Aha... malam ni Uruguay akan menentang Germany untuk menentukan kedudukan ke-3 & ke-4
Dan malam esok pula perlawan akhir Piala Dunia 2010 , Spain menentang Netherlands untuk menentukan pasukan negara manakah yang akan di nobatkan sebagai
JUARA PIALA DUNIA 2010 !

credit : CNN

So apa kata peramal Paul Octopus si Sotong Kurita ni tentang bakal JUARA PIALA DUNI 2010 ? Yaaa... Pak cik Sotong ni 'meramal'kan SPAIN akan menundukkan Netherlands malam esok!  Ha ha. Macamana membaca ramalan si sotong kurita ni ialah berdasarkan cover cube Negara mana yang di bukanya dahulu..hu hu. ! Dah kalau cube tu memang letak depan dia sah-sah la yang kat depan mata tu di buka dulu ya dakk..?

Ahaa... apapun aku pun bukan ler percaya sangat... hisshhhh..! Saje la tumpang-tumpang seronok glamer Pak Cik Sotong nihh.. 'kebetulan' pulak dah berkali-kali si sotong ni punya ramalan betul la plakk..  Kena pulak agaknya pemain2 yang di ramalkan kalah tu dah set mind plak dalam kepala 'akan kalah' bila dengar ramalan Pak cik sotong ni.. kaf alif fa ya ro ni kan memang suka sangat percaya benda2 syirik ni kann.. haa mau nyer tak kalah betul! ha ha.

Apa pun kita tunggu dan lihat keputusannya malam esok okeh! Tungguuuuuuuuuu.......................!!!
Salam

6hb baru ni ada buat entry pasal 'Ayam Penyet'... waktu tu banyak gak la komen masuk. 
Kan setiap komen yang di hantar blogspot akan notify user thru E-mail kan.

Malangnya bila balik rumah cekk blog, tengok komen ada 3 je waktu tu! Nak ikut kan sepatutnya ada dalam 10 gak le komen yang belum di reply! Then bila google blog lain realize ada gak orang lain yg lost komen. Tapi ada gak yang kata akan di publish juga nanti....!

TAPI Sampai hari ni tunggu punya tunggu tengok tak keluar2 pun komen kawan-kawan yang hilang tu..? Kawan-kawan pun ada yang bertanya naper komennyer tak keluarrr... dah kena delete ke...? dah la susah payah tulis panjang-panjang! Tidak tidakk.. bukan aku delete.... Google Inc yang dah 'cicirkan' entah kemana dan tak nak kasi balikk..! Adoii.. kesian kawan-kawan ku uhuk!

Sambil-sambil tu terbaca entry dari denaihati.com pasal How Google Works. Nak share ngan kengkawan camne Google leh buat duit Billion Dollar..! Google search engine ni aku rasa dah sebati ngan kita dah sekarang ni... kalau dulu orang kata 'search' kat internett... sekarang orang sebut 'google' je kat internett..
Kalau orang tanya tengah buat apa pun bleh jawab.. tengah 'googling' hu hu hu.

credit :PPCblog

Cuba korang klik besarkan . Berdasarkan gambarajah ni konon2nyer la
1. Google servers are housed in standard shipping containers that hold 1,160 server each.
2. There are over 19 data centers in US with another 17 around the word...!


Walaupun macam tu masih tak mampu memberi 100% data availability guarantee pada users....!
Adoiyaiiii... camne google Inc ni leh gak buat mistake cam nih. Company gergasi tuh! Kembalikan komen kawan-kawan kuuu....!!!! Kembalikannnnnnnnn.................!!! Tak kan tak de back up kott..??


Yeeaaahaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!! 
Akhirnya tandukan 'maut' PUYOL telah berjaya membawa SPAIN ke peringkat AKHIR PIALA DUNIA 2010  dengan kemenangan 1-0 ke atas Germany. Dan nyaris-nyaris Spain merembat gol ke-2 jika PEDRO tak 'tamak' nak konker bola dgn TORRES! Dan tindakan itu juga menyebabkan PEDRO di gantikan DAVID SILVA pada minit ke 86. 

credit : FIFA.COM

Ini bermakna Netherlands akan bertemu Spain untuk menentukan 
JUARA PIALA DUNIA 2010 
11 Julai nanti!

Apapun nampaknya secara 'kebetulan' lagi ramalan Paul Octopus tepat lagi malam ini!