Assalamualaikum semuaa..!

Selamat bercuti sekolahhh dan cuti cuti Malaysiaa!!
Ahaaaa.. akhirnya kelmarin kami ke KIDZANIA jugaaa..
setelah tertangguh sejak Bufday Danish April lepas.
Anyway ingatkan weekday all the time Kidzania open
satu session 10:00am - 5:00 pm rupanya tidak sama sekali!

Weekend, Public Holiday & School Holiday :
1st session : 10:00 am - 3:00 pm
2nd session : 4:00 pm - 9:00 pm

Normal weekday :
1 session: 10:00 am - 5:00 pm

So yang lain kalau nak pergi sila refer jadual 
di atas yekk. Pandai2 la adjust..
cuti sekolah kompem la ramai orang 
tapi nak gi hari biasa tak kan nak suruh 
Danish monteng sekolah plak kannnn....tettt!


So kitaorg sampai pagi tu tiket dah SOLD OUT untuk
sessi pagi. Sebenarnya malam nak pergi tu baru google,
then baru tau bleh beli ticket online tapi untuk date
30hb May 12, morning session dah sold out pun.
Tapi still redah gak The Curve pagi tu.. dan ticket yg di jual
di kaunter pun suda sold out.


Tapi since dah sampai beli jugak la ticket untuk sessi petang.
Kalau tak kang meroyang plak dua beradik ni uollssss!
Mana tak sold out, masa sampai tadi tengok ada
4 bas, 2 bas sekolah, 2 bas persiarann uhuhuh



So next time uolls kalau nak pergi make sure 
purchase tiket online siap2 okeh!



So demi mengisi masa lapang nak menunggu sessi petang tu 
kitaorng pun jalan2 la ke The Curve. 



Seb baik ada booth VITAGEN tengan buat event sempena
Health Day 2012.
So Danish & Dania pun perabih masa la main games
kat situh. Complete 4 games dapat Vitagen sorang satu.
Mama Papa pun dapat lepas jawab soalan kuiz gitewww!





 Katam semua games kat Booth vitagen jalan2 kat sekitar The Curve.
Ada playground derang lepak main kat situ. Tekun menelaah risalah dari Vitagen tadik ;)




You jump I jump!!!


Dan kena pau naik kuda letrik, pastu keta letrik plakkkk isk isk isk



Okeh dah pukul 1:00 petang..! Jom pi lunch dulu sebelum terjah Kidzania.


Lunch kat Mc Donald sebelah ngan Kidzania tuh.
Sibuk mintak toys kan budak2 ni...
kopak Mama Papa ngeh ngeh ngehhhh




"This way to KIDZANIA"


Lepas lunch pukul 2:15pm ~ gitu kitaorg naik Level 2 ke kaunter tiket.
Huk alohhhh.. sekali sampai ramai dah orang rupanya!!! uhuhuhu


Tu dia boarding pass.


Adult  RM55 /person
Kid RM35/person

Quite expensive for adult sebab masuk tak leh buat apa pun..
just untuk guard anak2 je dalam tu kann
sambil lepak2 kat cafe menunggu uhuhuh

TO BE CONTINUE..!!!!

Assalamualaikummm..

Apa khabar semuaa...
daku sudah kembali bekerja.

Aha.. baru-baru ni pergi ke Jepun 
atas program JENESYS (ALEPS) yang di organizekan oleh JICE.
Kami adalah 3rd batch utk tahun ini. Peserta terdiri dari 40 
bekas pelajar di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT) termasuk
5 orang dari media ( TV3, Astro & Utusan).

Objective utama adalah untuk membantu mangsa tsunami
dari segi spiritual dan semangat kerjasama
dengan kebolehan berbahasa yang 
dimiliki oleh bekas pelajar DPT.

Antara program volunteer yang telah di jalankan 
kini telah di rakamkan dan di tayangkan 
di media utama TV3 & Astro Awani.


Bermula malam ini, slot berikut akan mula di tayangkan
di Buletin Utama TV3, segment berita luar negara
dan jugak di Astro Awani 502, Jam 2:00 petang hari ini
ulangan pada jam 6 ptg, 7:45 ptg, 9 ptg,
11 mlm dan 12 malam.

Selamat menonton !! 

P/S: Kalau dapat spot I yang mana korang memang terror!! ngeeeeeee!!
Assalamualaikum...

Apa khabar semuaa..? 
Alhamdulillahh.. dah selamat kembali ke tanah air..
tersangat banyak yang nak di ceritakan...
gambar2 yang nak di kongsikann
tapi nampaknya masa tersangat2 cemburu pada ku uhuhu.
Yang paling utama kena qada' dulu masa-masa bersama keluarga terchenta..! 
InsyaAllah akan di uploadkan perlahan-layan.. stay tune..!!!
Wendu kat uollsss...!!!


Assalamualaikummm....
Moga semua rakan-rakan blogger sihat2 sejahtera.
Akhir ni busy sikitt.. sekarang ni berada di Jepun selama 9 hari
under JENESYS Programme
(Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths)
di bawah tajaan kerajaan Jepun
dalam aktivity volunteer melawat tempat tsunami
sambil beramah mesra dengan penduduk setempat.

Baru sampai ke Narita Airport pagi tadi..
sekarang berada di Tokyo sambil melepaskan rindu
dendamm terhadap bumi Jepun!! Uhuhuhuhu!


InsyaAllah akan update lagi nanti..!

Note ; First time berjauhan dengan Baby Dhiya...Mama pun sebak
bila time menyusu tibaa.. Dhiya pulak tak boleh tidur tercari2 Mamanyaa..
First time ada senior ajar pump EBM ke cawan dan tuangkan
ke pokok instead buang dalam toilett.. uhuhuh
Anyway.. Buat Papa, Danish, Dania & Dhiya,
jaga diri baik-baik.. Mama rindu dan mama sayang sangat
kamu kamu kamu semuaaaaaaaaa........!!
Muaaaahhhhhhhhhhhhhhhh!!


Najib Umum Durian Runtuh RM15,000 Kepada Setiap Keluarga Peneroka 
JERANTUT, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda.

Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini, Najib berkata Felda kini telah memasuki satu transformasi baru setelah penyenaraian FGVH.

Beliau berkata pemberian durian runtuh itu akan dilakukan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama berjumlah RM5,000 untuk ketua keluarga, fasa kedua sebanyak RM5,000 untuk isteri peneroka dan fasa ketiga RM5,000 kepada generasi kedua Felda.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bonus dua bulan setengah gaji kepada petugas dan pegawai Felda.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Najib berkata pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu dari Selasa.

"Pembayaran akan dibuat secara tunai dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama manakala pemberian bonus kepada kakitangan Felda juga akan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Pada majlis itu juga, Najib turut mengumumkan tiga lagi insentif yang disifatkan beliau sebagai 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' untuk saham FGVH kepada peneroka dan tambahan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membantu program baik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.

Berkenaan dengan tabung amanah itu, Najib berkata sebanyak 20 peratus dalam tabung amanah adalah untuk penyenaraian FGVH dan sekiranya FGVH dapat keuntungan maka dividen akan diberi kepada setiap peneroka.

"Pada tahun depan kita jangkakan keuntungan sebanyak RM1.5 bilion dan sekiranya jumlah itu kekal seperti tahun lepas, setiap peneroka akan menerima lebih RM1,300, kalau untung lebih, peneroka akan dapat lebih lagi".

Najib berkata setiap peneroka akan menerima `blue form' untuk dapatkan saham FGVH dan beliau amat berharap peneroka tidak akan menjual saham berkenaan.
Perdana Menteri pada program itu turut menempelak mereka yang menentang penyenaraian FGVH termasuk segelintir peneroka serta pihak pembangkang yang cuba mencelarukan pemikiran rakyat.

"Saya tak rela dan redha mereka ini menerima (durian runtuh) ini kerana mereka ini mengkhianati apa yang kita buat, hanya peneroka yang jujur dan setia sahaja yang layak menerima durian runtuh ini," katanya.
Najib berkata durian runtuh itu dilihat amat bermakna untuk para peneroka yang telah banyak berkorban membangunkan tanah rancangan yang pada asalnya hanya hutan rimba.
"Bantuan ini bukan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hanya RM500, ini bukan BR1M, tapi BROOM," katanya sambil berseloroh.

Najib berkata Felda yang bermula di Lurah Bilut pada 1956 kini telah memasuki fasa terakhir abad 21 yang bukan lagi bertatih tetapi mampu berdiri dan gagah perkasa di pentas ekonomi dunia.
-- BERNAMA

Ha ha ha..! I loike statement "bukan BR1M tapi BROOMMM!!!" ekekekekeke
Anyway, Alhamdulillah rezeki Emak & Abah :)
Salam  Rabu..
baru balik dari kampung.. cuti 4 hari..
Abah kemoterapi 2nd session.. bawak emak buat 
terapi ozon.. moga semuanya berjalan lancar..

Pagi ni dalam kelam kabut nak ke ofis sempat tengok 
Baby Dhiya tunjuk skill baru! MENIARAP! ahahahhaha
Dhiya dah pandai pusing badan.. tapi biasa kantoi nak angkat kepala.
Bak kata bibik, kepalanya berat! ekkekekek

Akhirnya hari ni sempat gak snap dia meniarap buat kali pertama..! 
Btw, Baby Dhiya dah masuk 4 bulan.. dan 
masih FULL BF..!!! Alhamdulillah!


Mula-mula usha Dhiya yg duk ralit main ngan playpan dia.
Hadiah pemberian rakan2 ofis@kompeni.
 Ma kaseh semuaa..  :D


Dah pandai pegangggg


Dan dah start mengigit...!!! Sejak2 ada gigi ni kann..
Mama pun jadi mangsa gigitan Dhiya.. uwaaaaaaaa!!



Lepas tu mama tinggal pakai tudung jap.
Sedar-sedar Dhiya dah pusingkan badann..!! 
Terus panggil bibik tengok


Badan dah pusing.. tangan masih sangkuttt


Masih berusaha nak angkat kepala.. yahhh yahhhhhhh!!


Akhirnya.....! Taraaaaaaaaaaaaa!!!


Berjaya...........!!!!

Yeay yeayy.. mama sukaaa!!
Gud Job Dhiya...!!!

Assalamualaikumm..

Aha.. setelah tertangguh beberapa kali sejak habis pantang,
akhirnya minggu lepas jejak jugak Bukit Merah Lake Town Resort uhuhu.
Tapi tu nanti citer kemudian. Balik tu kitaorang sempat merewang ke 
Kuala Sepetang dalam misi mencari MEE UDANG MAK JAH! 
Dah la ikut Google map je kan. Jalan paling dekat kitaorg ikut 
siap lalu ladang kelapa sawit dan perkampungan yang ada jalan raya
sempit giler.. kira kereta sebuah je muat nak lalu uhuhu.
Suspen jugakk.. eh betul ke jalan nih kekekekek

Anyway akhirnya sampai jugak la ke Kuala Sepetang.
Inilah rupa kedai Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
Sampai2 memang ramai orang kat kedai tuh


Siap ada parking khas lagi.
Nak keluar dari parking ke jalan besar pun ada pakcik RELA jaga tau
untuk kasi laluan.


Ni nama tertera kat banner.


Kitaorang order 3 bowl. 
Mee Udang biasa (RM 7) & Mee Udang special (RM11)


Ni portion Mee Udang Special. Udangnya saiz XL compare ngan mee udang biasa.


Jemput makan!


Khusyuk!


Nyum nyum !


Tu dia angkat sket udang saiz XL. Besar gak lee. Udang dia freshhh..
sedap di ratah. Katanya fresh naik dari Kuala sepetang.
Tu lah keistimewaan Mee Udang Mak Jah ni.
Kuahnya likat skett.. sama macam Mee Udang masa 
makan kat Sungai Dua, Penang 3 tahun lepas.


Kejap je licin. Tak tinggal sesudu pun kuah..! ha ha
Okeh dah kenyang.. baru kami bertolak pulanggg
budak - budak...? sorang 'kenyang' main gasing Angry bird,
sorang lagi 'kenyang' main kulit kerang dgn pasir pantai kat tepi2 tuhh..
tak de di kisah nyer ngan Mee Udang Mak Jah..! Ngahahahahaha!

Assalamualaikum..

Ahaa.. wat entry EBM lak. Entry wajib untuk
Ibu2 yang ada baby kecil dan nekad nak full BF baby kan.
Aku pun termasuk lah dalam kategory berazam dan beriltizam
nak FULL BF baby Dhiya. Targetnya paling tidak 
6 bulan Full BF and continue BF sampai at least 2 tahun.
Untuk rekod, Dania dulu 6 bulan Full BF dan continue
BF sampai 3 tahun Alhamdulillah.

Masa dalam pantang aku pun dah buat stok.
Penuh dah freezer para atas ngan EBM so daily aku pump 2
kali sehari kat tempat kerja sbb nak pump kerap sangat takut
tak cukup tempat nak buh dalam freezer.


Biasanya dapat gak total 15 Oz sehari


So dalam 5 bekas dadih kecik (5 x 3 oz)


Buh dalam freezer pun penuh para atas so aku manten je lah 
pump 2 kali sehari, pagi dan petang kat ofis kan.


Tiba-tiba sedar sedar Dhiya dah start minum 24 Oz, 7-8 bekas sehari
means time aku kerja. Kira hari-hari dah shortage 3 bekas nihh.. isk isk isk
aku pun ada gak tambah sessi pump.. tapi kadang lepas waktu kerja keluar
tak bawak baby dah utilize lagi stok EBM..
tengok-tengok dah nak kosong stok EBM Dhiya! 
Oh tidakkkkkkkkk!!!!!
Padahal sampai akhir bulan lepas penuh lagik tuh! uhuhuhu

Kelmarin dalam sedih aku pergi gak le ke kaunter susu Carrefour Alamanda.
Sampai sana usha2 Enfalac A+.
Elok je akak promoter susu kat kaunter tu soal selidik aku,
nape nak beli susu FM, naper tak BF je and etc etc etc
sebab dia tengok muka aku pun cam cuak & sedih jek nak beli susu FM kan.
Penyudah nya akak tu pulak yang beriya-iya bagi 
ceramah percuma pasal pro BF baby. Mati-mati tak kasik aku 
beli susu FM tuh kakakakakakaka.


Penyudahnya aku balik bukan bawak susu Baby, tapi 
susu untuk diri sendirik! ahahahahaha.

Habis di suruhnya dek akak promoter tu beli sayur bayam lah,
lobak putih la kat pasar basah. Malam tu balik umah terus wat
tumis air bayam, habis semangkuk ratah sebelum tidur! ahahahah


Bila post kat FB, ada yg kasik petua makan pil ASI *made in Indonesia*,
aku pun carik jugak. Seb baik jumpa kat kedai herba.
Then beli gak fresh milk wat tambah2 susu.

La ni aku masih bertahan Full BF. Apatah lagi bila terbaca
kisah zaman kanak-kanak Ustaz Don yg mula menjadi fenomena sekarang.
Terus berkobar balik semangat utk tidak surrender dari Full BF Dhiya.
Ibu Ustaz Don pun sanggup berhenti kerja semata2 nak susukan dia selama 2 tahun!
Maklumlah 20 tahun lepas accesories utk pump semua pun 
mungkin tak meluas lagi kat pasaran kan.
Moralnya compare dengan Dania,
Baby Dhiya lagi kuat menyusu!!!!
InsyaAllah Mama akan terus bertahan selagi terdaya ya Dhiya sayangg!!
Yoshhh yoshh! Moga di murahkan rezeki baby aminnnn

***********************************


Zaman kanak-kanak
DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.
“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.
“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.
“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.
“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.
“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.
Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan menyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.
Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.


Salamm Wordless Wednesday.
Minggu lepas perasan Gigi Dhiya dah start tumbuh! ahahahaha
cepat gilerrr..! Cepat la dari adik beradik lain.
Sebenarnya masa lahir pun dah nampak gusi bawah dia macam putih 
ternaik atas skettt.. kalau sekali tengok 
memang ingat macam dah tumbuh gigi.
Nenek pun mula2 berapa kali tengok gigi ke gusi ekekekek



Baby Dhiya check up 3 bulan 10 hari arituh sudah 6.5KG..
dah makin montell... minum EBM dah 7-8 bekas 3oz sehari ohok!
Stok EBM pun dah makin tenat uhuhuhu
Anyway sehingga ke saat ini Dhiya masuk full breast feeding Alhamdulillah.


Tengah belajar meniarap tapi masih belum berjaya nak pusing dan 
angkat kepala. Bibik kata kepalanya berat! ekekkeek
Pas tu kalau dah pusing badan tak leh nak pusing angkat 
kepala marahhhh kekekekekek.
Terpaksa la 'tolong' angkat & pusingkan 
kepalanya ehehhe
tu pun tak tahan lama..kepala berat.
Jap lagi nak merengek suh telentangkan balik eheheh
anyway Good Job Dhiya..!