Assalamualaikum...

Setahun berlalu sudah...! Alhamdulilah baby Delisha 
membesar dengan sihat dan ceria.
Sementelah itu cukup 18hb Mac genap1 tahun penyusuan esklusif baby Delisha.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini Delisha masih lagi full breastfeed.


Sebagai catatan... hasil EBM pada 19hb Mar sehari selepas hari jadi Delisha.
18hb Mar tak sempat snap sebab balik tu nak prepare Delisha punya bufday celebration
just a mini one among Abang Kakak dia je hihi


Alhamdulillah... 8 Oz per session. Syukur... 
2 session sehari 8x2  = 16 Oz memang cukup2 utk Delisha punya
dos siang.. balik kerja mmg terus direct bf je.
Sejak dah tak ada maid memang mama sempat pump 2 kali sehari jek huk hukkk!!...
by right sebelum ni 3 kali, pagi + tengahari + petang (otw balik kerja)
*6 bulan pertama dulu lagi gigih 4 kali sehari pagi + tengahari + petang + malam sblm tidur*
tapi lately pagi mmg super busy tak sempat dah nak pump.
Pepagi nak prepare breakfast abang kakak termasuk bubur nasi Delisha.
Memang pump sebelum tengahari dan otw balik kerja.
Ini adalah minimum session yg Mama kena retain utk terus memastikan misi 
full bf baby berjalan lancar. No more excuse!!! huhuh


Untuk rekod hasil EBM pada hari jadi Delisha 18hb Mar.
EBM pada suhu peti.. nampak lapisan lemak yg terapung beku.


Haaa.. ni hasil EBM 3 hari berturut2... 
17hb (dah frozen pun), 18hb suhu peti semalaman, 19hb hasil sepanjang hari kejadian 


Boleh nampak tekstur EBM yg berbeza pada setiap botol hihi


Ini adalah dos harian Delisha yang mama bekalkan ke taska.
4 bekas x 4 Oz = 16 Oz  dan bubur nasi 2 kali makan (Tengahari & petang),
fresh cooked everyday!

Actually setiap hari Isnin mama akan bagi extra frozen EBM dan bubuh stiker merah  kat atas penutup 
sebagai tanda susu spare just in case kalau Delisha consume EBM lebih dos dari biasa. 
so kalau mama dapat balik storage bottle bertanda sticker tu means mama tau ebm spare dah digunakan. Kalau tak every Friday Mama akan still recall EBM Spare utk dihantar pulang.. dan hari Isnin akan kasi 1 bottle EBM Spare yang baru dan bersticker juga... gitew

So macamana pengalaman kawan2 di luar sana ..?
Sememangnya menggunakan Handsfree + Double breast pump telah menjadikan impian Mama satu kenyataan!! Kalau sebelum ni rata2 anak2 Mama hanya full BF 6 bulan pertama (dan continue BF + FM thereafter), kali ni Mama dah berjaya untuk full BF baby sehinggan setahun!!

Sememangnya ianya satu kejayaan yang amat berharga buat Mama!!!

Kalau nak dapatkan double breast pump handsfree yang telah membantu misi mama
menjadi satu kejayaan, layari
kidsbranded.blogspot.com
untuk promosi "'Handsfree + double breast pump" terkini
yang sangat berbaloi2 okeyy!!!
Assalamualaikum...

Alhamdulillahh.. usai sudah tempoh pengajian Pak Usu (adik ABang yg bongsu)
dari Akademi Laut Malaysia (ALAM).

Sabtu lepas kami sekeluarga menghadiri upacara Konvokesyen Pak Usu.
Sunggu smart and hensem Pak Usu dengan uniform convo nyer itew.
Tahniah Pak Usu.. ! Semoga terus cemerlang dalam karier Pak Usu.


Aku dan Abang


Mak Teh & Pak Teh


Pak Chik


Keluarga Ibu Angkat Pak Usu


ALAM dari depan


Bergambar dengan keluarga Ibu angkat Pak Usu


Danish pun verangan pinjam topi Pak Usu ngeh ngeh


Yang bestnya ada disediakan balai untuk keluarga para graduan.
Siap Lunch sponsored by their shipping company.
Company kaya raya kannnn... syokkk aaaaaaaaa


Julung2 kali attend majlis convo ada sediakan lunch siap.
Dah la menu sedappp.. Nasi berianiii... kambing kurma..
sirap lemon lagii slurppp!

siap pasan water dispenser Coway bawah balaii.. tak gigih ke nama
nak tarik paip air bagai ke water filter tu kann.. memang bagus la.
Kaum keluarga pun selesa menunggu majlis usai
since hanya 2 penjaga yg dibenarkan masuk.


Menjamu selera..


Aku dan Mak Long. Penuh pinggan wohh!


Al kisah sementelah dah sampai Melaka, gigih aku & Mak Long berganding bahu
masak bekal untuk acara 'piknik' di tepi pantai


Sempat singgah kat pantai Port Dickson usai majlis.
Gambar pantai tak sempat ambik.. bateri habis sudaaa.... hihi


Pak Usu masih tinggal di ALam.
Selamat memulakan karier sebagai 'Sea Man' kepada Pak Usu..!
Tahniah sekali lagi dari kami!!

p/s: masih belum berjaya nak singgah Pantai Klebang + Coconut Shake.. huwaaaaaaaaaaaaa!!!

Assalamualaikumm...

Wow wow wowww!!!!
Kali ni nak share tentang satu Online Fashion Outlet yang sedia terkenal iaitu 
ZALORA !


Sure semua mesti dah pernah dengar tentang online fashion outlet ni kan!
ZALORA adalah salah satu online fashion outlet yang menyediakan 
pelbagai fesyen pilihan dari pereka-pereka yang terkenal
termasuk Rizalman, Jovian Mandagie dan ramai lagi !

Ok, Zalora kini turut menyedia pelbagai pilihan busana muslimah yang super gojes 
untuk fashionista diluar sana.
Pilih je nak konsep macamana.. rangi, ayu, casual... 
pelbagai pilihan dan citarasa tersedia untuk dipilih!

Kalian boleh layari website Zalora untuk pilihan pelbagai busana muslimah :

ZALORA BUSANA MUSLIMAH


Antara yang menarik perhatian :

ZALORA MUSLIMAH DRESSES


ZALORA MUSLIMAH JUBAH/KAFTAN


                                                               ZALORA MUSLIMAH TOP



 Atau terus layari ZALORA.COM dan browse Menu Tab MUSLIM WEAR :
Harga pun sangat berpatutan dan kualiti memang dari jenama yang terkenal
dan diyakini *thumbs up*


Baca sedikit tips dan ulasan berikut :-


 BERGAYA DENGAN BLOUSE MUSLIMAH



Let’s ROARRRRR with this tiger print blouse from Rayhanah!

Jika anda tertanya-tanya apakah blouse ini boleh dipakai oleh wanita Muslim jawapannya sudah tentu boleh!. Kini terdapat banyak Muslimah tops dan blouse Muslimah yang ada dalam pasaran. Kewujudan dan penglibatan hijabista dalam industry fesyen Malaysia mmeberikan impak yang cukup besar namun positif ke atas fesyen pakaian Muslimah.

Blouse untuk wanita Muslim kini semakin stylish dengan rekaan yang moden. Walaupun begitu, dalam masa yang sama ianya kekal sopan untuk dipakai menepati ciri-ciri panduan pemakaian baju Muslimah yang sedia ada. Kini terdapat lebih banyak pilihan untuk dipilih dengan adanya rekaan-rekaan segar bersama seleksi warna yang menggoda anda untuk beli.



 Menggayakan pakaian Muslimah sebenarnya mudah jika anda faham dan tahu stail apa yang sesuai untuk diri anda sendiri. Jangan meniru atau menggayakan sesuatu stail secara membuta-tuli tanpa mengetahui sama ada ianya sesuai ke atas anda atau tidak. Harus diingatkan, kewujudan stail yang berbeza adalah untuk orang yang berbeza. Ada kalanya ia nampak cantik untuk orang lain tetapi tidak untuk anda dan sebaliknya.

Antara tips paling mudah dalam berpakaian adalah pakai sesuatu yang selesa buat anda. Jika ianya memberikan keselesaan buat anda pasti tidak akan kekok untuk digayakan. Selain itu anda boleh sahaja berikan sentuhan tersendiri untuk disesuaikan dengan gaya dan personaliti anda.





Untuk gaya yang anggun dan sopan, padankan blouse Muslimah anda dengan sehelai skirt labuh manakala untuk gaya yang lebih ranggi dan stylish pakai skinny jeans. Selain itu bagi yang berhijab boleh sahaja sarungkan tudung atau shawl dengan padanan warna dan corak yang sesuai. Mudah sahaja bukan?

Beli blouse Muslimah moden melalui online shop Malaysia yang terdapat banyak di internet. Zalora sebagai salah satu contoh terbaik menawarkan koleksi blouse bermutu tinggi daripada jenama-jenama terkenal dengan harga yang cukup berpatutan.