Salam Aidilfitri buat semuaaa....!

Wah wah wahhh.. raya cuti sakan, naik cuti masuk kerja baru la sempat nak hapdet..huhuhuh.
Tahun ni tema baju raya - Kuning kecoklatan..! Dan turn raya tahun ni ialah di Pahang... Jumaat lepas berbuka, lepas collect 'frame 5th anniversarry' dari Min, Pretty Peektures baru la kami bertolak ke Pahang. Boleh tahan jammed jugak malam tu. Bertolak kul 10 malam nak dekat pukul 2 pagi baru sampai kampung!
Sessi bersalaman di pagi raya..
Me & hubby.. Gambar semua cousin Danish & Dania kat Pahang.
Tahun ni 1st Raya utk hensem boy- Fahim *Baju melayu biru*!!
Ada la geng 'boy' Danish kat Pahang.. heheheh

Antara juadah di pagi raya... rendang, lodeh, lemang, ketupat, sup tulang, sup ayam, mee hoon, soto, Ungkep ayam, ayam masak merah, kuah kacang & Satay! Satay tu pun buat sendiri.. peram, cucuk & bakar sendiri! huuhuh



Keriangan di pagi raya & pesta main bunga api malam raya...

Moralnya Raya ni seronok sangat Danish jumpa sepupu sepapat kat kampung.... since my SIL, Ijah nak bertunang maka kitaorg pun sibuk gak le dgn persiapan nak buat kenduri. Raya pertama beraya kat rumah jiran-jiran .. Raya ke-2 gi beraya rumah sedara mara & siapkan pelamin bertunang.. raya ke-3 sibuk persiapan kenduri my SIL yg nak bertunang.. Danish pulak bila jumpa sepupu sepapat sampai lupa makan, lupa mandi, lupa tidur.. lupa segala! Calar balar kat badan jangan cakap laa.. luka sana luka sini.. sedar-sedar raya ke-3 tu lepas kenduri dia terlelap, bangun merengek cakap pening kepala... tengok2 badan panasss! Belikan Cortall.. petang tu gi beraya rumah sedara seb baik la sedar tu staff nurse.. dia cek kan body temperature Danish 39.5 degree! Terus mandikan Danish dan bagi ubat demam. Malam tu berkejar jugak le ke Bandar pusat cari klinik tak ada yg buka.. sampai ke Temerloh pun tak jumpa gak Klinik..! Last2 beli syrup Panadol je untuk Danish & Cool fever. Malam tu Danish demam, muntah-muntah, cirit birit sampai habis semua baju..! Tapi Danish tetap mantain cergasss..! The Next morning sebelum bertolak ke Johor, pergi Poliklinik berdekatan.. Dapat Ubat Demam & antibiotik...
nasib baik suhu badan Danish turun sket.. haiiiii.. main tak ingat dunia sampai demam-demam!
Majlish Pertunangan Ijah
Dalam kemeriah menyambut syawal, kami terima kegembiraan berganda dengan pertunang adik ipar aku , Ijah dengan Man dengan bertemakan kaler purple & pink. Tahniah to both of you! Semoga bersabar dengan semua dugaan dan semoga segala yang dirancangkan berjalan lancar.. Insya Allah...




Haa... tu dia Mak Andam celup.. ekekekekkeke. Pelamin hasil kerja tangan aku & K.Su... hua hua huaaa.. agak2 leh bukan bisnes andaman takk.. kuwangg kuwangg kuwangggg!

6 sweet comments:

zura@iwan said...

slm ...

meriahnya tgk gmbr...

IZAN said...

Re Zura,
selamat hari raya zura.. harus meriahhh setahun sekali la katerkan hehehehehe. BUdak2 le sokmo excited lebihhh jumpa sepupu2 nyerr huhuhu

Gieyana said...

Izan...bestnyer ko..sedondon gitu...

raya mmg meriah kan..

mak aiii..masakan pon byk! ishh..skrg eden dh lapar ler plak!

Aleyn said...

Hi...Danish beraya sampai demam demam...siannn dia...dah sihat ker belum Zan dia?

ambrynaa said...

bestnya bakar sate kat umah..kellassss!! bekas makanan tu macam ko punya je Izan. ehehhe

hanny said...

selamat hari raya izan. dah nak sampai penghujung syawal..gomen ne...