Assalamualaikum.....

Huuuwaaaaa stress mak ari ni.....
Hari ni WFH (Kerja dari rumah) gara-gara tunggu vendor datang hantar dan nak install barang.
Akhirnya barang yang di nanti2kan sampai juga ke Malaysia...
2 bulan jugak tunggu... saiz asal bendalah ni lagi besar dan lebar.. tak muat nak masuk bilik air
jadinya terpaksa order saiz yang kecil sedikit. Itupun kena buat full settlement baru derang boleh proceed order and confirm lah tak boleh tukar model dah once dah sampaii..

So hari ni dalam keterujaan sampai lah barang yang di nanti2kan dan diangankan setelah sekian lama....
aku panggil bendalah ni Ofuro... atau dalam bahse omputihnya bath tub or Jacuzzi jika ada massager.
 kalau time belajar kat Jepun dulu memang ofuro ni satu benda yg wajib ada dalam setiap rumah hatta apartment kecik sekali pun sebab orang Jepun suka sangat berendam dalam ofura or tab air panas ni.
maklumlah .... 9 bulan dari 12 bulan musim diaorang adalah samaada musim sejuk (3 bulan), musim bunga yang nyaman (3 bulan) atau musim luruh yang juga nyaman (3 bulan) jadi memang best laa kalau dapat berendam dalam tab air panas kann siap ada serbuk aroma terapi bermacam2 jenis.... berbanding kat Malaysia yg 12 bulan panas sepanjang tahunn kecuali time musim tengkujuh dan hujan huhuhu.

Tapi dah alang2 reno rumah ni tak kira nak masukkan jugak walopon ruang sempit wahahhahaha.
Bestttnyerr kalo dapat berendammm dalam ofuro cam dolu2kannnn.
 budak2 pun tak yah le nak bawak gi waterpark selalu....leh berkubang je kat rumah hihihi.
yang paling tersemat dalam ingantan Jacuzzi kat Gold Coast Morib dolu mmg 
teruja sesangat masa tu terus dalam ati berazam nak cari gakkk tak kiraaaaa!! ahahahha


Anyway aku memang nak sangat2 benda ni... tunggu 2 bulan pun sangguppp... dan akhirnya tibalah hari untuk installation... ukuran tinggi, panjang, lebar semua ngammm dengan saiz bilik air.. tetiba bila nak pasannngg..????
Jeng jeng jengggggggggggggggggggggg!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SANGKUTTTT??????? 
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Memang jenuh 4 orang angkat sana.. angkat sini.. pusing sana.. pusing sini... senget sana... sengettt siniii.. memang tak lepas gaak... walaupun ada buffer 1-2 inci tapi tak lepas nak pusing utk letak bendalah ni pada kedudukannya.... penyudahnya kontraktor capai kata sepakat.. kena pecah balik dinding!!
Kalau paksa tolak tu memang akan calar or worst case pecahhh!
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

serious rasa nak nangissss... sebab dinding dah siap ikat batu ...simen dan juga pasang mozek.
meaning kena pecah balik.. moral bertambah up la speedo meter Bahan / Upah / Tarikh siapp!! huwaaaaaaaa lagiiiii

Nak tukar model tak boleh... nak ubah kedudukan pun payah sebab paip air sejuk/panas, power point etc semua dah setting cantek ikut plannn... jadi nak tak nak terpaksa pecah jugak dinding balikkk!
sob sob sobbb!!!

Moralnya memang kadang2 bukan senang nak capai impiannn...
banyak sungguh ranjau dan liku.... bertabah dan cari je lah jalan penyelesaian terbaikkkk...
huk huk hukkkkkk!! *ayat pujuk hati*

Dan demi  nak release tension... tak kira.. habis borong segala mala kekkkk...!
mok tak mokkk... tak kira dah ....sedeyyyyyy huk huk huk!!


Al-kisah dipetang Jumaat lepas hujannn....

Assalamualaikum.

Baru2 ni nampak iklan promo di FB Ayu Zamzarina terus buat tempahan sebab ad special promo FREE additional 2 bar on top of 10 bar include postage dan Buku Mini Mudahnya menjemput rezeki.
Alhamdulillah semalam dah sampai pagi ni baru gi ambik. 1st time rasa coklat ni sambil bagi2 sket kat member ofis.

Aku memang penggemar coklat berasaskan bertih beras ni mcm keluaran Kandos tu kan. Krukkk Krakkk ni pun lebih kurang cam tu tapi lebih special sebab mengandungi makanan sunnah.
Lepas ni try bagi budak2 makan. Kalau derang suka leh repeat order lagi. 



Promo payment by 2pm 22hb ari tu dapat bonus 2pax lagi memang berbaloiii



Kepada yg teringin boleh hubungi mereka sekarang sementara stock masih ada okey!


Assalamualaikumm....

Ahaaaa kepada peminat2 Sushi sekeliann... 
pengumuman Bonanza Sushi King RM3 sedang berlangsung
dari 22~25th Sep 2014 (Isnin ~ Khamis) ya... (Selangor, etc)
semua harga pukul rata RM3 atas conveyor. 
Masa makan limit 45 min (tapi di jamin sempat se'eh).
No ala carte order during the time .
Tapi apa yg keluar atas conveyor tu semuaaaaaaaaaaaaaaa sama rega hokeyy!


Actually lately mmg asyik sebut2 je nak ajak makan Japs Food....
sedar tak sedar Sushi King Bonanza bermula lak semalam so apa lagi..
Balik kerja, lepas maghrib terus bergerak ke SK berdekatan.. tu pun sampai2 mak oi 
panjang giler beratur! Kitaorg sampai tu dalam pukul 8 malam... 
so setiap group customer ada limit 45min untuk makan so paling lama pun mungkin kena tunggu
45 min jugak la kalau ramai kann...


Kitaorg pun setengah jam gak beratur. mujur dapat meja sebelah conveyor.. senang budak2
nak ambik sendiri apa yang diaorg nak. lagi pun harga pukul rata semua RM3 kan.
Memang aku cakap haaa ambik la nak makan apaaa.. makan la sampai puass...
and tak ku sangka Danish la paling hantu makan Salmon Sushiii! 
Berpinggan2 dia ambik wahahhahahah memang boleh geng ngan Mama ni .
 Dania asyik bedal Prawn tempura sushi je laa..
sama ngan Dhiya.. Abang ada la jugak habis 4-5 pinggan.
Aku pun puas gak makan menu2 kegemarann..
Salmon, Squid (sotong putih), Hotate (soft scallop) memang feveret aku ni.
Unagi je tak nampak semalam huhu.
lama giler rasanya tak jejak rasa memang mode menketedaghah!
Sedar-sedar 28 tingkat apartment nko hambek! wahahhahaha

Apapun Alhamdulillah....
puas makan Sushi kali ni...
gendang gendut tali kecapi ... kenyang perut senang hati hihihihi


Siapa yg teringin boleh terjah sementara promosi ni yekkk!


Al-Kisahhh

Assalamualaikum...
Waa sekejap sangat cuti sekolah berakhir yek. Tup tup dah naik sekolah hari ni. Owh ya hari ni Danish SRA darjah 3 cuti sempena minggu peperiksaan PSRA. Petang sekolah macam biasa. Dengar2 citer paper UPSR Matematik dan B.Tamil pun bocor kann... kesian sangat budak2 tahun ni. Semoga kes tahun ni menjadi iktibar kepada semua rakyat Malaysia supaya menjadi bangsa yang lebih berintegriti.....

Apapun cuti sekolah kami tahun ni tersangatlah sempoinya. Maklum je lah dengan kes rumah ni kan. Alhamdulillah plan C dah bermula dan nampak progress. ... mudah mudahan kali ni berjalan lancar amin.
Bila dah nampak 'jalan' baru la Mama Papa tergerak nak bawak budak2 ni jalan. Sian derang tak ke mana kann.... plan asal hari Sabtu tu nak pergi Taman Burung KL. Pagi2 dah bangun dan bersiap bertopi bagai takut panas buat aktiviti outdoor  last2 pagi tu mendung dan gerimis. 
Penyudahnya tukar plan ke aktiviti indoor.

Akhirnya kami decide ke area Damansara dengan erti kata lain IKEA. Ada beberapa tempat indoor budak2 boleh main sambil2 tu boleh jugak Mama eh cuci2 mata cari idea kan.
Seb baik sini banyak area budak2 boleh jejak. Dalam IPC dan juga play land dalam IKEA tu sendiri.
Tapi kena queue dan tunggu giliran nak masuk dalam tempat main tu.


Rambang mata kalo gi IKEA ni kann..
sambil buat minda terapi..
idea memang macam2 tapi tepuk poket tanya selera lah hihihihi

Antara tempat yg di lawatii....
boleh la wat geli2 ehhh


Hari Ahad dik rumah je sambil settle2 barang utk start sekolah hari ni. Gi majlis makan2 kat rumah jiran.. best ada water feature kat rumah dia. Boleh gak wat tambah2 idea ni hehehe


.Ahad tu memang lepas rumah je sambil Abang pantau kontraktor buat kerja...


Cuaca mendung kann... aku pun duk rumah layuu je rasa...
tengok si Delisha... layan FROZEN tak tau la berapa juta kali dahh...
sampai terlelap2 depan TV hihih


ZZZZzzzzzzZZZzzzZZ di hujung minggu yang sejuk dan nyamannn 


Al-kisah hujung minggu di akhir cuti sekolah kami....

Assalamualaikum...
Hujan renyai langit mendung... semendung jiwa lara...
Renovation stuck pada skala 85-90%.... kesian budak2 cuti sekolah Mama Papa tak de hati nak berjalan kemana. Hari Isnin lepas ambil cuti sempat bawak Danish & Dania pergi tengok movie "Planes" - best sangat!. Tu pun time movie hilang kejap fikir pasal rumah... 
habis movie terus nak bergegas balik jugakk.... 

Sememangnya renovate rumah bukan kerja mudah. Dah masuk bulan ke-6.... dari plan A dah berganjak ke Plan B.... tak sangka kena run Plan C pulak huhuhuhu. Gara2 itu ada 2 schedule interior vendor yang terpaksa di postpone minggu ni. Sebelum reno memang dah survey sana sini TIPS2 untuk renovate rumah.
Antaranya tabung emergency kena ada sekurang2 30% dari budget asall..
giler banyak 30% tu wehhh.. dalam hati.. takkan kotttt sampai 30%..
bayangkan kalau kos 100K kena standby emergency 30K.. kalau 150K kena ada 45K...
kalau 200K ?? (ini CONTOH sahaja) Kira je lah sendiri.. banyakkk tuuuu !!
tapi tak sangkaa.... memang TIPS ni adalah satu realiti!!!!
so beware lah yg ada perancangan diluar sana huhu

Apapun di hari Jumaat ni yg penuh baraqah ni.. plan C akan bermula. Moga hingga selesai dan sempurna rumah idaman ni. Jauhkanlah kami dari terpaksa merangka Plan D.
Usaha yang bukan sehari... impian yang bukan setahun... 
masa tau Plan B stuck memang malam nya menangis2 aku atas sejadahh..
pada sapa lagi aku nak mengadu... hanya pada Allah... hanya pada Allah swt....
Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah. .. permudahkanlah...


Semoga Allah berikan kami jalan yang lurus dan penyelesaian terbaik dari segala macam kekusutan. Allah jualah sebaik-baik pemberi rezeki dan Dia jualah pengatur dan penguji hati. Semoga kami sentiasa bersyukur dengan anugerahNya dan tabah dengan ujianNya.... doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar... aminnn amin yarabbal alaminnnnn
Assalam.....
Alhamdulillah... selepas task force gerak kerja pantas dengan kontraktor lepas raya hari tu ada la nampak progress rumah ni. Tu pun kitaorg yg dah take over projek dan upah and barang kitaorg yang  manage dan beli sendiri.

Bermaksud lepas ni kitaorg dah boleh la kalau nak buat bisnes  buat rumah sbb dah tau kat mana 
nak cari barang2 dari barang kasar sampai ke furnishing ngahahahaha *ferasann sangatt uollls*.
Minggu ni pun super busyyy... weekend ada Disaster Recovery excersice dengan Japan
start dari 11 malam Jumaat malam Sabtu tu sampai 3 petang esoknya .. 14 jamm!
giler nko bila aku nak tidurr..
jenuh nak curi2 tidur dengan kenit2 ni kann.. pepaham je la.
lepas tu bersambung pulak hari Ahad dari 2 pagi sampai 1 tengahari..!!
pun macam tu lepas habis sessi DR excersice ni kena gagahkan diri gak jejak
vendor2 dan kontraktor rumah untuk pelbagai arrangement. Dah weekend je masa yang ada..
hari kerja memang tak sempat dah selain dari memantau kontraktor yg buat rumah punya kerja kannn.
Ni pun pagi Abang sempat la keluar gi order barang2 kasar.
So far dalam dah 80-85% siap. Dah start nak buat lantai garaj luar...
Alhamdulillah laaa

Anyway finally minggu ni berjaya menjejakkan kaki ke Signature Kitchen Lifestyle and Gallery
untuk buat full payment dan progress order masuk ke production. Alhamdulillahhh...
lega rasa. Kalau tak tengok keadaan rumah pun suspen je kannn...
lepas order masuk production estimate 4-6 minggu pulak sampai 
complete installation... lama tuuuu huhu


Ni gallery Signature Kitchen yg terletak di Puchong Bandar Puteri.
Bila dah involve dengan kerja2 renovation ni baru tau 
kat Puchong ni memang bersepah2 kedai2 untuk diterjah yang berkait 
dengan Home Reno. memang banyakkk!!
Jadi senang la tak yah nak drive jauh jauh. 
Kalau ada masa aku share lah nanti kat mana dan dimana nak cari yek.

  

Sempat cuci2 mata dulu kat Signature gallery.


Actually kitaorg sign up booking ni masa Home Dec 2014 kat KLCC awal tahun ni.


Yang baju hitam tu Mr Ben, designer KC kitaorang. 
Dia yang advise warna dan material untuk di pilih.
Actually kitaorg pun buat yang simple je huhuhuhu.
konsep Simple yet elegant gitewwww *statement tak leh blah hahaha*


Waaa. ni antara design Tall ladder terbaru dari gallery.
Ada jugak add on Tall Ladder ni tapi yg pull out tall ladder
bukan open type macam ni.


Antara yang menarik perhatian, Signature KC menggunakan 
BLUM technology untuk soft close cabinet with life time warranty.
Haishhh.... aku pun memang dah tak sabar menunggu hasilnyaa nantii...
dah masuk excited mode ni hihihihih.
Maklum la 10 tahun kahwin tak pernah merasa pakai KC.
Kesiann sangat kennnnnnnn...!
Memang KC idaman kalbu ni ahahahhaha


Suasana cozy dalam gallery.


Sempat gak posing secawannn.. eh sekepinnnng!
Suka aaaa kalau ada veranda macam ni kannn....
pakal je space rumah tak cukup luasssss huhuuh


Actually Mr Ben pun dah buat final measurent lepas 'dapur' dah nampak rupa
bulan lepas. Tu untuk finalize ukuran KC dan juga kerja2 pemasangan tiles
pada dinding dapur.



sambil meninggalkan pesanan dan kata2 azimat pada kepala kontraktor.


Settle bab KC, pergi ke Red Interior Design yg terletak di Subang.
Pun berkenalan masa HOME DEC 2014 awal tahun ni jugak.
Ada jugak guna khidmat Red Design ni masa rekaan layout rumah.
Red Design pun ada buat kerja2 renovation.
Mula mintak quoation utk reno rumah dia kasi rega 400K nko!
Fengsan makkkk!  penyudahnya kita guna khidmat nasihat je la.
Bahan cari sendiri... cerdik tak ? ekkekekeke

Anyway kali ni pergi untuk collect built in Microwave.
Yang lain2 macam Hood, Gas stove, sinki & tap dan oven dah order under package Signature KC sendiri.


Settle kat sini dah pukul 6 petang.
Malam ni aku nak kena berjaga jadi burung hantu start dari pukul 1:30 pagi pulak.
So terus ajak budak2 early dinner di Pizza Hut area Puchong.


order latest menu


kalau kat Jepun namanya Guratan... sedapp ni!


Feveret anak2 jugak sesame tiger prawn spagethi.


Tu belum 2 pinggan side order tempura tiger prawn lagi.
Memang hantu semua ni...

Lepas dinner terus balik rumah... hari ni rehat dan tidur awal okeyyyyy
tengah malam Mama dah kena bangun nak jadi burung hantu ni!!

Al-kisah
Assalamualaikum...
Semalam genaplah usia Dania yang ke 7 tahun Alhamdulillah. Since semalam cuti (tapi mama kena standby sbb Japan kerja macam biasa huwaaaaa) maka buat lah juga small celebration. Asal2 niat nak keluar makan dekat2 rumah je since mama dari pagi dah kena online PC jadi tak sempat nak masak beriya. Mujur lah kek Frozen yg ditempah last minute jumaat malam lepas sempat siap. Tu pun order dengam ex-housemate zaman bujang2 dulu yg sekarang ni dah core buat bakery.

Sekali Dania pulak asyik sebut2 je kakak Alya dia (sepupu). Dok tanya kakak Alya datang takk... haish tak sampai hati pulak makanya lepas zuhur Papa dia pergi lah pick up kakak2 sepupu buat meriah2 majlis simple Dania ni.

Petang bila2 kakak2 dah sampai terus celebrate dan potong kek. Yang tak sabar sangat tu bile nak bukak dan menghadap loom band tu. Mmg patut panggil kakak2 yg dah tahap sifu tu hihihi.


Bufday girl


Kek Frozen yg sedang menjadi kegilaan kanak2 hihihihi


Kakak2 sepupu yang memeriahkan majlis simple ni



Acara potong kek siap ada 'pembantu'


Kek Red Velvet Frozen yang sangat marvellous...!
Fresh cream yang ringan kena pulak dengan rasa RV yang lemak masam manis tuuu...
sedap sangat uollss!


Riak wajah Dania yang jelas tergambar keriangannya.


Seronok sangat tengok senyuman ceria Dania sepanjang kakak2 ada kat rumah. 


Operasi menge'loom band


Sebelum ni Dania dok beli kat sekolah 1 set RM2.
Habis duit belanja sekolah kenn


Tu dia kakak2 dengan hasil Loom band masing2


Patern sama jek? aku lak tak sempat nak carikan manuall


Petang tu sempat lagi keluar gi main kat taman. Dinner bawak semua makan kat luar baru hantar kakak2 balik. Otw balik puchong Papa kata separuh perjalanan Dania menangis dalam kereta dek kesedihan bila kakak2 dah balik huk huk!
Anyway Selamat Hari Lahir utk Dania. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat. We love you so much!!!