Last minute registration - 31/12/2009! Akhirnya kami memilih untuk hantar Danish ke Krista, Nusaputra. Since ada yang bertanya so aku buatla entry citer sket pasal Krista. Aku pun secara jujurnya tak buh apa-apa rate pun Krista ni since Danish pun belum seminggu lagi dan dah tentu nak ukur OK ke tidak .. hujung tahun ni lah!
Anyway Danish masuk 5 years memang aku dan Abang dah niat nak tukarkan Danish to another Kindergarten. Ikut rekod Danish dah di hantar ke Montessori taman PP ketika berumur 3 tahun setengah. Tujuannya supaya Danish boleh bergaul dan berkawan since waktu tu Danish cuma di hantar ke rumah baby sitter. Danish masuk 4 tahun Yuran Montessori naik dari RM160 ke RM220 + transport RM45 = RM265! Dah nak sama rate mcm Smart Reader! Bila di fikirkan untuk 4 tahun aku & Abang masih prefer utk Danish enjoy main & berkawan dan kalau belajar pun bukan dengan syllibus yg berat so waktu tu aku tukarkan Danish ke Tadika baru yg mana ketika survey pun Danish yang pilih Tadika tu sebab ada playground! Ha ha...! Anyway kitaorang follow je Danish punya request time tu.

So bila masuk 5 years rasanya aku & Abang kena cari 1 kindergarten utk Danish terus stay 5 & 6 years sekaligus (hopefully) kalau tak kesian plak Danish every year kena cari kawan baru & terpaksa belajar benda/method & scheme baru! So ketika survey ada few Kindergarten yg bermain2 di fikiran.. antaranya Tadika Al-Hatem, CIC, PPIDC Montessori & Smart Reader. Sebenarnya kalau boleh nak cari yang Islamic but English as medium language tapi kat Taman PP tu tak banyak pilihann.. Ada yang recommend
  1. CIC - Islamic, franchise, ada kelas Iqra' & solat tapi malangnya jauh pulak dari Taman PP.
  2. Tadika Al-Hatem - Yuran yg berpatutan, Islamic dan guru2nya pun berkelulusan cuma rasanya medium language not really English dan environment - Danish not saying yes. Somehow macam not really prepared (mungkin kebetulan masa kitaorg datang tu je)
  3. Smart Reader - Semua orang tahu dengan keberkesanan system pembelajarannya especially English! Tapi branch kat Taman PP tu rumah atas kedai. Owner non-muslim. Bila tengok time table ada subjek Mandarin which is good tapi since takde plan pun nak hantar Danish ke Sekolah Cina maka we feel that we are not going to invest for the Mandarin Subject dan yang penting.. tak de playground which we considered as main priority ha ha! (Budak-budak la katerkann.. kat rumah dah la duk main game & layan TV je.. kalau gi sekolah pun turun naik tangga je haru gakk.. hu hu).
  4. Montessori - aku suka dengan silibus nye. Masa hantar 3 tahun dulu hujung tahun Danish dah kenal semua huruf termasuk bunyi B-beh, C-keh and dah boleh spell few easy words. Islamic - ada kelas iqra' lepas lunch & owner Malay. Yuran little bit lower than Smart Reader. Ada playground! Cuma rasanya macam crowded sket sebab ada student transit sekali depan Sekolah Rendah Taman PP. Jauh sket dari rumah. Anyway rasanya kitaorang akan hantar ke Montessori tu balik kot.

Dalam bercadang2 nak register ke Montessori tu tetiba duk teringat kat banner Krista Kindergarten yang tergantung di beberapa tempat kat Taman PP so ringan le tangan surf pasal Krista. 31/12/2009 tu ambik cuti dan pergi survey just untuk decide Montessori or Krista.. Tapi bila pergi Krista pagi tu... terussss confirm and register Danish! Terus dapat uniform sekali. Memang sangat-sangat last minute registration ha ha!

Anyway untuk yg masih mencari-cari kindergarten yg sesuai untuk your kids for next year ke, below are some info for Krista.
Danish tunggu Van hari ke-2

Mini Pool Danish orang ke-2 masuk kelas. Masuk2 terus dapat mainann.. suker la tu!
With his classmate. 12 students
4 years class. More spacious
Ada 2 classes for 5 years and 1 class for 6 years (not in picture)
E-Discovery Lab
Rak kasut Danish
Some parents yg datang hantar anak 1 st day
Activity area


About Krista Nusaputra

1. Affordable fee -RM180/monthly compare to other franchise
2. English as Medium (Hopefully. Kalau mengharap mamanyer .. tak dapek nak nolong)
3. New branch. Danish 1st batch. Means everything is so new..!
Facilities & friends (Di baca sebagai - senanglah Danish nak cari kawan sebab semua orang belum ada kawan.. he he)
4. Owner non-muslim
5. Ada subject Jawi & Fardu Ain. Guru dari KAFA.
6. Transport - affordable fee. RM30- 2 way.
7. Dekat ngan rumah.. he he
*
*
*




Walaupun tak memenuhi 'semua' kriteria yang kitaorang nak.. tapi rasanya fair enough.
Apa pun hopefully Danish happy dengan 'Sekolah' barunyer...! Happy learning ya sayang..! Muaahhhhhhhh!!!
新年明けましておめでとうございます。
今年もよろしくお願いします!!

Selamat menyambut tahun baru 2010
kepada semua rakan taulan, saudara mara & pembaca di luar sanaaa..!
Semoga 2010 menjanjikan seribu saru rahmat, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua..
Moga azam tahun baru yang terlakar akan dapat di laksanakan..!
*
*
*
p/s: Today is the day to call my close Japanese frens in Japan.. once a year... of every new year!
Minggu terakhir cuti persekolahan bulan Disember... ada seminggu lagi sebelum sessi persekolahan bermula.. hu hu. Betapa tak bestnyer time2 cuti sekolah, lepas pay day Papa tak dekk..uhuk uhuk! Asal-asalnya 25hb tu plan nak gi mandi kat desa water park KL dengan Mak Long, Mak usu & cousin2 Danish yang nak turun KL tapi ada 'aral melintang' dan plan tu TERkansell sudah. Makanyer untuk mengubati kerinduan & kesunyian Danish pada Papanyer dan mengelakkan keboringan Danish & Dania duk umah.. maka semalam bawak la Danish gi jenjalan.. Di sebabkan Abang takde, aku bawak jenjalan dekat-dekat je lahh.. ajak bibik sekali. Seperti yang pernah di angan-angankan, kali ni aku cuba bawak Danish & Dania pergi library for the first time. Saje nak expose & tengok reaksi diaorangg.. suker ke tak hu hu. Almaklum lerr... Danish pun baru kenal hurufff.. boleh mengeja pun yang mudah-mudah je. Dania pun baru nak reti baca ABC.. so tengok gambar je laaa.... Lepas lunch kitaorang terus bertolak ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Shah Alam. Orang tak ramai hari ni... parking kosong banyak tak macam selalu. Masuk-masuk Danish pun ala-ala excited juga la memula tuu..

Lepak ngan Danish & Dania.. bacakan sebuah buku 'Sayangkan Ibu'. Berkisar tengan Afif yang menjaga Ibunya demam ketika Ayahnyer pergi outstation. Kebetulan pulak macam citer Danish. Buku tu mengisahkan Afif yang jaga Ibunya ketika demam. Siap call nenek untuk datang bawa mamanyer ke hospital dan tolong jaga dirumah. Afiflah yang suapkan Ibunya ubat dan makan. Sampailah Ayahnya pulang dari kerja.. aku bacakan tu aku tukar watak menjadi Danish , papa & mama hu hu!


Lebih sejam gak lepak kat library... abes belek buku Danish pun dah start main tolak pemijak rak beroda tu usung buku sane sini dengan sorang awek.. (sempat lagii...). Dania plak sempat tertidur lepas BF.. (anak dara sorang ni memang pantang aku peluk.. itu je yg di ingatnyerrr). Dah nak pukul 3 ptg aku pun ajak keluar.. gi makan kat cafe. Perut pun dah lapar duk dalam aircond.
Lepas makan terus masuk Muzium Sultan Alam Shah yang terletak depan library tu je.
Masuk percuma *wink!*.

Dania tengok perkampungan zaman neolitik

Danish tuju kat bahagian senjata jekk..Ni dah macam ala2 playground.. Danish duk berlari naik turun naik turun. Budakk....iskk iskk. Keluar dari Muzium, terus menuju ke Jusco Bukit Tinggi. Terlanjur ada barang ofis yang aku kena collect kat saner. Lepas collect barang terus bawak Danish & Dania gi Wonders park dalam Jusco. Bleh tahan mahal gak fee dia. First 20 minutes = RM3 and subsequent 10 minutes = RM1. Kalau play land lain biasa fix rated. So bagi Danish & Dania main puas-puas dalam tu.









Sejam lebih gak duk dalam tu.. Dania masuk separuh masa ke-2 sebab masa sampai tu tidurr.. (tidur lagiii...). Dah penat main dlm wonder land gi ajak main kat luarnyer plak. 2 orang kena RM15.... fuhh! Tapi quite interesting & attractive gak permainan kat dalam tu.. agak berbaloi gak le (kottt..!)
Kat luar tukar token plak.. main few items and ajak diaorang gi makan. Memula queue kat KFC. Cashier kater toys dah habis. Tanya Danish toys tak de, Danish nak KFC ke kat Mc D. Last2 Danish ajak gi Mc D. So terus keluar balik KFC masuk Mc D plak.. (makan kerana toys.. isk isk isk). Cam biasa kids & Happy meal, aku - Prosperity burger & Bibik Mc Chicken.. tu pun ayam nyer kena pau satu dengan Danish.. kui kui kui...!
Masa Danish & Dania main dalam wonderland, aku sempat le kuar kejap. Ada Voucher Jusco.. aku sambar toys satu... FREE tukar ngan Jusco Voucher.. hu hu!
Lepas makan beli barang kat Jusco super market (peha & kepak ayam mentah) skettt terus ajak balik... Sampai rumah terus excited both kiddies main 'toys baru'. Beli set tanah liat tu yang boleh buat Ice-cream set.
Antara yang di hasilkan oleh chef cilik nih.. Aku pun excited gak nak main..almaklum ler kecik2 dulu tak dapat.. ha ha ha!Kul 10 lebih online ngan Papa... semua berkumpul kat bawah bervideo call ngan Papanyer. Sambil Papa pun tengok both kiddies buat eskremm.. sibuk tunjuk depan papanyer!

Masa sembang ngan Papanyer tau Danish cakap apa...

"Papa.. nanti papa balik, Danish suap Papa ngan Mama makan ubat...!"

Lantas aku pun ceritakan kisah buku cerita yang aku bacakan kat library petang tadi. Rupanyer buku cerita tu berkesan di hati Danish... Terharu dengar Danish cakap macam tu. Sedar yang Danish cakap sebab dia sayangkan Papa & Mamanyer..

Anyway tak sabar tunggu Papa balikk.. lama betul rasernyerr.... adoiiiiiiii. Malam esok Papa dah dalam flight dan dijangkakan tiba pagi Isnin. Semoga Papa selamat kembali ke tanah airr..

We really misss youuuu souuuuuu muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Akhirnya.. setelah 3 malam Celcom broadband speed macam hampeh, speed yang tak sampai pun 5 kbps ( ??!), kebetulan pulak lately asal malam je hujan.. akhirnya malam semalam barulah dapat berVIDEO CALL dengan Abang untuk pertama kalinya !
Streamyx yang Abang apply 13th Dec pun nak dekat 2 minggu baru settle phone line activation! Padahal rumah kitaorang dah 3 tahun ada phone line dan baru je terminate 2 bulan lepas.. Meaning cabling semua dah ready tapi still took 2 weeks to reactivate the line! Tu tak termasuk another 3-7 days untuk streamyx installation pulak (..????!!). Nak dekat sebulan baru bleh settle kerr..? bleh di terima dek akal kerr..? Penat aku follow up & complaint tapi kalau dah servicenye lembap tu lembapp le jugakkk.. Moralnye no wonder kalau semakin ramai pengguna 'POTONG' walaupun aku baru je nak 'SAMBUNG'... tu pun nyaris2 rasa cam nak terminate balik....isk!
Anyway, malam semalam utk pertama kalinya berjaya bervideo call ngan Abang setelah aku install Skype and create new Skype account dalam PC lain and try communicate from Master bedroom instead of communicate from mini entertainment room (chewahh!) kat bawah. Dari MB barulah broadband speed improve sket(kebetulan cuaca cerah mlm semalam) and dapat la aku & Danish (Dania dah tergolek tidur) bervideo call ngan Abang selama lebih setengah jam! Tak sia-sia tungu Abang online sampai lewat malam. Abang lak ada dinner semalam suh dapat online nak dekat kul 1 pagi! Maklum ler waktu kat India 2 jam setengah lebih awal dari kat Malaysia. Kalau aku kul 1 pagi Abang baru kul 10:30 mlm..iskk iskkk
Danish dalam standby mode... tunggu Papa online jekk
Test video... clear ke takk
Danish ngan yang tak duk diam time online.. kejap duduk, kejap baring.. hehe
Lepas cakap bye bye ngan Papanye, tengok papanyer offline je tak semena-mena menangis lakkk.. tu lah dah rindu sangatttt!

Anyway, kepada yang berminat menggunakan Skype untuk Phone Call/Video Call secara percuma melalui internet, boleh layari.
http://www.skype.com/intl/en/download/skype/windows/?c=101

Just download, then install (took about 30 minutes!). During installation akan kena create account. Then add contact.. mesti type name exactly seperti yg dah diregisterkan and send message. Then bila both party online (green sign) dah boleh start call or video call!
P/S : Sambil aku blogging ni sibuk Danish suruh call Papa...
'Mama.. call la papa.. Danishhh rinduuuuu.....!' dengan muka sedihh sambil peluk mamanyer.
Aku balas, Papa tengah kerja.. malam nanti baru boleh online.. Danish dah berguling kat tepi nih.. sedih... alamakkk.. dah start menangis rindu kat papa pulakk..!!. hu hu! Menangis-nangis sebut 'Danish rindu Papa... Papa ni lambat sangattt balikkk...!' Alaa..ciannyer nyer anak bujang mama nihh... aku pujuk2 nangis gak last2 hantar sms kat Abang suh call balik...
bila Abang call balik.. dengar suara Abang... ngan Mamanyer sekali 'hujan'... uhukkk!
Abang outstation ke Mumbai malam ni bersama 2 lagi rakan sekerja.. flight pukul 8 dari KLIA. Kali ni Abang akan pergi 8 hari sampai Isnin depan. Aku dan anak2 bersama BIL pergi hantar Abang ke airport petang tadi...

Seb baik makan kat KFC.. kalau makan Prosperity Burger kat Mc D mau ada adegan
'Papa pergi seminggu je la mama... Adik pun rindu papa jugakk! " hua hua hua

Danish macam biasa 'kenyang' main dari makan
Kira-kira pukul 7:00 ++ Abang masuk ke balai berlepas. Danish dari mula bila bagitau
Abang 'Papa work lama tau tak balik'
Danish siap merungut 'Papa ni asyik worrkkk je..'
Isteri2 dan anak2 yang kena tinggal... uhuk!
Dania pulak bila Abang turun je lif kat gate perlepasan antarabangsa terus la meraunggg.. 'Papaaaaa...!!! UuuUuuwaaaAaaAaAaa !!'
Kalau 2 tahun lepas hantar Abang gi KLIA, Danish yang meraung tak sudahh.. on the way balik pun nampak flight je meraunggg lagi panggil papa..! Kali ni Dania pulak meraunggg tak sudahhh.. sedih tak dapat ikutt!! Chiaannyeerrrrr bucukk mama nih.. huhuhu

Anyway semoga segala urusan berjalan lancar.. selamat pergi dan selamat kembali Abang...
We miss you so muchhh!