Hari ni cuti Sultan Selangor Birhtday.. ramai betul sambut bufday bulan ni lahh..
Aku mengambil kesempatan ni keluar DATE ngan Abang. Danish & Dania tinggal
ngan bibik kat umah.

Pagi melepak2 dulu.. buat sarapan cam biasa.
Aku & Dania - Sandwich Egg-tuna-mayo
Abang & Danish - Cucorq bilis & sambal pedal.
Layannnn tekak masing2 huhuhu!

Lepas lunch baru la kitaorang bersiap. Jenuh pujuk Danish sebab
bila tengok aku & Abang bersiap 2-2 pun dah tak duk diam.
'Danish duk rumah ngan Dania ngan bibik ya'
'Alaaaa.. tak nak laa.. Danish nak ikutt!'
Penyudahnya Abang la menabur janji manissss.
'Danish nak apaaa.. nanti Papa belikan. '
'Danish nak kereta.. nak kereta hijau tau papa!'
'Ok. Nanti boleh main kat Putrajaya kan'
Dengan janji-janji tu maka pukul 2 lebih kitaorg pun keluar menuju ke
Sunway Pyramid.
Lama gak tak singgah sini nama je dekat ngan umah. Anyway Sunway pyramid
dah extend bangunan baru siap ada Jusco so lepas ni bleh la rajin2 aku singgah sini
lagi. Satu benda yang aku suka - Parking sunway. Sebab dia ada detector so setiap
row tu ada info board yg akan diaplay berapa byk parking free or Full... maka tak yah la nak terpusing2 tak tentu hala mencari parking. Anyway, padan la dgn charge parking.. 7 jam RM7 beb!

Sampai Sunway memula cari tiket movie dulu. Tak tau nak tengok
apa last2 pilih citer Twilight. So dalam menunggu citer start
kitaorg pun round la isi perut. Ingat nak makan McD prosperity burger tengok2 satu set RM14.88!!! Giler mahalll!
Dulu aku ingat RM8.88 jerrr??!! 2 orang makan dah RM30! Cehh..harga minyak dah turun mendadak apasal McD ni cekik darah plakk... Hmm..last2 tak puas hati
pergi Teppanyaki terus.. amek 2 set biar puas hatii huhuhuh!

Lepas makan ada masa lagi, ronda2 sambil cari ole-ole utk my double D!
Abang cari remote control Racing car & aku cari toys untuk Dania + hadiah
baby office mate aku. Pilih2 kitarg pun letak kat satu tempat. Lepas tgk movie
la baru gi beli. Malas nak usung ke hulu ke hilir. Lepas cari toys gi cari
Hadiah kawen Ezwan plak... wedding this Sunday kat Seremban. Ezwan is my adik ankat - dibaca sebagai Mama Ezwan ialah bekas guru displin sekolah menengah aku dulu aka
mentor aka mak angkat aku. Disebabkan sekolah aku kat Kuantan nun Mak & Abah dapat datang 2 kali je masa register & habis form 5. So cuti2 pendek Pn Raja Azian ni lah
yang selalu ambik aku lepak umah dia or datang melawat aku bawak durian ke etc. So this relationship masih berterusan ke hari ni. Aku ingat nak beli barang letrik.
Singgah Jusco, Harvey Norman & SenQ dan jumpa yg berkenan di hati. Err.. nak bagi Periuk Nasi okay tak..? Hopefully tak ada orang lain bagi... biar pengantin hari-hari makan nasi ingat kak kakak-enda yg sorang nih.. he he


Lepas Asar pergi balik ke TGV, beli Pop Corn Combo and masuk panggung. Tayangan - TWILIGHT!
http://www.twilightthemovie.com/
Ingat citer expose mistik ala-ala ngeri rupanya Romance mistik antara Vampire moden & Manusia lakonan Kristen Stewart (Bella) and Robert Pattinson(Edward). Best aaa citer nihh.. Basically movie adaptasi dari Novel. Disebabkan aku tak berapa baca Novel so tak berapa la nak tau. Tayangan lebih kurang 2 jam. Ada yang kata movie ni the most romance after Titanic. Ada sense of humor, mistik but romance. Sesuwei sangat la pada those yg on DATE. Overall aku rate 4.5 star!
Kitaorang purchase couple seat. Tapi ada satu kekurangan. Seat double tapi arm-rest dia satu je yg devide kita and the next person so kalau beli 2 air satu nak letak mana..? Satu row tu kira satu couple je yang akan boleh letak both drinks kat tempat dia. So siapa cepat dia dapat la utilize dulu. Moralnya apsal la kiraan mudah macam ni TGV tak leh nak fikir..? iskk iskk iskk

Habis citer ronda sekali round tgk barang2 yg kitarg letak sesuka hati tu tak ada pun orang kemass... sonomama. So test toys OK terus balik.
Sampai rumah, bukak pintu Danish nampak terus tanya..
'Mana kereta Danish..?'
Ingat rupanya janji papa diaa.. ishh ishh ishh
Demi melihatkan ada 'hadiah' seperti yg dijanjikan memang
excited tahap dewaaaaaa...! Aku rasa sejam pertama lepas dapat remote control car
tu memang mulut dia tak berenti-renti bercakap.. Macam la ni 1st set remote car dia..
aku rasa dah yg ke-5 kot.. semua bleh pakai sekejap pas tu hancuq..!
Danish plak sekejap2..
'Wow Papa.. tengok ni.....'Kejap2 'Wow Papa sana.. wow mama sini...'
Siap boleh menyanyi-nyanyi - Lagu Roary the Racing car ngan Doraemon
Melodi je la kena .. lirik ke lauttt
Dania pulak excited la layan Block set baru. Sibuk suh layan dia main...
kejap-kejap kejar racing car Abang.. kejap2 layan Block set baru

Penyudahnya ajak naik tidur pun tak nak. Habis 2-2 toys baru angkut
masuk bilik tidur gak nak main walau dengan cahaya samar lampu tidur.
Pujuk pujuk last2 tidur pun Danish dengan remote control car diaa atas bantal
Ayat terakhir sebelum tidur
'Roary the racing car tidur dulu tau'
Baru la nak lena masing masing...

Moralnya, ingatkan dah ada bibik bleh la selalu DATE ngan Abang. Nampak gayanya
sekali DATE modal dah makin besar ni... Tak dapek nak selalu-selalu jugak la yekkk huhuhuhu!
Begitulah seadanyaaaa....

1 sweet comments:

farah amoi said...

wahhh
jeles..
kami pon konon nye plan nak tgk TWILIGHT ni ler
skali my hubby xde mo0d plak!

isshh..geram tul!