Assalamualaikum...

Ahaa... sessi persekolahan 2012 dah pun menjejak ke minggu ke-3.
Walaupun aku tak dapat hantar Danish & Dania ke sekolah pada hari pertama
persekolahan.. sekurang2nya utk 2 bulan ni aku boleh monitor diaorang 
pergi dan balik sekolah kat umah uuhuhuh *ayat pujuk hati*.

Anyway, mujur lah sehari sebelum bersalin, aku sempat pergi Orientation Day
kat sekolah Danish 27 Dec ari tuh.. uhuhuhu. Gagah lagi tu nak menapakkk.. 
so dapat la jugak tengok persekitaran sekolah baru Danish.


Danish dengan semangat berkobar2 pakai baju sekolah


Berdebar-debar ke Danish..? hehe


Tempat assembly. Penuh dengan murid Darjah 1 dan para ibu bapa
seawal jam 8 pagi.


Ahaaa.. tu dia Danish. Melerettt senyummmmmmnyerrr..!


Untuk orientation ni murid-murid di bahagikan kepada 8 kelas.
Kelas sementara untuk penilaian ujian diagnostik sebelum dapat permanent class.


Danish dengan semangat berkobar-kobar


Murid-murid mula naik ke kelas masing-masing

 
 Danish dapat kelas 1 Baiduri. Kelas paling depan..
dalam kelas pun duduk palingggg depann..!! depan ciktu tu haaaa


Ujian Diagnostik sedang berjalan. Danish & kawan2 sedang menjawab
dengan tekunn...


Selesai Ujian, semua beratur untuk waktu rehat di kantin


Masa untuk ibu bapa train anak beli makanan


Sambail beratur Danish sempat lagi landing kat peyutt mamanya...

Sempat kiss & dok sembang ngan Baby.

Selesai waktu rehat, murid-murid naik semula ke kelas dan sessi 
site tour berlansung. Murid-murid di bawa oleh guru kelas masing2 
ronda tempat2 penting kat sekolah ~ kantin, surau, bilik disiplin,
padang sekolah, toilet etc. Sementara tunggu result ujian 
diagnostik utk penentuan kelas keluar.


Buku-buku teks dah di susun mengikut kelas baru nanti. 
Bersedia untuk di collect oleh ibu bapa.


Result dah keluar..! Ibu bapa duk kerumun tengok kelas baru anak 
masing2. Macam tunggu result peksa besar plak rasa... kekekekek


Alhamdulillahh... Danish tersenarai untuk duk kelas depan jugak.
Kiranya manten duk kelas 1 Baiduri tadi. So Papa terus gi collect
buku teks ikut kelas baru.


Ada sempoa dalam silibus jugakkk


Dania yang pada mulanya berhasrat nak pau belon 'Angry Bird' kat tepi tuu...
Mama kata membazirr...!! Nanti sampai rumah anginnya dah keluar dah tak boleh main dah.
Lebih baik Dania gi cari bukuuuuuuu.... tu tengah pilih buku la tuhhh

Last-lastnya yang di pilih nya puzzle The Smurf. Suka hati lah Dania..
at least lebih baik dari belon tu huhu.


Mama yang menanti hariii... *tak sangka esoknya bersalin uhuhu*


Danish dan sessi report mereport


Dah selesai agenda hari ni... pukul 1 tengahari jugak baru settle semua.
Taklimat - Ujian Diagnostik - beli buku & Collect buku teks

Selamat melangkah ke alam baru Danish.
Study smart Okeh.. Ilmu itu penyuluh hidup.
Semoga terus mengekalkan kecemerlangan ..! Aminnnnn

Ahaa... sekelip mata dah masuk minggu ke-3 dah sejak Baby Dhiya lahir.
Hari ni Nurse datang rumah dan timbang berat Dhiya dah pun cecah 4.1 kg uhuhu.
Buat masa ni aku dah start buat stok EBM sket-sket. InsyaAllah.. plan nak 
fully exclusive BF sekurang-kurangnya 6 bulan kalau bolehhh..
Dania dulu 6 bulan gak dapat Full BF lepas tu campur sampai
Dania umur 3 tahun.. InsyaAllah delegasi penyusuan susu ibu di teruskan
juga kali ni sbb baby yg BF ni lebih sihat. 
mudah-mudahan di permudahkan aminnnn...!  
Sekarang ni rak atas freezer dah penuh pun... 
ni stok sehingga hari ni.. tarikh FIFO tu aku tulis kat
cup cover jek uhuhuhu.


Asal2 buat stok awal ni sbb lepas seminggu Dhiya kena jaundice 
aku nekad gak campur sket susunya ngan FM sbb masa Dania
prolonged jaundice dulu antara sebabnya susu badan.
Tapi kes macam ni sangat sedikit.. so korang2 sila jgn amalkan 
cam aku ni yekk.. huhu.

Anyway, untuk rujukan bersama, aku copy paste kan link info berguna
untuk breast feed kat bawah ni sekali.
Assalamualaikummmm...

Alhamdulillah.. sedar tak sedar Dhiya dah pun masuk 
hari ke-16. Timbang berat Dhiya hari ke-10 
dah pun mencecah 3.8Kg.

Al kisah, apa yang aku risaukan akhirnya terjadi jua.
Bak kata Doktor, bayi dari Ibu berdarah O memang
mempunyai statistik jaundice yang paling tinggi uhuhuh.

So moralnya, Dhiya kena jaundice jugakk! uhuhuhuhu. Aku dah try minum
Hi Goat susu kambing di akhir kehamilan tapi nampaknya
jenis darah aku lebih memberi kebarangkalian untuk anak2 ku kena
Jaundice uhuhuhuhuh!

Hari ke-3 bila nurse datang rumah dah detect Dhiya ada Jaundice.
So the next day terus bawa Dhiya ke Hospital Putrajaya bahagian 
kecemasan (sbb hari Sabtu klinik kerajaan lain tutup).
Result TSB 31 Dec 11.4
Untuk berat Dhiya, YSB 17 baru kena wat Photo Theraphy.
Then mcm biasa kena repeat lagi :
Isnin 2nd Jan 13.4
Rabu 4th Jan 12.6 (lega japppp dah turun sket)
Hari Sabtu 7th Jan 13.0 ! Naik balikk adehhh!!
Tinggi menggunung harapan cek darah hari Sabtu tu 
jaundice Dhiya makin turunn sbb try gak la petua2 lain
 (minum air anggur merah, air glukos ori etc) tapi 
tak berhasil nampaknya.

Doktor kata kalau jaundice lebih dari 2 minggu mungkin 
kena warded utk Fototheraphy & boleh consider as prolonged jaundice ..! 
Aduhhh...... terus suspennn. 
Kalo boleh tak mo duk Wad time2 pantang ni.. payahhh..
Lagi kesian kalo Dhiya kena duk bawah lampu kat spital.
Kena cucuk nak cek darah lagii.. 

Kegigihan Papa, Atuk & Bibik pasang lampu Photo Theraphy

Luckily sebagai persediaan ibu berdarah O nih, 
aku ada survey pasal Photo Theraphy ni masa pregnant lagi.
Kebetulan klinik tempat aku check up maternity ada sewakan Photo Theraphy ni
so balik spital tu terus gi klinik dan sewa Photo Theraphy tuh!!!


Lampu Photo Theraphy dah siap di pasang...
Sian Dhiya kena bolenn...pakai tutup mata jek.


Ingatkan Dhiya pun meraung bila kena duk bawah lampu ni..
macam masa Dania kena warded dulu sbb prolonged jaundice. Jaundice tak tinggi tapi 
lambattttttttttttttt nak turun. Sian sangatt.. dah la bekas buh baby 
tu tak leh alas apa2.. kerasss.. sejuk aircond pulakk.. memang bergilir2 nanges
baby kat situ.. nak telentangkan takut terkejut2...kena la
tiarap kan baby mcm bersujud tuh.. tapi sian baby tahan kepala
duk kat posisi tuhh...siann sangatttt


Kat rumah bleh la alas tilam & bantal. Cumanya kena bagi Dhiya betul2 lena 
baru bleh letak dia kat dalam baby cot. Kena sentiasa balut dia ngan selimut.
Kalau dia terjaga nak nenen balut je ngan selimut & susukan.. dah lena
letak balik atas tilam & selak je selimutnya sbb sepanjang treatment
mmg Dhiya tak pakai baju. Bolennnn jek.. uhuhuhu
Paling mencabar nak tutup mata dia tuu.. nanges jugak kalau dia tersedar time
orang nak tutup mata dia.


Tapi kalau Dhiya dah lena OK. Nyenyak jugak tidurnyaa.. hangat kena 
lampu tu walopon kena bolennn. Malam berkipas takut sejuk tutup2 
jugak le ngan selimut


Dhiya siap mengiring lagikk.. aik baru 14 hari dah pandai mengiring
dah baby Dhiya huhu.


Baby Dhiya yang lena tidur. Nampak chubby plak bila dia dah mengekot 
macam udang nih kekekekeke. Alhamdulillahh.. jauh lagi selesa buat 
photo Theraphy kat rumah.
3 hari 2 malam jugak Dhiya duduk bawah lampu ni....

So setelah 3N2N (mcm gi bercuti plakk keeekekek) kena jemur bawah lampu,
Hari Isnin gi follow up check darah kat Klinik Kesihatan Batu 14.
Pergi petang sebab pagi dah ramai giler orang.
Pergi petang tu bila tengok result.... 
dari TSB 13.0 turun terus ke 7.6.....!

Alhamdulillahhhh....! meleret2 senyum aku jumpa Doktor.
Doktor kata tak payah repeat dah. Aku pun citer kat Doktor
yg kitaorg buat Photo Theraphy kat rumah..
Doktor pun kata 'berbaloi-baloi...! ' huhu.
So kitaorg still monitor gak jaundice Dhiya. 
So far memang dah nampak turunnn.. syukrannnn sesangatt

Anyway kalau ada sesiapa di luar sana yang memerlukan
Rawatan Home Photo Theraphy untuk baby Jaundice 
boleh contact Klinik An-Nisa Putra Perdana yekk..! ;)

Al-kisahhhh........