Salam..

Sebenarnya cerita ni berkisar tentang Danish yang dah lama
REQUEST remote control car.
Kali terakhir aku belikan bulan 6 tahun lepas masa Jusco Sales.
Itu pun set ke-6 Danish dahh.. dah macam-macam patern aku @ Abang belikan..
Yang murah.. yang mahall.. semua akhirnya sama jee.. pakai kejap pas tu cepat je rosak..!!
Patah sana sini.. tanggal sana sini.. isk isk iskk.
Sebabnya Danish bukan nye jaga betul betul pun. main ikut dan.. lepas tu kejap je patah sana patah sini..
So masa beli last tu berkali-kali aku pesan pada Danish..
Ni set terakhir Mama belikan. Danish kena jaga elok-elok.
Kalau rosak lagi Mama dgn Papa tak belikan dah..!
Danish macam biasa.. ya ya ya..
lepas tu sekejap je dah punah.. hmmmmmmmmm


So lepas tu bila Danish request aku & Abang memang buat tak fahamm je..
Memang cakap dengan dia.. Selagi Danish tak pandai jaga & simpan mainan
Mama & Papa tak nak belikan dah. Satu hal lagi suruh dia simpan duit..kalau
tak ada duit tak boleh nak beli mainan...

Last month pergi bufday party anak kepada member masa sekolah dulu.
Dapat pulak tabung sorang satu ~ Tiger tu untuk Danish, Handbag tu untuk Dania.
Kat rumah pulak memang ada tabung untuk masukkan duit-duit syiling yang kekadang bersepah kat rumah,
kadang keluarkan dari poket bila balik kerja or nak basuh baju. Korang pun sama kan..?
Selalunya memang setahun sekali keluarkan, kira pastu bagi dua masukkan dalam akaun Tabung Haji Danish & Dania. So kali ni Abang keluarkan duit2 syiling dalam tabung tu dan suruh diaorang masukkan sendiri dalam tabung masing-masing dengan pesanan..
kalau dah cukup duit baru boleh beli apa yang diaorang nak..!
Termasuklah Remote Control Car Danish...!


So weekend minggu lepas Abang ajak both kiddies kira duit tabung masing-masing. Wah excited gak le nak tau berapa dah duit2 syiling yang dah terkumpul..!

Danis pun sibuk tolong asing-asingkan syiling ikut saiz
 
Danish macam2 style melayan syiling2 dia


Bila dah last-last surrender suh Papanya susun2 untuk dikira..
Habis kira semua total dalam RM 110.
So bila bagi 2 dapat lah RM 55 seorang


So petang tu kitaorang pergi ke kedai Toys dekat dengan area-area Puchong Utama. Danish ingat kedai nih..! Dia yg tunjuk kedai ni kat mana. Rupanya sebelum ni kat sinilah Pak Lang
beli Remote Helikopter. Danish pun pernah di belikan 1 set.
Yang bagus pasal kedai ni dia siap buat mantenance utk apa jua jenis remote toys..
so kalau ada yg rosak boleh cuba dapatkan part & perkhidmatan baik pulih kat sini.

So Danish berbekalkan kertas yang dah siap di tulis DANISH RM55.00,
pergilah cari kereta remote idamannya tuh. Kitaorang dah pesann
.. Danish kena cari yang cukup di beli dengan jumlah duit tu je..!
Terpusing-pusing juga Danish cari.. memula berkenan dekat Lightning Mc Queen ~ Cars tuh..!
 Tapi kata Danish 'Danish nak remote car yang BESAR..!'


Cari punya cari punya cari tak juga jumpa-jumpa.
Abang tanya Danish, cepat lah pilih kereta mana Danish nak beli..?
Danish geleng kepala " Tak ada la papa.. kereta kat sini semua mahal-mahal. Duit Danish tak cukup"
Hua hua hua... tau pun dia nilai duit nya..
means kalau duit yang ada tak cukup tak boleh beli..! huhu


Last-last Abang tolong carikan.. nampak gayanya tabung FAMA terpaksa jugak
la keluarkan subsidi tambahan demi memenuhi impian setengah tahun Danish tuh
.. ha ha ha..! Sebabnya Danish nak yang 'BESAR' tapi tak boleh nak decide
sebab duit nya tak cukupp..! Anyway since kitaorng pun dah lama pending request dia
so kali ni tak pe lah upgrade sket..
yang penting lepas ni Danish kena jaga mainan ni elok-elok okehh..!


Anyway berbalik pulak pada Dania.. pegang jugak kertas nota RM tu walaupun tak berapa reti lagi nak baca & faham maksudnya. sampai-sampai terus berkenan kat set doll yg ada beberapa set dress tuh..!


Baik nye posing suh Mama nya amek kan.. Tapi bila ku tengok..
Baju sendiri pun omaknyo masih kena tolong pakaikan ni kan pulak baju doll tu..
silap2 esok kang omaknya jugak yang kena salin2 kan baju doll tu karang..!


Last-last suh Dania pilih home set. Lagi senang dia nak main sesuwai dengan umurnya.


Dan akhirnya dapatlah decide pilihan masing-masing. Happy..! sampai tak larat nak hangkutt


Tu dia wajah keceriaan.
Aku & Abang pesan.. mainan kali ni kena jaga elok-elok, simpan baik-baik. Kalau
rosak lagi selagi duit tabung tak cukup tak boleh beli mainan...


Dania dengan toys barunya

Dah siap dahh!


Danish dengan kereta idaman setelah sekian lama.. he he he.
Mesti excited nak main kat Dataran Putrajaya nih..! Tapi tahun baru hari tuh
aku tengok tak siap-siap lagi reno dari Raya tahun lepas.. bila ntah nak siap..


Hopefully kali ni Danish jaga elok-elok dan lebih cermat jaga barang mainannya
bila dah tau bukan semua yang dia nak boleh dapat sekelip mata...

Salam..

Wah wah wahhh.. semalam baek pun Red Mummy jadi ala covergirl tajuk sensasi 
bagi para blogger tegar ~ Blogger Untung RM 1 Juta..!!


Tak lama tu aku pun mula la terbaca yang Red Mummy di kunjungi oleh pihak LHDN huhuhu!
Terkezut gak aku.. blogger pun kena bayar cukai..? kohok kohok kohokk..!! tapi kalau aku tak patut la kann..cek Nuffnang pun tak dapat-dapat lain la para blogger di atas langit cam diaorang ni.. tapi LHDN ni pun satu.. cepattttt je.. keh keh kehh..

Anyway semalam hangat jap topik ni. Red Mummy pun sampai buat satu entry khas untuk explain bukan RM yang untung Rm 1 Juta tuh..!! ahahahhaha.. kena pulak jadi cover page dgn tajuk tuh.. isk isk iskkk.  Pandai media cari tajuk nak lariskan paper.. isk isk iskk

Anyway baca entry Red Mummy pasal topik hangat semalam ~ 



 Red Mummy audited by LHDN

NOTE : Redmummy di interview dek Hot FM pagi ni huhu
Salam...
Masa pergi tu Abang ada cerita tentang plan pembangunan Kampung Baru yang dah di luluskan oleh Kabinet. Macam-macam reaksi & spesikulasi yang timbul tentang nasib penduduk-penduduk Kampung Baru dan bagi pengunjung di kedai-kedai Makan sekitar Kampung baru yang bermacam-macam tu
pasti timbul pula rasa bimbang ntah macamana la nanti rupa bentuknya kalau betul Kampung
Baru di bangunkan oleh Kerajaan..

Mesti ramai yang ada sentimental value & kenangan kat sini kan..?
So untuk itu.. jom kita tengok semula asal usul Kampung baru ni dan sejarah perkembangannya
sebelum ia bertukar wajah....

sumber : Kosmo

MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa.

Setahun kemudian, sebuah lembaga pentadbir khusus ditubuhkan iaitu Penempatan Tanah Pertanian Melayu (MAS) dan diwartakan oleh British bagi menguruskan perkara mengenai pentadbiran kampung.
Kampung Baru dibentuk daripada tujuh buah kampung kecil iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Pindah, Kampung Paya, Kampung Atas A dan Kampung Atas B.

Kawasan dengan keluasan 90 hektar itu bersempadankan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sebelah utara, Jalan Dang Wangi di selatan, Jalan Tuanku Abdul Rahman di barat dan di sebelah timurnya adalah Sungai Klang.

Pada awalnya kampung tersebut terbentuk apabila sekumpulan orang Melayu yang tinggal di kawasan Sungai Gombak dan Sungai Klang terpaksa berpindah untuk memberi ruang kepada pembangunan Kuala Lumpur.

Tokoh

Bandar berkenaan ketika itu sedang pesat membangun apabila beberapa projek yang kini menjadi ikon sejarah dan seni bina seperti Kelab Diraja Selangor, Bangunan Pejabat Pos Utama, Victoria Institution dan Bangunan Sultan Abdul Samad sedang dalam pembinaan.


KEDIAMAN bertiang tinggi ini boleh ditemui di Jalan Raja Muda Musa.
--------------------------------------------------------------------------------

Selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957, Kampung Baru menjadi tumpuan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri Semenanjung yang mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.
Lebih menarik, kampung yang dihimpit dengan rentak kemajuan dan arus pemodenan serta pelbagai bangunan pencakar langit berjaya melahirkan ramai tokoh yang mungkin tidak diketahui ramai.
Antara tokoh tersebut ialah veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani; Pengasas Sapura Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Ir. Shamsuddin Abdul Kadir dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim.

Pada tahun ini, Kampung Baru mencecah usia 111 tahun malah penduduknya masih mengekalkan identiti tersendiri dengan binaan dan kedudukan rumah yang biasa dilihat di kampung serta terdapat rumah-rumah yang masih berdiri teguh dengan ciri-ciri tradisional.

RAGAM penduduk dan peniaga Kampung Baru dipertontonkan pada Pameran 3 Alam yang sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.

--------------------------------------------------------------------------------
Menurut Setiausaha Kehormat Lembaga MAS, Shamsuri Suradi, sehingga kini terdapat lebih 100 rumah Melayu yang masih mengekalkan reka bentuk tradisional.

Reka bentuk

Kata beliau, reka bentuk rumah di kawasan tersebut berbeza kerana ia bergantung kepada kehadiran penduduk dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu.

“Jadi kalau dilihat rumah yang cantik waktu dulu kebanyakan terdapat di sebelah Kampung Hujung Pasir yang mana rata-rata penduduknya datang dari Melaka dan beberapa negeri lain dengan binaan tangga yang cantik.
“Sementara rumah di Kampung Atas A dan B pun cantik dengan tiang-tiangnya yang tinggi. Itu semua rumah orang-orang kaya,” katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penduduk yang masih mengekalkan kediamannya dengan reka bentuk tradisional, Muhd. Noor Muhd. Amin, 73, memberitahu, rumah pusaka yang didudukinya itu kini berusia 86 tahun dan masih utuh.

PENDUDUK kampung, Maimunah Ayub, 63, ceria menunjukkan gambar Sekolah Perempuan Kampong Bharu, tempat ibunya belajar pada zaman dahulu.
--------------------------------------------------------------------------------

Dia yang meminati muzik klasik Melayu memberitahu, dahulunya kawasan sekitar rumahnya yang berpaya menjadi punca rumah dibina menggunakan tiang yang tinggi selain mengelak daripada banjir.

Pesara guru itu berkata, rumahnya sepanjang 30 meter dan lebar 15 meter itu berunsurkan gaya Limas dari Selangor dan dibina menggunakan kayu cengal yang tahan lama.

“Bermula dari pintu gerbang Jalan Raja Muda Musa ini, seingat saya hanya terdapat enam rumah yang masih mengekalkan konsep tradisional Melayu.

“Sebelum tahun 70-an, rumah di jalan ini semuanya diperbuat daripada kayu. Bagaimanapun, semasa Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor, beliau memudahkan penduduk di sini mendapatkan pinjaman mengubahsuai rumah,” katanya.