memula aku ingatkan RM3 per usage.. kebetulan adalah sorang visitor dari timur tengah tanya mana kitaorg duk sewa trolley car nih.. sedap je aku bagitau RM3 per usage sekali nak bayar baru tau rupanya RM3 per hour! hahahaha.. Sorry la wrong info. Almaklum kitaorg pun first time gak sewa huhuhuh



P/S : Tanya Abang

Aku : 2 beradik 2 troli, kalau 3 beradik camne nih..?

Abang : Bibik tolak la troli lagi satu

He he he he

****************************************************************************************

NOTE : Sweetomoide mencecah angka HIT 5555 isnin lepas. Terima kasih kepada semua pembaca kerana sudi berkunjung ke teratak ini.. Sudi-sudikan juga meninggalkan komentar anda, InsyaAllah anda akan saya jejaki.. Salam ukhwah!

Di satu maghrib minggu lepas..Azan baru lepas berkumandang dan aku baru lepas berbuka puasa sambil BF Dania depan TV.. Tiba-tiba bunyi bising macam benda berlanggar kat laman rumah. Aku terus kelam kabut buka pintu. Serasa mcm ada bendalah terlajak masuk porch rumah kott..

Bukak bukak pintu tgk anak jiran aku dengan motornyer dah tergolek depan keta aku yg parking depan rumah. Selalu balik kerja memang aku parking kat luar sebab biar Danish & Dania bleh main kat porch tu. Malam nak tidur dalam kul 10 tu baru la park masuk kereta dan time tu biasanya Danish & Dania akan ikut jalan seround dulu barulah bleh park kereta masukkk... dah sejak bertahun mmg kereta tu akan park kat luar lepas kerja mcm tu jugak jiran sebelah umah aku..

So berbalik pada cerita tadi, aku pun terus la panggil (aka jerit) Abang keluar..! Panik panikk...Memula risau gak tengok anak jiran aku yg dah tergolek depan rumah. kebetulan maknya pun mmg seiring dgn motor anaknyer tadi so maknyer pun nampakla apa yang berlaku. Menurut anaknya - si bujang 15 tahun, ada serangga masuk mata tu yang buat dia terbabas langgar keter kitaorang..

Tengok la luka ke tak.. Abang lak dirikan balik motor.. luka sket kat kaki pastu budak tu dok menahan senak kat dada..sebab rempuh side mirror kottt. Kakak sebelah tu pun duk tanya alamak camne kereta.. kalau ada apa2 bagitau tau lahh tapi since maghrib tak pe lah aku terus la suh akak jiran sebelah rumah aku tu balik dulu..tengok2 anaknya kalau teruk kena bawak gi klinikk..tak teringat pulak nak tengok keta cam ne cuma masa kakak tu nak balik baru perasan rupanya side mirror aku dah bersepai..tu pun kakak tu pungut buh dalam bakul motor pastu baru perasannn... lor rerupa side mirror yg dah bersepaii.. iskk iskk iskk

Anyway malam sket baru teringat nak tengok keta... sekali tengok....tu diaaa
i) Side mirror patah
ii) Skirting pintu bawah bergarittt.. dalam gakkk
iii) Pintu penumpang belakang calar
iv) Logo Proton kat sport rim pecah

Moralnya malam tu aku panggil gak la kakak sebelah tengok..
ingatkan tak apa2 rupanya apa-apa jugakkk huhuh.. apo nak buekkk

So isnin lepas hantar pi kedai sebab akak tu nak cover repair cost. Total kalau nak repair RM560! Sebab nak kena ketuk & sembur cat balikk...gullpppppp!!!Nak seminggu gak aku & Abang drive tanpa side mirror! Sengetkan back mirror ke tepi je utk gantikan fungsi side mirror tapi payah gak la sebab tak biasa kan apa2 nak tukar line mesti nak tengok side mirror. Moralnya Khamis lepas Abang beli side mirror dan jadi pomen pasang sendiri sebab kalau buat kat kedai RM150! Beli spare part pasang sendiri baru RM115...Dah jimat RM35..caya la Abang.. Ada bakat terpendam rupernyer huhuh
Moral of the story :
Anak lelaki memang mantenance tinggi...!!! huhuhuhu
P/S: Aku pun pernah experience 'sondol manja' keta bos aku masa nak masuk parking kat ofis. Camna tah bleh plak pagi yg sama ada gak keter lain 'sondol manja' gak keter bos aku nihh sebab bila pergi check, apsal jumpa cat keta color lain pun lekat gak kat body keter dia.. penyudahnye tong2 gak bayar repair cost yg berjumlah RM450.. hua hua huaa..
Setelah beberapa tahun tak menjejakkan kaki ke Bon Odori ni akhirnya tahun ni terpanggil juga nak pergi atas beberapa sebab/motivasi :

  1. Dapat parking pass masuk dan disambut plak oleh bos2 company aku yg jadi volunteer jadi parking attendance !!! Best bestt bestt!
  2. Ada satu set yukata & jinbei utk satu family
  3. Tahun ni rasa bleh pakai lagi yukata tu, tahun depan belum tentu lagiii.. hua hua hua
Kalau masa bujang dulu memang tiap2 tahun aku jadi volunteer utk Bon Odori under ALEPS. Biasanya tukang distribute Uchiwa. Makanya selepas diperkenankan oleh Abang *yg tak berapa kaki crowd* akhirnya alhamdulillah Abang pun bagi green light & akulah yg paling happyy heheheheh. Terima kasih banyak-banyak pada Abanggg... ! Muaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!

Terserempak dgn Ila - 3 nen buri!
Bon Odori ni sebenarnya pesta ketika musim panas atau erti kata lain Natsu Matsuri.. Di Jepun kalau masuk musim panas mesti ada Hanabi taikai *pertunjukan bunga api* dan bila ada pertunjukan bunga api akan ada gerai2 jualan *macam pasar malam* yang semacam ada satu sentimental value yg kita rasa sesetengah jualan tu ada masa musim panas je mcm contoh kat Mesia nak dapat kuih pelita & murtabak dengan mudah biasanya time bulan puasa kat bazar ramadhann..Selain tu bergantung kepada size event, kalau yang besar tu kadang-kadang ada persembahan, paluan gamat gendang (TAIKO), perarakan(MIKOSHI), tarian kebudayaan dan sebagainya. Aku sendiri pun pernah join dgn geng2 Shiga University (Zalie & Ujen) buat persembahan tarian kebudayaan dgn berpakaian yukata & Hachimaki *lilit kepala* utk Shiga University pd musim panas 1999! *Dah sepuluh tahun lepas!!*

Yang uniknya kalau kat Jepun, time Natsu Matsuri ni diorang akan pakai Yukata - salah satu pakaian tradisi masyarakat Jepun. Kalau kanak2 yang pakai tu memang comelllllllllllllllllllll sangattt.. & cute! Dan selain ada jualan gerai utk pelbagai jenis makanan akan ada juga pelbagai jenis permainan contoh nyer sauk ikan emas!


Dan tahun since dapat green light dari Abang , kami tak lepaskan peluang untuk turut serta. Terima kasih banyak-banyak Abang!Tapi di Malaysia sambutannya mungkin sedikit agak berbeza... masih mengekalkan Tarian kebudayaan, paluan gendang (TAIKO), jualan makanan Jepun yang super crowded! dan aku pun tak sempat nak ronda semua gerai sebab memang tahap sesak yg agak terlampau!!So malam tu kitaorang pun cuma lepak2 je and bagi Danish & Dania main disekeliling. Dania yang asyik main pasir.. meniru 2 kanak2 jepun lainn

Menonton persembahan tarian kebudayaan kebangsaan. Si kenit 2 orang ni sibuk nak tengok jugak.. seb baik Papanyer Hero! huhuhu
Yang kesiannya aku tak dapat nak belikan belon besar yg boleh terapung sebab dah kehabisann dan cuma dapat belikan yoyo ball je...Nangis Danish tak dapat terima kenyataan huhuuh! Dania pulak berapa kali ntah org datang dan bergambar sebelah dia huhuhuhuh. Kitaorang balik awal sebelum jalan mula jammed. Nak balik tu jumpa lagi balik bos-bos jepun yg jadi volunteer termasuk la MD. Yang bagusnyer diaorg ni bila ada activity luar ofis hour semua jadi normal citizen dan tak bawak pun title 'MD/Manager/Advisor/Director' tu sekali.. bagus kan! Tak macam kita, sekali jadi bos sampai mati la bawak title tu kemana-manaa.. iskk iskk iskk

Moral of the story :
1. Men's Yukata Abang aku beli di Tokyo awal 2001 ketika hati aku kosong tak punya siapa. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada seorang lelaki bergelar suami suatu hari nanti.. dan akhirnya 3 tahun kemudian aku temui lelaki itu...
2. Kids's Yukata Dania aku beli di Tokyo juga Jun 2006 ketika Dania belum lahir hatta 'terbentuk' pun di dunia fana ini.. Aku beli dengan niat untuk aku hadiahkan kepada si puteri permata hati kami.. sepasang pula dengan baju Abangnya nanti. Alhamdulillah.. puteri kami lahir setahun kemudian dan hari ini Dania memakai Yukata tu untuk pertama kalinya!

Aku bersyukur di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh yang ESA..
Sesungguhnya DIA Maha mendengar, Maha pemurah lagi Maha mengetahui.. Kehadiran Abang, Danish & Dania benar-benar menyempurnakan hidup aku. Lantas apa lagi yang aku mahu..?