Assalamualaikummm.....
Selamat Hari Malaysia semua!

Va Va Vaaaaaa... tuan tanah tengah mode excited selepas berjaya 'test drive' 
model terbaru Eve Love iaitu
EVE LOVE LILY!
Awesome sangatttt hokeyyy!!

UPDATE 1st JAN 2015:
EVE LOVE LILY kini 
mempunyai Built In Rechargeable Battery 
yang membolehkan anda 
pump secara freestyle, handsfree, di mana dan
bila bila pun juaaaa!!!!!!
Sangat sangat awesomeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!

Masih mengekalkan ciri ciri model sebelumnya iaitu Eve Love Flexi seperti yang berikut :
(untuk INFO Eve Love FLEXI dah DISCONTINUE ya)

1. Double breast pump
2. Kompak dan ringan (hanya 500g)
3. Dual-phase expression (Stimulation dan expression phase ~ mimic baby's natural sucking
4. Multi suction level
5. Pump with LCD display ~ senang nak monitor pumping status
6. Bunyi pump yang sangat minimal
7. BPA FREE

dan penambahbaikan ciri ciri terbaru seperti berikut :
8. Silicon breastshield ( 2 in 1 breastshield)
Sangat selesa dan tak perlu cushion pad jadi reduce parts utk dibasuh hokey!)
9. Anti-backflow mechanism
10. Optional power source : Power adapter, battery casing dan USB power cable
USB Power cable ni boleh pakai dengan 9V powerbank atau electrical outlet
yg compatible dengan breastpump motor (Contoh eg cars with USB outlet) 
11. Safety features : Pump auto off after certain period to ensure safety

haaahhh tu diaa.. cerita pasal spesifikasi je dah panjang berjela kennn.. 
ni baru intro belum masuk review pump lagi hihihhi

Ok tanpa membuang masa... tuan tanah nak share experience dan 'hasil' dari test drive menggunakan 
model terbaru Eve Love Lily. Jommmm ...!!!




Okey.. ni dia ilustrasi komersial breastpump terbaru Eve Love iaitu 
Eve Love Lily Breastpump


Bila buka kotakk.. taraaaaaaaaaaa!!
Terus nampak ada FREE BUSTIER di situ!
Bustier ni adalah bra khas yang membolehkan mommies 
pump secara handsfree ~ selit ajer, tak perlu pegang gitew.
Kad waranti  turut disertakan dengan waranti selama 12 bulan ya.


Seterusnya... FREE GIFT lagi.. Battery casing dan USB Power cable.
Belum2 dah dapat banyak FREE GIFT! Best best best!


Ok setelah dikeluarkan semua parts dari kotak.. ini lah hasilnya.


Setelah disusun dan dipasangkan breastpump set ni...
beginilah rupa parasnya.
Jom zoom satu persatuuuu


Masih mengekal kan saiz pump yang kompak walaupun 
dengan bentuk dan design sedikit berbeza. 
Perbezaan  saiz dengan my Lancome Mini Travel Cosmetic Kit.
Memang kecik je. 


Antara yang menarik lagi...
ada bottle neck converter!! 
Meaning boleh pakai both standard and wide neck bottle storage hokey!
Material bottle disk menggunakan silikon untuk storage bottle pun lebih berkualiti
dan melekap kemas pada penutup tu.


Dan breast shield dia juga adalah dari material Silikon.
Meaning satu parts tapi ada 2 ciri berbanding dengan model sebelum ni
sebab breast shield terbaru ni memang jenis lembut, flexible dan tak perlu
nak bercushion2 bagai dah pada breast shield tu.
Sangat selesa okeh!


Breast shield (cup) atau nama comersialnya Horn-Shaped Mouth yang boleh 
diremovekan dari body connector.
So kalau next time Eve Love nak produce few size boleh la tukar2
breast shield (cup) ni ikut saiz yg sesuai kennn (belum ada lagi buat masa ni)
.. macam medela gitew......
Buat masa ni kebanyakan breastpump dalam pasaran mmg breastshield dan 
body connector 1 piece meaning fixed sudah saiz breastshield nyer.


One way valve dan flap. Flap diberikan FREE spare unit siap2.


Single tube untuk single pumping.


     Y-shape tube untuk double pumping.


gambar penuh Y-shape tube 


Okeyyyy... ready untuk sessi mengepam.
Ini parts yang diperlukan ya... comel kann..
tak sabar ni ... tak sabar nak try ni hihihi 

SENARIO:
Ibu kepada bayi berusia setahun 6 bulan


Ok kita mulakan dengan process stimulation phase,
tujuannya utk massage breast and trigger let down reflex.
Botol masih kosong...

Ada 4 Function Button
1. ON/OFF button
2. Stimulation Mode/Decrease suction level
3. Increase Suction level
4. Frequency Mode Button

Trrrrrttt.... trrrrrtttt.. trrrtttttttt 
Seterusnya masuk ke expression phase...
sambil2 tu posing2 sket hihihihi


Saiz pump di tangan tuan tanah.

(ppsstttt!!! untuk model terbaru Lily 2nd Generation no more power cable
 to pump while pumping okeyyyyyyy. ohsemm sangatttt hihihii)

Best juga design baru ni. senang nak monitor status pumping pada display
sebab pump tu boleh berdiri macam radio kan. Tak perlu nak jengah2 tengok dari atas
macam kebanyakan pump. 


Okeyy.... dan setelah beberapa ketika....
taraaaaaaaaaaaa!!!


*ok nak bagitau nak snap gambar masa live tengah pump 
pun mencabar niii.. dah la lampu dari atas...
kita dok snap pic tertutup plak cahaya dari atas... silap
snap gelap pulak huhuhuh. gigih taaauuu!*


Tu dia hasilnyaa setelah beberapa minit pump..... 
sangatttttt menakjubkan hokeyy!
See both side dah penuh botol...!!!!
Tak ke excited tu kalau uolls ditempat tuan tanahhh.
mesti senyum2 meleret tengok 'hasil' ebm kennnnnnnnnn.
I loikee sangatt!!!


Zoom lagiii... sedar2 ebm dah hampir cecah bottle neck!
Weeee hooooo!!! Sangat berbaloi2  bila tengok performance superb pump ni!


Tu dia dah selesai.
Actually pump akan auto off selepas 1 minit kita selesai 
menggunakan pump.


Zoom dekat sikit lagii


dan dekat lagii sebab nak tengok berapa Oz hasil test drive kali ni.
Terpaksa letak object back ground berkaler kalau tak susah nak 
zoom tanda aras botol huhuhu.
Ok.. seperti yang kalian nampakk...
hasilnya adalah 
8 Oz per session!!!
WOWW!!!! Sangat memberansangkan hokeyyy!!!


Botol EBM posing dengan pump. 
Pink lembut.. sweet sangat kalernya kann.. sukerrrr sangatt!

Last but not least...
posing selfie wajib tuan tanah dengan hasil 'test drive'
sebagai bukti kejadian berlaku pada hari yang diceritakan hihihih


Perlu diingatkan bayi tuan tanah dah pun berusia setahun 6 bulan.
Alhamdulillah masih boleh dapat hasil EBM sebanyak ini sekali pump.
Memang sangat berbaloiii. 


So amacamm? Kalau dah teruja dengan the latest breakthrough aka model terbaru 
EVE LOVE LILY 
ni  boleh cepat2 whatsapp/SMS saya@tuan tanah di nombor 
IZAN@ 012-2399355 hokeyy!!
InsyaAllah tak menyesal. Bustier pun dapat FREE je!

Untuk detail spesifikasi boleh layari EVE LOVE COM

Untuk pakej Extravaganza
EVE LOVE LILY 2nd Generation
yang sedang HOT ni






layari  sekarang !!
Assalam. Minggu2 yg penuh memcabar. 24-28 Nov aku kena attend Microsoft Training. Minggu ni jugalah Dhiya demam... Delisha.. last2 aku pun ikut demam sekali. Badan dah penat berminggu nak settlekan rumah... sistem imune pun ikut lemah.... dengan cik Abe2 pun dedor  ak demam.

Malangnya tak leh nak MC. Dalam ngantuk tak cukup tidur (budak2 terjaga tak sihat merengek malam muntah  bagai) dengan wengnya makan ubat terpaksa jugak attend traning tu. Maklum le kena ambik exam bagai demam pun pergi jugak huk huk.  Memang sekso. Malam  balik mmg collapse terus. Patut minggu ni dah kena pindah umah kemas rumah pun tak habis huwaaaaa.
Saborkan je laaaa uhuu

Alhamdulillah...

Hanya kesyukuran yang dapat kupanjatkan kepada yang Maha Esa.
Tahun ni dalam pada Danish yang menghadapi peperiksaan dalam keadaan yg kurang sihat... demamm...
kena neb sampai 2 kali... Allah bagi jugak rezeki untuk dia terima salah satu anugerah kecemerlangan.
Sepanjang minggu periksa memang balik sekolah .. lepas maghrib, dinner terus tidur. Lansung tak bukak buku... mmg lemah je tengok dia. Mamanya pun dah mode redha dan tak letak aim yang tinggi.

Bila dapat result syukur Nama Danish naik juga untuk terima anugerah. Alhamdulillah..
Of course Danish yang paling excited dan bersemangat menanti kan 
'hari besar'nya.
Dari malamnya lagi dah sibuk susun atur jaduall..
baju dia dah bergosok ke belum  bagaii.. nak sampai awal katanya.
Seronok dan bahagia Mama tengok.
Malam tu Mama pun masak speciall... sambal tumis kegemaran Danish
Kalau yang namanya sambal tumis masak kat rumah memang 
special bagi Danish... masih bertumis dia dah ulang alik ke dapur hirup bau 
sambil cakap air liur dan menjejeh heheheh. Sabor je la kannn


Bawak Dania tengok Abang ambik award.
Semoga menjadi peransang dan inspirasi untuk Dania jugak.
Keputusan Dania agak merosot kali ni..
tahun depan Mama kena lebih beri tumpuan untuk pelajaran Dania InsyaAllah.
Mama dulu pun start darjah 4 baru la mula naik pentas ambil hadiah gara2 nak suruh Nenek datang tengok..
jadi kalau berusaha pasti boleh.. cepat atau lambat je kannn.. InsyaAllah


Majlis kali ni dirasmikan oleh Pegawai PPD Daerah Sepang En Alias Awang.
Kepimpinan melalui teladann.. sebagai tetamu jemputan beliau sampai setengah jam awal dan majlis dapat dimulakan tepat pada masanyaa jam 8 pagi. Bagus kalau dapat VIP macam ni...
tak de la jemputan menunggu2 kan... syabas diucapkan kepada pegawai PPD yg berhemah ini. 


Antara yang menarik perhatian. 
Persembahan asas gimnastik dari kumpulan pelajar tahun 1 yang menang
Johan peringkat kebangsaan baru baru ini.


Dan antara penerima anugerah yang mengkagumkan.
Murid tahun 4 ini menang anugerah tempat pertama dalam kelas (of course dalam darjah juga)
dan 6 matapelajaran terbaik sampai cikgu pengiring turut sama kena naik pentas
bawakan dulang untuk ambik hadiah2 dan anugerah yang di menanginya.
Sejuk perut ibu dia mengandunggg... tahniahh!


Apapun syukurr.. semuanya datang dariNya.
Banyak lagi kelemahan untuk Mama perbaiki.
InsyaAllah Mama akan cuba yang terbaik untuk anak2 Mama ya.
Mama Papa sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak2 Mama.
Semoga kalian terus berjaya dunia dan akhiratt... aminnnnnnnnnn

Al-kisah
Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
Semuanya di atas percaturan yg Maha Esa...
Bulan ni adalah bulan me-redeem point2 or cash out mana yg boleh wahahha.
Sikit banyak tak kisah.. semua rezeki dariNya.
Cek Nuffnang pun dah sampaii... dah cash out pun hihihi.



Annual Dinner tahun ni nama naik dapat Lucky Draw
Alhamdulillahh.. kebetulan aku pun baru je trade in 
printer lama beli printer baru masa Company event bebaru ni..
so printer lucky draw ni pun aku jual dan dah ada pembeli...
jual murah2 je wat geli geli hihihi


Bulan ni jugak redeem E-Reward point.
Kat company ni kalau ada orang bagi recognition dan penghargaan dan kalau Bos suka Bos
boleh bagi E-Reward juga untuk staff. Alhamdulillah... dapat recognition yg boleh ditukarkan ke E-Reward.
So kumpul2 boleh la redeem jadi voucher. Senang nak decide nak beli apa untuk diri sendiri  @ Rumah nanti heheheh


Voucher nyer pun dah sampai minggu lepas.
Kumpul Voucher Jusco ni dah RM500++ gak dalam simpanan huhu.
Tunggu masa JCard Day.. bile eh? aku tak hingat dah tarikh nya.. 
harap2 ada la dalam masa terdekat ni huhu


Dan tak lupa redeem Maybank card Treatpoint jugak.
Ikut ati nak redeem Voucher Jusco jugakk.. tapi nampak 
ada Voucher IKEA..  menarik jugak ni ! so pilih Voucher IKEA.
Treatpoint terkumpul 48,000 wahahhahah... giler banyak
dari tahun bile tuuuu. Pakai CC ni yg penting pandai manage sambil kumpul point gitew.
Tapi yg tak berapa best redeem value makin rendah meaning 27000
 point baru dapat RM100 (je??)
tak silap dulu point utk redeem RM100 ni lagi rendahhh huhu.
Anyway benda FREE. Redeem je lahh huhuhu


RM100 Voucher value


RM50 Voucher Value

Alhamdulillah... redeem point and cash out voucher sket2 boleh
la kumpul2 top up top up untuk beli aksesories masuk rumah baru nanti.
Verangan nak wat beli cadar2 sket and periuk baru wahahhaha.
Memang tepat pada masanya.

Apapun syukur kepada yang Esa. 
Sesungguhnya semuanya datang dari Nya...
ALhamdulillah :)


Assalamualaikum.

Al-kisah alat kosmetik ku sudah barai sebab akhir2 ni si Delisha pantang nampak pouch pink ni mesti nak di geledahnya. Penyudahnya tutup lipstik tak tau kat mana, eye shadow powder retak, berus blusher hilang and so on an so on. Omak ekau ni maklum je la sejak bergelar mom of fantastic 4 ni mmg dah tak sempat nak bersolek bagai. Mmg kalau duk sebelah ehem ehem kak Limah mmg orang nampak mcm adik beradik he huwaaaaa. Tu pun kalau sempat coles2 la jugak barang seminit dua *kalau sempat* kalau tak kuar rumah pun menonong mcm ehem2 k.limah lerr... tambah plak aksesoris dah  hilang ni makin bertambah la keserabaiann nyerr haishhh.


Makanya hari ni baru la berkesempatan nak jejak watson cari ganti. Dok belek2 staff SS datang membantu sambil memberikan kata2 hikmat nasihat dan service pantasss... sedar2 tercapai jugak barang2 kosmetik Simply Siti ni. Actually mmg dah 2 tahun bertukar barang penjagaan muka ke Simply Siti (pencuci/toner/cream) baru hari ni tergerak nak tgk barang kosmetik dia. Dan La D'Or Collection ni rupanya masih baru dipasaran (ke aku yg lambat tau).


Setelah di testingkan oleh promoter SS akhirnya aku balik dgn 3 item SS. Yg bestnya promoter siap bagi Simply Siti Moisture Night Cream percuma masa aku tgh nak bayar kat kaunter. Lepas tu datang lagi top up Air Wrick Mini Scents Gel ni for FREE jugakk... motiff ?? tak tauuu..
tapiii tetappp suker sukerr sukeerr!

Dapat FREE!!

Ok balik ni lom tentu sempat tak nak bermake up bagai pun. Yg pentingnya barang dah top up wahahaha.
Pose dgn make up ekspress by promoter... ehh.. tak macam Siti pun ?? Paaangggg!!!!!



Al-kisah
Assalamualaikum...
Salam hari isnin sudaaaa..
Nak citer kisah weekend lepas. 
Al kisah.. periksa pun dah tamat... Sekolah Danish Dania anjurkan 
Karnival Keusahawanan. Tengok tentative tu mmg macam2 
aktiviti tahun ni. Tahun lepas pun tak terpergi..
kira tahun ni la first time nak pergi.

Hari Jumaat tu balik sekolah tetiba Dania kata dia masuk Fashion Show...
assudahh... betul ke Dania ni... masuk ke or tengok.
Memula mmg tak berapa percaya tak percaya...
esoknya tu suh dia pakai seluar Jeans dulu Abang hantar ke sekolah 
cek dgn Cikgu dia betui ke dia masuk.. kang beriya2 dah salin baju tetengok
jadi tukang tengok tak ke naya hihihihi.

So pagi nye pukul 8 lebih Abang dah hantar Danish Dania pergi sekolah.
Aku kat rumah lagi dengan si kenit 2 orang Dhiya and Delishaa..
Dhiya bangun pun tak lagii...

tak lama Abang balik.. kompem Dania masuk Fashion Show! 
Dah la tak tau bila pukul berapa acara start.. haiyaaa.. kelam kabut 
le mamanya nak siapkan dengan Mamanya pun nak bersiap wahahhahhaha.

Kul 9 lebih baru sampai sekolah.
Register nama Dania rupa2 start kul 10 pagi.. seb baik.. 
kalo tak mmg ada can la jadi tukang tengok jee uhuuuu.


Dania si gadis no 16.
Sebenarnya aku tak expect dia ada courage dan keberanian 
untuk beraksi di atas pentass..! wow!!
Baju pun of course sambar mana sempat je dah le malam sebelumnya baru bagitau.
Then walaupun sempat practise 'cat walk' ala kadar kat rumah 
*tu pun pagi nak pergi baru kelam kabut practise*
 sampai atas pentas separuh je yg macam dlm practise dia buat hehehehe.
Tapi still Mama tabik spring kat Dania sebab berani naik atas stage in front of huge crowd okehh!
Well done Dania!! *clap clapppp*


Bersama peserta2 di belakang pentas. 
Comey2 . *sila abaikan make up 'ekspress' Dania*


Yang best nya lepas acara Fashion Show to lansung tak tunggu keputusan.
Tak tau result nombor berapa sebab dia dah sibuk nak join event lain hihi.
Whatever la Dania asalkan bahagia hehe.
Ada aktiviti bermain dgn Arnab. Ralit jap kat sini.


Giant Balloon.


Ada giant balloon play ground jugakkk


Si Danish lansung lost track. Tak dan bergambar pun dengan Danish.
Bagi kupon RM20 merata la dia cari aktiviti yg dia suka. 
Habis buat main game, mini golf siap dapat hadiah LEGO... 
sanggup berlapar tu tak beli langsung mainan hihi.
Sebenarnya banyak lagi aktvitii.. Flying fox pun adaa...tapi tak dan 
nak jejak semua.

Al-kisah. Overall budak2 enjoy karnival tahun ni.
Tu pun Mama kena balik awal sebab ada appointment lain.
Nak jumpa blogger Ina Syuk pun tak sempatt padahal masing2 kat area2 itu je huhu.
Parking keta pun depan taska sebelah2 je kikikiki.
InsyaAllah tahun depan join lagi. 

P/S :
Teringat gambar 'Fashion Show' Mama masa beraksi atas pentas zaman tadika dulu. Crown kepala handmade  guna manilakad... pastu buh serbuk kilat2 tu kann.. kau hado ? wahahahahha
Assalamualaikum...
Rasanya sekarang ni kebanyakan sekolah sedang berlansung sessi peperiksaan akhir tahun.
Danish Dania pun sama. Periksa sekolah Kebangsaan minggu lepas, minggu ni periksa Sekolah Agama pula.
Tapi Danish sejak 2 minggu lepas demam... demam berulang. 
Mula2 demam 3-4 hari dah baik... tapi sepanjang exam Sekolah Kebangsaan memang dia tak berapa nak cergas macam biasa... then week end lepas panas balik badan dia.. demammm dan batuk.
Dah la nak exammm sekolah agama pulakk.. alahaii risau betul Mama...


Danish tidur bertuam tuala sejuk kat kepala... sian dia


Ikan goreng tumis cili .. Danish request. Malam sebelumnya Papa dia yang 
masakkan bukan selera dia makann... kalau tidak nak suh makan pun payahh...
tak bermaya je


Lepase tu sikit2 request nak tidur kat pangku Mama uhuhuhuhu.
Pagi nak repeat Danish ke Klinik. Ni lepas habis exam sekolah agama..
tengok Danish pun dah kurussss sangatt... siannn dia...
Request nak makan maggi (goreng) kat kedai mamak time2 exam ni kan 
tapi dah tu yg dia selera nak makan bawakkan la jugak . Tu pun tak habis dia makan 
huhuhuhu.


Sampai Klinik mintak Dr cekkan darah.
Bersilat jugak la dengan Danish sbb dia ngeri tengok jarum cucuk uhuuuuuuuu.
Doktor suh Danish ambik Neb 3 hari berturut. 
Lung clear katanya... nasib baik bukan atsma tapi Bronkitis..
takut infection dek habuq bagaii...
Sebenarnya Mama paling risau kalau kena Denggi. Mintak dijauhkannnnnnn...
Nasib baik malam tu Klinik Call kata result darah Danish Normal.. ALhamdulillah.
Habis tak pasal2 asyik nak bermanja duk kat pangku Mama apa 
tak seriausss hati Mama huhuhuhu.


Anyway, sian kat Danish... alah habuk... doa2 la cepat siap sepenuhnya.
Sian kat anak2 dan jiran keliling juga huk uhuk
Assalamualaikum....
Akhirnyaaaaa.... akhirnyaaa saat yang dinanti2kan tiba jua Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dah rezekiNya.
Saat lori Signature Kitchen tiba di perkarangan rumah memang aku rasa terharu sangat.
Rasa bergenang air mata... 10 tahun aku nanti kan saat ni..... akhirnya impian menjadi kenyataan juga uhuhuhu. Bagi setengah2 orang mungkin tak heran dah dengan KC.. tapi bagi aku yg dah masuk 10 tahun berkahwin dan hari2 memasak (walaupun lately banyak tapau dari masak)
dengan dapur yg beli kat kedai perabot rege RM100++ dan rak pinggan pun pakai rak pinggan besi macam mak pakai dari aku kecik.. saat ini memang sangat2 dinantikan huhuhuh. Perasaan bercampur baur... terharu dan gembiraaaaa yang tak dapat digambarkan uhuuuuuuuuu

Dengan tiba nyer lori ni bermaksud rumah dah 99% siap (ada sikit2 lagi kena touch up) .
Entry ini adalah entry dari seorang yg excited aka jakun baru nak merasa berKC jadi liputan mungkin benda2 standard yg korang kata..*memang ler cam tu* hehehe.
 Jadi silalah abai yg tak berkenaan dan maafkan tuan tanah yerrr hihi


Lori sampai terus je parking kat porch. Aku yg dah excited ha ah kan je. Rupa2 bahagian tar yg baru di tarkan petang semalamnya perlu 2 hari utk keras so kereta apatah lori tan tak patut
lalu atasnyerr.. aku foward gambar kat Abang terus Abang tanya nape bagi lori masuk??
Errrrr... mane aku tauuu.. Abang tak pesan tar kena 'puasa' 2 harii???
Cuma aku pesan kat drebar jangan stand tayar lori atas tar baru.
Last2 mintak la kontraktor 'repair2' sket tar tu ratakan yg mana boleh uhuuuu.
Sorry Abangggg errrrr


Kerja2 memunggah barang bermula.

 
Rumah yang dah penuh dengan kotak2. Kabinet2 ni rupanya masuk production terus siap masuk kotak eh?



Tengok team installer punya la ramai. Installer 4 orang, 2 orang observer.. mak oiii
buat apa le reramai ni huhuhuhu


Signature Kitchen ~ powered by BLUM soft close inside


Siap sengih lagi aku candid gambar cettt! sempat lagi posing ehh kikikiki,
Buat kerja la oittt. Bila pasang kabinet2 ni terus nampak kecik dan sempit dapur aku huhuhuh.
Kitchen island untuk anak2 breastfast pagii sebelum gi sekolah .....
dan aktiviti baking membaking Cup Cake as per requested
by Dania alwayssssss...........
huwaaaaaaaa memang lama dah aku verangann nihhh uhuuuuuuuuuu
seriuosly tak sabar tak sabar tak sabarrrrrrr!


Petang dalam pukul 5 lebih derang siap pasang cabinet.
Rupanya banyak lagi step lain. Ada lagi appliances yg belum dipasang dan akan 
di pasang oleh team lain  (??)


Esok petangnya ada team lain datang dengan peralatan 
"Diamond cutter"..? apatah.. utk task ni aku kena charge RM450 semata2 derang
nak buat lubang kat dinding bermozrk tu ...
tu diaa... boleh potong dinding melangkau mozek tanpa pecahh.. tajam kott huhu


Team ni berperanan untuk pasang hood sekali.
Bukak2 kotak (Abang yg monitor, aku jaga budak2 kenit dalam rumah sebab pantang
 bukak pintu semua berterabur keluar nak ikut haishhh) Abang foward gambar ni...
Tape Nitto Denko ?? Waaaa nostalgia giler. Ex-company aku ni...
10 tahun aku kerja cari rezeki kat Nitto Denko sebelum ni huhu.
Nama nitto denko ni mmg tak glamer dikalangan pengguna sebab dia bukan buat 
end user product tapi more kepada industrial (Kereta etc)
Ariston (Italy) powered by Nitto Denko Tape (Jepun) heheheh.
Vangga jap aku tengok tape ni utk lekatkan besi hood tu kat mozekk.
Guna tape je kot tak de drill mozekk .. kuatt tuuuuuuuuuu


Lepas tu sorang lagi  datang buat fabrication untuk  final measurement
table top.  Meaning team yg pasang kabinet tak pasang table top terus.
Lepas dia buat final measurement baru akan pasang minggu depan pulak.
Tu dia dah nampak skettt. Actually design KC aku ni memang simple ajer huhuhuhuhu. 
natural colorr la kononnya. aku pun pening nak padan kaler camner sebenarnyer.....
tapi tema rumah keseluruhan pun konon2 simple and minimaliss..
jadi ntah tidakk .. takut serabutlissss je akhirnya nanti.. wait and see je lah ahahahha


Ok.. Pentingnya process fabrication ni contohnya...
tengok dinding aku yg tak rata ! Mak oi dengan mata kasar memang tak nampak dinding ni tak rata,
tapi bila dah pasang cabinet baru nampak... besar tu gap... dah la kat singki.
Kalau tak cover betul2 memang akan leaking ke bawah tuu kannnn. huhu.
So hopefully dengan process fabrication ni dia akan cover dan tutup semua 
kemas2 (hopefully)


Ini dia layout dapur...
Belum siap lagi... minggu depan baru nampak rupa sebenarrr..


Finally... My dream comes true. 
Syukur Ya Allah....!
Sesungguhnya nikmatNya yang manakah yang kau dustakan ?

Alkisah