Assalamualaikum...

Aha hari ni nak share citer pasal DRIVE THRU COCONUT SHAKE 
yang kini sudah berada di Bukit Puchong 2..! Berdekatan dengan Tesco Extra 
yang baru di buka.

Dah 2 kali aku cuba singgah tapi sampai dah maghrib dah tutup dah kedainya. Makanya
awal minggu hari tu kebetulan Abang half day sbb nak settle Fomema Bibik makanya
aku mintak Abang pick up aku awal kat ofis. kul 5:30pm Abang dah sampai kat Lobby 
dan terus amek Dania menuju ke Drive Thru Coconut Shake! hihihi


Alhamdulillahh... sampai2 masih ada lagi. Kemain mesra & peramah tukang kedaii.. aku dok snap2 gambarrr
siap tokey kata meh amek gambar tokey sekali hihihihi. Caya la derang sporting abes.
Aku pun cakap "Ni la promote tanpa bayaran Cik" 
Cik tu kata "Alhamdulilllahh.. moga murahlah rezeki adik yaaa..." 
"AMinnnnnnnnn" begitulah antara perbualan aku ngan tokey kedai.
Siap sembang dah 2 kali aku datang tutup.. takut tak sempat merasa sebelum meletop
karang parahhh laaaa baby ngences hihihi 


Ok... Coconut Shake kat sini pun style Ice Blended berbeza dgn 
Coconut Shake Taman Warisan Putrajaya, memang pure air kelapa + aiskrim je.
So kat sini rega seperti di bawah
Coconut Shake Biasa = RM 2.50 
(Dah ada aiskrim blended sekali)

Coconut Shake Special = RM 3.00 
( Aiskrim/ oreo/ choco rice) 
(*Tambah 50 sen setiap satu*


 Ini dia rupa Coconut Shake dah ready menerima tempahan. Ni kira Coconut Shake biasa lah.


Ni rupa Coconut Shake special bila di tambah eskrem sahaja.
RM 3.00.


Ahaa.. yang ini Coconut Shake Special *versi tamak* 
Tambah eskrem + Oreo nyumm!!
so total RM3.50


Aku beli yg original 2, Special 2.. sungguh tamak okehh..
Masuk keta Abang komenn.. kate tak leh makan MANIS ??
Aku kata ni kategori lain.. kategori 'mengidammm..'
terpaksa di maafkan akakakakakakak

Overall memang sedap rasanya. Yg original pun sedapp,
yang special pun sedappp!! sebab dia ice blended base kan 
so bila ice blended dia dah cair2 berair baru sedut memang terasa lemak
berkrimmmnya ... nyummm!!!

Okeh kat bawah ni plak Coconut Shake versi RASA yg 
terdapat di Alamanda Putrajaya.
Kat food court RASA ni mahal sket laa.. 
RM 4.90 gituu


Sama gakk.. dia pun versi ice blended.


Time ni jejak Alamanda sebab cari barang2 sambut baby sikit.
Ada tengok entry Coconut Shake kat blog Nad Mama Zakwan tu yg 
aku pun gi cari tu hihihi


Sizzling Yee Mee Mushroom Egg & Coconut Shake yg gi order utk  lunch  Mak Yong ari tu.

Ok.. Mama dah senang hati sebab dah puas dapat pekena Coconut Shake  hehehehe!
Baby jangan ngences nanti okehh!
Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya usia baby dalam kandung Mama dah cecah 38 minggu...
Dah terlepas dari risiko Pra-matang seperti yang pernah di sebut dek Doctor  Mashitah 
masa check up 35 minggu kat Az Zahra sebulan lepas...

Alhamdulillah juga.. check up masa 37 minggu air ketuban berkurang 
dari 25 (35 weeks) ke 21 (37 weeks). Berat Mama naik 1 Kg dalam masa 2 minggu 
which is 600gram pergi ke baby & 400 gram jek Mama amek.
Means berat baby naik dari 2.76 kg (35 weeks) ke 3.38 kg (37 weeks)...
Waaaaaaaa... Mama sangat ngeri dengar angka KG baby okehh!!!
Siap suh Doktor scan lagi sekali keluar plak angka 3.39 Kg! ohok ohokk!!!
Terus Doktor Mashitah kata dah tak yah scan berat lagi dah akakakakaka.
Takut aku pitam dengar karang. So ada 2-3 minggu lagi hopefully baby tak la 
membesar drastik sangat lepas ni wuwuwu!

Apapun buat masa ni Doktor kata Baby & Mama sihat.. Alhamdulillahh... 
Kaki Mama dah start sembapp...  turun naik tangga *rumah* memang sangat me'mengah'kan..
perut makin tegangg rasanya. Especially kalau baby tak duk 
diam dan bergerak aktif dalam perut di tambah plak bila Braxton Contraction berlaku, perut 
mengerassssss.... memang rasa macam nak tetas kulit perut Mama.. uhuhuhu!
Solat pun start 35 minggu hari tu Mama dah start solat duduk je.. dah tak mampu nak berdiri
bangun berdiri bangun sebab silap bergerak sikit je terasa macam kepala baby dah cecah
ke urat2 bawah tu.. macam nak terkeluar je rasa uhuhuhuh.

Anyway, masuk ke 38 minggu, Alhamdulillah Mama dah settle keperluan untuk berpantang nanti.
Macam biasa, set bersalin masih manten macam sebelum ni.. ni kali ke-3 Mama berpantang guna 
Set bersalin Leesa Formula
Memang cukup serasi dengan Mama.
Di beli secara Online di 


Harga sangat berpatutannn.. macam2 produk dijual di sini. Boleh 
layari website di atas jika berminat okeh.


Okeh macam biasa Mama ambik Set Premium Package C. Means full package lah. 


Isi kandungannya seperti di bawah :-


Yang paling best dapat  2 Tungku Herba. Memang ni sangat2 berguna dalam 
pantang nanti.
Kalau ikut harga ala-carte kat list barang tu total semua
RM374. Kalo survey kat kedai herba pun paling kurang RM350...
kat KedaiJamuWanita2u ni rega promo cuma RM300 jek!
aku dapat Pilis & Tepel percuma lagi uhuhuh. Berbaloi sungguhbeli kat sini *wink*


Selain dari tu, minyak panas dan losyen panas pun WAJIB !
Losyen panas kegemaran Mama Keraton Losyen Pati Halia plus Limau dia.
Bau & panas yang sedappp! Biasa akan sapu kat bahagian badan buang angin.
Biasa aku beli kat Kedai Herba kat Giant Bandar Puteri Puchong.
Minyak panas serai wangi pulak sapu kat kaki lepas mandi sebelum pakai stokin.


Ahaa.. ni set bertangas. Set bertangas prepare sendiri je kat rumah. Senang nak guna bila2 masa dengan kos yang menjimatkan. Kali ni nak buat kain sarung untuk bertangas sendiri.. baru beli kain tapi lum hantar jahit uhuhu. Periuk nasi lama yg guna untuk bertangas berpantang yg lepas dah di buang plak dek bibik masa kemas2 storr.. aku pun bagi je green lightt menengok rupanya.. lepas tu baru teringat periuk tu nak guna untuk bertangas! adeh laa.. last2 terpaksa cari periuk nasi baruuuuu...! & kompem la cari yang asal boleh je sbb bukan nak guna untuk masak nasi pun uhuhuh.


Ni plak Mandian Herba Mak Dara.
RM30 dan boleh di dapati di kedaiJamuWanita2u jugak.
Sebungkus ni cukup untuk kegunaan sepanjang berpantang.
Boleh guna untuk mandian dan biasa aku rebus sikit untuk bertangas jugak.


Ok...  kalau sebelum2 ni aku akan beli set D'N Hans semasa berpantang KLIK SINI..
kali ni aku tukar sket produk. Kali ni nak cuba Susu Natalshape yang tengah hangat di iklankan 
di Face book oleh 'Susu Untuk Ibu Hamil'



Yang ni pun beli online dari FB jugakk. tengah ada promosi... 1 kotak RM80, beli 3 kotak RM220 dan 
dapat keahlian percuma serta diskaun 10% untuk pembelian seterusnya.
Harap2 pilihan produk bersalin dan berpantang kali ini serasi dengan Mama dan Baby...

Sebenarnya start  Feb lepas Mama dah stop kan Dhiya dari BF. Sian Dhiyaa.. Mama sungguh tak larat
di tambah plak dengan nasihat Doktor pasal risiko pramatang masa check 35 minggu tu dek air ketuban
banyak. The 1st week tu memang Papa yg kena tidurkan Dhiya malam sebab kalau tak Dhiya sure tercari2
Mamanya. Mama pun sampai kena menyorok dulu.. Dhiya dah tidur baru Mama pun leh landing atas katil.
Tapi InsyaAllah.. Baby dah keluar nanti kalau Dhiya masih nak BF mama akan continue supply balik okehh.
Semuanya bergantung pada kehendak Dhiya nanti... InsyaAllah.



Baby 38 weeks.


Kalau tengok Babystrology milestone tu due tinggal 14 hari jekkk! 
Excited bercampur nervous okehh!
Ok Baby.. Mama dah ready dan tak sabar tunggu Baby menjenguk dunia dan berjumpa
dengan Papa, Abang dan kakak-kakak okehh!!!

Kepada kawan-kawan di luar sana, di kesempatan ini juga, Saya selaku tuan tanah
ingin mengambil kesempatan mohon ampun dan maaf jika terdapat kata2
dan komen yg menyinggung hati sepanjang berblogging ni.
Mohon doakan yang terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan selamat
for both Mama & Baby yekk..!
Sayang uolllssss!! Muaahhhh!!!



Assalamualaikum...

Alhamdulillahh... 28hb Februari yang lepas genap usia perkahwinan kami yang ke 9 tahun.
Semoga perkahwinan ini terus di limpahkan dengan rahmat dan kebahagiaan... aminnnnn.

So since kali ni aku dah tinggal tunggu hari je, segala agenda percutian telah di postponekan.
So pergi makan2 layan perut dan tekak je lah anak beranak.
Destinasi 'makan-makan' yang di pilih kali ini ialah 
Restoran Laman Grill, Steak @ Bar-B-Que yang di miliki oleh
Chef Zubir Masterchef. Terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

So sehari sebelum pergi tu dah buat reservation siap-siap. Mula-mula ingatkan 
nak gi Tony Romas tapi ada member yg 
sarankan utk cuba makan kat sini.. so apa lagi terus terjahh!


Kira-kira pukul 2 petang kitaorang sampai. Sampai2 hari ni tengok Chef Zubir tak beruniform 'Chef'.
Kitaorang masuk tu Wife Chef Zubir dengan senyum ramah tolong buka kan pintu since kiraorang masuk
dekat pintu yg dekat ngan dapur tu. Nampak macam Chef Zubir & Wife tengah agak sibuk jugak tuu..
Tak lama tu derang beredar dan member aku citer pada hari yg sama terserempak ngan Chef Zubir kat Giant 13 uhuhuhuhu.


Dah reserve meja tapi masuk2 Danish yg pilih seat ni sebab ada kipas besar kat belakang tu uhuhuh.
Aku pun ok je ngan location seat sebab leh sekodeng para Chef yg sedang menyediakan tempahan menu dari cermin lutsinar tu kannn


Ini Kaunter  dalan restoran tuh.


Okeh... buku Menu sudah pun di atas meja.. jom belek Menu apa yang ada...







Setelah buat order 4 main dish untuk kami anak beranak...
tak lama Order Air pun sampaii... nyummm!!

Order Watermelon & Strawberry Fresh Juice, Strawberry Milkshake & Manggo juice.


Dhiya sampai2 tengah lena.. memang nak kasi Mama & Papa makan dengan aman ehh hihihihi. 
Bibik hari ni dikasi 'rehat' kat rumah uhuhh


Okeh tak lama tunggu, Menu yang di order pun sampaiii

Menu Abang :
Meat Lover's Combo Platter RM65.50

recommended for 1 - 2 person sharing
Spiced lamb kebab, bbq chicken wings, lamb ragout, beef lasagne, grilled beef fillet, 
chicken-mushroom cheese sausage, creamy mashed potatoes and chef’s sauce


Macam2 ada dalam menu ni... antaranya Onion Ring, Beef stew, Lasagna... nyummm
Ada 9 potion menu & rasa yang berbeza.. walau pun kecik2 tapi
memang makan sorang kompem leh terbaring kekenyangan uhuhuh.


Menu Danish : 
Fruitt di mare con Aglio e Olio RM21.50

Tiger prawns, Chilean blue mussels, squids and Manila clams with fresh mushrooms, garlic, 

chilli padi and fresh basil in extra virgin olive oil

Sedap spagheti dia.. secukup rasa...!


Menu Dania : 
Fish & Chip. 
Fish fillet dia sedap & rasa fresh. Tepung dia cruncy + white sauce dia pun sedapp !
Sebenarnya Fish fillet tu ada 3 pcs tapi dah kena pau awal2 ngan Danish satu uhuhuh


Dan ... Menu Aku : 
The Laman Surf & Turf  RM79.50

It's combination of air flown half Boston Lobster and Australian Beef Tenderloin with Baked Potato
 laced  with Oxtail Ragout and Wilted Vegetable


Danish & Dania dapat2 air sempat lagi 'cheers'... hamboiiii!!!


Okeh.. hidangan sudah tersedia.. jemput makan...!!


Sempat lagi posinggg..


Ahaaa.. zoom lagi udang Lobster ku...!! wallaaa.. memang terbaekkkk



Ini isi Lobster yang aku dah cungkil keluarkan.. Memang juicy.. rasa 'manis' udang dan bahan perapan.
Memang terBAEK!!! Tapi steak dia sou sou laa bagi aku.


Ahaa... ada lagi shot dari staff restoran. Derang memang sangat peramahh.. hihihih


Okeh... pinggan dah licin... 
last sekali order desert TIRAMISU.. niat di hati nak amek eskremm tapi masing2 dah kekenyangan dan 
aku pun Doktor dah pesan jangan makan manis2 dah ... hari ni pejam mata je lah telan 
semua yg dah TERorder hihihihi

Tiramisu RM 12.50


Desert sampai baru la Dhiya terjaga dari tidurr.....
muka budak baru bangun tidurr.. terus di suap Tiramisu huhuhuhu


Dhiya sempat makan Onion Ring & Tiramisu jek hehehe


Okeh.. perut sudah kenyang... semua senanggg hati. Overall puas hati makan kat sini.
Yang penting yakin status makanannya  HALAL . 

   
Kepada yang berminat boleh berkunjung ke sini seperti alamat yg tertera di bawahh :-


Di buka setiap hari  : 11 pagi ~ 11 malam.

Untuk pertanyaan dan tempahan  :

G33, Block 5, Laman Seri Business Park, 
Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam
Tel: 03-5523 7386