Last week pergi KLCC cari buku kat Kinokuniya. KLCC lah satunyer branch Kinokuniya book store kat Mesia. Sampai2 nak terkucil. Cari la toilet.. nak masuk tu ada signage
'Premium Toilet. RM 2 per entry'.. RM2..?? pergghhh? mahal gilerrrr nak masuk toilet RM2..! Tak jadik nak masuk pusing aa cari toilet lain. Jumpa satu lagi tengok2 sama gak signage macam tadi. Rupernya semua toilet kat 1st floor to Premium toilet. Nak toilet free kena la ke level lain. So sbb malas nak terpusing2 cari toilet lagi aku pun masuk je la, bayar 2 ringgit. Nak gak tau apa yg special sangat ngan premium toilet ni sampai kena charge RM2...
Jeng jeng jeng.. ni la dia
- Dapat wet tissue
- Dilengkapkan sgn set aeroma therapy and all set of talcum, lotion etc..
Teringat lak kat toilet Signature MidValley. RM5 per entrace.. orang kate mcm cantik cam lobby hotel..? Wallahualam... ada sapa2 nak update?
Sejam lebih gak melepak cari buku kat Kinokuniya - KLCC dengan karenah Dania & Danish. Dania penat duk dlm stoller sibuk la berdiri kat rak buku2 jap lagi nak merangkak ke sana kemari. Danish pulak dah macam sprinter kat Olympic Beijing. Kat walkway tu entah berapa round dia lari 100m siap buat aksi sebelum dan selepas bunyi pistol tu! Orang kat dlm kinokuniya pun ada yg sengih2 tengok gelagat dia.. saborr je la.
Lepas cari buku ronda2 dan pergi taman KLCC. Bagi can kat Dania & Danish main puas2 sampai penattt.. pas tu balikkkk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 sweet comments:
Post a Comment