Assalamualaikum...
Semalam genaplah usia Dania yang ke 7 tahun Alhamdulillah. Since semalam cuti (tapi mama kena standby sbb Japan kerja macam biasa huwaaaaa) maka buat lah juga small celebration. Asal2 niat nak keluar makan dekat2 rumah je since mama dari pagi dah kena online PC jadi tak sempat nak masak beriya. Mujur lah kek Frozen yg ditempah last minute jumaat malam lepas sempat siap. Tu pun order dengam ex-housemate zaman bujang2 dulu yg sekarang ni dah core buat bakery.

Sekali Dania pulak asyik sebut2 je kakak Alya dia (sepupu). Dok tanya kakak Alya datang takk... haish tak sampai hati pulak makanya lepas zuhur Papa dia pergi lah pick up kakak2 sepupu buat meriah2 majlis simple Dania ni.

Petang bila2 kakak2 dah sampai terus celebrate dan potong kek. Yang tak sabar sangat tu bile nak bukak dan menghadap loom band tu. Mmg patut panggil kakak2 yg dah tahap sifu tu hihihi.


Bufday girl


Kek Frozen yg sedang menjadi kegilaan kanak2 hihihihi


Kakak2 sepupu yang memeriahkan majlis simple ni



Acara potong kek siap ada 'pembantu'


Kek Red Velvet Frozen yang sangat marvellous...!
Fresh cream yang ringan kena pulak dengan rasa RV yang lemak masam manis tuuu...
sedap sangat uollss!


Riak wajah Dania yang jelas tergambar keriangannya.


Seronok sangat tengok senyuman ceria Dania sepanjang kakak2 ada kat rumah. 


Operasi menge'loom band


Sebelum ni Dania dok beli kat sekolah 1 set RM2.
Habis duit belanja sekolah kenn


Tu dia kakak2 dengan hasil Loom band masing2


Patern sama jek? aku lak tak sempat nak carikan manuall


Petang tu sempat lagi keluar gi main kat taman. Dinner bawak semua makan kat luar baru hantar kakak2 balik. Otw balik puchong Papa kata separuh perjalanan Dania menangis dalam kereta dek kesedihan bila kakak2 dah balik huk huk!
Anyway Selamat Hari Lahir utk Dania. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. We love you so much!!!

4 sweet comments:

nad said...

hepi bday dania!

ps: kak, saya tunjuk gmbr dania ngan kek frozen tu pada nayli. sbb nayli suka frozen gak..tp yg dia nakkk sgt tu crown dania, haha! mana nak cari tu kak?

lieyalatif said...

comel kek dania....mmg skrang frozen je jadi trend kan.... dania pun kemain lagi gojes ala2 princess gitu....hepi die dpt sambut dgn kakak2 tersayang....

selamat hari lahir dania...jadi anak yg membanggakan mama n papa key.... moga sihat selalu, bijaksana dan ceria2 selalu...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Nad rasanya macam beli kat Sinma IOI tu la kott... sendiri pun tak hingat sudaaa kikikiki

Budakg tgh hantu frozen la ni. Tak dapek nak nolong. Layannn je la yekk ngeh ngeh

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya, tu je lah yg Mamanya sempat buatkan. Mujur barang2 mmg dah ada. Sabor je la anak2 melayan maknye yg asyik kena standby je huhuhu