Salam..

Semalam tengahari tengah training tiba-tiba baby sitter call, kater badan Danish panas,
demam dan muntah-muntah. Terus inform Abang dan Abang yang bergegas balik bawak Danish pergi klinik.
Abang kata masa ambik pun Danish minta di dukung. Tak larat nak berjalan katanya.

Malam tadi tengok Danish dah cergas sket. Aku masakkan sup ikan merah walaupun
dia sibuk mintak masakkan maggi. Puas aku pujuk tak nak masakkan maggi macam dia request.
Aku kata "Dulu mama kecik-kecik pun kalau demam nenek masakkan sup ikan merah. Sedapppp...!"
Last-last Danish layan gak sup ikan merah tu. Habis nasi sepinggan dan sup semangkuk huhu.
Malam makan ubat sebelum tidur. Pukul 5 pagi aku terjaga tengok badan Danish panas..!
Terus bancuh air asam jawa, jelum kat kepala Danish sambil letakkan tuala muka yang di basahkan
dengan air asam jawa tu biar sejuk sikit.

Si Danish plak nasib baik tak merengek. Dalam pejam mata tu bila aku
letak tuala basah atas kepala dia boleh lagi dia bersuara.. "Mama.. dah la tu..."

Jap lagi komplen panas.. suh hidupkan aircond pulak. Isk isk isk...

So pagi tu cakap kat Abang, Abang kata takpe Abang jaga. Nasib baik la Abang bleh sacrify
sket sambil 'korban' kan cuti yang selalu berpuluh ganda terlebih dari aku tu hu huhu. Terima kasih banyak-banyak Abang... nanti mama belanja okehhh.

Lagipun aku pun baru masuk kerja baru. Nak tak nak terpaksa la punctual dalam tempoh-tempoh critical cam ni hu hu.Itu jugak le pergorbanan yang menyebabkan ramai para Ibu malas nak tukar kerja bila dah lama bekerja kat mana-mana kompeni . Betul tak..?

Time-time macam ni la sebenarnya aku sangat-sangat perlukan pembantu rumah. In case Danish & Dania tak sihat Bibik boleh tengok-tengokkan kat rumah. Kalau demam/sakit teruk baru la aku atau Abang incharge.

Tu jugak le salah satu sebab boleh mantain '0' medical leave 3 tahun. Means annual leave masih cukup untuk manage. Alhamdulillah.. kesihatan aku pun so far di tahap yang baik cuma pernah gak masa incident tangan aku kena pisau blender MC 5 hari pun selamba datang kerja full! ha ha. Bising Abang waktu sebab aku kedegaq jugak nak gi kerjaaa.. wahahahahaha.
 


Anyway... sekarang ni terpaksa harapkan baby sitter untuk manage anak-anak time aku  & Abang bekerja. Tapi Baby sitter cam biasa laa.. ada jugak limitation penjagaan especially dari segi masa contoh weekend or lebih masa agak terhad sebab dia pun ada family kan. Tu kena faham jugak... hantar ke taska lebih flexible dari segi masa. Lebih masa, lebih la bayarann.. cuma bila taska aku rasa chance untuk masalah sakit berjangkit mungkin agak tinggi sedikit compare dengan baby sitter sebab mungkin kuantiti penjagaan kanak-kanak lebih ramai di taska.
 
Apapun, semua option pun ada Pro & Cons. Ada Pembantu rumah pun ada masalah jugakk.. lagi-lagi kalau buat perangai tambah pulak mantenance cost yang lebih tinggi especially bila nak renew Permit kerja (Levi) & annual Medical check up (Fomema). Hantar Baby sitter time limitation, hantar taska higher virus spread chances... tapi tu pun sekali sekala la kann..So moralnya pilih je lah mana-mana option yang kita mampu tanggung risikonya hu hu. wallahualamm


Anyway, dengan penjagaan dari Papa hari ni, Mama doakan semoga Danish cepat sembuh yekkk!
Salam..

Pernah dengar tak nama HANA TAJIMA..? Designer berusia 23 tahun dari 
United Kingdom.
Aku just recently tau dari entry member aku, zalie thru FB.
Bila surf pasal Hana Tajima ni memang super impressedd with her...! 
Simply gorgeous, cool  and trendy..! 
Tambah pulak she is muslim kacukan Japanese ( Ibu ) & English ( Ayah).


Nak tahu lebih lanjut boleh layari 



 Terbaru Hana Tajima berkoloborasi dengan Yuna menjayakan Maysaa Event.
Nak tahu lebih lanjut boleh layari


Lagi gambar-gambar yang di ambil dari 

Boleh layari juga 








Simply awesomee...!!!!  
Tertarik menarik tengok sempoi je dia duk lilit-lilit shawl tu kan.
Rasa ter'seru' plak nak try pakai shawl.. HA HA. TAPI bak kata kawan-kawan ku... 
kang nampak cam penyu tersepit la plakkk.. he he he

Anyway, Happy surfing guys....!!!
Salam..

Royal Dinner 2010 tahun ni berlansung pada 1hb Dec 2010 bertempat 
di Hotel Shangri La, KL.
Tahun ni pun tak prepare apaa.. tetiba 30 hb tu Abang kata esok malam Royal Dinner dengan Yayasan Sultanah Bahiyah. Untuk detail berkenaan 
Makan Malam Amal Yayasan Sultanah Bahiyah 2009 boleh KLIK SINI.

Nampaknya masuk tahun ni kali ke-3 aku attend event ni. 
Apapun terima kasih daun keladi pada Bos Abang, Dato' Zul kerana sudi jemput staff including spouse untuk event ni.

me & Hubby during the Dinner.
Gambar2 ada yang ku ambil dari FB kenkawan ofis Abang.

 Aku & ofis mate Abang.

1 shoot before event

Dato' Zul N Datin & En Jumary

Acara di serikan dengan persembahan dari Jamal Abdilah.

 me alone.

 Ofis Mate Abang dgn Wifey, Sue. Member gossip aku he he

 Our table

 Menu malam tu

Home smoked  Salmon tartare with horseradish cream and caper berries

Grilled fillet of  chicken with field mushroom sauce


Grilled fillet of beef with field mushroom sauce, potato lasagna and candied shallots

 Lobster  Bisque with fresh bassil


coconut cream brulle and dark chocolate ice cream

Mignardises


 Termasuk acara jualan lukisan amal karya Wan Mokhtar

Di iringi muzik asli tradisional


Wajah riang sebab dah kenyangg.. he he. Alhamdulillah.. menu tahun ni lebih mantap dari tahun lepas dan acara pun mula dan usai lebih awal.


Amelia AF3 pun ada buat persembahan


Last but not least, tahun ni dapat berjumpa dan bersalaman lagi dengan
TUN MAHATHIR.
My always tokoh yang di hormati.
Macam biasa Tun sentiasa kelihatan segak dan sihat. Tengah aku nak bergambar Amelia AF3 pun sibuk hulur-hulur tangan nak bersalam kat tepi tu. Tu yang tergelak-gelakk..
TUN ~  'Eh.. nak bergambar ke nak salam ni ?'

Anyway terima kasih daun keladi..!