A visit to Putrajaya.. again..

Esok Abang dah nak balik dari India. Alhamdulillah. Berlalu sudah seminggu yang aku nanti-nanti. Dengan erti kata lain sepulangnya Abang ke tanah air esok, kami akan bertolak balik ke Johor untuk menyambut Ramadhan. Hari ni aku ambil cuti separuh hari yg tak berapa nak separuh. Dari ofis dah nak pukul 3PM dan sampai rumah nak pukul 4 dah. Saja ajak Mak & Abah pergi Putrajaya mengenangkan esok dah nak balik Johor. Lagipun dah nak 5 hari ni aku cuma sempat bawak diorang ronda Mydin USJ je. So hari ni berangan nak ajak naik Cruise Tasik Putrajaya la kononnyer.

Lepas asar bertolak dari rumah. Berpandukan peta yg Abang bagi *selalu Abang drive so aku pun tak pernah la ambik pot arah jalan ke Putrajaya tu* sampai jugak la aku ke Dataran depan Masjid Putrajaya. Terus ke Cruise Tasik. Aku plan nak naik perahu Dondang Sayang tu saja amek angin sambil ronda tasik tapi disebabkan Dania masih terlalu kecil & tak boleh pakai Life Jacket kami dinasihatkan naik boat Belimbing yg bercermin tu.
http://www.cruisetasikputrajaya.com/index.php?option=com_gallery2&Itemid=49

Ehem ehem.. errr sambung balik citer yek.



Sebenarnyer ada 3 jenis transport untuk round Tasik putrajaya ni.
1st - Dining Cruise boat aku naik awal tahun sempena meraikan Wedding Anniversary Big boss hubby punya company. Memang sgt exclusive sbb kira during the celebration boat tu di book khas and kitaorang dinner dlm boat tu sambil cruise.
2nd is Perahu Dondang Sayang. Aku naik 3 tahun lepas masa Kumi & Family datang Malaysia
3rd ni lah Belimbing Pasegger Cruise boat. So nampaknya kali ni aku naik yg ini pulak lah. Fee utk 1 adult is RM30 and senior citizen is half price means RM15. Children above 2 years RM20. So aku cuma bayar RM60 utk aku, Mak & Abah lah. Masa kitarg sampai tu tinggal last trip pukul 6:00pm. Masa tu ada sekumpulan tourist dari Iran dan beberapa couple which I believe from Philiphine. So kira kitaorang jelah satu-satunyer group warga Malaysia.. akekekekkeke.



Anyway naik jugak la Belimbing Cruise Boat tu. Dia bawak ronda satu tasik sambil explaination by trourist guide in English & Iranish. Antara yg aku baru tengok ialah pembinaan Masjid ke-2 Putrajaya. Bigger and totally different design. Cruise ambil masa 45 minit dan kami balik ke jeti semula.



Lepas cruise terus ajak Mak & Abah makan2 kat tepi tasik tu. Order mee goreng & Mee rebus.. Danish paling berselera. Lepas tu sembahyang Maghrib dan lepas Maghrib lepak la kejap kat Dataran sebab Danish dah tak tentu arah suruh keluarkan basikal dia nak meronda kat Dataran macam biasa... so lepas dapat ronda 3 round - dah nak pukul 9:00 aku pun ajak Mak & Abah di Taman Warisan pulak nak pekena Sate Kajang Hj Samuri... masa aku nak keluar tu kereta menderu2 masuk ke Datarann.. aku pun tertanya2 kenapa tapi disebabkan hari dah nak lewat so kitaorang pun keluar je lah dari dataran PJ.


Berpandukan peta sekali lagi aku pun mencari Taman Warisan. Nasib baik sampai jugak ke tempat yg hendak dituju berpandukan peta conteng Abang. Sampai kat atas tu macam biasa lah, orang ramai & meja penuh! Aku pun terus la order Sate Kajang - Ayam, daging, perut, arnab, pelanduk semua aku order serba sedikit. Then order air, ABC & Lai Chee Kang *menu wajib*.
Selesai makan, perut dah kenyang kitaorang pun beransur la nak balik rumah..
keluar dari parking Taman Warisan entah kemana aku pergi terus hilang arah..! Alamakk..aku suspen. Dah la malam2 ni.. kang tersesat ntah kemana-mana pulak. So ikut gerak hati aku redah je la sampai la aku tiba ke satu jalan tiba-tiba nampak letusan bunga api! Wahhhh!! Ada pertandingan bunga api hari ni rupenyer.. aku terus drive ikut hala kereta lain dan akhirnya sampai semula ke kwsn bangunan2 kerajaan kat centre putrajaya tu and kat situ rupenyer mmg orang ramai dah berpusu2 ada yg duduk didataran antara bangunan dengan police traffic yg menjaga lalu lintas dah akhirnya aku pun dapat la park kat tempat yg paling hampir dgn tempat tgk bunga api tu. Hisashiburi tengok Hanabi taikai kat Malaysia.
Dulu masa kat Nihon asal summer mmg tanoshimi la tgk Hanabi mcm ni.. kira aku dah 8 nen buri.. Mak & Abah pertama kali barangkali.. rezeki diaorang la aku sesat jalan dapat pulak tengok Hanabi ni.. park keta dan kitaorg pun keluar la duduk kat dataran antara bangunan tu sampai habis acara bunga api tu.. dapat jugak la tengok 10-15 minit.. Danish la riuh tengok 'Woww.. wowww! cantikknyerrr! Besarnyer.. banyakknyerrr and so on!.

Habis meletup bunga api terkahir terus angkat kaki chow.. takut jem pulak nak balik.
Anyway, totemo tanoshikatta!!

1 sweet comments:

umeboshi said...

yokatta ne. tapi paling best, bila dpt bawak our parents jln2, mkn2 dan bergembira macam tu.