hahh!!! Cepat je klikkk tengok topik ni! hahahahahhaa... opsss!

Kisahnya camni..
Cuti sekolah cam biasalah banyak kenduri kendara orang kahwin. So last week aku balik kampung Pahang sebab jiran kat kampung Abang ada buat kenduri dan macam biasa kitaorang kena la 'rewang' kata orang Johor sebab kat kampung tu dah tak ada siapa2 lagi...

So habis rewang & habis kenduri petang tu ada la jiran datang rumah hantar berkat (lauk kenduri bungkus) dan goodies bag orang kenduri. Kitaorang dapat la sorang satu so ada 2 bag termasuk satu lagi bag utk sepupu kitaorang yg tolong kenduri jugakk..

Dalam bag tu ada la bunga telur.. and kalau dah nama bunga telur of course la ada telur! and also jajan - Sumi, cracker & gula-gula. Danish la yang paling excited bukak goodies pack and terus request suruh kopekkan kulit telur... bagi kat Danish sekelip mata je habis sebijik!

Dah la petang semalam kitaorg sampai terus singgah Hospital bandar Pusat melawat sepupu yg pregnant kembar warded dek suspect kencing manis. Makanya masa kat hospital tu ada la Abang tunjuk kat aku poster kesihatan pasal kadar kalori dah salah satu dlm list TELUR! Telur kuning je 1480 sedangkan telur putih cuma 300 jek!

So bila hari ni Danish dah habis sebiji sebiji telur dan Danish nak lagi sebijik telur yg kitaorg dah bagi kat Dania maka of course la Abang pun tak bagi sebab dah tertengok poster kalori tu dan sepatutnya seminggu boleh makan maksimum 2 biji telur jek! Malangnya Danish merengek nak jugak telur yg ada pada Dania.. maka akhirnya dapatlah pau Dania separuh biji. Habis pulun satu setengah biji.... tak lama tu Danish datang kat aku bawak bunga telur lagi satu...
Alamak ni bunga telur utk sepupu aku.. makanya kitaorang tak bagi la kat Danish sambil explain yg bunga telur tu bukan Mama or Papa punya, orang lain punya tak boleh ambil.. Danish apalagi berkeriau la sebab tak dapat telur lagi sebijik tu... kitaorg pulak dah la Bunga telur tu orang punya ditambah dgn Danish yg dah pulun 1 setengah biji so memang berkeras tak bagi jugak Danish ambik dan Danish pun meraungggggg-raung la mcm kisah batu belah batu bertangkup tu! huhuhuhuh!!!

So aku pun cakap la kat Abang.. pergi la bawak Danish pergi kedai.. kang dia nampak jajan lupa la pasal nak makan telur.. Makanya kitaorg berempat pergi la kedai naik kereta..sampai kedai Abang pun selak2 je la duit2 singit yg bersepah dlm poket keta dah bagi kat aku, Danish & Dania sorang satu.. meaning sorang RM1 hehehhe
Abang : Nah ambik sorang seringit. Nanti ambik jajan bayar pakai duit ni tau! Pesan Abang pada Danish

Aku pun pimpin la Danish & Dania masuk dalam kedai... sampai dalam kedai Dania nampak jajan terus tak berganjak dahh.. yang Danish pulak terpusing2 satu kedai.
Aku : Danish nak jajan apaa.. cepatlah ambik
Danish : Danish nak TELURRRR.....
HA HA HA!! Ingatkan dah nampak jajan lupa dah pasal telur rupanya sangkaan aku meleset 200%!!! Ha ha ha haa...! Tergelak aku sorang-sorang tapi terus la bawak Danish kat tempat telur. 3 RM1.. Sambil aku ambik plastik kat kaunter Danish dah pilih2 dah telur mana yg dia nak ambik. Aku hulur plastik dan Danish dengan ceria masukkan 3 biji telur seperti aku suruh.
Lepas tu aku suruh la Danish bayar sendiri kat kaunter RM1. Danish punya la excited dapat beli telurrr..
Danish: Yea yea beli telurr! Yea yeaaa beli telurrrr!!
Danish menyanyi sambil melompat2 dengan sebungkus telur kat tangan. Giller happy!
Aku memang geli usus tengok Danish yg beriya2 & excited sangat nak makan telur tiba2 tu.. hahahahaha.

Masuk dalam keter Abang pun tergelak tengok Danish bukan beli jajan tapi beli telur!

Sampai rumah pulak Danish terus nak makan.. aku kata kena masak dulu baru boleh makan. Tu pun mula-mula tak terima dah mulalah nak merajukkk..

Lepas 20 minit telur pun siap direbus dan disejukkan.. aku kopek sebiji, letak dalam mangkuk dan bagi pada Danish. Sambil2 tu aku pun mula berkemas sebab petang tu nak balik Puchong dah..

Siap berkemas aku tengok Danish tak makan lagi telur nyerrr..
Aku : Laaa...... apsal tak makan lagi telur tu. Tadi beriya-iya sangat nak sampai berguling2!
Abang : Hmmmmmmmmm... Danish sayang telur tu tak nak makan. Gigit main2 je kat tepi bibirrr.... Cakap nak bawak balik makan kat rumah (Puchong)...
La pulakkkkkkkkk... macam-macam peel la Danish nihh.. saborrr je laaaaaa.. dush!! dushh!!

4 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

KEH KEHKEH .tergelak aku bace kisah anak2 ko ni izan...sweet n comel plak..tak sangka danish addict betul ngan telur...sampai tak pilih jajan tapi beli telu...dah siap masak pun sangggup tak makan sebab sayang.....tergelak2 aku bace wei....mmg peminat telur no 1 laaaa danisn nieh.....he he he he he

As said...

hahahaha... tergelak baca... klako tul danish ni... telur pun jadi.. heheheheh

*** said...

Budak2 biasa suka jajan...telur pas kat maknyer...heheh ni lain plak yer...

farah amoi said...

memcm dak-dak ni...