Assalamualaikum....

16hb Mei dinobatkan sebagai hari guru. Maka bersempena itu 
ku ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI GURU 
buat semua insan yang bergelar
guru diluar sana terutamanya para guru yang pernah mengajar
diriku sehingga daku berada ditempat daku sekarang.
Jasa dan pengorbanan para guru sekelian tak mungkin dapat ku balas.
Hanya mampu ku panjatkan doa agar kalian sentiasa dirahmati
oleh yg Esa selalu.

Tak lupa buat kedua ibu dan arwah bapa yang menjadi
guru pertama ku mendidik sejak daku kecil. 
Kalianlah yang tak pernah penat mengajar daku
sehingga daku menjadi seorang manusia. 
Semoga Allah sentiasa merahmati kedua orang tua ku ... aminnnn



Bersempena sambutan Hari Guru jugak Danish & Dania
ada jugak sediakan sedikit cenderahati buat guru2 mereka.
Guru2 sekolah kebangsaan, sekolah agama  Danish dan juga guru Tadika Dania.
Sempat buat epal wrap plastik.. idea papanya. Teringat plak nostalgia
zaman sekolah sekolah dulu hihihi.

Pemberian kecil sebagai tanda ingatan ikhlas dari seorang anak murid.
Terima kasih atas jasa guru2 sekelian. Semoga terus bersemangat
mendidik anak bangsa yang bakal menjadi peneraju negara kelakk.
Terimalah ingatan yang tak sepertinya dari kami......
dengan ucapan
" Kami Sayang Cikgu ! "

3 sweet comments:

Nad MamaZN said...

Ralit 2 beradik tu :)

Zura@Iwan said...

rajin dorang buat hadiah utk cikgu2 dorang...sweet..

eelobor said...

keluarga saya baik adik beradik, ipar-duai, sepupu-sepapat memang dari kalangan warga pendidik. menyesal lak masa duk belajar dulu malas... asyik ponteng jer kerjanya.... hahaha