Assalamualaikum....

Ahaa.. JJCM sempena Hari Raya Haji hari tu.
Dah alang2 berkumpul, apa lagi cari aktiviti JJCM laa.
Ahaaa... Kota Tinggi ni memang glamer dengan Belangkas.
siapa tak tau rupa belangkas lebih kurang macam dalam 
gambar kat bawah ni.. ada sebuah Restoran sekitar Teluk Sengat 
yang jual masakan Belangkas ni.. masak cili padi or masak pedas..
memang hingga menjilat jari lahh!!! 
Boleh tengok rupa masakan belangkas kat SINI 


Asal-asal plan nak gi Jojo Rakit.. ingatkat Jojo rakit ni macam Bujung FireFly gak konsepnya..
ada restoran terapung kat sungai bakau kannn... rupa2 bila dah sampaii.. tu diaaa..
jauh kat laut nuuu... cek punya cek rupanya Jojo Rakit ni ialah Kelung untung aktiviti memancingg!
Lerrr.. al kisah. tu la pakai terjah je kann. Dah sampai tepi Jeti baru call... baru tau isk isk isk.
tak de restoran kat sini melainkan untuk pelanggan2 chalet yg menginap untuk aktiviti memancing uhuhuh.

Semat posing je la uhuhu


  
So aktiviti JJCM di teruskan ke Teluk Sengattt...




Cam biasa lah lepak kat restoran teri laut tu kann.
Orang yg datang jangan citer laa.. ramaii wehhhhh


Budak kenittt yang pantang di suappp...! nganga je kerja dia!


Antara order ... rojakkk petis gak nye namanya. Abah yg gi cariii 


Mee Bandung. Menu yang glamer ROJAK KETAM kat sini pun dah habis daaaaa... uhuhuh


Mee Goreng Udang... ? hari ni dek orang yg tak putus2 datang 
tukang kedai cakap dapur sampai Jammed..! lain order lain yg sampaii..
memang kira naseb je laa uhuhuh


 Di keheningan senja yg sedang berlabuhh..



 Menu dah sampaiii... makan timeee


Makan time..


Permandangan memang cantek petang2 ni... lepas makan terus balik rumahh..
malam semua pengsannn.. tak yah masak dah yahoo!! eheheh


Assalamualaikummm...

Ahaaaa.. masih terasa Tuesday bluess ke lepas2 balik cuti raya Haji ni..? hihi.
Hari ni nak wat entry pasal ad-Hoc Maternity Photoshoot yg di buat baru2 ni.
Ada wat gathering ngan geng2 BFF so salah sorang member aku ni tgh 
berjinak2 nak wat Baby newborn & Maternity photoshoot dan 
of course aku dan sorang lagi bff yg tengah sarat tunggu hari jadi 
model bidan terjun! akkakakaa

OK.. photographer ialah dari  Ambrynaa Photo.

Photoshoot pun express je sebab sambil2.. ada la dalam 
15 minit kot sementara Shogun Buffet (Japanese cuisine) bukak kat 
Sunway Pyramid tuuu. Dah la orang lalu lalang .. mak yong nak posing 
pun segan silu akakakka.
Anywayy.. ni lah hasilnya dari ad-hoc photoshoot hari tu.
Ok masa ni aku dah 4 bulan ++ 
Happy viewing!!!




Untuk tengok hasil Photoshoot untuk baby :


Berminat ? Boleh hubungi terus tuan blog dari link di atas yek! *wink!*

Assalamualaikum....

Ahaa... hari ni update pasal makan2 sempena bufday aku hari tu.
Lama mengidam nak makan kat Sushi Zanmai.
akhirnya jejak jugak hari Sabtu lepas kebetulan jatuh pada hari jadi aku uhuhuhu


Sushi Zanmai macam biasa, walopon sampai dah pukul 2:30 ptg tetappppp kena beratur panjang jugak.
Kitaorg pergi kat Branch The Garden, Mid Valley.
Jarang-jarang aku sampai sini tak yah beraturr.. hisk hiskk hiskkk!


Sementara menunggu queue, Danish & Dania main kat area 'Moow Yogurst Ice cream' depan Sushi Zanmai tu. Ada pulak replika lembu emas siap keluar bunyi lembu lagik kikikiki


Akhirnya turn pun sampaii.. masing2 dah kelaparannn.. Kalau Danish ni masuk Jap Rest yang ada sushi atas conveyour tu memang tak yah offer laa.. dia lagi laju pilih benda nak di makan nye. Order air tak sampai lagi
dia dah berapa pinggan dah abis . Bagus anak Mama ni semua pandai makan makanan Jepun.. senang Mama nak cari gengg gi makan nanti *LOL*


Ni antara yg menjadi habuan dan sempat di snappp.. of course la Cik Salmonn.. my always peberettt!


Chawan Mushi.. ahaa.. ni untuk baby Dhiya. Teringat Danish masa umur 8 bulan suap chawan Mushi balik
terus kena macam alergy... Dhiya ni dah nak masuk 10 bulan.. so far ok, makan la apapunn.. memang
tadah mulut je dia.. tak de pulak ke na alergy lagi dia.


Tamago nigiri sushi... ahaa.. ni peberettt si Daniaaa


NI tak tau apa ke namanyaaa.. pakai ngap jekkk


Ni salmon + mayonis + apa ntah

Ni satu lagi peveret aku.. Ika sushi (Sushi sotong putih).. 
tapi nampaknya Ika sushi kat Sushi King lagi sedapp laah uhuhuh


Ahaa.. ni menu Abang...


Dan ini menu aku... Salmon don.. dengan nasi dia panas2 makan ngan salmon ala sashimi dan telur ikan tu... memang sungguh marbelessssssssssssssssssss ohohohoho!!!


Air cam biasa.. aku kalo gi Jap rest mesti orfer Green tea kannn... budak2 je tak reti nak minum green tea lagi.. mesti nak order jus.. apa kelassssss


Dania riang ria melantakkk


Baby Dhiya tunggu orang suap Chawan Mushi.. suap la apa punn.. memang tadah mulut je
minah sorang ni kikikiki


Setelah kekenyangannnn


Papa sibuk suh amek gambar style gini.. nak wat profile pic uhuhuhuh


Lepas perut dah kenyang terus bertolak ke rumah Mimi . Ada sambutan bufday putera & puterinya hari ni.
Kebetulan kannn sama plak bufday date ngan aku kekekekekee


Ahaaa.. ni gambar bufday girl (Emily) & Bufday boy (Farhan) yg di raikan hari ni.. sweet je derangg niii


Ahaa.. Mak pengantinnnn tengah potong kek. Sedap sangat kek dia ni..  Dania dah ralit main mmg aku
sorang tukang perabis kek Dania & Kek sendiri.. tumpang makan kek bufday kat umah orang boleh? ekkekekek

Dania wakil ambikkan kek... mashmallow cheese cakee.. nyum nyumm sehingga menjilat jarii!


Yang special siap ada maskot A&W datang umah nkoooo.. Danish & Dania excited la nak bergambar ngan maskott.. tengok si Dhiyaa.. nangess takottt! akakakakak



Acara bersama maskot A&W.. siap ada chicky dance.
Dania paling seronok main siap dapat hadiah lagikk

Mak eh pakat berposing dengan member2 blogger, Lieya & Mimi.






Last but not least bergambar bersama Mimi & Lieya & the ganggg.. tapi tak cukup corum sorang.. tengah busy kejar anak kikikiki


Anyway terima kasih Mimi kerana sudi mengajak kami sekeluarga ke Majlis Bufday Emily & Farhan ;)