Assalamualaikum.....

Tanggal 10 Januari 2013, hari Khamis lepas, Ayahandaku yang tercinta
 telah kembali ke Rahmatullah.

Gambar hiasan. Credit : Jubizawarisan

Setelah hampir setahun bertarung melawan kanser Limfoma, akhirnya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4 pagi, hari Khamis 10 Januari di temani oleh kesemua anak-anak, menantu dan isteri tercinta.

Jenazah selamat dimandi, di kafan dan di sembahyangkan serta selesai di kebumikan 
kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.
Alhamdulillah semuanya berjalan dan cuaca pagi itu amat redup dan tenang.

Kami sekeluarga redha dengan pemergian Ayahanda tercinta. Semoga kita akan bertemu semula 
di Syurga nanti ya Abah.... InsyaAllah

Ya Allah. Sesungguhnya kami redha dengan segala ketentuanMu. Kuatkanlah hati kami
kerana kami pasti akan merindui insan yang sangat kami kasihi.
Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah dan Kau terimalah segala amalannya.
Dia (ayahanda kami) telah mencukupkan kami dengan pengorbanan, 
didikan dan kasih sayang sejak kami di lahirkan. 
Maka Kau lindungi dan kasihanilah dia sebagaimana dia melindungi
dan mengasihani kami sejak kami kecil.

Ya Allah... Kami bermohon di atas kasih sayang dan rahmatMu...
Kau luaskan dan Kau terangilah kuburnya. Kau hindarkan lah dia dari azab kubur Ya Allah.
Kau cucurkan lah rahmat ke atas rohnya dan letakkanlah dia di kalangan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah... Kau masukkanlah Ayahanda yang kami kasihi ke dalam
Syurga Syurga mu Ya Allah.
Sesungguhnya Kau jualah Tuhan yang Maha Pengasih 
lagi Maha Pengampun.

Amin amin Ya Rabal Alamin......

Al-Fatihah

9 sweet comments:

Unknown said...

Al-fatihah..semoga arwah ditempatkn dikalangan org yg beriman..takziah ye kakizan

Irfa said...

alfatihah utk ayahanda

juelee said...

takziah kak.. al fatihah utk arwah

nad said...

Salam takziah kak...
Al fatihah buat arwah...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

salam takziah izan..

alfatihah buat arwah...

Dilla Kim FHKD said...

Pada tarikh yang sama tapi pukul 3.45 pagi, pakcik sy pun telah meninggal dunia.

Al-Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita (T_T)

fiziskandarz said...

I'm sorry for your loss kak Ezan. everything that happen, happen for a reason. kami doakan yg terbaik untuk semua.

Cho Zila said...

al-fatihah.. akak juga doakan semoga arwah abah izan tenang di sana...

*∽ IZAN ∽* said...

Salam semuaa... terima kasih atas ingatan dan mendoakan. Semoga doa dan sedekah Al-fatihah kalian sampai kepada Allahyarham... aminnnnnnnnnnn
Luv uolllss...!