Hari ni Sidang Media Prestasi Kewangan Bank Rakyat untuk tahun 2012
telah di umumkan.
Dan jumlah Dividen untuk Saham Bank Rakyat 2012 ialah sebanyak
18 %
(merosot 2 % dari 2011) dengan agihan
16% tunai + 2% syer
Bank Rakyat hari ini mengumumkan Prestasi Kewangan & Dividen bagi Tahun berakhir 31 Disember 2012. Bank Rakyat terus cemerlang dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 4.7% atau RM94.9 juta berbanding RM2.02 bilion pada tahun sebelumnya.
Dalam masa yang sama, Bank Rakyat juga mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 18% yang melibatkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16% berjumlah RM440 juta dan dividen bonus saham dalam bentuk syer sebanyak 2% berjumlah RM55 juta bagi tahun kewangan 2012 kepada para anggotanya. Pembayaran tersebut akan dimulakan hari ini.
Terima kasih di atas sokongan yang diberikan para anggota dan pelanggan. Terus jadikan Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda!
Yang bestnya, agihan tunai 16% dan agihan syer 2% terus diupdate dalam
penyata akaun kita. Memang sungguh efficient!!
Apapun syukur... akhirnya dapat jugak 'menuai' hasil buat kali pertama huhuhuh.
So dihujung2 menunggu saat kelahiran ni dah banyak kena study balik
teknik2 bersalin walaupun apa yg berlaku nanti mungkin tidak seperti yang diharapkan
tapi at least utk sedikit persiapan mental & fizikal.
Selalunya Mama akan refer balik sisipan dari Majalah Pa&Ma keluaran April 2005 ni.
Kira memang dari Zaman Danish lahir dulu, dah 8 tahun la simpan majalah ni dan akan
dibelek semula setiap kali menunggu kelahiran adik-adiknya hihi.
Dan sangat bagus kalau faham proses yang berlaku ketika detik kelahiran nanti.