Assalamualaikummm

Aha bersambung lagi dengan entry KIDZANIA.
Sempena cuti2 sekolah ni  mana tau ada lagi yang 
nak tambah location untuk di terjah!

First photo saje I letak gambar Danish & Dania
jadi pakar bedahh.. Hot profession nihh!


Okeh.. sambungan dari entry lepas.
So bila dah check in dapat lah tag kat tangan
serta 'Passport'.


Then kita akan dapat Cheque bernilai 50 Kidzos setiap kids.
Kidzos adalah matawang yang di gunakan di Kidzania ;)


Danish & Dania dah mula excited! Dari 2nd floor kena naik pulak ke 5th floor.
 Kena check in ke kaunter Air asia lagi dan dia akan scan tag kat tangan kita tu..  


Queue panjang wehh.. dari 2nd floor ke 5th floor cenggini lah queue nyer uuhuhu.
ada 30 min gak kot kitaorg queue sampai belh masuk ke Kidzania city.


Masuk-masuk je terus ke bank, CIMB Bank.
Danish & Dania cash kan cheque masing-masing.
So setiap orang dapat cash 50 kidzos. 


Masing-masing dah excited bila dah berjaya berurusan sendiri di kaunter bank!
Wang ni akan di gunakan di setiap tempat yang akan di kunjungi
sama ada perlu di bayar jika kita yang nak dapatkan service
ATAU dapat bayaran aka GAJI setiap kali kids selesai 
menjalan kan tugas (pekerjaan) di mana2 yang berkaitan.


Sempat beramah mesra dengan Maskot KIDZANIA.


Firstly Danish terus ke Kidzania National College.
Dengan kelayakan akademik yang cemerlang,
kids akan berpeluang untuk mendapatkan gaji yang lebih
tinggi..! Seperti juga di dunia sebenar. Sedikit sebanyak ia mengajar 
kanak-kanak tentang kepentingan pendidikan. Bagus kan!


Okeh.. kat setiap tempat ada signboard ni. Ia menyatakan secara terperinci
Capacity kids setiap sessi, jangka masa, umur yang di sarankan serta
fee yang perlu di bayar atau salary yang akan di terima bergantung
kepada profession / tempat.
So kat Universiti ni yuran pengajiannya ialah 10 Kidzos
dan di sarankan untuk 7 tahun ke atas gitewww.


Danish dan 'lecturer'


Danish sedang bertungkus lumus menyiapkan 'test' & 'assignment'.


Okeh..! Danish dah tamat pengajian dan berjaya di anugerahkan dengan 
'Bachelor of Health Science (B.H.Sc)'.
Kini Danish bergelar DR DANISH!!
Kakkoiiii!!!!! *Smarttt ehhh!!*
Tahniah untuk Danishh!!


Sementara tu pulak Dania pergi menuntut di 
KIDZANIA PAINTING SCHOOL
dalam misi menjadi young artist gitewww


Kat sini Dania pun kena bayar yuran pengajian sebanyak 5 Kidzos.


Pintu masuk 


Dania sedang mengenakan uniform dengan bantuan hehe


Peralatan untuk para artist


Antara pelajar yang sedang menuntut di Kidzania Painting School 


Dania yang tekun menyelesaikan tugasann..!
Siap uniform gitewww! 


Dalam pada menunggu Dania, Danish pulak bekerja sebagai
POSMEN di POS MALAYSIA. Kat sini Danish di tugaskan untuk
membuat penghantaran bungkusan di pejabat2 lain di Kidzania City
secara berkumpulan. 


Selesai melakukan tugasan, Danish & team balik ke pekabat
Pos Laju. Kat sini Danish terima gaji sebanyak 10 Kidzos.


Next Danish & Dania bekerja di KPJ Health Center pulak.
Both nak jadi Pakar Bedah!
Gaji pakar bedah (Surgeon) ialah 10 Kidzos.
Di sebabkan Danish ada Bachelor of Health Science
dan bergelar Doktor.. maka Danish layak menerima
tambahan 2 Kidzos menjadikannya 12 Kidzos secara keseluruhan.


Kanak2 juga boleh memilih untuk menjadi doktor di bahagian
endoscopic.


Dan juga sebagai nurse


Danish & Dania sabar menunggu giliran. Ni antara profession yang hot. 
Total masa menunggu sejam ler jugak uhuhuh


Pesakit yang bakal di bedah di bilik surgery.


Dr Danish & Dr Dania.. so cutee!!!


Mendengar penerangan sebelum melakukan pembedahann..!


Meneliti keadaan pesakit sebelum melakukan pembedahan.


Dr Danish & Dr Dania yang sedang bersungguh-sungguh 
menjalankan pembedahan terhadap pesakit.
Gambar ni Crew cameraman je yang boleh amek sebab diaorang 
je yang boleh masuk selain kids....
memang crew cameraman berlegar di mana2.
Kalau nak beli sedialah RM20 sekeping ohok ohok!!
kalau korang2 nak amek gambar sendiri pun bleh 
cuma bleh amek
gambar dari jauh je macam gambar2 di atass.. uhuhu

Lepas selamat menjalankan pembedahan,
Dania menerima gaji sebanyak 10 Kidzos 
manakala Danish sebanyak 12 Kidzos.
Danish boleh menunjukkan card 'kedoktoran'nya
di mana-mana pusat kesihatan di KIDZANIA untuk 
layak menerima gaji yang lebih tinggi ! :)


To be continue.....!! 

5 sweet comments:

yatie chomeyl said...

takaiii nya harga gambaryg kameraman tu amik, tp cantik la shot dia...so puas hati la kot bayar RM20 eh kak

Gieyana said...

Bestnyer....bagus utk kanak2 kan..kalau dkt nie sure aku nk ggk ni bw anak ke sini..:-)

*∽ IZAN ∽* said...

Re Yatie : desyouuuuuuuu!! takasugiru!!!
RM20 per pc, RM50 per 3 pcs isk isk iskkk.. pandai sungguh depa buat duitt.. sabor je laaa

*∽ IZAN ∽* said...

Re Gieyana :
Tak pe.. esok2 kalo ada plan datang KL bleh la lajak ke Kidzania. Mesti anak dara nko nak jadi beautician hik hik hik. Dania dah queue, tak sempat masuk session dah closed uhuhuhu

Aleyn said...

Perghhh...mahal seh sekeping 20rm...baik beli 3 keping terus..jimat sket...tapi gambar mmg tip top lah....