Salam semua....
Kontroversi kontroversi kontroversi...!!! Ha ha ha...!! Adoiiiyaiiiii *nabil*!!
Saper-saper yang ada terbace entry aku sebelum ni
KLIK SINI sempena Father's Day lepas,
ayat terakhir aku dalam tu berbunyi.
Dan yang paling best lagi... dalam pada celebrate Father's Day hari ni... kami di kurniakan lagi dengan 2 . . .
( di baca sebagai DUA dot dot dot ). Maka dengan itu bertambahlah tanggungjawab En Hubby sebagai Papa..
Apa dia dot dot dot tu..? tunggu next entry yerrr..........................!!!!!!!!!!!!!!!!!
He he he...!! Gara-gara tu jugak member-member aku sibuk tanya aku peknen ke... ? 2 dot dot dot tu stand for what ? double line tester kit ker..? ada yang tanya Mr Hubby naik pangkat kerrr..? Yang paling tak tahan siap ada tepon cakap 'Tahniahh...!!!' leh 'cuti' tak yah kerja lepas nih..! Adoii.. Dania pun masih BF lagi tauu.. har har har..!! Siap ada yg nak majuk sebab mati-mati aku tak nak citerr suh gak tunggu entry nihh... hu hu hu. Alaaa.. sekali sekala gurauu.. jangan la amek atii... nak manjer-manjer sket pun tak bleh ke..? cakk...!! kiter kawann ehh..!! he he he
Okeh okeh okehh... enoughh! Meh la citer apa sangat yang Kurniaan 2 dot dot dot tuh !
Cenggini, kan ke ari tu kitaorg gi jenjalan kat IOI celebrate Father's Day. Sambil tunggu Toy Story 3 start pergi la makan dulu. Makan kata Papa John. Masa otw gi Papa John tu lalu lah kat booth akuarium 2 little fishes yang jual super cute miut aquarium ikan sekali ngan set ikannyer sekali. Selalu memang kalau gi IOI mesti singgah situ sebab Dania la paling excited tengok ikan dlm akuarium comel tu... maklum le pencinta alam sket Dania ni kan. Masa kitaorng gi ari tuh kira awal pagi lagi laa.. baru kul 11:30 pg. Masih lenganggg.. lalu je situ tetiba Amoi yang jaga booth tu datang kat Danish & Dania dan hulur satu bungkusan plastik berisi ikan! Biar betull ! Eh.! excited gak bila dapat 'ikan peliharaan' FREE macam tu.. err tak pernah plak terfikir orang nak kasi FREE kan ?
Apalagi , Danish & Dania la paling excited bila dapat. Naik risau kitaorang di buatnya takut pecah plak plastik berisi ikan tu tengah jalan...!
Zoom dekat skett.... ! Sekor Ikan setiap sorang lengkap dengan 'manual' cara-cara nak pindah Ikan dalam akuarium..!
Di sebabkan tu jugak tak pasal-pasal merata jugak le kitaorang cari kedai pet untuk beli akuarium ! Nak beli kat 2 little fishes tu akuarium saiz kecil pun dah nak cecah RM 200! Dah la tak plan tak apa kann.. isk isk . Yang kelakarnya petang tu masa gi USJ cari hadiah member pun kitaorang terpaksa la angkut sekali dengan ikan tu gi cari barang. Tinggal dalam keta karang takut mati kepanasan plak kui kui kui.
Di sebabkan beli pun tak di rancang so kitaorang pun cari gak le akuarium dengan barang-barang basic. Akuarium + Pam + Aksesori ~ pokok tiruan + batu batan + makanan ikan + kawan-kawan ikan kepada ikan yang dapat Free tuh. Ye la.. dah la tak ada experience, tak cukup ilmu plak nak bela 'anak anak' ikan nih.. tak sempat pun nak google. Kang beli akuarium gah -gah pastu tak reti nak jaga sajer je menganiaya ikan-ikan tu jugak jadinyerr ! Karang sedar-sedar semua 'timbul' je tak ke haru!.. hu hu !
Proses pemasangan bermula
Seronok sangat tengok dua beradik yang super excited dapat haiwan peliharaan baru kat rumah..!
Pas tu tambah sikit lagi anak ikan buat kawan.
Hasilnya bila dah siap...! Taraaaa....!!!
Tu dia Dania dengan isyarat 'Peace...!' kegumbiraan!
*Lengkapkan ayat 2 dot dot dot *.
Itulah dia kurniaan 2 nyawa anak ikan yang kami perolehi sempena Father's Day minggu lepas..! Truly excited and really new experience and memang tersangat bidang terjun..! Rasa macam .. eh tak pasal-pasal je ada akuarium dalam rumah neh..! Dengan itu
bertambah la lagi responsibility Papa utk jaga anak-anak ikan tu jugak.. tak ke gitu... nyawa tu wehh....!!! Ahaa kengkawan ku, tu la alkisah... jangan mare.. he he.
P/S : Sesiapa yang ada experience bela ikan kat rumah bleh la share sket ilmu kat sini yek. Especially Ikan Guppy. Aku dok browse asyik jumpa website indon je.. naik pening plak baca... hu hu.