Assalamualaikum...

Kali ni nak share satu website yang boleh membantu anda untuk menguruskan kewangan dengan lebih mudah.
Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej yang sesuai untuk membuat pinjaman perumahan mahupun
pinjaman peribadi tak kira atas apa tujuan sekalipun. Mungkin ada yang sedang tercari-cari pakej Kad Kredit yang sesuai untuk di gunakan sewaktu kecemasan atau mencari pakej Insuran kereta ?
Ahaa.. ini dia website yang sangat memberi manfaat untuk tujuan2 di atas.


Website iMoney menawarkan perbandingan pakej-pakej seperti Kad Kredit, Pinjaman Perumahan,
Pinjaman Peribadi, Insuran Kenderaan termasuk Insuran kemalangan peribadi yang di tawarkan oleh bank-bank di Malaysia termasuk agensi-agensi yang berkaitan.

Jika anda masuk ke Website ini, anda akan nampak 5 menu di sebelah kanan :-
CREDIT CARD, HOME LOAN, PERSONAL LOAN, CAR INSURANCE & PERSONAL ACCIDENT INSURANCE.



Next just pilih menu yang berkaitan. Contoh untuk PINJAMAN PERUMAHAN :

Untuk lihat perbandingan interest rate yang di tawarkan oleh pakej , bayaran bulanan serta jumlah interest yg di bayar di akhir tempoh pinjaman, just masukkan figure yang di kehendaki. 
Contoh seperti yang tertera di bawah. Masukkan Figure pinjaman, tempoh pinjaman.

 Anda akan dapat lihat senarai pakej dari bank mengikut turutan.


PINJAMAN PERIBADI :-

Masukkan jumlah yang hendak di pinjam, tempoh, umur dan juga anggaran pendapatan seperti contoh di bawah.

 Tara...!! terus dapat result senarai bank termasuk anggaran bayaran bulanan.


Turut di senaraikan senarai KAD KREDIT.
Mana tau ada yang nak tambah koleksi or nak upgrade
dari GOLD ke PLATINUM ke... kat sini yang penting boleh tau Annual Fee waived
dengan syarat or waived for life. 


INSURAN KENDERAAN


Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari iMONEY.MY okeh !

4 sweet comments:

Cik Puan Mimi said...

Wah bagus info ni izan.. Sangat2 berguna

Anonymous said...

Salam! Saya Jason dari Pasukan iMoney. Kami amat gembira mengetahui bahawa saudari mendapati laman web iMoney berguna kepada saudari sekalian.



Kami kini juga tengah mengubahsuai laman produk deposit tetap, deposit simpanan, dan pinjaman kereta supaya lebih berguna kepada pengguna kami.

Kami juga dalam proses menterjemahkan laman web iMoney kepada Bahasa Melayu.

Sila menulis kepada kami @ jason@imoney.my atau hello@imoney.my sekiranya saudari ingin bertanya/ maklum balas kepada kami tentang fungsi laman web iMoney.

Kami di iMoney berterima kasih atas sokongan saudari sekalian!

Sharinginfoz said...

bagus gak benda alah ni boleh cuba

Cho Zila said...

ini sudah baguihkan.. takler nak bertanya sana sinun.. satu tempatjerkan...