Showing posts with label Work Life. Show all posts
Showing posts with label Work Life. Show all posts
Assalamualaikumm.....

Akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Lunch Buffet PICC yg terletak di Putrajaya ni
bersama team member. 1st time masuk PICC ni. Pernah pergi dekat PICC ke dewan badminton ikut ABang tapi  1st time masuk sini hihi.

Ok dalam PICC ni ada Cafe. Kat sini lah berlansungnya Lunch Buffet Promo RM15 
dengan 65 variety menu gitu. 
Harga buffet hanya RM15 sahaja dengan air minuman pun FREE FLOW!
Jom layan gambarrrr


Antara menu kerabu.. rojak buahh!


Desert dan manisann


Bubur manisss... ada 4 jenis
Bubur kacang, Bubur pulut hitam, Bubur cha chaa..satu lagi tak hingat


Deretan lauk pauk... 


Macam2 adaa.... lauk sedap2 okehh. Kerang rebus, siput seduk masak lemakk..
ikan keli bakar masak lemakk.. sambal tempe ikan biliss.. huwaaa semua feverett aku tuuhhh!!


Ada ikan bakar, telur masin, ikan kering dan sambal2


Antara yg sempat aku ambill


Bihun/kuew teow sup pun ada


Gambar bersama team mate.
Kebetulan hari ni ada Mentor Day jadi berjemaah 
lunch beramai2... Air pun free flow 


Overall memang puas hati dan berbaloi2 sangat!!!
Team mate pun kata puas hati makan kat sini.. sedap dan murahh!
Kalau yg dekat2 boleh la ke sini ehhh.
Isnin - Jumaat 11:30 pagi - 3:00 petang sahaja tawwwww!


Assalamualaikum..

Hari Khamis sudaa...
semalam akhirnya gift baby ready for collection.
Kat office ni kalau ada kelahiran/wedding etc Bos akan issue 
request untuk redeem gift dan kita boleh pilih dari catalog dah gift apa.
Masa Dhiya dulu redeem PlayPan.. kali ni Delisha pilih buku berlagu FP pulakkk


Comel je wrapping gift ni


Delisha yg tak sabar tunggu hadiah dibuka


tapi cam biasa ada la orang lain yg interpreme dulu hihihi


Tu dia dapat kat Kakak Dhiya dulu.. sibuk demo kat baby hihii


Delisha yang teruja jugak sebab ada bunyi2 lagu2 kanak2


Excited jugak nak capai toys tuh


 Satu scene lain.. Delisha baru terjaga dari dalam buaii.. Abang sibuk layan adik main 
dengan toys tu.. good job Abang Danish!


Ahaa. muka ceria dah pandai main toys dah saya ni hihihi


Ahaa... ni pulak redeem masa Dhiya..




tukang bukak tak berbayar hihihihi


Teringat Dhiya yg dah tumbuh gigi masa 3 bulann



Habis dia gigit2 toys tuh! ahahhaha



Tapi semalam jugak ada tragedii... Sian Dania nanges2 sedihhh sob sob sobb!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Mama tengok pun turut hiba dan terkilan jugakkk uhukkk!!
Nak tau sebab apaa.....





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*

Baby Alive Dania habis kena gigit dengan tikus kat bahagian mulut!
Tak silap sebelum ni ada Dhiya kot masukkan koko Crunch kat mulut baby tu tapi tersangkut
tak leh nak keluarkan...
sedar2 dah tak de mulut Baby Alive Dania di makan tikus... 
uwaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!!!!!
*ehhh sape yg nanges ni...? *




Mama tak leh janji nak belikan baruu yekk....
mahalll wohhhh uhuhuhuhuhuhu
Sabar ye Daniaa... nanti kita pasang perangkap buh koko Crunch 
bebanyakkk... siap tikus tuh !!! hiiiiiiiiii
Assalamualaikum...

Dah hari Selasa dahh.. esok dah 1 Ramadhan.
Lately busy pulak hari harii... badan pun kepenatan dek tak cukup rehat.
Semalam first time pergi klinik kat dalam office ni ambik ubatt..
Doc offer dah nak MC takk.. malu2 I nak terimaa..
lagipun ada meeting lagi 10 minittt so cakap tak pelah 
tak nak MC uhuhuhuhu..
sebenarnya dah masuk tahun ke-6 tak ambik MC..
Alhamdulillah di beri kesihatan yang baik olehNya..
tapi nanti kalau tak boleh nak elak jugak tak leh wat apa la kannn..


Selalu kalau badan start dedor nak demam or selsema ke memang terus ambik Redoxon.
1000mg Vit C + 100g Zink.
Dia macam soluble perasa oren.. sedap di minummmm yummmm
Ketegaq gak dah ambik ubat Doctor tapi tak mo makann.. tapi tengok 
keadaan jugak laa.. kalo tak larat sungguh telan jelah Ubat huhuu.
Malam nak tidur baru balun ubat selsema tu sebab mengantukkk


First time masuk Klinik ni... hmmm.. bagus jugak ada klinik dalam ofis area ni.
Kalau rasa tak sihat terus leh jumpa Doktor. Buka Isnin-Jumaat hari harii...


 Simple je kat dalam nya. Tapi yelah kalo dah sampai ke ofis dah kerja setengah hari nak MC pun sayangggkannnn. Masih cuba bertahan aka survive ngan Vitamin la ni kononnya.. suara
dah macam penyanyi Rock Ella dahh.. cakap pun orang susah nak pahamm.. kalo bisik2
macam iklan 'Yusoff Taiyobbbbbbb....' aaa tu okehh hihihih.

Ok korangg.. selamat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. 
Semoga mendapat keberkatan bersama.. InsyaAllah.
Minta maaf salah dan silapp....
Posa penuh tahun ni okehh!!! 
Assalamulaikum...

Wordless Wednesday...
RED DAY on one fine Wednesday incidently hihihihi


Dah balik baru perasan laa.. awat semer tema unipon merah hari ni hihihih

Assalamualaikum...

Naik kerja kali ni tengok cafe dah bertukar ke caterer baruu..
Hmm... the first 2-3 days tu nampak macam kelam kabut je..
queue pun panjang gilerr..! masih tak mampu nak organize staff yg datang utk lunchh 
lagi kot sampai nak tengok lauk nasi campur pun payah dek queue yg panjang..
penyudahnya kaki melangkah ke San Francisco kat sebelah Cafe..
gara2 give up dan queue panjang.


Asal2 nak try Nelo Spagethi. (Spagethi darah sotong kaler hitam hua hua huaa) .. 
rupanya promo dah habiss...
so try apa yg ada je.. not bad jugakk.

Adakah selepas ni mood makan di luar akan mekar semula..?
jeng jeng jenggggggg!!
Assalamualaikum...

Catatan pantas dan ringkas sebelum tidur...

Baru je sampai rumah jam 1:00 pagi tadi ni. Alkisah Mama dah start standby minggu ni setelah bercuti maternity 2 bulan. Malam tadi masa kat Klinik bawa Dhiya utk suntikan imunisasi 18 bulan dapat call dari team mate. So settle urusan di klinik terus balik rumah dan cuba online utk cek kes yg baru di terima.

Try try masuk internet asyik tak boleh je.. Memang sejak 2-3 minggu kebelakangan ni streamyx asyik problem je.*masih guna Streamyx yawwww*. Connection intermitten. Kejap Ok kejap tak. Kena plak malam tadi tak boleh lansung grrrrrrr!! Jauh di sudut hati berkata.. Propaganda nak suh upgrade ke Unifi ke nih ? Huhu.

Anyway Call office mate tanya severity case... URGENT!  Nampaknya nak tak nak kena pergi office gak memalam ni huhu. Sempat nenenkan Delisha dulu dan sampaikan amanat pada Papa pasal susu EBM utk Delisha. Maklumlah Bibik pun dah 'off shift' ya malam. Mama je yg standby on call 24 hours x 7 days/week hohoho.


Sampai ofis dalam kul 10:30 malam gak. Lepas godeh itu ini akhirnya kul 12:30 ++ tgh malam gak baru settle. Nak balik sempat 'plug in' dulu my Medela FS dan terus start enjinn. Alhamdulillah sambil2 drive sampai rumah dapat gak pump 7.5 oz ++ walaupun dah direct BF baby beberapa kali lepas balik kerja.


Itulah sedikit sebanyak perjalanan hidup Mama sebagai pembantu keluarga pada Papa demi membesarkan anak-anak tersayang. Kalau citer pasal standby on call ni masa kerja kat tempat lama kat Shah Alam nuuu, Papa pun pernah temankan Mama drive gi ofis bila dapat on call pukul satu pagi huhu. Untungla sekarang ni ofis dah dekat sikit dengan rumah....

Semoga anak2 bila dah besar nanti hargai pengorbanan Papa Mama besarkan kamu2 semua ya. Yang lebih penting bagi Mama dan Papa ialah agar anak2 membesar menjadi insan yg berguna dan cemerlang dunia akhirat... sekadar coretan untuk renungan anak2 satu hari nanti.. Aminnnn
 Assalamualaikumm...

Ahaa... alkisah.. setelah 2 kali bersalin lepas masuk kompeni baru ni baru naik cuti 
Maternity kali ni baru tahu yang ada Nursing Room dekat bangunan ofis Mama isk isk isk.
Sebelum ni memang tau ada Nursing Room ni kat bangunan satu lagii.. tapi agak jauh untuk berjalan kaki 
dari ofis Mama so biasanya pump susu kat Surau je lah. Then EBM tu simpan kat freezer kat pantry.

Naik kerja baru2 ni member team sebelah bagitau kat bangunan ofis Mama pun rupanya ada Nursing Room!! Baru la Mama terhegeh2 nak terjahhh !


So bila dapat tau ada Nursing Room dekat ngan ofis terus la dengan senang hatinya 
pump susu kat Nursing Room ni jek. Owhh terima kasih En Kompeni 
kerana keperihatinanmu... sayangg kamu muahh muahhh!!


Ok dalam bilik ni ada 4 single room berpintu. Means pintu tu boleh 
lock dari dalam utk lebih privacy.. so boleh la nak selak menyelak 
dengan mudah masa pump kan hihihi


Setiap bilik plak ada meja & kerusi empuk. Tak lupa plug point
utk ibu2 yg perlu nak charge bateri. Mama siap bawak Nursing Wrap
sebab ingatkan nak pump kat Surau macam biasa kan.
Pakai Nursign wrap senang la nak selak2 masa nak pump. 
Rupa2nya ada Nursing Room pun!! terus tak bawak dah Nursing Wrap tu lagi hihii


Ok.. ada singki dan freezer sekali utk cuci perkakasan breast pump
dan simpan susu EBM. Sangat2 sukerr okehh!!!!


Ahaaa.. ni nak share pulak pengalaman hasil EBM sejak guna Medela Freestyle ni.
Alhamdulillah hasil EBM lebih lumayan dari dulu. Suker sangat sangat!! 
Okeh.. kat cooler bag ada pocket utk letak gambar baby 
utk bagi semangat kat Mama supaya susu lebih banyak keluarrrr ;)


Plug je breastshield dan teruskan proses mengepump ~ handsfree..!!!
So tangan pun tak lenguh leh la sambil2 baca paper ke ( digital),
layan FB or Email... apa saje lahh .. * sangat sukerr jugakkk !!)


Okeh selesai pump ~ biasa antara 10 ~ 15 minit. Terpulang 
rajin nak 'tunggu' lama mana, taraaaaa hasilnya...!!
9 Oz ++.. Alhamdulillah..!! sekali pump je tuu.. 
dah la auto je kan..sangatt sukerrrr okehhh!!!


Ahaa.. ni hasil  EBM dengan  Medela Freestyle  ni di waktu2 lain. 
Alhamdulillah mudah sekali pump dan dapat > 8 Oz InsyaAllah.
Ni balik kerja... pump sambil drive balik umah.
sampai2 rumah tengok EBM 10 Oz..!!
Masa ni  First time pecah rekoddd !!! masa tu memang sangat terujaaa lalala ~ 


Then pada satu hari yg lain pulakkk sekali pump dapat 11 oz..! 
Ya Allah seronoknya tak terkata. 
Sebelum ni memang tak pernah pump dapat banyak macam ni.
Apapun yang penting istiqamah dan rajin pump ikut schedule supaya 'demand and supply'
 akan sentiasa berterusan InsyaAllah.


Alhamdulillah dengan izin Allah SWT murah rezeki EBM Delisha.
InsyaAllah Mama akan buat apa saja yg terbaek untuk anak anak Mama.

*Tuan tanah pun sibuk nak interpremm hihihi*

Last but not least.. sesiapa yang berminat 
untuk menggunakan Medela Freestyle boleh layari 
URL di bawah untuk keterangan lanjut okehh.
InsyaAllah pelaburan yang sangat2 berbaloi apatah lagi 
yang baru nak dapat anak pertama.
Masa terbaik untuk buat stok EBM ialah waktu dalam pantang.
Then waktu terbaik untuk mengepam ialah time baby breast feed jangan biarkan
susu mengalir kat breast satu lagi.. buat tanderm nursing okehh!
InsyaAllah penghasilan susu akan berterusannnnnnnnnnnn

p/s: Nak baca lagi pengalaman menggunakan Medela Freestyle ? KLIK SINI