Bila network problem memang tunggang langgang la system.. dan akan tunggang langgang la work schedule sbb network tak boleh shutdown sesuka hati since all system running 24 hours..
Makanya aku yg dah 8 tahun kerja normal shift 8:30am-5:30pm (walau pun jarang-jarang dapat balik 5:30pm), utk minggu lepass lebih kurang mcm ni la schedule kerja.. dah la Ahad pun kerjaaa
SUN :: 8:00am - 3:00pm
MON :: 8:30pm - 6:30pm
TUE :: 8:30pm - 1:00 AM *sampai rumah almost 2:00am. tidur balik kul 3:00am++*
WED :: 9:00m - 5:oo PM *Dapat tidur pun nak pukul 11 mlm.. pagi pukul 2 dah bangun!*
THU :: 3:00AM - 6:30 PM * > 15 hours?*
FRI :: 8:30 am - 6:00pm
Memang senoneng kepala aku minggu ni dek tak cukup tidur..
Bila aku datang kerja pukul 3 pagi.. apa yang terjadi?
1. Seven Eleven 3:00am
Nak beli air & makanan, sampai2 staff kat situ bukak sikit pintu dan julur kepala
Staff 7e : Nak cari apa ya?
Aku : Err... macam biasalah, nak masuk beli makanan *dalam hati lagi mau tanya*
Staff 7e : Err.. boleh order je
Aku : Lorrrrrrrrrrrrrrr.. ye kerrr.. ? iskk iskk iskk
makanya aku berdiri kat luar pintu dan staff tu kat dalam sambil ambik order. Pintu 7e
bergari... sila tengok gambar ye
Antara yg diorder - 100 plus, susu strawberry magnolia, roti, biskut Oreo, Milo dlm cawan etc
Dapat order staff tu pun pusing la satu 7e, ambik barang dan tunjuk kat aku dari jauh
bertanya betul tak barang yg dia ambik tu..
Aku plak dari luar - angguk-angguk, geleng-geleng je laaa.. hahaha
Bayar pun hulur kat celah pintu je..
Cam tu la pulokk.. sabor je la.. wakkakakaka
2. Dania & breast feeding 5:00am
Dania masih breast feeding, pukul 5 pagi Abang call,
Abang : Nah.. cakap dengan anak awak ni.. merengek2 tak nak tidur cari mama dia
Abang cakap Dania 2 kali dah terjaga cari aku.. memula bangun terus sampai ke pintu tengok aku tak de, Abang pujuk2 tidur balik... la ni bangun lagi Abang pujuk2 tak jalan tu yang Abang tepon aku tuh
Dapat bercakap dengan Dania , walaupun aku cuma dengar dia merengek-rengek je..
lepas tu baru OK Dania sambung tidur semulaa..
iskk iskk iskk
Anyway lega sangat sebab problem settle... weekend ni bleh la pi Penang ikut Abang outstation.. huhuhu!
0 sweet comments:
Post a Comment