Salam semua....
Kontroversi kontroversi kontroversi...!!! Ha ha ha...!! Adoiiiyaiiiii *nabil*!!
Saper-saper yang ada terbace entry aku sebelum ni KLIK SINI sempena Father's Day lepas, 
 ayat terakhir aku dalam tu berbunyi.

Dan yang paling best lagi... dalam pada celebrate Father's Day hari ni... kami di kurniakan lagi dengan 2 . . . 
( di baca sebagai DUA dot dot dot ). Maka dengan itu bertambahlah tanggungjawab En Hubby sebagai Papa..

Apa dia dot dot dot tu..? tunggu next entry yerrr..........................!!!!!!!!!!!!!!!!!

He he he...!! Gara-gara tu jugak member-member aku sibuk tanya aku peknen ke... ? 2 dot dot dot tu stand for what ? double line tester kit ker..? ada yang tanya Mr Hubby naik pangkat kerrr..? Yang paling tak tahan siap ada tepon cakap 'Tahniahh...!!!' leh 'cuti' tak yah kerja lepas nih..! Adoii.. Dania pun masih BF lagi tauu..  har har har..!!  Siap ada yg nak majuk sebab mati-mati aku tak nak citerr suh gak tunggu entry nihh... hu hu hu. Alaaa.. sekali sekala gurauu.. jangan la amek atii... nak manjer-manjer sket pun tak bleh ke..? cakk...!! kiter kawann ehh..!! he he he

Okeh okeh okehh... enoughh! Meh la citer apa sangat yang Kurniaan 2 dot dot dot tuh !

Cenggini, kan ke ari tu kitaorg gi jenjalan kat IOI celebrate Father's Day. Sambil tunggu Toy Story 3 start pergi la makan dulu. Makan kata Papa John. Masa otw gi Papa John tu lalu lah kat booth akuarium 2 little fishes yang jual super cute miut aquarium ikan sekali ngan set ikannyer sekali. Selalu memang kalau gi IOI mesti singgah situ sebab Dania la paling excited tengok ikan dlm akuarium comel tu... maklum le pencinta alam sket Dania ni kan. Masa kitaorng gi ari tuh kira awal pagi lagi laa.. baru kul 11:30 pg. Masih lenganggg.. lalu je situ tetiba Amoi yang jaga booth tu datang kat Danish & Dania dan hulur satu bungkusan plastik berisi ikan! Biar betull ! Eh.! excited gak bila dapat 'ikan peliharaan' FREE macam tu.. err tak pernah plak terfikir orang nak kasi FREE kan ?  



Apalagi , Danish & Dania la paling excited bila dapat. Naik risau kitaorang di buatnya takut pecah plak plastik berisi ikan tu tengah jalan...!


Zoom dekat skett.... ! Sekor Ikan setiap sorang lengkap dengan 'manual' cara-cara nak pindah Ikan dalam akuarium..!

 

Di sebabkan tu jugak tak pasal-pasal merata jugak le kitaorang cari kedai pet untuk beli akuarium ! Nak beli kat 2 little fishes tu akuarium saiz kecil pun dah nak cecah RM 200! Dah la tak plan tak apa kann.. isk isk . Yang kelakarnya petang tu masa gi USJ cari hadiah member pun kitaorang terpaksa la angkut sekali dengan ikan tu gi cari barang. Tinggal dalam keta karang takut mati kepanasan plak kui kui kui.

Di sebabkan beli pun tak di rancang so kitaorang pun cari gak le akuarium dengan barang-barang basic. Akuarium + Pam + Aksesori ~ pokok tiruan + batu batan + makanan ikan + kawan-kawan ikan kepada ikan yang dapat Free tuh. Ye la.. dah la tak ada experience, tak cukup ilmu plak nak bela 'anak anak' ikan nih.. tak sempat pun nak google. Kang beli akuarium gah -gah pastu tak reti nak jaga sajer je menganiaya ikan-ikan tu jugak jadinyerr ! Karang sedar-sedar semua 'timbul' je  tak ke haru!.. hu hu ! 

 Proses pemasangan bermula

Seronok sangat tengok dua beradik yang super excited dapat haiwan peliharaan baru kat rumah..! 


 Pas tu tambah sikit lagi anak ikan buat kawan. 

 Hasilnya bila dah siap...! Taraaaa....!!!


Tu dia Dania dengan isyarat 'Peace...!' kegumbiraan! *Lengkapkan ayat 2 dot dot dot *. Itulah dia kurniaan 2 nyawa anak ikan yang kami perolehi sempena Father's Day minggu lepas..! Truly excited and really new experience and memang tersangat bidang terjun..! Rasa macam .. eh  tak pasal-pasal je ada akuarium dalam rumah neh..! Dengan itu bertambah la lagi responsibility Papa utk jaga anak-anak ikan tu jugak.. tak ke gitu... nyawa tu wehh....!!! Ahaa kengkawan ku, tu la alkisah... jangan mare.. he he.

P/S : Sesiapa yang ada experience bela ikan kat rumah bleh la share sket ilmu kat sini yek. Especially Ikan Guppy.  Aku dok browse asyik jumpa website indon je.. naik pening plak baca... hu hu.
Salam semua..

Jeng jeng jeng.. hari ni nak mengumumkan senarai  

Penganjur telah mengubah sedikit cara pengadilan.. di sebabkan scopenya telah menjadi luas maka Penganjur telah membahagikan peserta kepada 3 kategori iaitu
Kategori 1 : Photoshoot
Kategori 2 : Vacation
Kategori 3 : Event & Celebration

Di harap dengan cara ini pembahagian hadiah lebih adil. Sebenarnya kalau boleh penganjur  nak bagi hadiah kat semua peserta..! Memang semua gambar-gambar sweet sweetttt belaka dan naik pening juri nak pilih! Tapi kalau bagi hadiah kat semua orang karang tak Contest la pulak kan.. hu hu.
Makanya untuk pusingan pertama, berdasarkan kategori baru maka berikut ialah senarai peserta-peserta yang terpilih sebagai FINALIST.

Peserta terbaik setiap kategori akan bertanding untuk merebut Hadiah Utama ! Ini bermakna setiap kategori akan terdiri dari 1 pemenang Hadiah utama dan 2 pemenang hadiah saguhati ! Bermakna hadiah saguhati bertambah satu! hu hu

Dan FINALIST nya ialah.......





Okayy.. debaran belum berakhir.. Penganjur juga telah menambah 2 lagi hadiah untuk TOP COMMENTOR dan TOP MEMBER berdasarkan rekod yang telah tercatat ketika sessi contest berlangsung!

 TAPI ingin di ingatkan sekali lagi.. semua peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Ini bermakna jika mana-mana peserta memenangi hadiah utama atau saguhati dan pada masa yang sama merupakan peserta ke-7 atau ke-30 dengan penghantaran lengkap, bermakna hadiah peserta misteri ke-7 akan berganjak ke no 8 dan ke-30 berganjak ke-31 dan seterusnya...! Begitu juga kepada hadiah TOP COMMENTOR & TOP MEMBER.

Secara kesimpulan hadiah akan di berikan kepada

1st Prize Winner
2nd Prize Winner
3rd Prize Winner

CONSOLATION x 6   ( 2 for each category)
TOP COMMENTOR x 1
TOP MEMBER          x 1


Ingin tahu siapa pemenang nyerr..??? 
Stay tune for for FINAL RESULTT..!!! Yeeaa haaaaaaaaaa!!
Salam, 


Topik sempena Hari Bapa 2010.


Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja terdengar petikan berita mengenai Bapa di Malaysia bertaraf 5 bintang!
Aku bersetuju 100 % dengan penghargaan oleh Datuk Seri Shahrizat. Paradigma institusi keluarga kini sudah berada di satu tahap yang jauh berbeza di bandingkan dengan zaman ketika aku kecil-kecil dahulu. Ini berdasarkan pengalaman ketika aku kecil la kan. Jika dulu kebanyakan para suami keluar rumah mencari rezeki dan sang isteri sebagai pembantu sama ada membantu ikut ke kebun atau ladang atau duduk dirumah menguruskan anak-anak. Zaman aku kecil dahulu Abah mengerjakan ladang kelapa sawit (peneroka) dan emak kadangkala ikut sama ada bersihkan ladang atau pungut buai lerai. Oleh kerana kerja2 ladang adalah kerja yang banyak mengerah keringat makanya bila balik rumah barangkali para suami tidak betah lagi membantu para isteri di dapur dek kepenatan!


Teringat dulu walaupun Emak & Abah cuma hendak ke ladang, meraung-raung jugak aku tarik menarik pintu gara-gara nak ikut! Teringat pernah satu masa kami dapat tanah kebun di sekitar kawasan tanah yang di pacak tiang menara TNB di tepi2 jalan raya. Seronoknya sangat kalau dapat ikut Emak & Abah ke kebun.. ada pondok tempat berehat... boleh petik jagung segar dan bakar untuk di nikmati fresh!


Tak cukup itu, Emak juga kadang kala menjual sayur atau apa saja untuk mencari duit tepi dan siapa lagi yang jadi  tukang jual kalau tidak aku adik beradik! Paling tak lupa aku pernah jadi pengedar TUNGGAL "Kulit ayam sira sambal" kat sekolah..! Ha ha ! Alhamdulillah.. Abah juga akhirnya mula berniaga kecil-kecilan. Cukup lah untuk kami hidup dengan lebih selesa. Tapi kalau di perhati, urat belirat Abah lebih kental setara dengan titik peluh dan keringat yang mengalir demi membesarkan kami adik beradik!


Kini 20 tahun berlalu. Hari ini dek tuntutan taraf hidup yang semakin meningkat, kebanyakan pasangan suami isteri masing-masing turut keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Bila kerja makan gaji masing-masing dah terikat dengan waktu 8-5 ! Balik pun tak tentu masa... kalau dulu suami yang mencari nafkah, kini sang Isteri turut membantu apa yang termampu demi menyediakan kehidupan selesa untuk keluarga tercinta. Sokongan Isteri tetap padu.. sama seperti zaman aku kecil dahulu.. cuma dengan cara yang sedikit berbeza. Aku percaya kebanyakan Isteri langsung tidak berkira dengan rezeki yang di perolehi untuk di kongsi bersama keluarga tercinta tanpa perlu di pinta..!


Alhamdulillah.. sejajar itu juga, ku lihat dan dengar ramai juga para suami yang saling berkongsi tanggungjawab. Saling menghulur tangan membantu 'kerja rumah' mana yang termampu. Tidak lagi hairan jika para suami hari ini mampu berpencak silat dengan senduk dan sudip di dapur...! Sejujurnya aku kagum...!! Kagum dengan pengorbanan yang di berikan! Kerana itu aku juga memberi penghormatan 5 bintang untuk para BAPA di Malaysia terutamanya buat SUAMI & ABAH tersayang...!










Baca berita seterusnya ~ 


Sumber : Berita Harian


SEREMBAN: Bapa di Malaysia layak mendapat pengiktirafan lima bintang kerana mereka adalah yang terbaik, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Beliau berkata, golongan bapa muda kini tidak malu membantu isteri mereka memasak di dapur, menjaga anak, mengemas rumah dan membasuh pakaian.
"Generasi saya (yang lama) susah hendak cari macam itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, bapa di Malaysia masih layak mendapat penghargaan terbaik walaupun terdapat cerita mengenai lelaki tidak bertanggungjawab, buang anak atau seorang bapa yang tiba-tiba ghaib. 

"Jumlah itu, bagaimanapun, kecil berbanding sikap bertanggungjawab dan jiwa pengasih yang ditunjukkan majoriti golongan bapa di negara ini," katanya. 

Shahrizat berkata, sambutan Hari Bapa tahun ini memfokus kepada generasi muda kerana daripada sejumlah tujuh juta keluarga di negara ini, 42 peratus terdiri daripada golongan bapa muda. 

Beliau berkata, cabaran seorang bapa semakin hebat kerana kebanyakan sistem keluarga kini hanya terdiri daripada seorang ayah, ibu serta anak berbanding dahulu yang turut membabitkan penyertaan datuk atau nenek. 
"Ibu terpaksa keluar bekerja, bapa bekerja...kerana itu, bapa hari ini harus menyediakan diri mereka untuk bertanggungjawab, bersedia untuk berinteraksi dan sentiasa cuba menghadirkan diri bersama keluarga," katanya. - BERNAMA