Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Salam..

Statistic UV penangan kisah perkahwinan Angkasawan Negara vs Tragedi Bas Ekspress...
Untuk petama kalinya UV blog ni melepasi angka 500 sehari iaitu 644..!!
4633 hit view + 2178 UV seminggu.

Okeh okeh.. angka ni sangat kecil jika di bandingkan dengan ramai lagi blogger lain di luar sana yang 
mampu mencecah 4 angka sehari/sejam ?
Korang memang dasatt...!



Apapun... terima kasih kepada semua reader & pengunjung di luar sana sudi singgah ke 
blog yang tak seberapa nih..!!

You all memang cooooollllllllllllllllll...!!!!
Salam..
Nak promote sket pasal akaun Nuffnang. Bagi semangat sket pada NEW Nuffnanger he he.


Ini wajah Dashboard Nuffnang ku. Dapat status Glitterati ( ^ ^;)/.  Yang aku tahu untuk dapat status ni pastikan kita "LOYAL" tahap dewa dengan Nuffnang. Jangan buh mana-mana iklan dari competitor lain especially dari ASIA jugak contohnyer Advertlets.Kalau tak merajuk Nuffnang karang.


 Ni rupa bentuk Buffered Earning (BE) yang appear buat masa ni. Ada 6 compare dengan awal bulan lepas yang masih '0'. Dalam akaun pun cuma ada RM 0.25 jekk masa tu hu hu. Kalau nak cepat BE keluar make sure letak semua saiz banner iklan Nuffnang kat blog, rajin update entry & blog survey serta cubalah mantainkan statistic unique Visitor (UV). Ada yang kata 100 UV tapi ikut experience rendah dari tu pun ada can BE keluar Wallahualam.

Bawah BE tu ada Metered Earning. Value tu sebenarnya datang dari BE yang dah habis tempoh pengiklanan (CTR Bonus + Current Earning ).

Kalau nak dapatkan TIPS yang lebih mantap boleh klik SINI(GTO) dan SINI(Carlsamsudin). Apapun never too late to learn okehh!


Semalam statistik UV paling tinggi, 132 hit sehari... ! Hit view tertinggi mingguan cecah > 1000.Terharunyerr...! Ma kaseh kawan-kawan yang sudi melawat blog Cap Tiga Ayam nih... muaahhh muaaahhhhh!!! Korang memang coolll.................!!!!! 
Pssttt ..!: Sila tinggal jejak korang untuk saya terjah yerr!! 

sadis
Yang tak bestnyer sejak semalam tak dapat nak upload piccas.. keluar error 'server rejected'. Terpaksala aku upload thru guna Picasa Web Album plak. Bila google ada yang komen kalau dah keluar reject tu tak leh buat apa dahh.. ada yg intermittent, ada yg permanent.. ada  gak yg E-mail ke google team tapi tak de replyy.. sampai ada yang give up gune blogspot nak beralih kepada Wordpress...!!! Jeng jeng jenggg!!

P/S : Kalau ada sapa2 nak share camne nak overcome this issue leh share kat sini yekkk.. sharing is caring kann ? he he
Salam,
Seperti yang telah di janjikan, atas permintaan seorang teman entry kali ni Izan nak share 'Cara-cara nak berkenalan dengan En. Nuffnang' he he. Scope ini di tujukan khas untuk para blogger yang masih belum ada akaun Nuffnang okay.

Apa itu Nuffnang ? Nuffnang ialah sebuah syarikat pengiklanan secara online melalui blog komuniti. Secara amnya, blogger yang meletakkan iklan Nuffnang di blog masing-masing akan menerima komisen/bonus mengikut kaedah yang telah di tetapkan. Walaupun anda mungkin bukan blogger tegar, tapi dah alang-alang berblog apa kata daftar akaun dan 'gantung' banner iklan Nuffnang di blog anda. Mana tau ada rezeki sambil berblog sambil boleh masyukkkk...!!!

Bagaimana Nuffnang berfungsi ?
Flow :

Cara-cara daftar account Nuffnang
1. Layari Nuffnang official website KLIK SINI

2. Klik 'SIGN UP' icon seperti di bawah. Then select 'Sign Up as Blogger'


3. Isikan Blogger Registration Form. Pastikan semua maklumat yang di isikan tepat dan benar.  


4. Baca terma dan syarat dengan teliti. Pilih option yang berkenaan dan hantarkan registration form anda.
Anda akan di minta untuk mengaktifkan akaun Nuffnang anda melalui E-mail yang telah di daftarkan.


5. Login ke akaun E-mail yang di daftarkan dan klik pada link yang dihantar oleh Nuffnang. Anda akan di bawa terus ke web Nuffnang. Pendaftaran dan pengaktifan akaun Nuffnang anda kini selesai!


Cara-cara memasang widget iklan nuffnang di blog anda
1. Login ke Nuffnang menggunakan username (e-mail address) & password seperti yang telah didaftarkan.

2. Anda akan dapati ada 6 ikon di dashboard anda = Analysis, Earning, Add Ads, Blog Manager, Polls and Nuffnang exchangeJawab Blogger Profile Survey. Ini bertujuan agar pihak Nuffang memahami personaliti dan back ground anda.


3. Seterusnya pergi ke Blog Manager dan tambahkan blog anda kedalam senarai blog.

4. Jawab survey mengenai latar belakang blog anda yang baru sahaja anda daftarkan. Ini bertujuan agar iklan yang di tawarkan bersesuaian dengan tema dan target audience blog anda.



5. Seteruskan pergi ke Add Ads dan dapatkan kod html iklan Nuffnang untuk di masukkan ke dalam layout blog anda.  Terdapat 3 pilihan :-

i ) Header 

 ii) Side bar

 iii) Between content

6.  Login ke akaun blog anda. Pergi ke DESIGN -> LAYOUT -> PAGE ELEMENT. Add gadget dan pilih 'HTML/Java Script'


7. Copy mana-mana html code di langkah 5 dan pastekan ke dalam gadget box.



8. SAVE and VIEW blog anda. Perhatikan perbezaan  sebelum dan selepas seperti di bawah 

Sebelum 

selepas


Apabila badge 'I serve Nuffnang ads' sudah terpapar di blog anda, bermakna iklan Nuffnang akan bersedia untuk keluar pada bila-bila masa yang bersesuaian!

Amacam senang tak ? Good luck to you guys..! :D
Salam..

" Hari ini 12 th June 2010. Ada 3 peristiwa penting pada tarikh ini dalam hidup saya
12th June 0*' ~ En Hubby masuk kerja buat kali pertama
12th June 0*' ~ Saya pula masuk kerja buat kali pertama
12th June 03' ~ Allahyarham Bapa Mertua meninggal dunia. 
Al-fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham "


Baru-baru ni ada kawan-kawan rapat tanya macamana rupa Earning Account dalam Nuffnang.
So hari ni saya paparkan sedikit 'rupa bentuk'nya.
Of course saya pun masih baru berjinak-jinak dan beramah mesra dengan En Nuffnang jadi setakat ni performance pun masih ciput macam kat bawah ni hu hu. 
Tapi takper, bak kata orang tua-tua .. never too late to learn.. betul tak  ?


Kalau tengok dalam list ni ada 3 kategori,
Buffered Earning, Metered Earning & Campaign.
InsyaAllah next entry saya akan update 'Cara-cara berkenalan dengan En. Nuffnang'.
Tapi scope untuk beginner je la itu pun atas permintaan rakan saya.... stay tune....!
Salam,

Entry kali nak update sket pasal En. Nuffang, Glamer betul En. Nuffnang ni.. pergi mana-mana mesti terserempak. Kadang tengok ‘pakai baju sama jee…’ . Aha… sebenarnya akhir-akhir ni je baru nak aktif berblog. Nak ikutkan aku dah mula berblog akhir tahun 2006 lagi tapi selalu update ikut mood dan angin kus kus.. ikut pasang surut hu hu

Alhamdulillah.. sejak tukar template  dan entah macamana dapat semangat baru plak, start bulan lepas baru lah rasa nak aktif berblog. Dan untuk sebulan lebih ni, berikut ialah hasil statistic berdasarkan Nuffnang analytics. Memanglah tak seberapa dan masih jauhhhhhhhh sangat lagi kalau compare dengan GTO, Ben Ashaari, Carl Samsudin (thanks for adding my blog to your blogroll) & lebih-lebih lagi Joegrimjow. Blog JoeGrimJow pernah cecah > 5000 hit sehari weeeh..!!! Ganaazzzssss tuhhh!! Memang kalau nak di bandingkan macam langit lapis ke-7 dengan teras bumilah!


Ha ha. Itu belum sebut pasal Beautiful Nara, Irine Nadia & Red Mummy.. Red Mummy bleh dapat RM10K sebulan… caya tak? Rasa nak sebut kat blog ni pun segan… hu hu. Tapi tak mengapa, semua orang bermula dengan 0. Takde lah letak harapan melangit tapi at least ada something yang hendak digapai.. pucuk-pucuk pokok pun dah kira OK aper. Lagipun banyak lagi perkara yang harus dipelajari.. hu hu

Analysis
Ini ialah hit tertinggi sehari berdasarkan uniq ID. Sweet@omoide mencecah paras >100 iaitu 103 hit pada awal minggu lepas. Rekod terbaik buat masa ni ;)


Yang ini pulak trend hit mingguan sepanjang minggu lepas. Rate view tertinggi ialah 838 dan hit uniq ID pula 476. Masih jauh ke laut lagi tuuuu... hu hu

Berdasarkan referrer, kebanyakan hit datang dari contest blog, kengkawan baik seperti AleynLieya, Mimi, Cik Noora tak lupa jugak kenalan baru anak walid. Terima kasih kengkawan kerana sudi singgah blog yang tak seberapa nih. Korang memang cooollllllll.. sayang korangg.. muahhhhhhhh!!

Tapi yang bestnya dalam banyak-banyak referrer tu terselit jugak hit dari fotopages
aku yg dah jadi ARKIB MUZIUM. Nak ikutkan fotopages ni aku dah tak update sejak 2007. Yelah.. sejak berpindah ke rumah baru@blogspot. Tapi masih ada jugak yang rajin bertandang ke Fotopages tu. Terima kasih la daun keladi. Dalam tu banyak cerita-cerita perkembangan anak-anak je huhu.


Yang lebih kelakar lagi, tak tau la camner tapi kalau ikutkan keyword trend sepanjang bulan lepas, SEMUA search keyword ialah berdasarkan RESEPI MASAKAN! Especially Resepi Nasi Tomato & Resepi Ikan Masak Stim. Hit ada yang cecah lebih 100 ! Kalau aku taip Resepi Nasi Tomato or Resepi Ikan Masak Stim kat google, sweet@omoide keluar gak le kat 1st page google search result  bawah myresepi & resepi.mesra.net, 2 galeri masakan terbesar kat Malaysia nih hu hu


Resepi Nasi Tomato
5th place out of 243, 000 search result


Resepi Ikan Masak Stim
5th place out of 43,200 search result.


Sebenarnya atas sebab tu jugalah akhirnya aku buka satu lagi blog khas untuk compile semua resepi-resepi masakan aku iaitu
sweet@Recipes Gallery 
walaupun buat masa ni blog ni belum nak timbul lagi kat google search result. Ada sapa-sapa nak kongsi tips bagi dia timbul cepat sket? he he.
Alhamdulillah, kat blog resepi ni pun aku dapat jumpa member-member baru (dan lama) yang sekepala ~ kaki masak antaranya Hana Memories, Catlina, K.Asma, Chik Mimi, Izah Daut, Mama Fiza, K.Mas dsb. Seronok dan puas tengok menu-menu baru yang di upload setiap harii..!! Terang biji mata sambil telan ayaq liuq tengok wehh! he he. Dah bertambah seronok lagi bila ada orang cuba resepi kita dan paparkan hasilnya kat blog mereka... memang tahap bergenang air mata... cukup terharu beb! ~ Mee Rewah Cik Izan by IzahDaud

Kebetulan tengah dok edit-edit entry ni tetiba bling bling blingg! tetengok blog JoegrimJow dah ada new update..! Pasal nuffnag plak tuu..! ngeeeee he he...... kalau korang nak baca gak apa yg di tulis dek Joe zasss.......! ~ JoeGrimjow vs Nuffnang

Anyway perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu di pelajari dan di perbaiki dari semasa ke semasa. Apapun aku ucapkan terima kasih banyak-banyak, daun keladi kepada semua yang telah sudi singgah ke blog ni ~ all of you guys!!. Rajin-rajin le tinggalkan komen agar anda boleh saya jejaki. Lagi satu kepada yang masih belum menghantarkan penyertaan ke

segera lah berbuat demikian kerana tinggal 7 hari je lagi sebelum tarikh tamat
~ 15th Jun 2010 (Selasa). Hujung minggu ni dah sibuk nak bawak anak-anak berjalan sempena cuti sekolah kan.. apalagi lagi cepat hantarkan penyertaan anda sekarang sebelum terlambat. Bukannya susah.. attach gambar dot dot dot je.; P. Pemenang hadiah peserta misteri ke~30 masih belum di temui.. mungkin ANDA…??? Jeng jeng jenggg..!!

Last but not least, terima kasih sekali lagi… Korang semua memangggg sporting & cooollllllll!! Cayalahh..!!!