Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Dia. Show all posts
Assalamualaikum..

Di satu petang yang hening... tekak teringin sangat nak makan Pulut mangga @ Durian...
tengah duk belek2 resepi kat henpon tiba2 dapat message dari En Suami mengatakan 
dia baru sahaja order mangga Harumanis Perlis secara online!!!!

Hebat jugak instinct En Suami ni rupanyer heheh! muahhh cikedd!! Ops!
Apalagi excited la aku! Menunggu jugak ni sampai mangga diposkan ..
ye lah barang makanan macam ni kena cepat 
process penghantaran supaya bila sampai ke tangan pelanggan fresh
dan dapat rasa diwaktu yg paling optimum kan!

Akhirnya... 4 May tu En Suami dapat pemberitahuan bahawasanya mangga harumanis tu akan di hantar dan sepatutnya sampai pada keesokan harinya.. yesss!! Aku pulak masih dalam cuti Golden Week Japan... sangap juga aku nak menghabiskan sisa sisa cuti tu sorang2 sebab En Suami & Anak2 kerja dan sekolah seperti biasakan... so 5 May Khamis tu aku dah standby la siap2 'pulut' dan kuah santan kat rumah nak makan dengan mangga harumanis yg bakal dibawa balik oleh En Suami dari ofis.. jeng jeng jengg... makanya jom cuci mata..! Nak bagi bau pun tak sampai kat kome kan hehehehe



Aha tu diaaa.... pulut mangga HARUMANIS PERLIS!
Meletop weiiii... sedapnyer makannnnnnn!!! Puassssss hati sangatt!!!
Degan pulut dan kuah santan yg lemak2 manis... makan dengan 
mangga harumanis yang sememangnya manis! Aduhhh... terasa2 lagi
kat tekak ni kesedapannyerr! Serius!!!



Aku terlanjur tu aku share sekali resepi pulut mangga yang aku buat ni...

Resepi ni dari blog sariyusa yang 
menggambil resepi dari Singgahsana Kitchen.
Kredit pada keduanya dengan resepi Pulut Mangga ni
atau dalam bahasa Thai nya Khao Neow Ma-Muang
Confirm la meletup gitew kan!


OK resepinya aku copy paste kat sini ya. 

 Khao Neow Ma-Muang
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang,
 letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, 
kacau rata)

6 sb gula pasir
3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, 
kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut)

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7.  Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.

Note : Cuma gula tu aku kurangkan sikit sebab lagi suka kalau santan tu rasa lemak2 
je since nak makan dengan mangga harumanis yang confirm manis!

***************

Ok memang sangat puas hati makann sehingga terpejam2 mata.. owhhh!!!!
Berat aku terus naik 2 kg minggu tu sebab makan pulut (mangga) banyak sangat! 
Azab! ahahhahaha



Anyway kalau nak try order mangga harumanis ni boleh layari web

harga boleh tahan jugak sehebat namanyer.
3Kg RM135 termasuk pos.. ada 10 biji..
so sebiji jatuh RM13.50 ? erkkkkk

Maklum la buah mangga ni cuma boleh di tanam di Perlis katanyer..
tapi dalam banyak2 tu ada sebiji 2 yang kitaorang rasa
kuat macam buah kuini...eh?
 *husband dulu membesar dengan 2 pokok kuini kat rumah*

al-kisahhhhh...

p/s: Sekarang berlangsung contest lucky draw FREE Breastpump
di Kids Branded page ya kawan-kawan. 
Jangan ketinggalan untuk sertai mana tau ada tuah nak menang! 
layari sekarang sebelum tamat tempoh peraduan!
https://www.facebook.com/kidsbrandedstore/




Assalamualaikum...

Sekian lama jugak tak berdating berdua dengan En Suami sejak2 tak de maid ni... akhirnya bulan ni dapat gak ambik cuti and spend masa bersama. Itu pun sebab pagi Jumaat tu hantar Danish ke Kem Cuti Sekolah - Kem Smart 3A yang bertempat di Hulu Langat Selangor. Ni kali ke-2 lepaskan Danish ke kem yang bermalam tanpa mama papa... kali pertama program cuti sekolah anjuran JAIS di Masjid Putrajaya awal tahun lalu... Kali ni Mama registerkan ke Kem Smart 3A pula..

So seawal pagi Jumaat 4 December tu kami dah bertolak ke Eco Hills Resort Hulu Langat.. boleh tahan juga jauhnya.. hampir sejam setengah jugak perjalanan. Sampai sana orang dah agak ramai... kereta hampir penuh dan kami diberitahu jumlah peserta je melebihi 200 orang.. woww!





Caiyok caiyok Abang Danish.. selamat berkem.. Semoga bermanfaat.
Ok.. kem di anjurkan oleh Vision Consultant
boleh layari link dibawah kalau kawan2 berminat..
penyertaan dibuka dari umur 8 - 17 tahun dah dibahagikan mengikut 
tahap umur nanti


Usai menghantar Danish terus gerak ke KLCC.. wah lama tak dating kat sini..
masa zaman bujang and baru2 kawen kot lepak area ni... lepas ada anak ada la tak sampai 5 kali gak 
datang huhuhuhuhu... malas nak mengangkut jejauhhh

Kebetulan hari ni Bos En Suami warded due to operation kat Hospital Pantai...
Habis solat Jumaat terus pergi melawat dulu.. habis tu baru kami bergegas pula ke Digital Mall
dekat dengan Jaya 33 kat PJ. Boleh pulak tiba2 Handphone Abang tak boleh charge.. haishhh.
Sambil repair Handphone Abang... sambil2 usha bufday presentt.. dapat jugakk yg 
berkenan heheheheh. Order sambil tunggu siap - OS install and system setting...
Lunch date dengan Abang dulu kat Serai.
lewat petang dah tu gak sebenarnya habis sempat plak berdating kat spital bagai heheheh


Sebelah Serai ni ada Chili's... offer kat Abang nak makan apaa...
nampaknya citarasa nusantara tetap menjadi pilihan hihihi


Pavlova utk birthday boy walopon yang tolong perabih diri sendiri erkkkk!


Tahun ni tak lari dari gadget juga hihihihi and of course dari 
Brand En Kompeni khas untuk En Suami. 
Semoga membantu dalam banyak urusan beliauuuu

Anyway, Selamat Hari Lahir Abang.. semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa..
dan semoga terus bahagia dan sukses dunia dan akhiratt..
ku kan sentiasa berada disisimu selaluuuuuuu muahhhhhhhhhhh!

Sekian dating 3 serangkai kami.... alkisahhh


Assalamualaikum...

Wah kemeriahan Aidilfitri semakin terasa. Budak2 pun dah cuti sekolah.. highway sana sini dah mula sesakkkk. Korang pun mesti salah sorang dalam tu kan hehe.

Anyway dah hujung Ramadhan ni baru la berpeluang berbuka kat luar. Actually dah hold few weekend gara2 kakiku yang injured nih dan akhirnya last week baru la Abang buat booking dan kami berpeluang iftar di Shangrila Putrajaya.  Kira gantung kuali lah hari tu hehehe.

Tahun ni actually tema dia menu2 gril especially lamb siap buka booth asing outdoor. Aku macam biasa kalau berbuka kat tempat2 cam ni mmg kurang nak makan nasi sikit .. terus bertukar jadi karnivor kejap hihihi

So far Alhamdulillah kenyang and hampir seeh perut. Ada persembahan nyanyian juga.. lagu kun anta pun turut didendangkan gitewwww.

Anyway terima kasih En Suami atas treat iftar kali ni alhamdulillahh 😉

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dalam kekalutan sempat jugak celebrate secara pantas Hari Ulangtahun Kelahiran Abang. Jatuh pada Hari Jumaat , Hari bekerja tahun ni jadi balik kerja lepas maghrib terus berdesup ke Alamanda. Sampai2 terus gi Dinner kat Kenny Rogers. Tapi hari ni boleh pulak aircond under mantenance (under Alamanda bukan KR) and order menu budak2 sausage and chicken ball habis plak. So order quarter set la macam biasa huhuhu.

Makan makan makan dan makan lepas makan tarik Abang masuk COACH...ingat nak carikan wallet eh... malu plak Abang hihi. Dia tanya Coach ke? *bunyi mcm bukan perempuan je ke yg pakai?* errrr...  nak belikan in advance mmg tak sempat last ajak Abang round Parkson laa cari kasut kerja, set wallet dan tali pinggang. Complete set terus hehe

Kebetulan kat ruang legar booth pameran Bank Rakyat. Banyak game kat situ... so sempat la bawak budak2 ni main kat situ kann. Seronok belaka semua.. sampai lampu padam... baru la beransur balik...
Al kisah

NOTE: Selamat Hari Lahir Abang.. semoga terus sukses dalam segala bidang yg diceburi... semoga terus dilimpahkan dengan rahmat dan kebahagiaan selalu aminnnn

Alhamdulillah...

Abang dah selamat kembali ke tanah air!
Lega tak terkata... hilang rindu dendammm uhuk uhukkk!

Sabtu petang Abang sampaii setelah 2 kali transit 
Vienna - Frankfurt , Frankfurt - KL,
14 jam flight!
malamnya terus gi kenduri jiran yg baru dapat bernikah...
esoknya Abang ajak makan kat streetmall Cyberjaya.
Mula2 ingat nak makan kat Q-Thai... sampai2 tutup pulakk..
tak sangka Ahad tutup rupanya huhuhu

Last2 gi makan Nasi Arab kat Restoran Arab Al Aqsa.
Sejak kedai ni owner baru take over (Rest Al Aqsa ni lah)
ni 1st time gi makan kat sini.
Dalam dia decoration memang cantek sangattttttt


Menu2 pun best.
Kali ni try menu baru jugak...
Chicken Kabsha still WAJIB *gi la mana2 rest Arab kompem order hihihi*
Try Kuzi, chicken kebab dan satu lagi ni tak ingat nama...
tapi ala Pizza Arab gituu.. sedappp!!!



Dia punya jus buah buahan memang kaw gilerr.. manggo jus tu macam tebuk pelam buh straw terus seduttt!
memang rasa buah semata2 uhuhuhu.


Aku ngan Abang suka order Tea Pot. Macam Adani Tea...
dapat 1 teko dan gelas2 kecik 4. budak2 ni pulak yang excited minum hihihih.
Memang sedap minum panas2 walaupun makan dengan nasi.. agak menghairankan disitu uhuhu


Dinner lak Abang dengan bermurah hatinya offer nak masakkk!
Huwaaaa... sungguh pandai mengambil hati ... terharu sangatttt.
Malam ni Abang masak Mee Kuah.. resepi turun temurun dari keluarga Abang.
Sedap sangattt.. berbunga2 hati ni bersantapp...
terima kasih Abanggg... hilang penat lelah rindu dendammm uhuhuh.
Terima kasih banyak jugak buat Mak Long yg sudi temankan sepanjang ketiadaan 
Abang ke luar negara huhuhu


Harap2 lepas ni Abang tak gi la outstation jejauh and lelama lagii.. huk huk huk!

Assalamualaikum....

Abang outstation lagii... huwaaaaaaaaaaaaaa!!!
Seriously bukan anak2 je nak menanges...
mak budak pun nak nangess jugakkkkk sob sob sob!
Habis cuti sekolah terus kena gi oustation.
Destinasi kali ni ke Slovakia pulakkk...
baru je oustation ke Dubai baru2 ni kann... dah kena gi lagikk.. uhukkkk!

Hari bapa pun tak sempat celebrate... Abang dah dalam perjalanan ke
Slovakia transit di Bangkok dan terus ke Vienna.
14 jam perjalanan tuu.. jauhnyaaa huhu.
Apapun Alhamdulillah Abang dah selamat sampai...
moga dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan balik
serta dilindungiNya selalu aminnnnn


Kali ni pun hantar Abang kat Putrajaya Central je... kalau dulu sempat lagi 
turun ke masuk ke Putrajaya Centrall..
tapi gara2 drama korea Dhiya nanges tak hingat kali ni 
hantar pun sampai tangga nak naik Putrajaya Central je.
Seterusnya Abang naik ERL ke KLIA.
Tengok je lah aksi2 DHiya dalam kereta bila tengok Papanya
jalan tinggalkan dia


sedih sangat la anak Papa yg sorang ni huk huk


Asyik duk ulang2 cakap "Nak Papa! Nak Papa!".
Berjurai2 air mata tuu.. mula2 campak2 je duit RM5 Papa dia bagi 
pujuk beli jajan kononnya... tak mo duit.. nak papa.. nak papa..!
Lepas2 tu kalau org usik duit tu dia nangis jugak marah sebab duit
tu Papa dia kasii.. tak bagi org lain usikk uhuuuuuuuu

 Kat Slovakia ni negara yg di tengah2 benua.. jauh dari laut..
menu kebanyakannya berasaskan daging/ayam yg kompem la
Abang tak boleh makan kann..


sempat masakkan sambal tumis kacang kering
wat lepas2 rindu masakan Malaysia@air tangan isteri terchenta uhuhuhu


 Mujur kebetulan Mak Long naik KL so settle course Mak Long attend terus la 
melepak kat rumah kami sambil2 buat teman huhuh.

Semalam pulak dapat call dari Cikgu kata Danish demam panas...
tiap kali Abang gi oustation mesti ada anak2 yg tak sihat..
demam rindu ehhh.
Dapat2 call tu terus la bergegas ke sekolah ambik Danish 
dan bawak gi Klinik.


1st time ni ambik anak tak sihat kat sekolah uhuhu.
Hari ni Danish rehat je kat rumah ngan Mak Longnya.. moga cepat sihat je anak mama...

Jom layan drama Korea by Dhiya


P/S: Tak sabar tunggu Papa balik...
cepat lah masa berlalu uhukkk


 Assalamualaikumm....

Apaa.... dah masuk bulan 6 ??? dah separuh tahun 2014... sungguh pantas masa berlalu.
Nak update blog pun sedar2 dah masuk 4 haribulan 6...?? Whattt? ahahahahh

Okeyyy.. saje nak update wordless wednesday yg dah terlajak
dan tak wordless jugak 
rupanya hehehe

Actually esok sebenarnya ada 'projek'.... kek dah tempah, dah sampai hari ni.
suker sangat koleksi kek dari M&M Cupcakes ni... sebelum ni order kek bufday Dania pun dari sini gakk memang comey2 hasil tangan dia ni.. geramm iollsssss!

Unfortunately 'projek' esok nampaknya kena postpone gara2 Delisha yg tak sihat.
Ambik2 dari taska semalam dia dah start muntah2...
cirit birit.. alahaii kesiannnn sangatt
uhuk uhukk!!


Bangun pagi hari ni sampai nak pukul 10 pagi 3 kali muntah 3 kali salin baju..
belum malam pun dia asyik merengekk.. dengan cadar2 kena salin
sebab dia duk muntahhh jek huk huk. 
Penyudahnya langsung tak pakaikan baju...
kalau tidur terlentang pun dia loya nak muntahh...
last2 suh tidur tiarap baru lenaaaaa....
siannn sangat anak mama sob sob sobbb!


Jumpa Doktor dibaginya ubat macam biasa dan perskepsi 
'GRIPE WATER' untuk melegakan kembung katanyaa..
mula2 dengar Doc sebut mmg blurr....
aku siap tanya balik grape waterrr ? rupa2 Gripe waterr
terus google and cari kat mini market seb baik ada..


Al kisah aku dan abang tak de memori guna gripe water ni dari kecil...
selama ada 4 orang askar ni pun mmg tak pernah amalkan.. 
dan ini pertama kali! bila post kat FB mmg rata2
tau dan amalkan... nak wat camne... Emak pun tak amalkan 
masa I kecik2... tu yg tak menurun ke anak2 jugak uhuuuuuu
actually selain utk kembung, elok juga untuk mengurang resa sakit gigi katanya.

Apapun moga Delisha cepat sembuhh yaaaa

Assalamualaikum...

Ahaa... ni kisah minggu lepas....
antara penyebab Mama lansung tak sempat pun nak hapdet blog uhuh.
Alkisah Papa kena gi outstation dari 12~18 April lepas.. seminggu lebih gak tu uhuhuhu.


Kali ni Papa diarahkan ke Dubai, UAE sempena WETEX Exhibition 
bersama2 delegasi yg dihantar oleh MATRADE.

Sepanjang tempoh perkahwinan 10 tahun ni seminggu ni lah Mama rasa
paling mencabar!! Almaklum laa askar dah makin ramai.. dengan 2 orang askar kenitt...
dengan Mama kerja... standby... ambik hantar anak2...oo semua kena handle sensorangg.. 
tak lupa entertain customer2 tersayang...
ulalala kalau selalu ala supermom
kali ni betul2 bertukar jadi SuperMAN! uhuuuuuuuuuu
Memang dari pagi sampai mata terpejamm macam lipas kudungg 

Selalu everytime Papa gi outstation Mama memang akan hantar sampai KLIA.
tapi kali ni memikirkan askar2 yg sebatalion ni 
kali ni hantar Papa sampai Putrajaya Sentral je.. Papa naik ERL ke KLIA.


Papa menyampaikan amanat pada Abang dan Kakak sebelum berlepass..

Paling sadis si Dhiya... Dhiya ni paling manja dengan Papa dia.
Jenuh la dah berpisah kat kaunter berlepas tuu..
Papa duk pujuk2 bagi duit suh beli jajan pun tak mo...
duk ulang2 cakap "Nak Papa... Nak Papa..!"
sayu sungguhhh uhukkk

 
waktu berlepas memang keriauuu terusss laaaa huwaaaaaaaaaaaa. 
jenuh puhukkk Dhiyaa!
Babai Papa.. semoga selamat pergi dan kembaliiii... dan dilindugi sepanjang perjalanann..
aminnnnn


Sempat la layan budak2 ni makan jap kat Putrajaya Sentral tu..
tapi jenuh laaa... si Dhiya bila tanya nak air tak.. nak makan takk?
jawabnya tetap jugak "Nak Papa... Nak Papa.. Nak Papa !"
sambil keriau uhukk uhukk!!


Nak drive balik pun mencabar... Delisha la keriauu nak duk ngan Mama..
padahal sebelum gerak balik tu dah BF dulu... tapi bila tengok mama drive still keriau nak duduk ngan mama diaa uhuuu

Aktiviti hujung minggu masa ketiadaan Papa.
Confirm la tak kemana kann...
seminggu suntukk duk kat umah uhuhuhu.
Buat kraf Pupumon dengan Dania.. kena jahit2, gunting2... tampal2...



Almost tiap2 malam Papa call tanya khabar anak2.
Selalu pakai Skype.. kali ni call pakai Viber pulakk.. 
line pun clearr.. jimat pun jimat 



Yang kelakarnya sepanjang ketiadaan Papa, Mama suruh Danish & Dania 
pilih 'adik' sorang satu untuk in charge jadi bodyguard.
2-2 tak mo Dhiya ... sebabb..? Dhiya garang! ahahhah
sabor je la kan..
Penyudahnya Danish jaga Delisha, Dania jaga Dhiya..
jadi assistnat tolong mama jaga adik2...
ma kasehhh Abang & Kakak sebab tolong
Mama jaga adik2.. sayang kamu2 semuaaa muahhhhh.!


Gambar Papa dengan salah satu mercu tanda terkenal
di Dubai , Burj Al Arab Hotel.
Apapun syukur Papa dah selamat kembali ke pangkuan kami...
sungguh terasa bila Papa tiada disisi sob sob sob!!
Half of my soul gone....

p/s : tahun ni Papa kata bos ada ura2 nak hantar staff business trip
Dubai - Slovakia - China - India
Huwaaaaaaaaa!!! Nangessss... 
Mama cakap kalau Papa pergi 2 trip...
silalah izinkan Mama buat rombongan cik kiah shopping 
trip 3D2N jugakk. okeyy tak?? hihihihi