Assalamualaikum semuaa..
Sekejap je hujung minggu berakhir.. selamat melayan Monday blues uollss hehehe.
Nak update entry berat sket ari nih uhuhuh
Last weekend hari Sabtu sehari suntuk
ke Hotel Marriott Putrajaya menghadiri
International Seminar sempena sambutan
ulang tahun ke 30 tahun Look East Policy (LEP).
Untuk rekod, LEP di asaskan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1982
dan secara tak langsung aku adalah antara anak didik dari program LEP.
Seawal jam 8 pagi dah sampai ke Marriott Hotel
maklum lah hotel sepelaung je dari rumah uhuhu
Antara peserta merangkap office mate
9:45 pagi keynote speech by YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Ketibaan YAB Tun Dr Mahathir ke Ballroom
Akhirnya keynote speec yang di nantikan dari Yang Amat Berbahagia,
Tun Dr Mahathir Mohamad..
Speech sepanjang lebih setengah jam tu sarat dengan
mesej dan penuh inspirational.
Terima kasih Tun..!
Kepada yang ingin membaca dan selami
buah fikiran beliau boleh layari :
Dan antara isu dan di kupas termasuklah
yang pernah aku baca di blog Tun sebelum ini,
walaupun di kupas dalam sudut yang agak berbeza
antara West and Eastern countries.
Membuatkan aku berfikir dan menilai semula hala tuju dan prestasi diri
kerana sekarang aku berada di tengah antara kedua-duanya,
bekerja di bawah company 'Barat' yang menjaga company di 'Timur'..
From view of red carpet
Dari kiri Pro-Chancellor Toh Puan Dato' Seri Hajah Dr Aishah Ong,
Mr Ambassador Shigeru Nakamura dari Ambassador of Japan,
Former Prime Minister Tun Dr Mahathir,
Dr Seo Pil Eon, Vice Minister, Ministry of Public Administration and security,
Republic of Korea
Tun Dr Mahathir ketika mengulas soal jawab yang di kemukakan oleh
perserta seminar.
Sempat bersalam dan mengiringi Tun Dr Mahathir keluar dari
Ballroom. Ayahanda Tun sentiasa segak dan tersenyum mesra.
Long live Tun..!
Pukul 10:00 pagi masa untuk mengeteh & bergossip!
Ada beberapa booth jualan di buka. Antaranya buku cerita dan novel karya penulis penulis
dari LEP ! Wow..! Aku baru tahu ada penulis di kalangan kami.. dengar cerita masing2
berlatar belakang engineering tapi mengisi masa lapang dengan menulis novel!
Harus la aku support diarorang ni kan..! Kalau uolls nak cari novel2 diaorang pun boleh
dapatkan di MPH berkekatan okeh.
Antara karya Nash Azly ~ Donchan, KolaGen & Antologi Cerpen, Tentang Cinta
Bergambar bersama penulis-penulis. Tumpang bangga dengan diaorang nih :D.
Kalau korang nak baca kisah-kisah cinta berlatar belakang kehidupan
di bumi matahari terbit jangan lupa dapatkah naskah korang di MPH okeh!!
Booth Visit Japan pun ader :D
Acara di teruskan dengan Forum bertajuk
'30 Years of Look East Policy : Sustainability and Achievement'
Ahli Panel terdiri daripada :
YB Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawter, Honorary Secretary Malaysia-Japan Economic Association,
Ms Natsuko Sakata, Political Counsellor, Embassy of Japan &
Mr Yoo Euy-Sang, Director General Ministry of Public Administration & Security,
Republic of Korea
Selesai forum, luncheon beramai-ramai.
Aha.. ni semua peserta peserta 3rd batch Jenesys tempohari
Table mate
Lepas lunch sessi bergambar di sana sini eheheheh
Terserempak ngan adikku *Duk homestay dengan keluarga angkat sama kat Jepun*
Intan Amir merangkap wartawan TV3 di 'bilik solek'..! Giler besarrr ruang diaa!
Apalagi terus posinggg !! Macam reunion geng2 Jenesys plak hihihi.
Tu pun si Intan busy ke hulu ke hilir menginterview sana sini
tak dan nak bergossip panjang uhuhuhu.
Haaaa.. kalau korang terror, dalam gambar ni camera woman
pun masuk dalam gambar haha!
Cuber teka apa yang speciall..???
Cermin besaq gillerr..!! Besttt woh!!!
Seterusnya acara di teruskan dengan Pararell presentation mencakupi pelbagai topik,
Ekonomi & Polisi, Pembangunan sumber manusia & Latihan dan pendidikan.
Presentation yang di bentangkan oleh para academician, Proffessor
dan Dr dari pelbagai Universiti.
Cukup banyak info dan input yang kami dapat dari sessi ini Alhamdulilllah..
Apapun korang boleh baca ulasan event hari ini
Last but not least, montage of 30th LEP anniversarry.
Keluar semua gambar-gambar dekad lepas :D
Closing ceremony berakhir pada kira-kira jam 5:30 petang
sebelum acara minum petang sebagai penutup.
Alhamdulillah.. seminar kali ini begitu bermakna.
Banyak input berguna yang di perolehi.
Terima kasih kepada semua yang telah menjadikan
seminar antarabangasa bersempena 30 tahun ulangtahun LEP ini
satu kenyataan dan kejayaan..! TAHNIAH!
P/s: 1) Malam terima SMS dari Kakak & Pakcik mengatakan wajah ku keluar lagi
di Buletin Utama untuk event hari ini tapi aku pun terlepas nak tengok gara-gara
TV di konker oleh Euro Cup 2012 uhuuhu
2) Jom tonton 30 minit dokumentari Bahasa Derita Iwate berkisar tentang
kisah mangsa-mangsa the Great Tsunami Japan 2011
di Astro Awani, Channel 501
malam ini, Isnin 25 Jun, Jam 9:00PM ~ 9:30PM.
Selami derita mereka agar kita sentiasa muhasabah
dan bersyukur dengan nikmat yang kita miliki hari ini.