Assalamualaikum...
Salam Hari Rabu semuua..
Hari ni macam biasa hantar Dania pergi school @ Little Caliphs.
Sampai2 sekolah aku di beritahu Cikgu ada gambar kelas sessi 2012 
dah siap. Aku pun dengan senang hati pergi collect.
Bila gambar tu dapat kat tangan tengok ada 2 helai gambar 8R dan 4 keping gambar passport.
Dan gambar yang di letakkan dalam frame ialah...
"Dania & Cita Cita  Saya!"


Bila terpandang gambar ni entah kenapa hati Ibu ni terus terasa sebak.... touched and speechless.
Si Manja Mama yg BF hingga ke usia 3 tahun lamanya...
Jauh di sudut hati sentiasa mendoakan semoga sentiasa di permudahkan oleh Allah swt untuk kami membimbing anak-anak ke jalan yang di redhai Nya. 

Semoga kami sentiasa di berikan hidayah agar mampu memberikan yang terbaik untuk mereka. Semoga anak-anak Mama & Papa mampu mencapai kecemerlangan dan mencapai apa yang di cita-citakan oleh mereka hari ini... Aminnnnn

*Mode terharu di pagi hari uhuk uhuk uhuk*
Assalamualaikum....

Ahaa.. JJCM sempena Hari Raya Haji hari tu.
Dah alang2 berkumpul, apa lagi cari aktiviti JJCM laa.
Ahaaa... Kota Tinggi ni memang glamer dengan Belangkas.
siapa tak tau rupa belangkas lebih kurang macam dalam 
gambar kat bawah ni.. ada sebuah Restoran sekitar Teluk Sengat 
yang jual masakan Belangkas ni.. masak cili padi or masak pedas..
memang hingga menjilat jari lahh!!! 
Boleh tengok rupa masakan belangkas kat SINI 


Asal-asal plan nak gi Jojo Rakit.. ingatkat Jojo rakit ni macam Bujung FireFly gak konsepnya..
ada restoran terapung kat sungai bakau kannn... rupa2 bila dah sampaii.. tu diaaa..
jauh kat laut nuuu... cek punya cek rupanya Jojo Rakit ni ialah Kelung untung aktiviti memancingg!
Lerrr.. al kisah. tu la pakai terjah je kann. Dah sampai tepi Jeti baru call... baru tau isk isk isk.
tak de restoran kat sini melainkan untuk pelanggan2 chalet yg menginap untuk aktiviti memancing uhuhuh.

Semat posing je la uhuhu


  
So aktiviti JJCM di teruskan ke Teluk Sengattt...




Cam biasa lah lepak kat restoran teri laut tu kann.
Orang yg datang jangan citer laa.. ramaii wehhhhh


Budak kenittt yang pantang di suappp...! nganga je kerja dia!


Antara order ... rojakkk petis gak nye namanya. Abah yg gi cariii 


Mee Bandung. Menu yang glamer ROJAK KETAM kat sini pun dah habis daaaaa... uhuhuh


Mee Goreng Udang... ? hari ni dek orang yg tak putus2 datang 
tukang kedai cakap dapur sampai Jammed..! lain order lain yg sampaii..
memang kira naseb je laa uhuhuh


 Di keheningan senja yg sedang berlabuhh..



 Menu dah sampaiii... makan timeee


Makan time..


Permandangan memang cantek petang2 ni... lepas makan terus balik rumahh..
malam semua pengsannn.. tak yah masak dah yahoo!! eheheh


Assalamualaikummm...

Ahaaaa.. masih terasa Tuesday bluess ke lepas2 balik cuti raya Haji ni..? hihi.
Hari ni nak wat entry pasal ad-Hoc Maternity Photoshoot yg di buat baru2 ni.
Ada wat gathering ngan geng2 BFF so salah sorang member aku ni tgh 
berjinak2 nak wat Baby newborn & Maternity photoshoot dan 
of course aku dan sorang lagi bff yg tengah sarat tunggu hari jadi 
model bidan terjun! akkakakaa

OK.. photographer ialah dari  Ambrynaa Photo.

Photoshoot pun express je sebab sambil2.. ada la dalam 
15 minit kot sementara Shogun Buffet (Japanese cuisine) bukak kat 
Sunway Pyramid tuuu. Dah la orang lalu lalang .. mak yong nak posing 
pun segan silu akakakka.
Anywayy.. ni lah hasilnya dari ad-hoc photoshoot hari tu.
Ok masa ni aku dah 4 bulan ++ 
Happy viewing!!!




Untuk tengok hasil Photoshoot untuk baby :


Berminat ? Boleh hubungi terus tuan blog dari link di atas yek! *wink!*